Anda di halaman 1dari 41

BUKU PENGURUSAN

PRASEKOLAH 2012

PRASEKOLAH LESTARI

SEK. KEB. SAHABAT 2


PETI SURAT 61700,91125
LAHAD DATU, SABAH.
PENGENALAN

Buku pengurusan prasekolah disediakan adalah untuk memberi kepada semua

tentang hal-hal pengurusan,pengendalian dan pengelolaan kelas prasekolah

dari semua aspek.

Antara aspek-aspek yang dikemukakan adalah falsafah, matlamat,objektif

pendidikan prasekolah,kurikulum prasekolah,hal-hal pengurusan kanak-kanak

program pendidikan prasekolah, perancangan aktiviti sepanjang tahun,

organisasi prasekolah, pemilihan kanak-kanak prasekolah, rekod dan penilaian

kanak-kanak, urusan kewangan, organisasi prasekolah, gambaran fizikal kelas

prasekolahdan lain-lain lagi.

Buku pengurusan prasekolah ini juga menjadi panduan kepada guru prasekolah

dalam melaksana dan menjayakan program pendidikan prasekolah.


KATA-KATA ALUAN GURU BESAR

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah


izinNya, Buku pengurusan prasekolah untuk tahun 2012 telah dapat disiapkan
dengan jayanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih


kepada semua yang terlibat khususnya Jawatankuasa Prasekolah di atas inisiatif
merancang dan menyiapkan buku ini dalam masa yang ditetapkan.

Buku Pengurusan Prasekolah adalah sebuah buku rujukan yang mengandungi


maklumat prasekolah dan juga rangka program yang dirancang untuk dilaksanakan
sepanjang tahun 2012. Adalah diharapkan Buku pengurusan ini dapat memberi
pendedahan sepenuhnya kepada semua pihak tentang maklumat-maklumat
Prasekolah yang ingin diperolehi dan diketahui.

Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dan saya berharap agar buku ini dapat dimanafaatkan dalam
memantapkan lagi proses pengurusan dan pendidikan Prasekolah di sekolah ini
khususnya.

Sekian, terima kasih;

SELAMAT MAJU JAYA

……………………………….
(Tn. Hj. Rajid B. Ab. Rashid)

Guru Besar,

PRINSIP RUKUN NEGARA


BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA

Mendukung cita-cita hendak

Mencapai perpaduan yang lebih erat

Dikalangan seluruh masyarakatnya

Memelihara satu cara hidup demokratik

Mencapai satu masyarakat yang adil di mana

Kemakmuran Negara akan dinikmati

Bersama secara adil dan saksama

Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi

Kebudayaan yang kaya dan berbagai corak

Membina satu masyarakat progresif yang akan

Menggunakan sains dan teknologi moden

MAKA KAMI rakyat Malaysia, berikrar akan

Menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami

Untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan

atas prinsip-prinsip yang berikut:-

Kepercayaan Kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara


Keluhuran perlembagaan

Kedaulatan undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan kea rah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi INTELEK, ROHANI, JASMANI, EMOSI dan SOSIAL. Berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan bertanggungjawab, berakhlak mulia serta

berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberi

sumbangan terhadap keharmoniaan dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan Negara.


KONSEP DAN MATLAMAT
PENDIDIKAN PRASEKOLAH

KONSEP

Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan

pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam

jangkamasa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke tahun satu di

sekolah formal.

MATLAMAT

Pendidikan Prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak

dalam semua aspek perkembangan,menguasai kemahiran asas dan

memupuk Sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah

rendah.
VISI PRASEKOLAH

MENYEDIAKAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN YANG BERMAKNA

KEPADA SEMUA KANAK-KANAK SECARA

ADIL DAN SAKSAMA

DEMI MENYAHUT IDEA FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

MISI PRASEKOLAH

MENYEDIAKAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN YANG BERMAKNA

KEPADA KANAK-KANAK

UNTUK MENYUBURKAN POTENSI

DALAM SEMUA ASPEK PERKEMBANGAN

MENGUASAI KEMAHIRAN ASAS

DAN

MEMUPUK SIKAP POSITIF KANAK-KANAK

SEBAGAI PERSEDIAAN KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI

BERWAWASAN

DALAM MEMENUHI ASPIRASI DAN KEHENDAK

AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.


PIAGAM PELANGGAN PRASEKOLAH

Demi mengisi dan menjayakan Wawasan Pendidikan, kami dari


Unit Prasekolah LESTARI SEK. KEB. SAHABAT 2 berikrar;

 Melaksanakan amanah untuk mendidik, membimbing,


membantu dan memberi perkhidmatan terbaik kepada
semua kanak-kanak.
 Meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam aspek jasmani,
emosi, rohani, dan sosial
 Menepati waktu dalam semua aspek pengurusan dan
pengajaran dan pembelajaran.
 Berkerjasama dengan semua pihak untuk mempertingkatkan
mutu pendidikan
 Mengamalkan sifat yang mulia dalam proses keceriaan
diluar dan di dalam kelas prasekolah.
 Menjaga nama baik sekolah.
 Berdisiplin dan amanah teras kejayaan.

PELAN INDUK PEMBANGUNAN


PENDIDIKAN (PIPP)
6 TERAS STRATEGIK

1.MEMBINA NEGARA BANGSA

2.MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

3.MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN

4.MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN

5.MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN

6.MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI


PENDIDIKAN

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH

1. Pendekatan belajar sambil bermain


2. Pendekatan bertema
3. Pendekatan bersepadu
4. Teknologi maklumat dan komunikasi
PENGELOLAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH

1. Aktiviti kelas
2. Aktiviti kumpulan
3. Aktiviti individu

ALIRAN AKTIVITI HARIAN PRASEKOLAH

Rutin pagi

10 Minit

Perbualan

10 Minit

Permainan Luar

20 Minit

Aktiviti kelas

30 Minit

Aktiviti kelas

30 Minit

Rehat

30 Minit

Aktiviti kumpulan

60 Minit

Aktiviti penamat

10 Minit

KURIKULUM PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting
dalam dunia persekolahan kepada seseorang kanak-kanak. Pengalaman
persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan
mengembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran,keyakinan
diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan
formal dan pendidikan sepanjang hayat.

Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak


tanpa mngira latar belakang sosial,agama,lokasi,tempat tinggal,keadaan
kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek
mereka.Bagi kanak-kanak mereka diberi peluang khas untuk belajar dalam
kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka.

Program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan tahap


perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran, membina
sikap positif dan akhlak yang mulia, meningkatkan kecergasan dan kesihatan
kearah penyuburan potensi yang optimum.

Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah member fokus kepada


perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh seimbang dan bersepadu.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dalam suasana
pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria,menggalakan naluri ingin
tahu,suka meneroka dan menjelajah serta memberi pengalaman baru
kepada kanak-kanak.

Dengan ini adalah diharapkan program pendidikan prasekolah dapat


menjadi asas untuk melahirkan murid yang berilmu pengetahuan,berakhlak
mulia,mempunyai keyakinan diri,cita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang
dan gigih berusaha, sihat dan cergas serta kreatif dan ekspresif. Asas yang
dibina dalam diri ini akan menyumbang kepada kesejahteraan diri mereka
sendiri, kemajuan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

PROGRAM PENDIDIKAN
PRASEKOLAH

Objektif program pendidikan prasekolah ialah bertujuan untuk menyuburkan


potensi kanak-kanak dalam semua pertumbuhan diri yang seimbang supaya mereka
menjadi individu yang sangat berguna, bermunafaat, berfaedah kepada diri sendiri,
keluarga dan masyarakat berlandaskan hukum agama.

Program pendidikan prasekolah adalah bertujuan membolehkan kanak-kanak

1. Membina sahsiah dan perwatakan yang sempurna untuk menjadi ahli


keluarga dan warganegara yang baik dan bermanfaat serta berfaedah
berlandaskan falsafah pendidikan Negara dan selaras dengan rukun Negara.

2. Mengamalkan nilai-nilai kerohanian dan moral yang sensitif dalam kehidupan


seharian berlandaskan falsafah pendidikan negara.

3. Menghormati dan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa


Kebangsaan.

4. Mengamalkan nilai-nilai keislaman dalam kehidupan seharian khusus untuk


kanak-kanak yang beragama Islam.

5. Membentuk keyakinan diri dan dapat mengawal serta menguasai


keupayaannya dan mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang
positif.

6. Membentuk konsep kendiri yang positif bergaul dan menghargai hak dan
kebolehan orang lain serta dapat menunjukan semanagat faham memahami
di dalam bekerja, hormat menghormati serta sikap toleransi.

7. Menyemaikan sikap ingin tahu dan kesediaan belajar semasa berinteraksi.

8. Mengembangkan penggunaan bahasa dan komunikasi.

9. Mengembangkan bakat serta potensi di dalam mengeluarkan idea-idea yang


dapat melahirkan kanak-kanak yang aktif dan kreatif.

TUNJANG

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH

KEBANGSAAN
 TUNJANG BAHASA & KOMUNIKASI
- Bahasa Malaysia
- Bahasa Inggeris

TUNJANG PENDIDIKAN ISLAM

TUNJANG KETRAMPILAN
- Sosioemosi

TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA


- Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan

TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA


- Kreativiti

TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI

- Awal Sains dan Awal Matematik

TUNJANG KEMANUSIAAN

PERANCANGAN TEMA TAHUNAN


MINGGU TEMA CATATAN
1. Minggu orientasi

2. Diri Saya (perihal Diri Saya)

3. Diri Saya (Anggota Badan)

4. Diri Saya (Keluarga saya)

5. Diri Saya (Sekolah Saya)

6. Diri Saya (Kawan Saya)

7. Diri Saya (Jiran Saya)

8. Diri Saya (Kebersihan Diri )

9. Diri Saya ( Keselamatan Diri)

10. Diri Saya (Rumah Saya)

11. Diri Saya (Emosi Saya)

12. Alam Bahan (Makanan)

13. Alam Bahan (Minuman)

14. Alam Bahan (Air)

15. Alam Bahan (Pasir)

16. Alam Bahan (Pakaian)

17. Alam Bahan (Alatulis)

18. Alam Bahan (Alatan Dalam Kelas)

19. Alam Bahan (Alatan Dapur)

20. Alam Bahan (Alatan Sukan)

21. Alam Hidupan (Haiwan Liar)

22. Alam Hidupan (haiwan Peliharaan)

23. Alam Bahan (serangga)


24. Alam Hidupan (sayur-sayuran)

25. Alam Hidupan (Pokok Berbunga)

26. Alam Hidupan (Pokok Berbuah)

27. Alam Sekitar (Sayangi ALam Sekitar)

28. Alam Fizikal (Cuaca)

29. Alam Fizikal (Cakerawala)

30. Dunia Teknologi (Kenderaan Darat)

31. Dunia Teknologi (Kenderaan Air)

32. Dunia Teknologi (Kenderaan Udara)

33. Dunia Teknologi (Kemudahan Awam)

34. Dunia Teknologi (Perkhidmatan Awam)

35. Dunia Teknologi (Perkhidmatan Awam)

36. Dunia Teknologi (Pembinaan)

37. Negara Saya (Perayaan Di Malaysia)

38. Negara Saya (Kemerdekaan)

39. Negara Saya (Lagu dan Muzik Tradisional)

40. Negara Saya (Seni, Kraf, Alat Tradisional)

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN PRASEKOLAH LESTARI

SK SAHABAT 2
Kelas Prasekolah yang pertama iaitu kelas Bijak Sekolah Kebangsaan
Sahabat 2 mula ditubuhkan dan beroperasi pada Januari 2006. Kemudian setelah
Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan Program Perluasan kelas
prasekolah di beberapa buah sekolah pada tahun 2007, kelas kedua dibuka pada
Januari 2007 dan kelas ini dinamakan kelas Intelek.

Antara tenaga pengajar dan pembantu pengurusan murid yang pernah


berkhidmat di kelas prasekolah ini ialah:

Kelas Bijak

Tenaga pengajar di kelas ini ialah:

1. Pn. Kasni (01.01.2006 – 01.03.2006)

2. Pn. Suhartini (01.03.2006 – 31.12.2006)

3. En. Mazlan B Abdul Wahab (05.01.2007- 20.10.2007)

4. Pn. Shahrina Bt. Charo (04.01.2008 – Jun 2009)

5. Pn. Nurazillah Bt Mohd Shafie ( 03. 01.2010 – November 2011)

6. Pn. Rabiah Bt. Husen (02.01.2012 hingga sekarang)

Manakala Pembantu pengurusan murid pula ialah :

1. Pn Sahlija Bt Jalilul (01.01.2006 hingga 01.01.2007)

2. Pn. Fatimah Bt Usman (02.01.2007 hingga 01.07.2011)

3. Pn. Maslihah Bt Abdul Rahman (02.07.2011 hingga sekarang)

Kelas Intelek

1. Pn. Juliayana Bt Joldi (01.01.2007 hingga 20.03.2007)


2. Pn. Tasaka Bt Ambotang (21.03.2007 hingga sekarang)

Manakala pembantu pengurusan murid pula ialah:

1. Pn. Sahlija Bt Jalilul (01.01.2007- 01.01.2010)

2. Pn. Salma Bt Abdul Salam (Januari 2010 hingga sekarang

MA TLA MA T DA N MOTTO P R A SEK OLA H


• MA TLA MA T P R A SEK OLA H
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan
potensi murid dalam semua aspek perkembangan,
menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif
sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah

• MOTTO PR A SEK OLA H


“Prasekolah Lestari
Melonjak Kanak-kanak Berdikari”

“Merealisasikan Pendidikan Cemerlang Untuk


Melahirkan Kanak-kanak Terbilang”

2
VI SI DA N MI SI P R A SEK OLA H
LESTA R I ( I NTELEK )
• VI SI P R A SEK OLA H LESTA R I SK SA H A B A T I I
Menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek
JERIS, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap
positif sebelum kanak-kanak masuk ke tahun 1

• MI SI P R A SEK OLA H LESTA R I SK SA H A B A T I I


Menyediakan peluang pembelajaran yang sama rata
dengan pembelajaran yang terancang, tempat yang
selesa dan suasana yang ceria sejajar menyahut seruan
misi SK Sahabat II

CARTA ORGANISASI PRASEKOLAH LESTARI


CA RTA ORGA NISA SI
PRA SEKOLA H LESTA RI
SK SA HA BAT 2
PENASIHAT
Tn. Hj. Rajid B. Ab. Rashid

PENGERUSI KURIKULUM
En. Abdul Mubarak Bin Abd. Ghanil

PENGERUSI HEM
En. Hamidi Bin Sahat

PENGERUSI KO-KURIKULUM
Pn. Fatimah Binti Mohd. Yunus

GURU PRASEKOLAH INTELEK DG41 GURU PRASEKOLAH BIJAK DG41


Pn. Tasaka Binti Ambotang Pn. Rabiah Binti Husen

PEMBANTU PENGURUSAN MURID N17 PEMBANTU PENGURUSAN MURID N17


Pn. Salma Binti Abdul Salam Pn. Maslihah Bt Abdul Rahman
PERATURAN UMUM DI KELAS PRASEKOLAH

1. Beratur di hadapan kelas sebelum belajar

2. Beratur di hadapan kelas sewaktu hendak pulang

3. Membaca doa sebelum memulakan pelajaran

4. Membaca doa sebelum dan selepas makan

5. Mematuhi arahan

6. Jangan membuat bising

7. Meminta izin untuk membuat sesuatu

8. Berkongsi alatan

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DIKELAS PRASEKOLAH


1. KESELAMATAN DI DALAM KELAS

1.1Kanak-kanak akan diberi taklimat / demontrasi pada minggu


suaikenal tentang keselamatan di dalam kelas prasekolah.
1.2Guru dan pembantu akan sentiasa mengawasi kanak-kanak
membuat aktiviti yang menggunakan peralatan seperti gunting, lidi
dan lain-lain alat yang tajam.
1.3Kanak-kanak akan diberi penerangan cara penggunaan peralatan
permainan seperti bongkah, lego dan lain-lain. Begitu juga dengan
penggunaan ruang dan pusat yang terdapat di prasekolah.
1.4 Kanak-kanak tidak dibenarkan sama sekali membawa
alatan/bahan/benda dari rumah kecuali dengan arahan guru.

2. KESELAMATAN DI LUAR KELAS

2.1Kanak-kanak akan sentiasa diawasi oleh guru dan pembantu


semasa
Menjalankan aktiviti luar kelas.
2.2Kanak-kanak akan dijelaskan tentang penggunaan setiap alat-alat
permainan luar dari masa ke semasa.
2.3Kanak-kanak dikehendaki memakai pakaian sukan yang lengkap
semasa menjalankan aktiviti permainan luar dan aktiviti
perkembangan fizikal yang melibatkan luar kelas.
2.4Peralatan permainan luar yang rosak atau tidak boleh digunakan
akan dimusnahkan.
2.5Guru Besar/ guru prasekolah akan memastikan kawasan permainan
luar berada dalam keadaan baik dan terurus.
2.6Semua kanak-kanak digalakkan menyertai skim perlindungan diri.
2.7Dilarang sama sekali menjalankan aktiviti sukan / permainan luar di
tempat lapang semasa hujan.
2.8Sebarang kemalangan / kecederaan yang berlaku akan disiasat dan
dilaporkan kepada guru besar dengan segera dan direkodkan.

3. KESELAMATAN DI DAPUR

3.1Kanak-kanak tidak dibenarkan sma sekali ke dapurkecuali dengan


kebenaran guru dan diawasi pembantu.
3.2Beratur ketika hendak mengambil makanan.
3.3Dilarang menggunakan benda tajam/ pemetik api.
3.4Menyimpan dan mengemas kembali peralatn yang digunakan
semasa di dapur.
3.5Benda/ barangan yang berada di dapur tidak dibenarkan di bawa
keluar dari bilik tersebut kecuali dengan arahan guru / pembantu.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN (LATIHAN KEBKARAN)

Murid-murid prasekolah juga terlibat dalam aktiviti latihan


kebakaran peringkat sekolah. Oleh itu latihan kebakaran telah
didedahkan di peringkat sekolh. Ini bertujuan supaya kanak-kanak
mendapat pendedahan lebih awal dan tidak panik atau takut untuk
menghadapi kemungkinan yang berlaku terutamanya kebakaran.

Panduan Latihan

1. Apabila siren atau loceng dibunyikan berpanjangan, murid-murid


akan berlari ke luar kelas menggunakan pintu 2 dengan kawalan
guru kelas.
2. Murid-murid hanya perlu menyelamatkan diri dan tidak perlu
membawa sebarang peralatan atau barang.
3. Murid-murid akan berlari terus melalui koridor bangunan yang
sama ke padang sekolah.
4. Murid-murid membuat barisan dan memastikan bilangan murid
sama dengan jumlah kehadiran pada hari tersebut.

PERANAN DAN TUGAS GURU PRASEKOLAH

1. Mendaftar dan menyimpan rekod kanak-kanak.


2. Memeriksa dan mengemaskini senarai semak peralatan.
3. Menyediakan suasana yang selesa, selamat dan
mengembirakan bagi merangsang proses pengajaran dan
pembelajaran.
4. Merangsang dan meningkatkan motivasi kanak-kanak
prasekolah bersedia untuk belajar.
5. Mewujud dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk
meneroka dan menjelajah.
6. Memilih dan merangsang bahan-bahan serta peralatan yang
sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan
kanak-kanak.
7. Mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan
keselesaan kanak-kanak semasa di dalam dan di luar kelas
semasa kanak-kanak di bawah jagaannya.
8. Menyediakan aktiviti terancang berpandukan kurikulum
prasekolah.
9. Menyediakan menu terancang.
10. Merancang dan merekod penggunaan wang makan minum.
11. Merancang penggunaan wang berkapita.

TUGAS-TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID

1. Pengurusan Kelas

1.1 Bilik Darjah

 Menyapu lantai sebelum dan selepas


pengajaran & pembelajaran.
 Mop lantai sekurang-kurang 2 kali seminggu.
 Mengelap tingkap dengan kain lembap
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
 Membersih habuk pada rak, perabot dan
peralatan kelas.
 Menyusun dan menyimpan semula peralatan
kelas.
 Susun atur dan kemas meja selepas selesai
aktiviti pembelajaran.
 Membuang sampah basah dan kering setiap
hari serta membersihkan bakul sampah
mengikut keperluan.
1.2 Ruang Dapur

 Mop lantai dapur setiap hari selapas


digunakan.
 Membasuh lantai dapur seminggu sekali.
 Membersih dapur setiap kali selepas memasak.
 Membersih dan mengemas peralatan dapur
selepas digunakan.
 Membersih peti sejuk sekali seminggu.
 Menyimpan bahan-bahan memasak dengan
kemas dan tertutup.
1.3 Luar Bilik Darjah

 Membersih tandas setiap kali selepas kelas.


 Membersihkan kaki lima prasekolah.
 Menyiram pokok bunga dan taman sekitar
prasekolah.

2.Pentadbiran

2.1 Membantu guru mngemaskini sistem maklumat dan

pendaftaran murid.

 Fail/ folio murid


 Membuat anggaran makanan setahun
 Mengemaskini bil dan resit-resit berkaitan.
 Mencatat inventori peralatan kelas.
 Mengwal keselamatan kanak-kanak semasa datang,
pulang dan semasa aktiviti dijalankan.
 Mencatat tugasan yang telah dijalankan sepanjang
hari.
 Mengemas kelas dan pralatan sebelum cuti penggal.
 Mengenalpati kelas bersih, dapur bersih dan selamat
sebelum sesi persekolahan (selepas cuti penggal).
3.Kurikulum

3.1 Membantu guru


 Memilih dan menyediakan bahan bantu mengajar
dan belajar.
 Membaik pulih alatan.
 Mengawal murid semasa ketiadaan guru.
 Membantu guru mengatasi murid-murid bermasalah.
 Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi
murid.
 Memberi kerjasama kepada pihak sekolah.
 Menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.

4.Pengurusan Sekolah

4.1 Merancang
 Menu yang sesuai dan sistem pemakanan yang
seimbang.
 Menentukan jenis bahan – bahan makanan
selaras dengan menu dan keperluan harian.

4.2 Menyedia dan menghidang


 Menghidangkan makanan kepada murid-murid.
 Menetapkan murid bertugas harian.
 Mengawal murid makan, dan wajibkan setiap
murid membaca doa sebelum dan selepas
makan.

4.3 Kawalan murid


 Mengawal murid semasa membersihkan
tangan dan mengambil makanan.
 Mengawasi dan membimbing murid membaca
doa sebelum dan selepas makan.

4.4 Pengurusan kebersihan diri murid.


 Mengawasi murid mengambil berus gigi.
 Mengawasi murid menggunakan berus gigi.
 Mempastikan murid menggunakan tuala
tangan untuk tujuan membersihkan
tangan/mulut.
 Menyediakan tuala tangan bagi tujuan di atas
setiap hari dan membersihkannya.

5.Tugas am
5.1 Melaksanakan tugas-tugas khas yang ditetapkan dari
semasa ke semasa untuk kepentingan program
pendidikan prasekolah.
5.1 Mematuhi arahan perkhidmatan yang berkuatkuasa
sekarang.
KANDUNGAN
- Pengenalan
- Kata-kata aluan Guru Besar
- Rukunegara
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Prasekolah
- Visi, Misi dan Piagam Pelanggan Prasekolah
- Perincian Hari Persekolahan

A. PENGURUSAN KURIKULUM
- Matlamat & Objektif Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
- Tunjang KSPK
- Kurikulum Transformasi
- Rekabentuk Kurikulum
- Peruntukan masa seminggu
- Perancangan tema setahun
- Jadual waktu prasekolah
- Rancangan Tahunan

B. PENGURUSAN AM
- Sejarah ringkas penubuhan Prasekolah SK Sahabat 2
- Carta Organisasi Prasekolah
- Perancangan aktiviti tahunan Prasekolah
- Pelan kedudukan Bangunan Prasekolah
- Pelan bilik darjah
- Peraturan umum di prasekolah
- Langkah-langkah keselamatan di Prasekolah & langkah
kebakaran
- Pelan latihan kebakaran
- Peranan dan tugas guru prasekolah
- Tugas-tugas pembantu pengurusan murid
- Catatan tugasan harian pembantu pengurusan murid

C. BIODATA
- Biodata Guru Prasekolah
- Biodata Pembantu Pengurusan Murid
- Biodata Murid-murid Prasekolah

D. PENGURUSAN KEWANGAN
- Menu harian Prasekolah
- Buku / Kad Menu A - T
- Perancangan Menu Bulanan
- Tuntutan dan Terimaan Wang Makan Minum Prasekolah
- Pendapatan
- Perbelanjaan
- Tuntutan tahunan wang makan minum & perkapita
- Anggaran perbelanjaan wang makan minum prasekolah
- Borang tuntutan wang makan minum
- Perancangan penggunaan / pembelian peruntukan wang
perkapita
- Rekod penggunaan / pembelian wang perkapita
- Penyata kewangan tahunan

E. PENGURUSAN STOK
- Daftar Inventori
- Daftar Harta Modal
- Daftar Stok Bekalan Pejabat

F. PENGURUSAN PEMILIHAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH


- Iklan permohonan
- Contoh borang permohonan
- Jawatankuasa pemilihan prasekolah
- Dasar pemilihan, Kriteria permarkahan pemilihan
- Surat panggilan mesyuarat pemilihan
- Senarai murid terpilih

G. PENGURUSAN REKOD MURID


- Rekod Peribadi
- Rekod Fizikal
- Rekod Kesihatan
- Rekod Kemajuan Individu
- Rekod Anekdot
- Rekod Berterusan
- Maklumat murid prasekolah

Matlamat dan Objektif Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010


Kurikukum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010 (KSPK)

Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak


berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu
dalam aspek jasmani, emosi, intelek dan soasial melalui persekitaran
pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang
menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan
kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif
pada diri kanak-kanak agar mereka Berjaya dalam persekitaran sedia ada
dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah
rendah kelak.

4 kata kekunci

Menyuburkan (Enriching)
Aktif Penglibatan (Engaging)
Selamat (Safe)
Seronok (Fun)

Objektif KSPK

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid


berumur 4 – 6 tahun untuk mencapai objektif berikut :

Jasmani :

Mempunyai tubuh badan yang sihat


Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas
Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik
Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan
Menguasai kemahiran psikomotor asas- kemahiran motor halus dan
motor kasar

Emosi :

Mempunyai konsep kendiri yang positif


Mempunyai keyakinan diri
Mempunyai jati diri
Berani mencuba
Mempunyai kematangan emosi
Menghormati perasaan dan hak orang lain
Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara kumpulan

Intelek :

Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur)


menggunakan bahasa Malaysia
Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris
Berkomunikasi dengan baik untuk bahasa cina (untuk yang berkenaan)
Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil (untuk yang
berkenaan)
Memperolehi kemahiran proses sains asas
Memperolehi kemahiran matematik asas
Memperolehi kemahiran berfikiran asas, kemahiran menaakul
Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam
kehidupan seharian murid
Mempunyai daya kreatif dan estetika
Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

Rohani :

Mengamalkan nilai murni


Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid
beragama Islam

Sosial:

Berkebolehan berkomunikasi yang mantap


Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan
sebaya
Menyuarakan pandangan dan perasaan
Bekerjasama dengan orang lain

Rekabentuk kurikulum

Kurikulum berasaskan standard

Kurikulum berbentuk modular

Kurikulum berasaskan Standard

Standard Kandungan
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang bolah diukur bagi setiap standard kandungan.

Justifikasi Penggunaan Standard


Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti
Ekuiti membawa maksud semua murid diberi peluang pendidikan yang
sama
Kualiti membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi pendidikan
yang berkuliti
Lantaran matlamat kurikulum berasaskan standard adalah untuk
memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid.

Justifikasi Penggunaan Standard

Kebertanggungjawabayn (Accountability) guru dan pentadbir


Memastikan SEMUA murid melepasi piawai standard yang ditetapkan
Memastikan semua prasekolah awam dan swasta mematuhi keperluan
dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Skema dan piawai pengukuran
Penetapan ilmu , kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas
untuk tujuan meningkatkan tahap pembelajaran murid
Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning)
Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

Kurikulum Berbentuk Modular

Kurikulum yang berbentuk modular merupakan satu kurikulum yang


kandungannya diorganisasikan dan seterusnya diisampaikan dalam
bentuk bahagian atau unit bahagian atau unit unut ini dinamakan
modul.

7 jenis modul

Modul Teras Asas


Modul Bertema

Modul Teras Asas

Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina / Bahasa Tamil
Pendidikan Islam/ pendidikan Moral
Matematik
Aktiviti di Luar(Outdoor activity)

Modul Bertema

Modul Bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumi unsur


–unsur dalam keenam – enam tunjang dan juga unsure kreatif, kritis
dan inovatif.Modul Bertema dibina menggunakan isu kehidupan /
peristiwa seharian kanak –kanak.

Peruntukan Masa bagi Prasekolah

BIDANG JUMLAH BIDANG JUMLAH


SLOT SLOT
PEMBELAJARAN MINIT PEMBELAJARAN MINIT

10MX3 (BM),
RUTIN 50 BAHASA INGGERIS 60M X 1, 30M X 1 40
10MX3 (BI),

20M X 3 (BM), 20M


PERBUALAN PAGI 100 PEN.ISLAM / MORAL 40M X 3 120
X 3 (BI)

30M X 3 (BM), 30M 40M X 1(BM), 40M


REHAT 150 PERMAINAN LUAR 20
X 3 (BI) X 1 (BI)

10M X 3 (BM), 10M


REFLEKSI 50 MATEMATIK 40M X 1 40
X 2 (BI)

BM= 40 X 1, 30M X
5
BAHASA MALAYSIA 60M X 1 , 20M X 1 40 MODUL TEMA 430
BI= 40M X2, 30M X
11

DASAR PEMILIHAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH


PERINGKAT SEKOLAH
1.Mengutamakan dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan.
2.Had pemilihan ialah seramai 25 orang sahaja. Jika permohonan
kurang dari 25 orang, semua permohonan adalah layak masuk ke
kelas prasekolah.
3.Permohonan yang dibuat hendaklah menggunakan borang
yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.
4.Permohonan (murid) hendaklah berumur 5 tahun dan telah
berdaftar untuk memasuki tahun satu di sekolah kerajaan.
5.Status ekonomi keluarga rendah (berpendapatan rendah) dan
kadar tanggungan tinggi.
6. Anak yatim perlu mendapat keutamaan.

ALASAN- ALASAN TIDAK TERPILIH

1.Berpendapatan tinggi dan tanggungan rendah (kurang)


2.Kelewatan menghantar borang dari tarikh yang ditetapkan.
3.Borang permohonan yang dihantar tidak lengkap dan tidak
disahkan.
4.Ibu bapa tidak memberi kerjasama dengan pihak sekolah.
5.Anak (murid) yang belum didaftarkan di sekolah kerajaan.
6.Warganegara asing.

KRITERIA PEMARKAHAN PEMILIHAN PRASEKOLAH

1. PENDAPATAN : 50%
2. TANGGUNGAN : 30%
3. SUMBANGAN KEPADA SEKOLAH : 20%
PENDAPATAN (RM)

200 - 300 301 - 400 401 - 500 501 - 600 600 >
50% 40% 30% 20% 10%
TANGGUNGAN (ORANG)

9 -10 7-8 5-6 3-4 1-2


30% 25% 20% 15% 10%
SUMBANGAN : SUMBANGAN IBUBAPA BERGANTUNG KEPADA PANEL
MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN SAHABAT 2,


PETI SURAT 61700,
91125, LAHAD DATU, SABAH.

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Prasekolah

Tarikh: 20.09.2010 (Isnin)


Masa : 11.30 tgh
Tempat : Bilik Gerakan SK Sahabat 2.
Kehadiran :
1. Tn. Hj Rajid B. Abd Rashida (Guru besar)
2. En. Hamidi Sahat (PK HEM)
3. En. Abdul Mubarak B. Abd. Ghani )PK 1)
4. En. Jalhari B. Nassari
5. Pn. Tasaka Bt. Ambotang
6. Pn. Rabiah Bt. Husen
7. Pn. Rohana Bt. Kaldoh
8. Pn. Hamidah Bt Maisug
9. Pn. Tina Sanusi
10. Pn. Rosita Abd Rahman
11. En. Noor Eddie B Aliuddin

AGENDA:
BI PERKARA TINDAKAN
L
1. Ucapan Pengerusi Majlis
1.1 GB mengalukan – alukan kedatangan GB
Penolong Kanan dan semua ahli
Jawatankuasa prasekolah.
1.2 Majlis dimulai dengan bacaan Ummul kitab
Al- Fatihah.
1.3 Ucapan terima kasih sekali lagi kerana
semua jawatankuasa sudi menghadiri
mesyuarat.
1.4 Pengerusi menegaskan tujuan diadakan
mesyuarat pada hari ini ialah untuk
melaksanakan proses pemilihan murid-
murid prasekolah sesi persekolahan 2013.
1.5 Pengerusi menegaskan tentang kriteria
pemilihan dan jumlah murid yang akan
dipilih hanyalah seramai 50 orang.
2.
Proses pemilihan
2.1 Makluman oleh GB bahawa;
- Borang permohonan mula dibuka dan boleh GB
didapati di kelas prasekolah mulai 01 Mac 2012 Jawatankuasa
hingga 31.07.2012 pada waktu pejabat. Pemilihan
- Tarikh tutup permohonan adalah pada
31.07.2012 .
2.2 Pengerusi memaklumkan bahawa hanya
sebanyak 34 borang permohonan yang diterima
sehingga tarikh tutup permohonan.
2.3 Oleh yang demkian semua permohonan
diterima berdasarkan Pemilihan dijalankan dengan
mengambilkira kriteria-kriteria yang telah
ditetapkan.

3.
Keputusan Pemilihan
3.1 Jawatankuasa pemilihan prasekolah telah Guru Besar
memutuskan 34 permohonan dipilih untuk Jawatankuasa
mengikuti kelas prasekolah sesi persekolahan Pemilihan
2013.Namun demikian permohonan masih dibuka
bagi memenuhi kuota 50 orang.

1.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.15 tengahari dengan bacaan surah
Al asr.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………….. ………………………
(PN. Tasaka Bt Ambotang) (Tn. Hj Rajid B. Abd Rashid)
Setiausaha, Guru Besar
Jawatankuasa Prasekolah, Sek.Keb.Sahabat 2
Sekolah Kebangsaan Sahabat 2. Lahad Datu

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI CHIKU 01,


18300 GUA MUSANG,
KELANTAN
TEL / FAX : 09-9285035

TARIKH : 1 NOVEMBER 2010

Kepada,
…………………………………………….
…………………………………………….

Tuan / puan,
Tawaran Kemasukan Ke Prasekolah Tahun 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah mengadakan mesyuarat


pemilihan murid-murid prasekolah dan telah memutuskan bahawa anak tuan/puan
……………………………………….telah DITERIMA untuk memasuki prasekolah pada
tahun 2011.

3. Sehubungan dengan itu pihak sekolah akan mengadakan taklimat kepada


pihak tuan/puan kepada ketetapan berikut:
TARIKH : 8 NOVEMBER 2010 (ISNIN)

MASA: 9.00 PAGI

TEMPAT: KELAS PRASEKOLAH IBNU SINA

4. Kerjasama dan kehadiran tuan/ puan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Menurut Perintah

………………………………….
(MAT ZIN B. YAHYA)
Pen. Kanan Pentadbiran
Sek Keb. Sri Chiku 01
18300, Gua Musang,
Kelantan.
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI CHIKU 01,
18300 GUA MUSANG,
KELANTAN.
TEL / FAX : 09-9285035

Ruj. Kami :SKSCI 02/04/003( )


Tarikh : 9/11/2010

Kepada,
……………………………………

……………………………………

Tuan/ Puan,

Majlis Graduasi Prasekolah Tahun 2010

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa majlis Graduasi Prasekolah Tahun 2010


akan diadakan pada ketetapan berikut:

TARIKH : 10 NOVEMBER 2010 (RABU)

MASA : 9.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN SKSC 01


3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir bagi memeriahkan lagi
majlis tersebut. Kerjasama dari pihak tuan/ puan terlebih dahulu diucapkan
berbanyak terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………….
(PN. NURAZIAH BT ABU BAKAR)
Setiausaha,
Guru Prasekolah,
Sek Keb. Sri Chiku 01,
18300 Gua Musang,
Kelantan.

REKOD PERIBADI KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Nama penuh murid : …………………………………………………………………………………………………

Jantina : ……………………………… Bangsa : ………………………………….. Agama : ……………………….

Tarikh Lahir : ………………………………….. No. Surat Beranak : ………………………………………….

Tempat Lahir : …………………………………………………………………………………………………………………..

Tarikh masuk ke Prasekolah : ………………………………………………………………………………………………

Bilangan adik- beradik : ………………………………………………… Murid ini anak ke : …………………….

Nama bapa / penjaga : ……………………………………………………………………………………………………….

No. KP bapa / penjaga : ……………………………………………………………………………………………………..

Pekerjaan bapa / penjaga : …………………………………………………………………………………………………..

Jumlah Pendapatan bapa / penjaga : RM ………………………………….(sebulan)

Nama ibu : ……………………………………………………………………………………………………………………………

No. KP ibu : …………………………………………………………………………………………………………………………

Pekerjaan ibu : ……………………………………………………………………………………………………………………

Jumlah pendapatan ibu : RM ……………………………………… (sebulan)

Jarak rumah dengan sekolah : ………………………………………..(km)


Alamat rumah : …………………………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………………………………..

No. telefon : ……………………………………………………..

JUMLAH TANGGUNGAN BAPA / PENJAGA

BIL Nama anak Umur Drj/ Ting Sekolah / universiti

REKOD KESIHATAN KANAK-KANAK

1. Nama kanak-kanak :
………………………………………………………………………………………………..…..
2. Tarikh Lahir :
…………………………………………..llllllllllll……………………………………………..
3. Umur : ………………………………………………………………..

Adakah anak ini menugidap : Ya Tidak Jika ada nyatakan bila

a Lelah : ……………. ………………… ………………………………………

b Sawan : ……………. ………………... ……………………………………..

c Cacar air : ……………. ………………… ………………………………………

d Campak : ……………. ………………... ………………………………………

f Jantung berl ubang : ……………. ………………… ……………………………………….

g Alahan : ……………. …………………. ………………………………………

h Kidal : ……………. …………………. ……………………………………….

i Adakah dulu dia jatuh teruk : ……………. …………………… ……………………………………….

J Lain-lain : ……………. …………………... ………………………………………

Catatan : …………………………………………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………………………………………..

Pengakuan ibu bapa / penjaga

Semua maklumat yang diberi adalah benar

………………………………………………….. Tarikh : ………………………………

Nama : ………………………………………………………..

REKOD FIZIKAL KANAK-KANAK

Butir-butir Januari Jun/ Julai Okt/Nov

Tinggi (cm)

Berat (kg)

Gigi Baik

Perlu perhatian

Pengamatan Baik

Perlu perhatian

Penglihatan Baik

Perlu perhatian

Pendengaran Baik

Perlu perhatian

Baik

Pertuturan Gagap
Perlu perhatian

Cergas

Kecergasan Kurang Cergas

Terlalu Cergas

Catatan Lain : ……………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BORANG PERMOHONAN MEMASUKI KELAS PRASEKOLAH

NOTA : Borang ini hendaklah diisi dalam satu salinan Untuk kegunaan rasmi
sahaja

(isi mana ruangan yang berkenaan)

BAHAGIAN A

1. Butiran dir murid:

a. Nama penuh : …………………………………………………………………………….

b. Jantina : ……………………………… c. No. Surat beranak :


………………………

c. Tarikh Lahir : ………………………………. e. Tempat Lahir :


………………………

d.

Anda mungkin juga menyukai