Anda di halaman 1dari 5

Pergi ke pekan membeli bingka,

Burung merbah dipohon cemara,


Acara bermula tirai dibuka,
Assalamualaikum pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum wbt

Yang berusaha…
ENCIK MOHD ZAIDI BIN SELAMAT, Timbalan PPD SB

Yang dihormati…
PN RAMLAH BT HASSAN, Ketua Pen Pengarah Sains, JPN Sel
Yang dihormati…
ENCIK MOHD ZAKIYUDDIN B HJ ABDUL HAMID, Ketua Unit Pengurusan Akademik PPD SB
Pegawai-pegawai Sektor Pengurusan Akademik JPN Selangor
SISC+ dan semua pegawai Unit Pengurusan Akademik PPD sabak Bernam

Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat kita bertemu pada
hari ini bagi
KUNJUNG BANTU PENGURUSAN KURIKULUM SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN
SELANGOR KE PPD SABAK BERNAM

Kalau pergi ke Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada pagi ini dijemput Tn Hj Mohd Akbar Bin Md Salleh,
Penolong Pegawai PPD J-Gaf untuk membacakan doa

Amin amin ya robbal alamin… Majlis mengucapkan Terima kasih kepada Tn Hj Mohd Akbar
diatas bacaan doa itu tadi

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis dengan segala hormatnya menjemput, ENCIK MOHD ZAIDI BIN SELAMAT, Timbalan PPD
SB
Untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ribuan Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha ENCIK MOHD ZAIDI BIN SELAMAT di
atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan PN RAMLAH BT HASSAN, Ketua Pen Pengarah Sains, JPN Sel.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
______________________________________________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada PN RAMLAH BT HASSAN atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang ENCIK MOHD
ZAKIYUDDIN B HJ ABDUL HAMID, Ketua Unit Pengurusan Akademik PPD SB

untuk membuat pembentangan. Dipersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada ENCIK MOHD ZAKIYUDDIN B HJ ABDUL HAMID atas
PEMBENTANGAN sebentar tadi.

Seterusnya saya serahkan kepada semua pegawai JPN Selangor untuk meneruskan bantu
bimbing kepada pegawai PPDSB yang terlibat. Kita bertemu semula di majlis penutup yang akan
dimaklumkan kemudian. Sekian wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum wbt.

Assalamualaikum wbt….

Bertemu kita sekali lagi bagi acara penutupan.

Majlis dengan ini menjemput yang berusaha ENCIK MOHD JALULI BIN HAJI YAHAYA, Pegawai
Pendidikan Daerah SB untuk memberikan ucapan. Dipersilakan.
______________________________________________________________________________
Ribuan Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha ENCIK MOHD JALULI di atas ucapan itu
tadi.
Majlis diteruskan dengan menjemput PN RAMLAH BT HASSAN, Ketua Penolong pengarah
Sains JPN Selangor untuk memberi ucapan penutup dan membuat rumusan bantu bimbing
yang telah dijalankan pada hari ini. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada PN RAMLAH BT HASSAN atas ucapan dan rumusan yang telah
diberikan sebentar tadi.

Terima kasih daun keladi,


Kerana sudi menolong kami,
Kalau ada kesulitan kami,
Diharap sudi bantulah lagi.

Merah menyala si buah ceri,


Sungguh cantik berseri-seri,
Terima kasih ucapan diberi,
Kerana sudi dating kemari

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata sbg kenang-kenangan. Dijemput Yang


Berusaha ENCIK MOHD JALULI BIN HAJI YAHAYA, Pegawai Pendidikan Daerah SB untuk
menyampaikan cenderamata kepada pegawai-pegawai dari JPN Selangor.
1. PN. RAMLAH BT HASSAN
2. DR. ZAHRI BIN RAMLAN
3. PN. NOROLHUDA BT ABD RANI
4. PN. SITI SINARMAYA BT MOHAMED ALI
5. PN. AZILAWATI BT ABU BAKAR
6. PN. NADIAH BT HASSAN
7. ENCIK NORAZMAN BIN AHMAD
8. PN. RASHIDAH BT MOHAMAD YUSOF
9. ENCIK AMBERIN BIN AMIN
10. ENCIK AZHAR BIN MINAI
______________________________________________________________________________
Ribuan terima kasih di atas kesudian ENCIK MOHD JALULI BIN HAJI YAHAYA untuk
menyampaikan cenderamata tersebut.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang sy
mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa


Rahmatullahi wa Barakatuh.

Tuan-tuan dan puan-puan dijemput untuk menikmati hidangan yang telah disediakan.

Anda mungkin juga menyukai