Anda di halaman 1dari 29

TUGASAN

JANUARI 2019
SEMESTER 1

KOD KURSUS HMEF5063

NAMA KURSUS GUIDANCE AND COUNSELING

SARJANA PENDIDIKAN
PROGRAM

NAMA PELAJAR THEEBA A/P YELLAPAN

NO. MATRIKULASI CGS01919806

NO.KAD PENGENALAN 850514-08-5816

NO.TELEFON 017-5786125

E-MEL ytheebaa@gmail.com

NAMA FASILITATOR
EN. TAN SIN KEAT

PUSAT PEMBELAJARAN OUM SUNGAI PETANI

1
KANDUNGAN

MUKA
BIL PERKARA
SURAT
BAHAGIAN I

1.0 PENGENALAN KAUNSELING DAN BIMBINGAN 3

2.0 PENGENALAN KAUNSELOR 3

3.0 FOKUS UTAMA KAUNSELOR 4

4.0 TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR 5-8

5.0 MASALAH 9

6.0 CARA MENGATASI MASALAH 9-10

BAHAGIAN II
7.0 ISU PONTENG 11
8.0 PROGRAM JOM KE SEKOLAH 12
9.0 PROGRAM ZIARAH CAKNA 13
10.0 PROGRAM 4S (SAYA SAYANG SEKOLAH SAYA) 14
11.0 PROGRAM T-TRACE 15
12.0 KESIMPULAN 16
RUJUKAN 17
LAMPIRAN 18

2
BAHAGIAN I

PENGENALAN

Mengikut Akta Kaunselor 1998, kaunselor merupakan mana-mana individu yang


mengamalkan kaunseling dan memperolehi bayaran atau fee atau apa-apa balasan yang
berkaitan dengannya. Di Malaysia, kaunselor ditakrifkan sebagai seorang individu atau guru
yang dilantik oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri melalui Guru Besar sekolah masing-
masing yang bertugas sebagai Kaunselor Pelajar.

Kaunselor memainkan peranan yang penting di suatu intitusi pengajaran. Berasaskan


maksud Kamus Dewan Edisi Keempat bagi istilah Kaunselor, beliau ialah orang yang menjadi
pembimbing dan penasihat kepada orang lain yang menghadapi masalah dan juga orang yang
berkemampuan memberikan khidmat kaunseling. Begitulah definasi seorang Kaunselor yang
mempunyai tanggungjawab besar dalam usaha membina insan yang seimbang dari segi emosi,
fizikal, mental dan menjadi soleh. Menurut surat siaran bilangan 12 Tahun 2012 guru
Bimbingan dan Kauseling (B&K), Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan hasrat dalam
membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni . Muhammad Hisham
Mohamad (2005) mengatakan bahawa modal insan yang baik dan bermutu tinggi dapat
mencorakkan hala tuju dan matlamat sesebuah institusi. Kejayaan sesebuah institusi dikatakan
bergantung kepada kualiti modal insan yang dimiliki oleh warganya baik dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani.

PENGENALAN KAUNSELOR

Bagi meninjau dan meneroka bidang tugas dan peranan secara mendalam seorang guru
bimbingan dan kauseling di sekolah di Malaysia (dalam institusi pendidikan) maka adalah saya
mengikuti sesi temubual dan tinjauan untuk mendekati dan memahami lebih mendalam
peranan seorang kaunselor. Saya telah berpeluang untuk menemuramah seorang yang
bertauliah Cik. X dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil XXX di daerah Kuala Muda, Kedah.
Berikut adalah transkrip temu ramah menarik dengan insan mulia tersebut:

a) Latar belakang kauselor


b) Fokus utama kaunselor
c) Tanggungjawab kaunselor,
d) Masalah yang dihadapi
e) Cara menangani masalah-masalah.

3
Kaunselor merupakan seorang India yang berusia 27 tahun serta beragama Hindu. Kini
beliau bertugas di salah sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil XXX di Sungai Petani,
Kedah.. Kelayakan akademiknya ialah Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) yang
diperolehi dari Institut Perguruan Darul AMan, Jitra, Kedah. Setakat ini kaunselor hanya
mempunyai pengalaman dua tahun sahaja dalam bidang kaunseling. Kaunselor yang saya
temui tidak mendaftarkan diri sebagai seorang ahli Persatuan Kaunseling Malaysia
(PERKAMA) dan belum lagi mendaftarkan dirinya sebagai Kaunselor Berdaftar bersama
Lembaga Kaunselor.

FOKUS UTAMA KAUNSELOR

Surat siaran bilangan 12 Tahun 2012 memberi fokus utama bidang tugas guru bimbingan
dan kauseling terbahagi kepada 4 seperti berikut:

i. Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid


ii. Peningkatan disiplin diri murid
iii. Pendidikan kerjaya murid
iv. Psikososial dan kesejahteraan mental murid

Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid difokuskan untuk memupuk


pengembangan personaliti kendiri murid dari aspek sepeti sikap penyayang, budi bahasa,
konsep kendiri, kepimpinan, komunikasi, kekemasan diri dan ketepatan masa. Fokus ini akan
membentuk seorang murid yang ketrampilan dan terpuji.

Peningkatan disiplin diri murid dapat memupuk disiplin murid termasuk intervensi
bagi mencegah murid terlbat dengan gejala disiplin dan anti sosial. Pendekatan ini membentuk
murid berdisplin serta sekolah yang aman dan sejahtera.

Fokus ketiga, pendidikan kerjaya murid berkait rapat dengan pendedahan dan

bimbingan kupada murid dengan informasi peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Bagi
mencapai fokus ini guru B&K hendaklaj melaksanankan Program Pendidikan Kerjaya,
menyediakan Profil Kerjaya setiap murid dan rekod murid selepas tamat persekolahan. Fokus
ini akan membentuk murid yang tahu hala tuju pendidikan serta kerjaya mereka pada masa
hadapan.

Psikososial dan kesejahteraan mental murid membimbing murid supaya


mengekalkan dan mengurus kesejahteraan diri dan mental. Guru B&K membimbing murid

4
dalam proses sosialisasi dan interaksi, membimbing dalam aspek pengurusan emosi dan
membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif. Ini dapat membina murid yang sihat
dari segi pemikiran.

TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR

Tanggungjawab yang biasa dilaksanakan olehnya sebagai seorang kaunselor sekolah


ialah menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling sekolah. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar,
guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar. Merancang, mengawalselia
dan mengemaskini rekod, inventori pelajar dan aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling individu dan kelompok serta
tunjuk ajar (instructional ) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum dan secara
profesional dan beretika.

Tugasan-tugasan guru bimbingan dan kauseling telah diperincikan seperti menyediakan


rancangan tahunan, program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah,
mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kanseling sekolah melalui kajian
keperluan, soal-selidik, temubual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir,
kakitangan sekolah dan bekas pelajar dan erancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod
dan inventori pelajar. Bimbingan dan kaunseling murid dilakukan dengan mengumpul,
menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui
sebarang media yang sesuai seterusnya mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan
Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merancang perkembangan pelajar
secara optimum.

Guru bimbingan dan kaunseling merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan


kaunseling individu secara profesional dan beretika, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar
untuk semua pelajar, merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
pendidikan pencegahan dadah, amalan, rokok dan alkohol. Seterusnya, merancang, menyedia
dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi
dalam dan luar Negara, Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan
aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya
dan Pendidikan Pencegahan Dadah. Dalam membendung masalah murid guru bimbingan dan
kaunseling turut merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti

5
konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan
kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.Seterunya membuat
penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi
meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah

Guru bimbingan dan kaunseling juga menjadi agen penggerak dalam sesuatu institusi
persekolahan seperti menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelasan Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling, menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi
menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah, memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan
dan siapa sahaja yang memerlukannya, ,enjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan
agensi-agensi luar yang berkaitan, menjadi ahli jawatankuasa ex-officio dalam jawatankuasa
kurikulum sekolah, menjadi Penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah, menjadi
penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem
jaya diri, kursus ketatanegaraan, menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh
Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri, melaksanakan tugas-tugas yang
diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa dan menjadi ex-officio dalam Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Tanggungjawabnya sebagai seorang kaunselor di sekolah itu ialah berperanan sebagai


fasilitator kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati
mertabat diri, nilai dan keupayaannya. Dia bertanggungjawab untuk mengutamakan
kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien kelompok. Kaunselor hendakalah
menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa
kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang –orang di
persekitarannya.

Semasa menjalankan sesi kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan


fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri.Dia
juga hendaklah membimbing klien ke arah pembentukkan sikap bertanggungjawab terhadap
tingkah lakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang
dibuat oleh klien. Dia juga mestilah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan
implikasi perkhidmatan kaunseling. Dia hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya di
peringkat awal sesi kaunseling mengenai batasan unsur kerahsian.

6
Dalam menjalankan satu sesi kaunseling, pertemuan sesi kaunseling dengan klien akan
ditentukan oleh kaunselor dan klien melalui temu janji. Melalui temu janji kaunselor dapat
memberi khidmat dengan mudah dan teratur kepada klien. Borang temujanji boleh didapati
dari bilik kaunseling di sekolah itu.

Kaunselor ini biasa menjalankan sesi kaunseling individu. Sesinya dijalankan adalah
mengikut peringkat – peringkat yang terdapat dalam kaunseling. Dia juga menemui klien yang
tidak akan mendedahkan masalahnya walaupun telah menjalankan beberapa sesi dengannya.
Dalam keadaan begini kaunselor biasanya akan memberikan masa kepada klien untuk
memahami diri, mewujudkan kepercayaan terhadap kaunselor dan membina hubungan
kefahaman dengan kaunselor. Ada juga sesi yang hanya menjadi sesi perbincangan atau sesi
bercakap dengan klien.

Sesi kaunseling kelompok juga dijalankan oleh kaunselor. Ahli yang terdiri dalam sesi
kaunseling kelompok adalah kaunselor sendiri dan pelajar – pelajar atau rakan yang
menghadapi masalah yang sama. Mereka akan membincangkan masalah dan memahani antara
satu sama lain. Isu yang biasa ialah masalah pembelajaran dan kerjaya. Bilangan ahli dalam
satu kelompok adalah tidak melebihi 10 orang.

Kaunselor ini juga menjalankan khimat rujukan d sekolah dengan pertolongan daripada
guru dan personalia lain yang berada disekolah untuk mengenalipasti pelajar yang bermasalah
dan membantunya. Pihak pentadbir sekolah, guru dan kakitangan lain di sekolah akan merujuk
klien kepadanya. Satu borong rujukan perkhidmatan kaunseling telah disediakan oleh
kaunselor itu dan perlu diisi oleh pihak yang merujuknya kepada kaunselor ini. Kaunselor juga
akan mendapatkan maklumat pelajar itu sebelum ia dipanggil untuk mendapatkan khidmat
kaunseling. Isu yang biasa ialah pelajar yang kerap tidak hadiri kesekolah, masalah belajar dan
seksual. Sesi yang dijalankan dalam kes rujukan ialah kaunseling individu di mana kaunselor
akan membiarkan klien menerangkan masalah dengan mendalam, perasaan dan kedudukan
walaupun kaunselor mengenali masalahnya. Ini adalah supaya klien akan mengenali dirinya
dan keadaan yang sedang lalu.

Kaunselor juga menjadi konsultan atau pakar runding kepada guru sekolah, pentabdir
sekolah dan ibu bapa pelajar. Perundingan dengan pentadbir sekolah yang membantu dalam
membina alam persekolahan yang sihat untuk bukan sahaja pelajar tetapi juga personalia lain
seperti guru dan pakar lain yang terlibat dalam membentuk alam sekolah. Di samping
perundingan dengan ibu bapa dan kaunselor jugamungkin meliputi masalah salahlaku anaknya

7
yang bukanlah hanya hasli kegagalan sekolah tetapi mempunyai kaitan besar dengan suasana
rumah tangga. Oleh itu perundingan dengan ibu bapa mengenai perkara ini juga adalah penting
dan perlu dilaksanakan.Kaunselor berunding dengan guru untuk memberikan maklumat
tambahan tentang kaedah yang baik dan berkesan yang dapat memaksimakan pembelajaran
dalam bilik darjah dan mengatasi masalah pelajar yang tidak ke bilik darjah.

Di sekolah kaunselor juga mempunyai Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ).


PRS juga membantu kaunselor dalam mengatasi masalah . Ahli – ahli PRS akan memberi
latihan asas seperti kemahiran asas komunikasi, komunikasi interpersonal, kemahiran asas
psikologi manusia dan kemahiran khusus untuk melaksanakan projek yang dirancang.

Dalam merancang satu program perkhimatan bimbingan dan kaunseling, kaunselor


akan memberi keutamaan kepada banyak perkara dan yang sangat dipentingkan ialah visi,
matlamat dan objektif program ini. Keutamaan juga diberikan kepada perkara yang sangat
diperlukan oleh pelajar di sekolah itu. Bentuk perancangan yang dibuat oleh kaunselor ialah
untuk jangka panjang. Antara program perkhimatan yang dibuat di sekolah ialah pendidikan ,
kerjaya, perkembangan diri.

Masalah yang biasa kaunselor hadapi diselesaikan dengan berkerjasama bersama guru
disiplin. Kaunselor akan memberi jalan yang betul dan penyelesaian kepada masalah. Dia juga
akan membuat satu perjanjian dengan klien secara lisan dalam sesi kaunseling jika klien
melanggar perjanjian ini maka kaunselor akan menyerahkan kes ini kepada guru disiplin
sekolah untuk mengambil tindakan disiplin yang sepatutnya.

8
MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

Melalui temubual bersama kaunselor sekolah ini, saya juga telah dapat mengenalpasti
masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar di sekolah ini. Masalah yang sering
dihadapi oleh pelajar di sekolah ini adalah seperti tidak berminit atau malas untuk belajar,
ponteng kelas dan sekolah. merosak ( vandalism ) dan mencuri harta benda sekolah, merokok
atau menagih dadah, tidak mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah iaitu yang melibatkan kes-kes melanggar disiplin sekolah.

Kaunselor telah mengkaji apakah faktor-faktor terjadinya masalah disiplin dan cara
untuk mengatasinya di kalangan pelajar sekolah. Beliau mendapati bahawa ibu bapa yang
sering meyokong tindakan anak-anak mereka walaupun menyalahi peraturan sekolah boleh
mempengaruhi kemerosotan disiplin pelajar. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh tauladan
yang baik kepada anak-anak agar mereka sentiasa berdisiplin walau di mana sahaja mereka
berada. Keadaan keluarga yang harmoni dapat membentuk disiplin pelajar yang baik.

Faktor diri sendiri juga merupakan salah satu dari faktor yang menyumbang kepada
kemerosotan disiplin seseorang pelajar. Beliau juga bersetuju bahawa kesedaran diri sendiri
adalah lebih baik dalam membentuk disiplin yang berkesan. Dengan wujudnya kesedaran diri
sendiri berbantukan keimanan yang jitu dalam diri pelajar dapat mendorong mereka mematuhi
disiplin yang ditetapkan dengan kerelaan diri sendiri. Dapatan ini disokong dengan dapatan
kajian yang telah dilakukan oleh Mariah Ghanib (2002) yang mendapati bahawa faktor utama
disiplin di sekolah merosot adalah diri pelajar sendiri.

CARA MENGATASI

Unit kaunseling di sekolah ini telah mengumpul pelajar-pelajar yang ada rekod ponteng
dengan bantuan Pembimbing Rakan Sebaya. Mereka telah diberi motivasi dan sesi kaunseling
ringkas untuk mengubah sikap oleh ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya dengan penyeliaan
seorang guru kaunseling yang terlatih.

Setiap murid telah dipanggil untuk sesi kaunseling khas secara semuka dengan kanunselor
sekolah kerana kes mereka agak serius. Kaunselor telah menyelami masalah dan punca utama
yang mendorong tingkah laku negatif mereka. Nama mereka telah diketengahkan dalam
mesyuarat guru dan para guru di minta memberi sokongan dalam menangani masalah ponteng.

9
Pihak sekolah telah meminta kerjasama pihak PIBG untuk membuat lawatan ke rumah
dengan kehadiran guru kaunselor bersama. Kaunselor sekolah sempat bertemu dengan ibubapa
dan menerangkan tentang masalah ponteng yang sedang dilakukan.

10
BAHAGIAN II

Analisis temubual dengan guru kaunseling dan bimbingan mendapati banyak masalah
disiplin telah dikenalpasti serta pelbagai langkah proaktif telah diambil oleh guru bimbingan
dan kauseling dengan kerjasama warga sekolah. Masalah disiplin disama ertikan dengan salah
laku pelajar, keruntuhan akhlak dan sebagainya Isu kemerosotan disiplin di kalangan pelajar
yang selalu dibicarakan dan dicari jalan penyelesaian segera. Ini kerana pelajar merupakan
aset negara paling berharga yang akan menentukan masa depan masyarakat dan negara.
Memandangkan isu ini serius dan semakin menjadi-jadi, maka guru bimbingan dan kaunseling
merasakan satu kajian dijalankan.

Isu yang menjadi pokok perbualan kami adalah isu ponteng sekolah. Ponteng sekolah
dilabelkan sebagai salah satu masalah utama di Malaysia dalam kalangan pelajar adalah antara
salah laku yang paling dominan dan menonjol. Data Kementerian Pelajaran Malaysia (2004)
juga turut menunjukkan bilangan ponteng sekolah semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Mereka tidak ke hadiri ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan.

Ibu bapa juga memainkan peranan dalam ini. Kesibukan bekerja dan mengejar
kemewahan membuatkan ibubapa tidak memberi perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya
kepada anaknya. Daripada kemewahan yang dibolehi menyebabkan merekan tidak bersungguh
– sungguh dalam menuntut ilmu di sekolah. Mereka beranggapan kemewahan ibubapa sudah
cukupi untuk mereka. Ibu bapa yang langsung tidak menyedari anak – anak mereka tidak
menyedari tidak ke sekolah dan melakukan kegiatan ponteng ini. Ibu bapa pula hanya
mengambil sikap lepas tangan dan menyerah anaknya kepada pihak sekolah untuk memberi
nasihat dan kaunseling.

Kurang minat pada pelajaran oleh pelajar walaupun Kementerian Pendidikan telah
memasuki matapelajaran yang baru dalam sukatan pelajaran. Ia telah telah gagal menarik
perhatian pelajar untuk mepelajarinya.Tindakan ponteng banyak membawa keburukan
kepadanya di mana menyebabkan mereka ketinggalan dalam topik – topik utama dalam
menghadapi peperiksaan awam. Seterusnya mereka menjamun masa depan yang lebih baik
hanya kerana mencari keseronokan sementara.

Isu ponteng sekolah dapat diatasi melalui beberapa program yang diatur. Bagi menarik
minat para pelajar ponteng sekolah, beberapa program yang lebih menarik dan
berkesinambungan serta mempunyai matlamat yang lebih jelas masa hadapan perlu dibentuk.
Kaunselor sekolah perlu menggunakan pendekatan yang lebih praktikal untuk mengatasi

11
masalah pelajar. Berbincang dengan pelajar bukan pelajar yang bermasalah tetapi secara umum
dan membertahu keburukan yang akan dihadapi daripada masalah ini.

Berunding dengan ibu bapa pelajar supaya mereka akan memberi lebih perhatian
kepada anaknya Anaknya juga akan mendapat kata – kata perangsang dari ibu bapa bagi
membakar semula semangat mereka untuk terus belajar dan terus berusaha.Ini menyebabkan
mereka melupakan kegiatan ponteng sekolah apabila mereka tahu bahawa ibu bapa mereka ada
bersama mereka yang memperhatikan dan memberikan sokongan.

Selain itu, beberapa program telah diatur di sekolah dalam menguruskan kes ponteng
sekolah. Program-program yang diatur adalah seperti Jom Ke Sekolah, Ziarah Cakna, T-Trace
dan 4S (Saya Sayang Sekolah Saya).

PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian


Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani
permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah
adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia. Program ini dirancang untuk mengurangkan sekaligus mencegah tingkah
laku ponteng dalam kalangan pelajar. Sehubungan itu, program ini juga dirancang berdasarkan
kepada hasil daripada tinjauan lepas.

Objektif Program Jom Ke Sekolah ialah membantu mencegah salah laku disiplin murid
sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-
undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah. Objektif kedua adalah
meningkakan peratus kehadiran murid ke sekolah dan ketiga pula memupuk minat murid untuk
hadir ke sekolah.

Matlamat program ini telah tercapai melalui membebaskan sekolah daripada masalah
salahlaku ponteng dan menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah. Ini mengelakkan masalah
sosial yang kerap berlaku dikalangan pelajar sekiranya mereka tidak hadir ke sekolah kerana
Dengan kehadiran pelajar ke sekolah juga secara tidak langsung meningkatkan akademik di
sekolah kerana pelajar yang hadir ke sekolah boleh dianggap tidak tercicir pelajaran yang diajar
di dalam bilik darjah setiap hari oleh guru matapelajaran.

12
PROGRAM ZIARAH CAKNA

Kementerian Pendidikan Malaysia amemperluaskan konsep sekolah penyayang dan


memperkukuh hubungan antara sekolah dan ibu bapa serta penjaga melalui Program Ziarah
Cakna. Sekolah Kaunselor ini telah memilih murid-murid yang ponteng dan ziarah
keluarganya.

Objektif program ini adalah berkongsi perkembangan menyeluruh berkaitan anak-anak


bersama ibubapa/penjaga, memahami latar belakang keluarga murid-murid dan berkongsi
pandangan bagi meningkatkan kejayaan murid.

Melalui program ziarah cakna ini boleh diringkaskan kepada aktiviti lawatan guru ke
rumah murid untuk bertemu dengan ibu bapa penjaga bagi memberi manfaat positif kepada
perkembangan menyeluruh pelajar. Selain itu juga melalui lawatan yang dibuat guru dapat
mengumpul maklumat keluarga murid yang ponteng ke sekolah dan memahami latar belakang
murid berdasarkan tempat mereka dibesarkan dan secara tidak langsung dapat merapatkan lagi
hubungan atau ibu bapa dan guru.

Selepas lawatan kaunselor dapat membuat tindakan susulan bagi murid yang
memerlukan bantuan dan sokongan daripada pihak tertentu dan mengukuhkan hubungan antara
ibu bapa penjaga dari masa ke semasa melalui pelbagai platform perhubungan.

Pada 27 Januari 2019 yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama
Unit Hal Ehwal Murid serta Ahli PIBG SJK(T) XXX telah mengadakan Program Ziarah
Cakna. Kami mengadakan lawatan ke rumah seorang murid yang bernama Tenneshe A/L
Rajandera (Tahun 6 UPM). Lawatan itu disertai oleh 2 orang Guru Bimbingan dan Kaunseling,
Guru Penolong Kanan HEM serta 3 orang ahli PIBG. Tujuan lawatan ini adalah untuk
memperkukuhkan konsep sekolah penyayang bagi menangani mutual distrust serta
memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa.

Rombongan ini bertolak pada pukul 11.00 pagi dengan menaiki kereta guru. Lebih
kurang 20 minit perjalanan, kami tiba di pintu depan rumah murid tersebut. Ketibaan kami
disambut oleh ahli keluarga murid berkenaan. Ibu murid tersebut melahirkan rasa gembira dan
bersyukur atas kunjungan yang dilakukan. Kami dijemput duduk di ruang tetamu. Kami
berkongsi perkembangan menyeluruh berkaitan murid tersebut bersama ibunya. Kami juga

13
dapat memahami latar belakang keluarganya. Kami berkongsi pandanagn bagi meningkatkan
kejayaan murid tersebut.

Sebelum berakhirnya lawatan, kami telah memberi sumbangan kepada keluarga


tersebut. Sumbangan itu berupa barang-barang keperluan harian mereka. Mereka berasa
terharu terhadap kami. Dalam masa hampir 30 minit ini, kami berasa sungguh gembira kerana
dapat berbual-bual dan mengenali dengan keluarga tersebut. Rasa gembira telah terukir di atas
muka ibu murid tersebut. Menjelang waktu tengah hari, kami pergi beredar meninggalkan
rumah murid tersebut.

Lawatan itu sungguh berfaedah dan dapat memupuk kasih sayang terhadap ibu bapa
serta menghargai jasa mereka kepada kita dan masyarakat. Ia juga dapat membuktikan bahawa
guru memiliki sifat kepedulian, bertanggungjawab dan penyayang terhadap setiap perkara yang
berkaitan dengan muridnya dengan menziarahi keluarga murid.

PROGRAM SAYA SAYANG SEKOLAH SAYA (4S)

Program Saya Sayang Sekolah Saya (4S) diwujudkan untuk meningkatkan peratus
kehadiran murid ke tahap 90 peratus. Selain itu pihak sekolah juga ingin mewujudkan satu
sitem pengurusan kehadiran murid yang baik serta meningkatkan keprihatinan warga sekolah
dan ibu bapa dalam menangani masalah kehadiran.

Kehadiran murid pada tahun 2018 menunjukkan trend menurun bagi daerah Kuala
Muda/Yan secara keseluruhannya. Bagi sekolah rendah 96.95% menurun kepada 88.87%
dalam tempoh yang sama. Trend menurun ini memerlukan tindakan berfokus supaya murid-
murid boleh hadir ke sekolah melalui pendekatan yang berstruktur. Pendekatan yang diambil
ialah melalui Program Saya Sayang Sekolah Saya adalah berfokuskan ketidakhadiran. Program
ini akan dilaksanakan secara berfokus mengikut kumpulan sasaran yang dikenal pasti di
peringkat sekolah. Program ini juga melibatkan sebilangan guru dari peringkat pengurusan
sehingga guru penolong.
Tujuan Program Saya Sayang Sekolah Saya (4S) adalah meningkatkan peratus
kehadiran negeri, mengamalkan budaya penyayang dengan meningkatkan tahap kepedulian
yang tinggi dan menyumbang kepada proses pembangunan sahsiah disiplin murid.

Pelaksanaan program ini bermula dengan membentuk jawatankuasa Program Saya


Sayang Sekolah (4S), mengenalpasti murid mengikut kategori ponteng (sebab ponteng),
melaksanakan analisis keperluan berdasarkan kehadiran murid, mengenalpasti dan melantik

14
mentor yang sesuai, menyerahan senarai mentee kepada mentor, pelaksanaan program oleh
mentor dan pelaporan dan pengesahan prestasi kehadiran murid

Program ini dengan berjaya telah meningkatkan peratus kehadiran sekolah,


meningkatkan peratus kehadiran daerah dan telah mewujudkan kerjasama di antara warga
sekolah.

PROGRAM T-TRACE

Program T-Trace merupakan singkatan kepada Token Trace. Tindakan yang dijalankan
dalam kaedah T-Trace adalah berdasarkan konsep peneguhan positif dan teknik ekonomi token
yang didasari daripada teori Behaviouris atau modifikasi tingkah laku. Objektif program ini
adalah untuk meningkatkan jumlah kehadiran murid ke sekolah. Sasaran program ini adalah
murid-murid yang sering ponteng sekolah, Kaedah T-Trace digunakan oleh pengkaji untuk
meningkatkan jumlah kehadiran. Pelaksanaan tindakan dalam kaedah T-Trace ialah seperti
berikut:

Aktiviti 1- Talking Token Chips

Aktiviti ini memerlukan peserta kajian membincangkan tiga tajuk yang amat berkaitan
dengan isu sama yang mereka hadapi. Perbincangan tersebut dilaksanakan dalam tempoh tiga
hari. Tiga tajuk tersebut ialah ‘Sebab tidak hadir sekolah’, ‘Akibat tidak hadir sekolah’ dan
‘Kepentingan hadir ke sekolah’. setiap peserta kajian diberikan token yang berbeza warna.
Pelaksanaannya ialah, setiap kali peserta kajian ingin menyumbangkan idea, perkongsian
pengalaman dan pandangan, mereka perlu meletakkan token mereka di tengah kertas mahjong.

Aktiviti Intervensi 2: Token Race Ranking

Aktiviti ini dilakukan dengan rasional untuk meningkatkan tingkah laku murid supaya
hadir ke sekolah setiap hari dengan mewujudkan motivasi ekstrinsik dalam diri mereka. Token
berbentuk chips diberikan kepada peserta kajian jika mereka hadir ke sekolah. Ketika
pelaksanaan aktiviti ini juga, token yang diberikan kepada murid dilabelkan dengan nombor 1
hingga 7. Mereka perlu mengambil token berlabel nombor di pondok pengawal setiap kali hadir
ke sekolah. Setiap ranking kehadiran murid dicatatkan dalam carta ranking.Token yang
berlabel nombor ini mempunyai nilai hadiah yang berbeza mengikut ranking. Manakala,
jumlah token yang berjaya dikumpul setiap minggu pula ditukarkan dengan hadiah yang telah
peserta kajian tetapkan.

15
Aktiviti Intervensi 3: Token Target

Peringkat terakhir dalam kaedah T-Trace ialah Token Target. Aktiviti ini memerlukan
peserta kajian menetapkan sasaran kehadiran mereka dalam sebulan di dalam Kad Sasaran
Kehadiran. Kemudian, setiap kali mereka hadir pula, peserta kajian perlu menanda kad mereka
yang disimpan oleh pengkaji. Seperti aktiviti sebelumnya, apabila peserta kajian hadir ke
sekolah mereka akan diberikan token. Token yang berjaya dikumpulkan ditukarkan dengan
hadiah yang telah ditetapkan oleh peserta kajian sendiri. Kemudian, sekiranya peserta kajian
berjaya mencapai sasaran kehadiran mereka, hadiah lain pula diberikan oleh pengkaji.

Kelebihan kelebihan kaedah T-Trace dalam meningkatkan jumlah kehadiran murid ke


sekolah telah dikategorikan dalam tema seperti boleh dikira, mempunyai satu set definisi
tingkah laku diingini yang jelas dan mempunyai sitem pertukaran.

Tema-tema yang menggambarkan kelebihan kaedah T-Trace ini yang sebenarnya


mendorong dan menarik minat murid atau peserta kajian untuk terus datang ke sekolah setiap
hari. Tiga kelebihan kaedah T-Trace tersebut ialah seperti oleh dikira, mempunyai satu set
definisi tingkah laku diigini yang jelas dan mempunyai sistem pertukaran. Oleh hal yang
demikian, analisis kedua-dua dapatan ini telah berjaya menjawab persoalan kajian yang
pertama.

Kesimpulannya, kaedah T-Trace telah berjaya meningkatkan jumlah kehadiran ke


sekolah dalam kalangan murid yang terlibat sebagai peserta kajian. Hal ini dibuktikan melalui
peningkatan bilangan kehadiran murid ke sekolah selepas intervensi dikenakan ke atas mereka.
Berdasarkan analisis peratus peningkatan kehadiran dalam kalangan murid juga menunjukkan
bahawa kaedah T-Trace telah berjaya meningkatkan kehadiran mereka.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, temuramah ini amat berguna kepada pihak organisasi dalam usaha
membantu mereka mengenalpasti kepentingan pelaksanaan kaunseling di organisasi. Ia juga
dapat membantu saya memahami peranan mereka dengan lebih jelas dalam menjalankan tugas
mendidik serta membimbing para pelajar yang bermasalah. Tindak balas positif telah diterima
dari murid-murid dengan pengaplikasian program-program ini.

16
RUJUKAN

.
Bhasah Abu Bakar, (2003). Bimbingan dan Kaunseling kanak-kanak. Selangor:
Oxford Books.

Fadilah binti Zaini & Maisarah binti Ishak, Peranan Kaunselor Dalam Pembangunan Pelajar:
Kajian Kes Terhadap Kaunseling Kelompok di Kolej Universiti Kejuruteraan dan
Teknologi Malaysia (KUKTEM) Kuantan, Pahang, Universiti Teknologi Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia, Pelaksanaan dan Pematuhan Dasar-Dasar Perkhidmatan

Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah dan Menengah Kementerian Pendidikan


Malaysia Tahun 2017

Md. Nasir Ibrahim & Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Bimbingan dan

Kaunseling Maktab dan Universiti. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn.
Bhd

Surat Arahan Pelaksanaan Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis
Diraja Malaysia: Program Jom ke Sekolah Tahun 2019 KPM

Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia, Bilangan 12 Tahun 2012

Teks Ucapan YB Dr.Maslee Bin Malik, Mnetri Pendidikan Malaysia, Majlis Permuafakatan

KPM dan PDRM: Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019

17
LAMPIRAN

18
TEKS UCAPAN
YB DR. MASZLEE BIN MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM:


PROGRAM JOM KE SEKOLAH
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019

SMK BANDAR TASIK KESUMA


11 FEBRUARI 2019

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

(SALUTASI AKAN DIBERIKAN)

1. Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah


SWT kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya, kita dapat sama-sama
berhimpun dalam Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM: Program
Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 pada pagi ini.
Selamat datang saya ucapkan kepada Yang Dihormati CP Dato' Sri Rosli

19
Bin Ab. Rahman, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan
Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis Diraja Malaysia atas usaha dan
inisiatif melaksanakan program secara kolaboratif dengan Kementerian
Pendidikan Malaysia.

2. Pada kesempatan ini, saya merakamkan ucapan syabas dan


tahniah kepada semua pihak atas inisiatif menganjurkan majlis
pelancaran ini. Untuk makluman para hadirin sekalian, sekolah-sekolah
di bawah KPM akan melancarkan program ini secara serentak pada 18
Februari 2019 di seluruh negara. Sesungguhnya kita amat mengalu-
alukan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta seiring dengan
Anjakan Kesembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 iaitu bekerjasama secara meluas antara ibu bapa,
komuniti dan pihak swasta di bawah Inisiatif 62: Peluasan
Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK).

3. Saya amat bersyukur kerana program kerjasama strategik pelbagai


pihak ini telah menggabungkan kepakaran dan tenaga antara
Kementerian Pendidikan Malaysia, Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan
Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Pegawai Perhubungan
Sekolah, komuniti setempat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta
seluruh warga pendidik yang berusaha untuk menjayakan program ini.
Sememangnya ini bukanlah kali pertama kita mengadakan
permuafakatan bersama bahkan hubungan erat antara kita telah sekian
lama terjalin.

4. KPM berharap menerusi Program Jom Ke Sekolah akan


mempertingkatkan kerjasama yang lebih mantap antara pihak sekolah

20
dengan Pegawai Perhubungan Sekolah. Program ini juga diharapkan
dapat menghindari murid daripada ponteng sekolah, membantu
mencegah salah laku disiplin murid daripada terlibat dalam kegiatan
jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak
bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

5. Asas pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang berfungsi di


tengah-tengah setiap komuniti dan masyarakat. Saya telah menekankan
dalam amanat tahun baharu yang lalu bahawa sekolah untuk komuniti
dan universiti untuk masyarakat, maka sekolah sewajarnya menjadi
tempat yang paling selamat dan menyeronokkan. Bagi merealisasikan
hasrat ini, KPM memberikan penekanan khusus kepada hala tuju
mengembalikan cinta ke dalam pendidikan dengan memberi tumpuan
kepada tiga nilai dan budaya teras iaitu cinta (love), kegembiraan
(happiness) dan saling menghormati (mutual respect). Saya yakin
bahawa sistem pendidikan yang berteraskan nilai ini mampu untuk
melahirkan insan yang mencintai satu sama lain, mencintai masyarakat
dan akhirnya mencintai negara.

6. Sistem pendidikan negara kini telah memasuki Gelombang Kedua


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dengan tekad dan
azam untuk terus berusaha melonjakkan kualiti pendidikan negara seperti
yang dihasratkan oleh para pemimpin negara. Saya yakin kerjasama dan
permuafakatan bersama PDRM, komuniti, ibu bapa dengan pihak sekolah
akan dapat mempertingkatkan minat murid untuk hadir ke sekolah. Saya

21
berharap Pegawai Perhubungan Sekolah dapat mengadakan
kunjungan ke sekolah sekurang-kurangnya sebulan sekali agar dapat
memberi nasihat dan panduan kepada murid-murid semasa perhimpunan
di sekolah. Pegawai Perhubungan Sekolah juga boleh menjadi sumber
rujukan pihak sekolah berkaitan undang-undang dan salah laku disiplin.

7. Program Jom ke Sekolah adalah sebahagian daripada usaha KPM


dengan kerjasama PDRM untuk meningkatkan kecemerlangan dan
kemenjadian murid dalam membentuk sahsiah murid yang terpuji. Oleh
itu, menerusi program ini, diharapkan pihak sekolah terutamanya guru-
guru dapat berperanan sebagai pendidik, pembimbing dan pemudahcara
di samping berperanan sebagai guru disiplin seperti yang dinyatakan
dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 bahawa semua guru adalah
guru disiplin.

8. Aspek kemenjadian murid harus dilihat secara holistik dan


menyeluruh daripada segi akademik, sahsiah, kokurikulum dan sukan.
Bagi menarik minat murid hadir ke sekolah, pendekatan sekolah
terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah sentiasa
menarik dan berkesan. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk penerapan elemen
pembelajaran menyeronokkan dengan konsep sekolah penyayang dan
menangani isu keciciran murid bagi memastikan murid-murid gembira ke
sekolah sekali gus dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni
merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

9. KPM berusaha membentuk ekosistem pembelajaran abad ke-21


bagi memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai

22
melalui budaya sekolah, prasarana, pelibatan ibu bapa dan komuniti, guru
yang profesional serta proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Saya yakin bahawa pentadbir sekolah yang berkesan akan
berupaya menghasilkan pembelajaran yang kondusif, menyeronokkan,
memberi aspirasi dan inspirasi kepada murid untuk datang ke sekolah
setiap hari dengan perasaan gembira, bersemangat dan seronok untuk
belajar.

10. Selain daripada itu, keprihatinan ibu bapa bagi memastikan anak-
anak hadir ke sekolah juga adalah amat penting. PPPM 2013-2025
memberi ruang dan menggalakkan pelibatan ibu bapa terlibat secara
langsung dalam pembelajaran anak-anak sama ada di rumah atau di
sekolah. Kita mempunyai matlamat untuk melahirkan generasi cemerlang
yang merupakan modal insan terpuji agar dapat menjadi pemimpin
pelapis negara suatu hari nanti. Saya ingin menegaskan bahawa
kemenjadian murid merupakan perkara penting dalam mewujudkan
generasi masa depan yang holistik dan seimbang. Sememangnya
menjadi harapan kita semua agar pengetahuan yang diperoleh murid
akan membentuk mereka menjadi remaja yang lebih jelas dan fokus untuk
menyumbang kepada pembinaan negara maju yang berwawasan.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

11. Bagi tujuan menyampaikan maklumat atau memberi informasi


kepada sekolah dan pihak berkuasa polis melalui peranan Pegawai
Perhubungan Sekolah (PPS), KPM menggalakkan sekolah menyedia dan
menggunakan ‘Papan Kenyataan PPS’ di semua sekolah. Papan

23
Kenyataan PPS ini dapat digunakan semaksimum mungkin oleh warga
sekolah dan PPS sebagaimana yang dibuat pada papan notis masjid
dalam Program 1Masjid 1Polis (1M1P). Menerusinya, diharapkan pihak
berkepentingan dapat menyalurkan maklumat kepada pihak sekolah yang
memuatkan informasi dan berita tentang kepolisan. Pihak sekolah juga
perlu sentiasa prihatin dan mengambil tindakan yang bersesuaian dengan
maklumat yang disalurkan.

12. Sukalah saya mengingatkan anak-anak agar dapat hadir ke


sekolah serta memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran.
Manfaatkanlah segala peluang yang ada untuk menimba ilmu dan
mengasah bakat dengan sebaik mungkin supaya anda menjadi insan
yang berjaya. Jadikanlah sekolah sebagai tempat menimba ilmu,
membina pengalaman, membentuk bakat dan mengasah daya
kepimpinan kerana anda merupakan aset negara yang bernilai pada
masa hadapan. Jauhilah perkara yang tidak berfaedah dan jangan
terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat dan tidak bermoral seperti
ponteng, buli, penyalahgunaan dadah serta lain-lain gejala negatif yang
boleh merosakkan diri dan masa depan anak-anak sekalian. Sayangi diri,
hormati ibu bapa, guru-guru dan komuniti anda. Berusahalah menjadi
yang terbaik kerana dalam dunia yang kompetitif hari ini hanya yang
terbaik akan berjaya.

13. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan tahniah dan
syabas kepada semua pihak yang terlibat khususnya warga SMK
BANDAR TASIK KESUMA kerana bertungkus lumus menjayakan
program pada pagi ini. Begitu juga, jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan saya ucapkan kepada PDRM dan Persatuan Ibu Bapa Guru
atas sokongan dan kerjasama padu dengan KPM bagi merealisasikan

24
majlis ini. Besarlah harapan saya agar kesepakatan begini bukan sahaja
dapat memastikan kejayaan program, bahkan turut memperkasakan lagi
keakraban dan rangkaian kerjasama strategik antara kita semua. Semoga
program seumpama ini dapat diperluaskan lagi pada masa akan datang,
insya-Allah.

Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya


merasmikan Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM: Program Jom Ke
Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 dan melancarkan Papan
Kenyataan PPS di sekolah-sekolah KPM.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamu'alaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh. Sekian. Terima Kasih.

YB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

25
KERTAS KONSEP PELAKSANAAN
PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Disediakan oleh:

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan Kerjasama

POLIS DIRAJA MALAYSIA

2019

KERTAS KONSEP PELAKSANAAN


PROGRAM JOM KE SEKOLAH
TAHUN 2019

26
1.0 PENGENALAN
Program Jom ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.
Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai
Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM.

2.0 RASIONAL
Pelaksanaan program Jom ke Sekolah oleh KPM dan PDRM ini adalah amat
bertepatan dengan usaha KPM yang baru dilaksanakan, iaitu Program Ziarah
Cakna. Program Jom ke Sekolah pada tahun ini akan melibatkan pelbagai
pihak dalam usaha menggalakkan agensi kerajaan dan bukan kerajaan ke
sekolah bagi menyokong hasrat KPM dari aspek kemenjadian murid.
Komitmen antara KPM dan PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua
pihak dalam usaha penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku
dalam kalangan murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat
memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras
dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS
melalui program Jom ke Sekolah pada awal tahun persekolahan ini diharapkan
akan dapat menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih
positif.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di
antara pihak sekolah dan pihak PPS.
3.2 Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat
dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang
serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
3.3 Mempeluaskan penggunaan Papan Kenyataan Pegawai Perhubungan
Polis Sekolah (PPPS) oleh PDRM di sekolah-sekolah Kementerian
Pendidikan Sekolah .
3.3 Memberikan ruang kepada pihak PDRM melalui PPS untuk
memaparkan maklumat penting dan terkini mengenai isu isu semasa
kepolisian kepada warga sekolah dan pihak ibubapa .

4.0 Papan Kenyataan Pegawai Perhubungan Polis (PPPS)

Seperti Lampiran 1

5.0 ANJURAN

27
Program Jom ke Sekolah merupakan program kerjasama di antara KPM
(Bahagian Pengurusan Sekolah Harian) dan PDRM (Jabatan Pencegahan
Jenayah dan Keselamatan Komuniti) Bukit Aman.

6.0 TARIKH PELANCARAN


Program Jom ke Sekolah akan dilancarkan secara serentak di peringkat
Kebangsaan, Negeri, daerah dan sekolah di seluruh negara mengikut
ketetapan seperti di Lampiran 2.
6.1 Pelancaran di peringkat bahagian-bahagian KPM akan diselaraskan
oleh Bahagian KPM (Sila rujuk Lampiran 3)
6.2 Pelancaran di peringkat negeri akan disempurnakan oleh Pengarah
Pendidikan Negeri dan Ketua Polis Negeri.
6.3 Pelancaran di peringkat PPD akan disempurnakan oleh Pegawai PPD
dan Ketua Polis Daerah.
6.4 Pelancaran di peringkat sekolah akan disempurnakan oleh
Pengetua/Guru Besar dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).
Sekiranya PPS berkenaan menanggung tugas lebih daripada satu
sekolah, maka pelancaran boleh ditangguhkan pada minggu berikutnya.
5.5 Pihak KPM tidak mempunyai halangan sekiranya pihak PDRM ingin
mengadakan pameran. Pihak sekolah perlu mengatur jadual lawatan
murid ke pameran tersebut tanpa mengganggu Pembelajaran dan
Pengajaran (PdP).

7.0 URUS SETIA PELANCARAN


7.1 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Unit HEM) dan Bahagian-
bahagian KPM dengan kerjasama Jabatan Pencegahan Jenayah dan
Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman bertanggungjawab bagi
pelancaran program Jom ke Sekolah di peringkat kebangsaan.
7.2 Jabatan Pendidikan Negeri (Unit HEM) dengan kerjasama JPJKK
Peringkat Kontijen Negeri (IPK) bertanggungjawab bagi pelancaran di
peringkat negeri.
7.3 Pejabat Pendidikan Daerah (Unit HEM) dengan kerjasama JPJKK
Peringkat IPD bertanggungjawab bagi pelancaran di peringkat daerah
7.4 Pengetua/Guru Besar dan Pegawai Perhubungan Sekolah
bertanggungjawab bagi pelancaran di peringkat sekolah
7.5 Mesyuarat Penyelarasan pelaksanaan program perlu diadakan oleh
JPN dan PPD dengan kerjasama JPJKK mengikut ketetapan masing-
masing.

8.0 KEWANGAN
Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan.

9.0 ATUR CARA MAJLIS


Sila rujuk Lampiran 4

28
10.0 PENUTUP
Kehadiran pihak polis pada awal musim persekolahan akan dapat meningkatkan
kerjasama antara pihak sekolah dengan PPS. Secara tidak langsung akan dapat
mempertingkatkan usaha ke arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif
serta dapat meningkatkan kemenjadian murid.

29

Anda mungkin juga menyukai