Anda di halaman 1dari 1

MEMBELI TROFI UNTUK MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2017

1. Pendahuluan
Majlis Anugerah Cemerlang merupakan agenda tahunan sekolah untukmenghargai murid-murid cemerlang dalam
bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Kecemerlangan murid mencerminkan perkembangan serta
kemajuan sekolah, dalam melahirkan modal insan dan seterusnya membuktikan sekolah adalah sebagai satu institusi
pendidikan yang berwibawa. Di samping itu, Majlis Anugerah Cemerlang juga adalah sebagai medium untuk
mengeratkan hubungan antara dengan masyarakat setempat.

2. Objektif
2.1 Memupuk emosi murid-murid agar berazam ingin maju, berlumba-lumba menuju kejayaan dan setanding
dengan orang yang berjaya..
2.2 Membantu membina budaya sekolah yang cemerlangdengan aktiviti yang positif.
2.3 Mengembangkan bakat murid dari segi kepimpinan, keyakinan terhadap diri sendiri, individu yang
berpengetahuan, berkebolehan dan berkemahiran.
2.4 Mengeratkan kerjasama antara ibubapa atau penjaga murid dengan pihak pentadbiran dan guru-guru.
2.5 Membina dan memupuk semangat berdisiplin, bekerjasama, berketerampilan, bersatu padu dan muhibbah
antara rakan.

3. Tarikh/Tempat
Majlis ini akan diadakan pada 24 November 2017 di Dewan Alumni, SJK Chung Hua No.3.

4. Sasaran
Murid Tahun 1-6

5. Anggaran Perbelanjaan
Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah
(RM) (RM)
1 Trofi 4 25.00 100.00
2 Trofi 5 20.00 100.00
Jumlah 200.00
600.00
6. Sumber Kewangan
Bil Perkara Jumlah
(RM)
1 Kokurikulum 200.00

7. Penutup
Adalah menjadi harapan sekolah agar majlis ini memberi motivasi kepada murid-murid supaya berusaha bersungguh-
sungguh dalam pelajaran dan terus cemerlang seterusnya berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum di
samping memiliki sahsiah terpuji.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_________________ __________________________

Anda mungkin juga menyukai