Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH

A. Maklumat daripada Buku Rekod Mengajar/e-Rekod

Tarikh : 14 Julai 2014


Waktu : 8.50 – 10.10 pagi
Tingkatan/Kelas : 1A
Tajuk PdP : Ukuran Asas

Objektif PdP : Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat :-


1. Membaca dan menulis waktu dalam sistem 12 jam dan 24 jam dengan betul.
2. Menukar waktu dalam sistem 12 jam kepada sistem 24 jam dan sebaliknya
dengan betul.
3. Menentukan tempoh masa antara dua waktu yang diberi dengan betul.
4. Menyelesaikan masalah yang melibatkan waktu dengan betul.

Refleksi PDP : 30/32 orang murid dapat memahami dan menggunakan konsep waktu dalam
sistem 12 jam dan sistem 24 jam dengan betul. 2 orang murid menghadapi
kesukaran dalam penyelesaian masalah. Oleh itu, saya telah menggunakan kaedah
lain yang difikirkan dapat membantu menyelesaikan masalah 2 orang murid ini.

B. Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah :

1. Guru bersoal jawab dengan murid tersebut tentang penyelesaian masalah .


2. Guru meminta murid membaca semula soalan dan memahami soalan.
3. Guru meminta murid membuat transformasi fikiran dengan menterjemahkan masalah
bercerita kepada ayat matematik.
4. Murid membuat operasi dan menulis jawapan di kertas.
5. Guru membuat analisis dan penentuan kesilapan adalah berdasarkan kepada peringkat di
mana kesilapan dan kegagalan yang dilakukan oleh murid.
6. Guru menganalisa algoritma atau langkah-langkah pengiraan untuk menentukan jenis
kesilapan.
7. Guru memberikan skor, membuat analisis dan merekodkan pencapaian murid.

C. Hasil pelaksanaan tindakan ini ialah :

1. Murid-murid ini dapat menyelesaikan masalah mudah yang diberikan.


2. Murid dapat menjawab 1 soalan dalam masa 3 minit.
3. Jumlah masa yang diambil untuk menyelesaikan masalah mencapai objektif pdp yang
disasarkan.

Jurulatih Kajian Tindakan Negeri Johor

Anda mungkin juga menyukai