Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENDAHULUAN

Maman merupakan sejenis ulaman yang terkenal di daerah Gemencheh, Negeri


Sembilan. Maman kebiasaannya dijeruk untuk dimakan bersama nasi. Di Gemencheh, hidangan
yang menggunakan maman sebagai bahan utama adalah rendang maman. Rendang maman agak
digemari oleh pelbagai kaum seperti kaum Cina dan India. Rendang maman selalunya
mendapat permintaan tinggi apabila menjelang musim perayaan. Menurut penulisan generasi
dahulu, rendang maman pernah mendamaikan perselisihan antara masyarakat Johol dan
Gemencheh. Orang Gemencheh dan Johol berebut dan berbalah disebabkan lombong emas di
Gemencheh pada tahun sekitar 1800 ke 1900. Orang Gemencheh mahu kenakan orang Johol
yang bertandang ke kawasan mereka dengan meletakkan jumlah cili api dan santan yang banyak
ke dalam hidangan rendang maman, supaya orang Johol kepedasan dan serik mengganggu
mereka. Sebaliknya, orang Johol menggemari hidangan itu dan selalu bertandang kembali ke
Gemencheh untuk menikmatinya.

Anda mungkin juga menyukai