Anda di halaman 1dari 1

UBBL PINDAAN 2012

6. PERUBAHAN KEPADA KEPERLUAN PENCEGAHAN KEBAKARAN (BAHAGIAN 2)

7. Pengkelasan semula Kumpulan Maksud bagi kediaman


Kategori 'Kediaman Kecil' kini dihadkan kepada teres, sebandung (semi-D) dan sesebuah
(banglo) sahaja. Kediaman jenis lain kini dimasukkan ke dalam Kumpulan Maksud 'Kediaman
Lain.'

8. Peralatan pencegahan untuk kediaman


Salah satu aspek penting yang baru dalam UBBL Pindaan 2012 adalah keperluan peralatan
pencegahan kebakaran untuk kediaman.

UBBL 225(1) dan Jadual Kesepuluh kini mensyaratkan supaya kediaman kecil teres, sebandung
(semi-D) dan sesebuah (banglo) dilengkapi dengan pemadam api mudah alih. Kediaman lebih
dari 2 tingkat perlu disediakan pengesan asap kuasa tersendiri (self-contained smoke detector)
yang dipasang pada siling tertinggi ruang tangga. Perubahan ini mengambilkira trend kediaman
3 dan 4 tingkat yang semakin popular.

9. Akses Menentang Kebakaran


UBBL Pindaan 2012 mewajibkan akses menentang kebakaran diadakan pada setiap tingkat
untuk bangunan melebihi 18m tinggi. Dua jenis akses yang dibenarkan adalah

a. Lobi terlindung; dan


b. Tangga yang diisitekanan.

Akses mesti disediakan dengan peralatan berikut;

a. Injap pelantar sistem pancur kering atau pancur basah


b. Hose dan nozel
c. Lift Bomba (untuk bangunan ketinggian lebih 18.5m)
d. Tangga Keselamatan
e. Telefon Bomba
f. Sistem pengudaraan dan pencahayaan.
g. Suis pengasing elektrik.

10. Perubahan Kepada Jadual


Semua jadual yang merujuk kepada pencegahan kebakaran dalam UBBL dipinda.

Wallahualam.

Ar. NASHARUDDIN HAJI ABDUL MAJID


ARKITEK PUNCA CIPTA
JANUARI 2014

Anda mungkin juga menyukai