Anda di halaman 1dari 5

Mengumumkan kahadiran YBhg Tn Abdul Rashid Bin Abdul Samad,

Pengarah JPN P. PINANG, Hadirin dipersilakan berdiri.

Bismillahirahmanirrahim, alhamdulillahirabbil alamin, wassolatu


wassalamu ala asrafil ambiyai walmursalin, waala alihi wasohbihi
ajmain.

Marilah sama-sama kita mulakan majlis pada pagi ini dengan


membaca ummul kitab, al fatihah……

ENAK SUNGGUH BUAH BIDARA,


DI BELI TERUNA DARI PERMATANG;
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA,
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG.

Yang Berbahagia, Tn Abdul Rashid Bin Abdul Samad, Pengarah JPN


P. PINANG,

_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
Yang Berusaha ,

Marilah sama-sama kita ucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah kurnianya dapat kita semua berkumpul pada pagi
yang berbahagia ini untuk meraikan majlis perasmian Surau Al Huda
SK Bagan Jermal.

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke


majlis ini, semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan
menambah seri majlis pada pagi ini.
Bagi menambah keberkatan pada pagi ini, pihak majlis menjemput
adik_____________________________ untuk memperdengarkan
bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim. Dengan segala hormatnya
dipersilakan. (bacaan Al-quran) Sadaqallahul Azim... Terima kasih
diucapkan kepada adik________________________atas bacaan Al-
Quran sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

Seterusnya majlis Perasmian Surau Al-Huda SKBJ disemarakkan


lagi dengan menjemput Muzakkir Junior SKBJ
adik_______________________ untuk menyampaikan tazkirah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikiannlah tadi tazkirah yang telah disampaikan oleh Muzakkir


Junior SKBJ dengan tajuk tazkirah ___________________________.
Untuk pengetahuan hadirin, adik ___________________________
dicungkil bakatnya dalam program Muzakkir Junior sempena
Sambutan Maulidur Rasul 1441h/2019m. Untuk itu, pihak majlis
merakamkan ucapan terima kasih atas penyampaian tazkirah
sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,


Sebelum kita ke agenda yang seterusnya, marilah sama-sama kita
saksikan rangkuman sejarah Surau Al Huda dan aktiviti-aktiviti
pengimarahan yang telah dijalankan di surau ini melalui
persembahan multimedia yang telah disediakan. Ayuh kita
saksikan....

Demikianlah tadi persembahan multimedia berkenaan Surau Al-Huda


SKBJ. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kpd
_____________________________ dalam menyediakan
persembahan multimedia sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati,
Seterusnya, Majlis menjemput En Zainal Bin Hj Ahmad Guru Besar
SKBJ untuk menyampaikan ucapan alu-aluan, dengan segala
hormatnya dipersilakan (Ucapan) terima kasih kepada En Zainal Bin
Hj Ahmad atas ucapan sebentar tadi.

Kesuma dikirai daun cempaka


Cemara ditatal di akar bersemi
Umpama tirai baru dibuka
Acara bermula mohon dirasmi.

Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, Tn Abdul


Rashid Bin Abdul Samad, Pengarah JPN P. PINANG untuk
memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan SURAU AL-HUDA
SKBJ, dengan segala hormatnya dipersilakan
(ucapan)

Majlis merakamkan ucapan Jutaan Terima kasih kepada yang


berbahagia Tuan Pengarah atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Dengan ini majlis menjemput En Zainal Bin Hj Ahmad, Guru Besar


SKBJ untuk mengiringi Ybhg Tn Abdul Rashid Bin Abdul Samad,
Pengarah JPN P. PINANG, untuk menyempurnakan upacara
menandatangani___________________________ sebagai simbolik
perasmian Surau Al Huda pada hari ini. Dijemput hadirin dan hadirat
untuk sama-sama kita saksikan upacara tersebut, dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Alhamdulillah, tandatnagn Tuan Pengarah menjadi bukti perasmian


Surau Al Huda SKBJ.....majlis merakam ucapan terima kasih.

Sebagai tanda penghargaan dan kenangan abadi daripada seluruh


warga SK Bagan Jermal, majlis mempersilakan En Zainal Bin Hj
Ahmad, Guru Besar SKBJ untuk menyampaikan cenderamata
kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia, Tn Abdul Rashid Bin
Abdul Samad, Pengarah JPN P. PINANG. Dengan segala hormatnya
dipersilakan
Majlis mengucapkan terima kasih.
Tenang-tenang air di kali
Tempat mandian putera-puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi.

Untuk itu, Tamatlah sudah majlis perasmian SURAU AL-HUDA


SKBJ,Saya selaku Pengacara Majlis pada hari ini,juga bagi pihak
AJK Pelaksana merakamkan ucapan terima kasih kepada

- tetamu jemputan khususnya TN Pengarah dan semua hadirin


yang turut sama meluangkan masa untuk hadir pada majlis ini.
Terima kasih kalungan budi juga diberikan kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi
memastikan majlis ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Salah dan silap harap dimaafi.

Untuk itu, dijemput En Zainal Bin Hj Ahmad untuk mengiringi


mengiringi Ybhg Tn Abdul Rashid Bin Abdul Samad, Pengarah JPN
P. PINANG serta dif-dif yang hadir ke bilik jamuan yang telah
disediakan.Dipersilakan..

Sekian...Wabillahi...................
SENARAI VIP PERASMIAN SURAU AL-HUDA
Jawatan Nama Catatan
Pengarah JPN Tn Abdul Rashid Bin Abdul Samad
Timbalan Pengarah
JPN
Ketua Penolong Tn Hj Abdul Razak Bin Osman
Pengarah Kanan SPI,
JPN
Pegawai PPD Tn Rosli Bin Ibrahim
Timbalan Pegawai PPD
Guru Besar En Zainal Bin Ahmad
Pengerusi Masjid Tn Hj Zulkhairi
Imam Masjid Tn Hj Azman Bin Din
YDP PIBG Tn Hj Azhan Bin Ismail
NYDP PIBG En Yusri Bin Ismail
Barisan pentadbir En Marzukhi Bin Ramli (PK 1)
Pn Aziah Binti Ahmad (PK HEM)
En Fadzli Bin Hashim (PK Ko)
Pn Farahiyah Binti Sulaiman (PK
P.Khas)
Pengerusi UPS Tn Hj Mahmad Zamri Bin Darus

Ketua Panitia Agama Ustaz Ahmad Zaki Bin Akaib


Ustaz, ustazah, guru-
guru SK Bagan Jermal

Anda mungkin juga menyukai