Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih Pengerusi Majlis Yang saya hormati para

hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan


menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ Singa
yang Sombong”. Yang terlena, sedar-sedarkan. Yang
tersedar, dengar-dengarkan Yang terdengar fikir-
fikirkan. Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa
yang sombong. Badannya yang besar dan kuat
menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak
haiwan yang telah menjadi mangsanya. Suatu hari,
semua haiwan di rimba telah mengadakan satu
perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk
menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu. Tiba-
tiba Sang Kancil bangun dan bersuara. “ Wahai kawan-
kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam.
Semakin lama, semakin ramai kawan kita yang menjadi
mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita
sama-sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan
singa itu. “ Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan
yang lain. “ Siapa ada cadangan, silakan” kata Sang
Kancil Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara,
“ Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba menewaskan
singa itu.” Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan
kebolehan Tebuan. “Selain saya, siapakah yang berani
menawarkan diri, silakan.” Tebuan mencabar kawan-
kawannya. Masing-masing tunduk diam. “Oleh kerana
tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa,
marilah kita sama-sama menyokong Sang Tebuan
sebagai wira kita.” Kata Sang Kancil dan disambut
dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba itu.
Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar
untuk menyaksikan pertarungan antara Singa dan
Tebuan. Tiba di suatu tempat, mereka tenampak Singa
masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun terbang
menghampiri Singa. “ Hai Singa yang zalim. Hari ini
aku mencabar engkau untuk berlawan denganku.” Kata
Tebuan dengan berani. “ Engkau nak berlawan dengan
aku?” Tanya Singa itu sambil ketawa. “ Belum cuba,
belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang
kuat, aku akan dapat menewaskan kemalasanmu yang
besar.” Jawab Tebuan penuh semangat. “ Baiklah,
kalau engkau berani, marilah.” Kata Singa. Dengan
pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa
itu berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi
tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu menjadi letih.
Tebuan mengambil kesempatan ini. Dengan pantas ia
masuk ke dalam lubang hidung singa yang luas itu. Lalu
menyengat Singa itu dari lubang hidungnya. Singa itu
meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi
tidak berjaya mengeluarkan Tebuan. Semakin lama,
semakin kuat gigitan Tebuan itu. Tidak lama kemudian,
Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua
binatang bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung
keberanian tebuan itu. Ingat kawan-kawan, 1. Orang
yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil
tidak semestinya lemah. 2. Kita tidak boleh bersikap
malas berusahalah 3. Kita mesti berusaha jika ingin
Berjaya Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan....
kecik jangan disangka anak, besar jangan disangka
bapa... akal yang cerdik dan semangat kental dapat
mengalahkan kekuatan fizikal.. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai