BAB 7 - Soalan Pentaksiran Berasaskan Standard Prestasi 7
BAB 7 - Soalan Pentaksiran Berasaskan Standard Prestasi 7
Tema ini bertujuan untuk memperkenalkan unsur alam yang terdiri daripada jirim.
Fokus diberikan kepada sifat fizik dan sifat kimia dan rupa bentuk tiga keadaan jirim.
Pengelasan unsur dalam jadual berkala diperkenalkan. Kewujudan sumber alam
dalam bentuk unsur, sebatian dan campuran dikaji dengan memberi tumpuan
kepada perbandingan sifat-sifatnya dan penggunaannya dalam kehidupan harian.
Tajuk udara dipelajari dari aspek komposisi, tindak balas pembakaran dan juga isu
pencemaran udara.
Standard Prestasi
Tahap Tafsiran
Penguasaan
1 Mengingat kembali jirim/ jadual berkala/ udara
Contoh soalan:
P Nitrogen
Q Oksigen
1
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7
R Karbon dioksida
S Gas lengai
Tahap Tafsiran
Penguasaan
2 Memahami jirim/ jadual berkala/ udara
2
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7
Contoh soalan:
Untuk pernafasan
2) Gas manakah yang boleh diuji dengan air kapur? Karbon dioksida
Fotosintesis
Tahap Tafsiran
Penguasaan
3 Mengaplikasikan pengetahuan jirim/ jadual berkala/udara untuk
menerangkan kejadian atau fenomena alam dan dapat melaksanakan
aktiviti/ tugasan mudah
3
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7
Contoh soalan:
Kereta yang menggunakan minyak petrol sebagai bahan api banyak menghasilkan
pencemaran udara. Huraikan dua perkara yang patut dilakukan oleh syarikat
pembuat kereta untuk mengurangkan jumlah pencemaran udara yang dihasilkan
oleh kereta.
Jawapan:
Menghuraikan dua perkara berbeza yang dilakukan oleh syarikat pembuat kereta
untuk mengurangkan pencemaran udara.
Contoh jawapan
Tahap Tafsiran
Penguasaan
4 Menganalisis pengetahuan tentang jirim/ jadual berkala/ udara dalam
konteks penyelesaian masalah mengenai kejadian atau fenomena
alam
4
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7
Contoh soalan:
a) Apakah yang dapat diperhatikan berlaku pada lilin yang menyala di dalam balang
gas A dan B?
Api lilin dalam balang gas A padam tetapi api lilin dalam balang gas B terus menyala.
Gas oksigen
5
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7
d) Di makmal sekolah terdapat banyak alat yang boleh membantu untuk memadam
kebakaran seperti alat pemadam api, pasir dan pili air bomba yang boleh
digunakan mengikut jenis kebakaran. Semasa Amin dan kawan-kawannya
menjalankan eksperimen di makmal sains, buku Amin telah terkena api penunu
Bunsen lalu terbakar. Terangkan bagaimana fire blanket dapat menghalang api dari
terus marak dan merebak.
Untuk satu proses pembakaran berlaku mesti mempunyai bahan bakar, haba dan
udara/oksigen. Fire blanket berfungsi bagi menghalang punca api mendapat bekalan
udara/oksigen seterusnya akan menyebabkan api terpadam
Tahap Tafsiran
Penguasaan
6
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7
JITRA - Setiap kali selepas musim menuai padi, pesawah khususnya di kawasan Kubang
Pasu, di sini, akan membakar petak sawah mereka bagi melupuskan jerami padi.
Keadaan itu dilihat memberi impak kepada pencemaran udara kerana asap yang dihasilkan
melalui pembakaran terbuka berkenaan.
Bagaimanapun, bagi mereka, proses membakar jerami itu merupakan satu proses biasa yang
dilakukan sebagai langkah untuk memastikan tanah sawah mereka kekal subur.
Pesawah, Md Nor Hamzah, 59, berkata, proses pembakaran jerami itu merupakan perkara
wajib yang dilakukan oleh mereka untuk memastikan bakteria yang terdapat pada tanah
sawah mereka mati.
Menurutnya, selain itu sisa pembakaran iaitu abu jerami akan bersifat sebagai baja organik
untuk kesuburan tanah tersebut.
“Ini juga sebagai langkah persediaan kita untuk musim penanaman seterusnya, dengan
membakar jerami, ia mengurangkan sampah yang berada dalam petak sawah.
“Sekiranya dibiarkan, jerami padi akan menyebabkan tanah masam yang boleh
menggalakkan kehadiran serangga perosak tanaman,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Tambah Md Nor, bagaimana petani perlu mengambil langkah mengikut peraturan ditetapkan
dalam menjalankan aktiviti tersebut dan mengelak daripada berlaku perkara yang tidak
diingini.
“Kami terpaksa membakar jerami kerana khuatir kawasan sawah akan terjejas dan padi yang
akan ditanam selepas ini dibimbangi berpenyakit. Kita akan ambil langkah keselamatan dan
selalunya dilakukan pada waktu angin kuat supaya asap yang dihasilkan boleh hilang dalam
tempoh yang singkat,” katanya.
Manakala bagi Jaafar Mahmud, 48, aktiviti membakar jerami padi biasanya dilakukan pada
waktu tengah hari.
“Biasa saya akan mula bakar pada tengah hari kerana waktu itu jerami sudah kering. Ini
kerana kita tidak akan bakar dengan keadaan jerami basah atau waktu hujan.
“Sebelum bakar saya akan kumpulkan dahulu jerami yang ada di petak sawah untuk pastikan
api tidak melarat dan boleh dikawal. Manakala aktiviti ini akan dihentikan dengan
memastikan api padam sebelum menjelang waktu malam,” katanya.
7
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7
Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan reaksi daripada pihak Jabatan Alam Sekitar
(Jas) Negeri Kedah mengenai perkara itu sama ada dibenarkan atau sebaliknya.
Menurut Timbalan Pengarah Jas negeri Kedah, Mohd Sani Mat Daud berkata, aktiviti
pembakaran jerami oleh pesawah itu merupakan aktiviti yang dibenarkan dengan syarat-
syarat tertentu yang perlu dipatuhi.
Menurutnya, setiap aktiviti pembakaran jerami di petak sawah perlu mengikut waktu yang
ditetapkan iaitu antara jam 1 hingga 5 petang.
“Selain itu, mereka (pesawah) juga tidak boleh menggunakan bahan bakar bantuan seperti
getah untuk memulakan pembakaran dan perlu mengawal aktiviti itu.
“Pembakaran itu juga perlu dilakukan dengan keluasan yang kecil dalam satu masa, tidak
boleh melibatkan kawasan yang luas untuk sekali bakar,” katanya.
“Pemilik tanah juga perlu bertanggungjawab sekiranya berlaku kebakaran yang tidak
mengikut peraturan sepertimana yang ditetapkan.
"Manakala tindakan boleh diambil terhadap mereka yang cuai mengikut Seksyen 29a Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974. Denda maksimun RM500,000 atau lima tahun penjara boleh
dikenakan sekiranya didapati bersalah,” jelasnya.
Dalam pada itu, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Datuk Othman Aziz
berkata, daerah Kubang Pasu sebagai kawasan terbesar dalam sektor penanaman padi negeri
Kedah dinasihatkan menjalankan aktiviti pembakaran jerami secara bergilir-gilir.
“Mereka perlu memastikan kawasan petak sawah yang mahu dibakar tidak berdekatan
dengan kawasan padi yang belum dituai untuk mengelak kes hasil padi terbakar.
“Di samping itu, kita berharap pesawah terbabit dapat merujuk kepada pihak Jabatan Alam
Sekitar untuk mendapatkan penjelasan mengenai peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi,”
katanya.
Jawapan.
wajar:
8
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7
2. Pembakaran dilakukan dengan keluasan yang kecil dalam satu masa, tidak
boleh melibatkan kawasan yang luas untuk sekali bakar bagi mengekalkan
nutrien dalam tanah.
Tahap Tafsiran
penguasaan
6 Merekacipta menggunakan pengetahuan jirim/jadual berkala/
udara dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat
keputusan atau dalam melaksanakan aktivii/ tugasan dalam
situasi baru secara kreatif dan inovatif
9
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 7
Jawapan
-kertas
-produk kraftangan
Dan lain-lain
10