Anda di halaman 1dari 52

PAKK3373 Pengurusan Kecemasan dalam PAKK

4. Penilaian Asas Pesakit


Elize Lee
Fat-han Awanis bt Dzull Zabarrod
Lee Siau Fen
-----------------------------------------------
PAK (SK) AMB.JUN 2015 / IPGKRM
Penilaian Asas Pesakit
• Penilaian Tempat Kejadian
• Penilaian Asas
- Penilaian Tahap Kesedaran
- Pengendalian Tulang Belakang
- Memeriksa Dan Membuka Saluran Pernafasan
- Memeriksa Dan Memberi Pernafasan
- Memeriksa Dan Pengendalian Aliran Darah
- Pemeriksaan Kulit Mangsa
• Penilaian Pantas Keseluruhan Mangsa
• Rawatan
PENGENDALIAN
TEMPAT KEJADIAN
• Definisi
Menilai keadaan pesakit bermakna
mengenalpasti keadaan atau kedudukan penyakit
atau bahaya yang sedang dihadapi oleh pesakit
denga tujuan untuk menentukan tindakan-
tindakan yang perlu diambil untuk memulihkan
keadaan

• Objektif
Untuk memberikan kefahaman berkaitan menilai
keadaan pesakit agar tindakan sewajarnya dapat
diambil
PENILAIAN TEMPAT KEJADIAN
• Keselamatan lokasi ( keselamatan peribadi &
pesakit, termasuk PPE yang bersesuaian
• Kenalpasti bilangan pesakit/magsa
• Kenalpasti mekanisma kemalangan atau
penyakit
• Kenalpasti keperluan untuk bantuan
tambahan
KESELAMATAN PERIBADI
- langkah-langkah pencegahan Isolasi ‘ Body Subtance
Isolation (BSI) precaution’.
- Tiada apa-apa yang lebih penting di tempat kejadian
daripada KESELAMATAN ANDA.
- Contoh2 bahaya ‘hazards’.
• Keganasan violence
• Sambungan elektrik yang terputus ‘Downed power
lines’
• Bahan berbahaya
• Kenderaan yang tak stabil/permukaan
• Haiwan liar atau berbisa
SAMPAI DI LOKASI
1) TEMPAT LETAK KENDERAAN
- Menilai keadan & mewujudkan komunikasi
dengan perkhidmatan kecemasan yang lain

2) KESELAMATAN
- Sentiasa berhati-hati dan anggap kawasan masih
bahaya sehingga dibuktikan sebaliknya
- Jenis-jenis bahaya seperti kenderaan & lalu lintas
jalan raya, kebakaran, elektrik, dan bahan kimia.
KESELAMATAN TEMPAT KEJADIAN
• APABILA ADA BAHAYA
- Persediaan – pakaian yang bersesuaian,
peralatan yang lengkap
- Perhatikan persekitaran
- Bertindak balas – berundur atau membuat
penilaian semula
PENILAIAN
ASAS
Penilaian tahap kesedaran
• Maklumat Untuk Penilaian
Untuk menilai keadaan pesakit maklumat adalah perlu.
Maklumat boleh diperolehi melalui sumber-sumber berikut :

– Tanda-tanda. Buat pemeriksaan rapi untuk mempastikan apakah


tanda-tanda yang terdapat pada tubuh pesakit seperti luka,
berdarah, lebam dan calar-calar.
– Aduan. Dari gejala-gejala apa yang menyebabkan pesakit ini
mengalami satu-satu kecederaan. Ini dapat dipastikan dari benda
atau barang-barang yang terdapat disekeliling pesakit seperti :
• Pisau : Menunjukkan pesakit kena tikam.
• Kartus Kosong : Kemungkinan pesakit kena tembak.
– Sejarah. Maklumat atau cerita yang diperolehi dari pesakit sendiri,
rakan-rakan atau masyarakat sekeliling yang mengetahui
bagaimana kejadian itu berlaku.
• Penilaian Awal Pesakit

DANGER
- Adakah anda dan pesakit terdedah kepada bahaya?

RESPON
- Adakah pesakit itu sedar?

AIRWAYS
- Adakah salur udara terbuka dan tiada halangan?

BREATHING
- Adakah pesakit itu bernafas?

CIRCULATION
- Adakah nadinya berdenyut
DANGER (BAHAYA)
• Lihat sekeliling tempat kejadian
• Adakah anda dan mangsa terdedah kepada
bahaya
• Jika ada bahaya – bertindak dengan :
JAUHKAN BAHAYA DARI BANGSA
ATAU
JAUHKAN MANGSA DARI BAHAYA
RESPONS
• Dapatkan tindak balas atau reaksi dari mangsa

JIKA SEDAR JIKA TIDAK SEDAR


- Tanya mangsa keadaanya - Pastikan saluran penafasan
- Pastikan kecedaraan atau terbuka dan tiada halangan
kesan lain - Periksa sama ada mangsa
- Berikan rawatan yang bernafas atau tidak
sewajarnya - Periksa pengaliran darah
- Dapatkan bantuan jika perlu dengan merasa denyutan
nadi di leher (carotid)
Tahap kesedaran mangsa boleh
dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu :
A = Alert ( sedar sepenuhnya )
V = Verbal ( respon terhadap suara )
P = Pain ( respon terhadap kesakitan/ sentuhan)
U = Unconcious ( Tiada apa-apa respon)
Pengendalian tulang belakang
Memeriksa dan membuka Saluran
Pernafasan
DEWASA DAN KANAK-KANAK
1. Buang sebarang halangan
daripada mulut mangsa
2. Letakkan dua jari di bawah
dagu mangsa dan angkat
rahangnya.
3. Letakkan sebelah tangan lagi
pada dahi mangsa dan
condongkan kepala ke belakang.
4. Jika disyaki terdapat
kecederaan pada leher atau
kepala mangsa, berhati-hati
semasa mengendalikan
kepalanya.
Memeriksa dan membuka Saluran
Pernafasan
BAYI
1. Letakkan sebelah tangan ke
dahi bayi dan sendengkan kepala
bayi ke belakang dengan
perlahan.
2. Gunakan hujung jari untuk
mengeluarkan sebarang sekatan
yang ada dalam mulut bayi.
3. Letakkan 1 jari ke dagu bayi
untuk mendonggakkan kepala
bayi.
4. Periksa bayi bagi memastikan
sudah boleh bernafas.
Memeriksa Pernafasan

DEWASA, KANAK-KANAK, BAYI


1. Letakkan muka hampir
dengan mulut mangsa.
2. Lihat pernafasannya dengan
melihat pergerakan dadanya.
3. Dengar bunyi pernafasannya.
4. Lihat, dengar dan rasa tidak
lebih 10 minit sebelum
membuat keputusan.
• Jika masih bernafas • Jika tidak bernafas
– Periksa kecederaan yang – Dail 999 bagi
boleh mengancam nyawa mendapatkan bantuan.
dan rawat jika perlu Panggil ambulans serta-
– Letak dalam kedudukan merta.
pemulihan dan dapatkan – Beri pernafasan bantuan
bantuan yang efektif sebanyak 2x.
– Periksa tanda-tanda
peredaran darah.
Memberi Pernafasan
DEWASA DAN KANAK-KANAK
1. Angkat dagu ke atas supaya salur udara terbuka dan
beri bantuan pernafasan.
2. Alihkan tangan dari dahi ke hidung mangsa. Picit
kawasan lembut pada hidung dengan jari. Buka mulut
mangsa.
3. Buat satu pernafasan panjang untuk memenuhi peparu
dengan udara. Letak bibir di sekeliling bibir mangsa dan
pastikan bibir anda menutup sepenuhnya bibir mangsa.
4. Teruskan memicit hidung mangsa sambil memberi
pernafasan.
Memberi Pernafasan
5. Hembur ke dalam mulut mangsa sehingga dadanya
naik. Proses ini mengambil masa 2 saat.
6. Lihat jika dada naik dengan ketara ketika anda
menghembus ke dalam mulut dan menurun
sepenuhnya apabila mulut dialihkan, itu menunjukkan
anda telah memberi pernafasan yang berkesan.
7. Beri 2 hembusan pernafasan yang berkesan dan
periksa tanda-tanda peredaran darah.
8. Buat cubaan tidak tidak lebih 5 kali bagi
mendapatkan dua hembusan nafas yang berkesan.
Memberi Pernafasan
BAYI
1. Pastikan salur udara bayi masih terbuka.
2. Tarik nafas. Letakkan bibir anda pada keseluruhan mulut bayi
dan juga hidungnya bagi membentuk satu lekapan yang kedap
udara.
3. Jika tidak dapat membuat lekapan di sekeliling mulut dan bayi,
tutup mulutnya dan buat lekapan pada hidungnya sahaja.
4. Hembus ke dalam paru - paru bayi sehingga dadanya naik.
5. Lihat jika dada naik dengan ketara ketika anda menghembus ke
dalam mulut dan menurun sepenuhnya apabila mulut di alihkan,
itu menunjukkan anda telah memberi pernafasan yang berkesan.
6. Beri satu hembusan nafas yang berkesan, dan periksa tanda -
tanda peredaran darah.
Memeriksa dan Pengendalian Aliran
Darah
1. Dengan kepala tercondong ke belakang, rasa halkum
mangsa dengan dua jari.
2. Rasa sebelum membuat keputusan bahawa
denyutan nadi telah berhenti.

Jika terdapat tanda peredaran


1. Teruskan beri bantuan pernafasan.
2. Periksa tanda peredaran setiap 10 minit.
3. Jika mangsa mula bernafas tetapi tidak sedarkan diri
letakkan dalam keadaan pemulihan.

Jika tiada peredaran, mulakan CPR.


• Semasa kita bernafas, kita menyedut dan
menghembuskan udara
• Udara yang disedut dibawa ke paru-paru dan
meresap oksigen ke dalam darah
• Udara yang disedut ada 21% oksigen.
• Badan memerlukan 5% oksigen untuk
melakukan proses pernafasan.
Bilangan Pernafasan Seseorang
BILANGAN
PERINGKAT
SEMINIT
Dewasa 15-20 kali
Kanak-kanak 6-10 22-25 kali
tahun
Bayi 35-40 kali

Bilangan Nadi Seseorang


BILANGAN
PERINGKAT
SEMINIT
Dewasa 70-80 kali
Kanak-kanak 6-10 90-100 kali
tahun
Bayi 100-140 kali
Cara memeriksa nadi
Sistem Peredaran Darah
• Peredaran darah yang baik akan menyalurkan
dan mengagihkan bahan makanan dan oksigen
ke sel-sel di dalam badan dan membawa
bahan buangan keluar
• Dalam badan seseorang dewasa terdapat
sekitar 4-6 liter darah
• Setiap 7kg berat badan mengandungi 0.5 liter
darah
Fungsi Darah
• membawa oksigen dan bahan makanan ke tisu
• membawa bahan buangan ke organ
pembuangan
• melawan penyakit
• membawa enzim dan hormon ke organ
sasaran
• mengawal suhu badan
• menghentikan pendarahan
Pemeriksaan Kulit Mangsa

- Kenalpasti
luka yang
terdapat pada
kulit mangsa
PENILAIAN PANTAS
KESELURUHAN
MANGSA
Menilai Keadaan Pesakit (D R A B C)
• D = DANGER / BAHAYA
- Adakah anda dan pesakit terdedah kepada bahaya?

• R = RESPONSE / TINDAKBALAS
- Adakah pesakit sedar?

• A = AIRWAY / SALUR UDARA


- Adakah salur udara terbuka dan tiada halangan?

• B = BREATHING / PERNAFASAN
- Adakah pesakit itu bernafas?

• C = CIRCULATION / PEREDARAN DARAH


- Adakah nadi mangsa berdenyut?
Memeriksa Mangsa

Bahagian Tindakan

a. Kepala Periksa kesan-kesan kecederaan


yang terdapat pada muka dan
keseluruhan bahagian kepala
mangsa untuk melihat pendarahan,
terbakar, bengkak dan sebagainya.
b. Leher Periksa belakang tengkuk dan nadi
c. Belakang Periksa ruas-ruas tulang belakang
d. Badan Periksa keseimbangan tulang
rusuk, turun naik dada, patah
dan sebagainya

e. Tangan Periksa nadi, luka, terkehel dan


sebagainya.

f. Kaki Periksa tempurung lutut, patah


dan sebagainya,
RAWATAN
Tindakan
• Tidak Sedar diri, tiada nadi atau tidak bernafas;
– Dail 999 untuk ambulans;
– Mulakan CPR;

• Tidak Sedar diri, tidak bernafas tetapi ada nadi;


– Beri 2 hembusan pernafasan sehingga mangsa boleh
bernafas sendiri;
– Periksa nadi karotid
– Dail 999 untuk ambulans;
– Mulakan CPR;
• Tidak Sedar diri , bernafas dan ada nadi;
– Rawat mana-mana kecederaan yang boleh merbahayakan
nyawa;
– Letakkan pesakit dalam keadaan baringan pemulihan;
– Dapatkan bantuan;

• Sedar, bernafas dan ada nadi;


– Rawat sebaik-baik cara;
– Dapatkan bantuan jika perlu;
PENGENDALIAN MANGSA

Anda mungkin juga menyukai