Anda di halaman 1dari 23

PANDUAN PEPERIKSAAN

MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN


PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK
GRED M41

LEMBAGA PEPERIKSAAN
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM,
MALAYSIA
KANDUNGAN

Halaman

Pendahuluan 1

Panduan Umum 2

Sukatan Peperiksaan Khas 3

Seksyen A
Pengetahuan Am Mengenai 3
Malaysia dan Alam Sekeliling

Seksyen B
Daya menyelesaikan masalah 4

Seksyen C
Pengertian dan Kefahaman 11
Terhadap Esei-esei

Seksyen D
Esei Bahasa Melayu 18
.
Seksyen E
Esei Bahasa Inggeris 18

Panduan Menjawab Soalan 19

Penutup 21

i
PENDAHULUAN

Peperiksaan Khas ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebole-


han calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan
akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki
peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka soalan-soalan yang
dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat Peperiksaan Khas ini adalah untuk mengukur kematangan


pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang
Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Peperiksaan Khas ini melibatkan lima kertas berasingan. Setiap kertas


adalah penting kerana mengukur calon dalam satu atau dua aspek
sahaja. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi
kesemua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu
atau dua kertas sahaja maka prestasi keseluruhan calon kurang
memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan
bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu,
calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu
sahaja.

Kelulusan Peperiksaan Khas ini merupakan satu daripada syarat lantikan


ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang
ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk
lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga.

1
PANDUAN UMUM

1. Pada hari Peperiksaan Khas calon hendaklah membawa:

(i) Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan Khas


(ii) Kad Pengenalan
(iii) Pensil 2B, pen dan pemadam lembut
(iv) Peralatan lain yang difikir perlu

2. Calon perlu berada di Pusat Peperiksaan lima belas (15) minit


sebelum Peperiksaan Khas dimulakan.

3. Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas.

4. Calon tidak dibenarkan berkomunikasi dengan calon-calon lain . Sila


angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.

5. Calon hanya boleh meninggalkan Pusat Peperiksaan tiga puluh


(30) minit selepas Peperiksaaan Khas dimulakan.

6. Jawapan hendaklah dibuat dalam

(i) kertas OMR—bagi Seksyen A, B dan C


(ii) kertas tulis SPA—bagi Seksyen D dan E

7. No. Kad pengenalan pada kertas jawapan hendaklah sama


seperti dalam Surat Penggilan Menduduki Peperiksaan.

8. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah TIDAK dibenarkan.

9. Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

2
SUKATAN PEPERIKSAAN KHAS

Ujian ini mempunyai satu (1) bahagian dan dibahagikan kepada lima (5)
seksyen iaitu:

 Seksyen A - Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan


Alam Sekeliling
 Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
 Seksyen C - Pengertian Dan Kefahaman Terhadap Esei-
esei
 Seksyen D - Esei Bahasa Melayu
 Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris

SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM MENGENAI


MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING
Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 60

Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-


perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga perkara-
perkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia /
infrakstruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah / tanah / daerah/
tempatan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan,
hubungan antarabangsa & hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi
maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-
lain perkembangan. Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya ke-
sedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada
amnya dan Malaysia khasnya.

3
CONTOH SOALAN

1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan


mengenai
A. penubuhan ASEAN.
B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
C. pakatan ketenteraan di antara negara-negara
ASEAN.
D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali
di Asia Tenggara.

Jawapan: D

2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri,


baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang b o l e h
mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang
A. beragama Islam.
B. keturunan Melayu.
C. pernah menjadi Menteri Kabinet.
D. menjadi warganegara mengikut operasi undang-
undang.
Jawapan: D

SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40

4
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah
yang dikemukakan menggunakan

(i) kemahiran logik


(ii) kemahiran menginterpretasi data
(iii) konsep-konsep matematik

(i) Kemahiran Logik


Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan
segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta
kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut
untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan
masalah-masalah yang dikemukakan.

CONTOH SOALAN

1. Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai dari


individu-individu berikut:

Peguambela : “Yang dituduh tidak bersalah kerana tidak


berada di tempat kejadian
jenayah berlaku.”

Jururawat : “Jika awak makan ubat ini tiga (3) kali


sehari, awak akan sembuh dengan segera.”

Profesor: “Keadaan inflasi di Malaysia akan Ekonomi


berkurangan dalam masa dua (2) tahun lagi
memandangkan perkembangan ekonomi
dunia sekarang.”

5
Penggangur : “Saya sudah mohon kerja di lima buah
tempat, tetapi semua memberi jawapan
tidak ada kerja kosong.”

A. Jururawat
B. Penganggur
C. Peguambela
D. Peguambela dan Jururawat

Jawapan: B

Penjelasan
Kenyataan Peguambela tidak boleh diterima kerana ia merupakan ken-
yataanya sahaja. Ianya juga mungkin tidak berbukti kerana yang memu-
tuskan secara muktamat ialah Hakim. Penguambela sudah tentu menye-
belahi pihak anak guamnya.
Kenyataan Jururawat juga tidak boleh diterima kerana beliau tidak dapat
menjamin bahawa sesuatu penyakit boleh sembuh.
Kenyataan Profesor Ekonomi juga tidak boleh diterima kerana ia
merupakan satu ramalan sahaja.
Hanya kenyataan Penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia
adalah kenyataan yang benar berlaku kepadanya.

2. Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil


harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang
mempunyainya.

Pada suatu hari Y telah pergi ke sebuah kedai dan mengambil sebungkus
coklat dan telah memakannya dengan tidak membayar. Keesokannya Y
berperasaan kesal dan telah kembali ke kedai tersebut dan membuat
pengakuan bahawa ia telah mengambil coklat itu. Dia juga memohon
maaf dan sanggup membayar harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak
mahu menerima bayaran tersebut tetapi telah membuat laporan polis.

6
Dalam keadaan ini, mengikut petikan Undang-undang di atas, Y adalah

A. tidak bersalah kerana ia sudah meminta maaf


B. bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa membayar
C. bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya
D. tidak bersalah kerana sanggup membayar harga coklat tersebut

Jawapan: B

Penjelasan

Isu utama adalah sama ada perbuatan Y dianggap mencuri atau tidak
disisi undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat lalu
memakannya dan dengan itu, ‘melarikan harta daripada yang
mempunyainya.’ oleh itu Y adalah bersalah. Jawapan yang boleh
diterima ialah di antara A dan B. Y bersalah bukan kerana tidak di-
maafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengam-
bil coklat itu tanpa bayaran. Isu sama ada tuan kedai memaafkannya
atau tidak, tidak timbul. Jawapan yang tepat ialah B.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang meng-


gunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk
menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan
graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon
memberi jawapan.

7
CONTOH SOALAN

Sila gunakan jadual di bawah untuk menjawab soalan-soalan berikut:

0 - 5,000 2,500 @6% = 150


+ 2,500 @9% = 225

5,000 - 7,500 5,000 = 375


+ 2,500 12% = 300

7,500 - 10,000 7,500 = 675


+ 2,500 15% = 375

10,000 - 15,000 10,000 = 1,050


+ 5,000 20% = 1,000

15,000 - 20,000 15,000 = 2,050


+ 5,000 25% = 1,250

20,000 - 25,000 20,000 = 3,300


+ 5,000 30% = 1,500

25,000 - 35,000 25,000 = 4,800


+ 10,000 35% = 3,500

35,000 - 50,000 35,000 = 8,300


+ 15,000 40% = 6,000

50,000 - 75,000 50,000 = 14,300


+ 25,.000 45% = 11,250

75,000 - 100,000 75,000 = 22,500


+ 25,000 50% = 12,500

8
1. Jumlah cukai yang harus dibayar bagi pendapatan bercukai
berjumlah RM8,500 ialah

A. RM815
B. RM820
C. RM825
D. RM1,050

Jawapan: C

2. Pendapatan bercukai tahun ini ialah RM20,000 dan pada t ahun


hadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyak
RM23,000. Berapakah jumlah cukai tambahan yang harus dibayar
bagi tahun hadapan?

A. RM200
B. RM300.
C. RM900
D. RM1,500

Jawapan: C

3. Jika anda membayar cukai RM240 bagi tahun 1996 berapakah


pendapatan bercukai anda bagi tahun tersebut?

A. RM3,000
B. RM3,500
C. RM4,500
D. RM4,750

Jawapan: B
9
(iii) Konsep-konsep Matematik

Konsep matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan


geometri. Asas-asas matematik tersebut tidak melebihi Sukatan
Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini
dianggap sesuai untuk kesemua calon.

Calon-calon siswazah jurusan matematik tidak mendapat kelebihan


di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan
soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan
konsep-konsep matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah
Atas (SPM).

CONTOH SOALAN

1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah


pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga
(setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah
jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan
tersebut?

A. 28
B. 49
C. 56
D. 62

Jawapan: A

10
Teknik menjawab

8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu


antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain se-
banyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8x7) permainan. Tetapi setiap
pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan
pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah

8x7 = 28
2

2. Terdapat 40 orang penuntut dalam sebuah kelas. 90% daripada


mereka telah mengambil peperiksaan dan 3/4 daripadanya telah
lulus. Berapakah bilangan penuntut yang lulus?

A. 27
B. 30
C. 33
D. 36

Jawapan: A

Teknik Menjawab

90% daripada 40 orang penuntut = 36 orang


3/4 daripada 36 orang penuntut = 27 orang

SEKSYEN C - PENGERTIAN DAN KEFAHAMAN TERHADAP


ESEI-ESEI

Masa : 35 minit
Bilangan Soalan : 20 soalan

11
Dalam seksyen ini calon dikemukakan 4 petikan esei yang mengandungi
antara 300 hingga 400 perkataan setiap satu; 2 dalam Bahasa Melayu
dan 2 dalam Bahasa Inggeris. Setiap esei mengemukakan 5 soalan yang
menguji kefahaman dan pengertian calon terhadap esei berkenaan. Bagi
esei-esei dalam Bahasa Melayu soalan-soalan adalah dalam Bahasa
Melayu. Bagi esei-esei Bahasa Inggeris soalan-soalan adalah dalam
Bahasa Inggeris.

Soalan-soalan berasaskan kepada esei yang dikemukakan dan bukan


pengetahuan atau pengalaman calon. Soalan-soalan tertumpu kepada
perkara-perkara berikut:

(i) Perkara penting yang dinyatakan atau tujuan utama esei;


(ii) Penerangan atau kenyataan yang nyata dan jelas dari
esei;
(iii) Kenyataan ataupun pemikiran yang disindir atau ditempelak
dari esei;
(iv) Aliran pemikiran dan asas-asas perbahasan penulis;
(v) Perasaan penulis sama ada menyokong atau menolak,
memberi pendapat yang bebas suka/duka dan sebagainya

CONTOH SOALAN

Esei

Sejak awal lagi, internet diketahui mempunyai cirri-cirri kebaikan


dan keburukannya. Kita amat mengharapkan alat ini dapat mencari
maklumat dengan pantas dan digunakan dengan cara yang paling baik.
Namun demikian, dalam masyarakat yang pelbagai ragam,
penyalahgunaan adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Cara untuk
menyekat perbuatan seperti itu harus difikirkan oleh setiap individu. Oleh
sebab penggunaan internet dianggap sebagai kebebasan dalam konteks
globalisasi, setiap individu berhak menggunakan Internet.

12
Terpulanglah kepada individu itu untuk menentukan tujuan dia
menggunakan internet, sama ada untuk tujuan kebaikan atau sebaliknya.
Penggunaan internet dapat mempercepat tugas yang berkaitan dengannya.
Hal ini terbukti dengan jelas, khususnya dalam aspek penyaluran dan
penyebaran maklumat dan maklum balasnya. Oleh itu, penyebar surat
laying mungkin berpendapat bahawa internet merupakan alat yang
terpantas untuk melakukan perbuatan jahat mereka.

Kita percaya bahawa surat layang melalui internet lebih berbisa


jika ada pihak yang sanggup memanjangkan surat yang biasanya tidak
dikenali penulisnya itu. Surat layang seperti ini dapat disebarkan dari satu
alamat yang lain melalui internet atau dicetak dan disebarkan kepada
mereka yang tidak mempunyai kemudahan internet. Kerja ini juga dapat
dilakukan menerusi ruang khas homepage yang begitu popular pada hari
ini. Mungkin surat layang ini dapat dijawab menerusi cara yang sama, tetapi
dengan berbuat demikian, kita seolah-olah mengundang penyebaran surat
layang yang baru oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Masalah timbul apabila teknologi gagal dikaitkan dengan matlamat


untuk mencari maklumat secara positif. Selain itu, pengguna hanya meng-
gunakan internent untuk berkomunikasi secara negatif. Internet harus
digunakan sebagai keperluan untuk berkomunikasi sesama manusia
dengan bercirikan semangat untuk mewujudkan struktur sosial yang baik
dan berkesan. Internet tidak harus digunakan untuk menyebar fitnah. Kita
bimbang jika fitnah ini dibuat untuk memburuk-burukkan kepimpinan
negara, hal ini akan menjadi gejala yang tidak sihat. Sebagaimana yang kita
tahu, penyebaran surat layang menerusi internet bukan terbatas kepada
lingkungan dalam negara. Penyebarannya mudah merebak hingga ke
merata dunia. Kesempatan ini dapat digunakan oleh pihak asing untuk
memburuk-burukkan keadaan di sesebuah negara.

Di negara membangun, teknologi komunikasi sepatutnya dianggap


sebagai penemuan terpenting untuk bersaing dalam bidang perdagangan,
pertanian, perbankan, perniagaan dan lain-lain lagi. Hal ini mungkin diakui
oleh organisasi tertentu tetapi bagaimana pula dengan individu? Adakah
mereka memahami falsafah teknologi komunikasi termoden ini? Jika mahu
menyebarkan surat layang melalui internet, nampaknya matlamat untuk
mewujudkan masyarakat yang celik maklumat tidak akan berhasil. Sesuatu
yang mungkin mengecewakan kita ialah ketika kita melihat komunikasi baru
dan teknologi maklumat sebagai alat penting dunia perindustrian yang
banyak menawarkan keuntungan, ada pihak yang terus leka dengan
menyebarkan surat layang menerusi kemudahan yang sama.

13
Kita sedar bahawa gelombang teknologi dengan mudah dapat
dimanipulasikan. Fakta yang salah mudah disalurkan untuk
mengelirukan orang lain. Oleh itu kita juga amat sedih kerana ketika
teknologi maklumat dan komunikasi digunakan untuk menyediakan
prasarana seperti perbankan elektronik, Sistem rangkaian maklumat,
persidangan video, pangkalan data dan alat automatik untuk kegunaan
pejabat, ada pengguna yang mudah melakukan perkara yang tidak
berfaedah.
Surat layang mampu menimbulkan krisis keyakinan jika tidak di-
tangani dengan baik. Kita percaya bahawa jika wujud etika dan nilai yang
baik dalam kalangan pengguna internet, kita dapat mengelakkan diri
daripada perbuatan yang tidak mendatangkan hasil ini. Oleh itu, setiap
pengguna seharusnya mempunyai maruah diri dan bukan menjadikan
alat itu untuk merosakkan masyarakatnya.

1. Penyalahgunaan internet sukar diatasi kerana

A. terdapat pengguna yang tidak bertanggungjawab


B. pengguna internet yang tidak bertanggungjawab sukar
dikenali.
C. pengguna internet dianggap sebagai kebebasan sejagat
D. adanya keinginan untuk mendapatkan keuntungan dalam
jangka pendek

JAWAPAN : C

2. Apakah langkah yang paling sesuai untuk menyekat penyebaran


surat layang ?
A. Mengehadkan penggunaan internet dalam sesebuah
Negara sahaja
B. Menyebarluaskan maklumat yang sebenarnya
C. Menyemai etika dan sistem nilai yang baik dalam kalangan
pengguna Internet
D. Menyedarkan masyarakat tentang kesan buruk surat
layang.

JAWAPAN : C
14
3. Antara berikut, yang manakah kesan penyebaran surat
layang?

i. Keuntungan sektor perdagangan terjejas


ii. Kewibawaan seseorang pemimpin terjejas
iii. Masyarakat celik maklumat sukar dilahirkan
iv. Masyarakat sejagat meragui keikhlasan sesebuah Negara.

A. i dan ii B. i dan iii


C. ii dan iv D. iii dan iv

JAWAPAN : A

Passage

Wanted urgently: a national energy policy. An inventory of Malaysia’s


resources; both conventional and non-conventional. A projection of
national energy needs for the century.
Energy is one of the major issues at the moment and will continue to be
for a long time yet particularly for the developing countries, Malaysia
included.
The country’s known oil reserves are estimated at only about a billion
barrels. It is expected, therefore, to become a net oil importer for about
six or seven years.
The fact that a Cabinet Committee on energy exists to deal with policy
issues in this area surfaced again recently. In fact, the committee was set
up in 1978 but it has operated in such a low key that it is scarcely heard
of or from.
Likewise, the second tier committee of officials, which is charged with
making recommendations to Ministers and to oversee the
implementation of their decisions, seems to have led an equally shadowy
existence.

15
This suggests the status of energy has yet to be raised to that of a major
policy concern, even though pronouncements by top leaders such as the
Prime Minister fully reflect their awareness of the seriousness of the
problems that loom ahead. Take the Fourth Malaysia Plan for example,
after pouring over the 400 odd pages document, the reader will find it
difficult to resist the conclusion that the energy dimension has not been
given an adequate treatment, although it is obvious that no country in
today’s circumstances can set out a framework for development without
it.

The long discussion on an appropriate economic strategy for the 1980s


does not refer to energy even in passing, while the chapter under which
energy has been dumped together with utilities is silent about plans
diversifying the energy base.

If one is looking for specific details about the four-fuel strategy


announced by the Prime Minister several months ago and reiterated by a
cabinet minister more recently, one will be disappointed.

Nothing is said about a master plan for the use of gas in the country,
expected to be prepared by World Bank experts, or the prospects for
using local coal for power generation. And what of the progress of the
studies undertaken by West German consultants in Sarawak?

These were aimed at determining the feasibility of harnessing the vast


hydro potential the Pelagus rapids and the Balui River and the feasibility
of a submarine cable system for transmitting power to Peninsular
Malaysia 600 or so miles across the South China Sea.

16
4. In this passage the author
A. is pessimistic about Malaysia’s future energy
situation
B. is optimistic that Malaysia can solve its future energy
problem
C. is pessimistic about the capability of Malaysia to
solve its energy problem
D. feels that there must be a greater effort by the
government to study the future energy supply and
demand.

Jawapan: D

5. According to the author, as far as future needs of energy is


concerned, the immediate step to be taken by the government is
A. to drill more oil
B. to use oil resources
C. to use coal resources
D. to carry out a national energy resources survey

Jawapan: D

6. According to the author, if one is interested to know details about


Malaysia’s future energy situation
A. one cannot find details anywhere
B. one must read Fourth Malaysia Plan
C. one has to see the Annual Economic Report
D. one has to see the Cabinet Committee Report

Jawapan: A

17
SEKSYEN D - ESEI BAHASA MELAYU

Masa : 1 jam
Bilangan Soalan : 3 jawab 1
Panjang Esei : 300 hingga 500 perkataan

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput


pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Cara-cara untuk
menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur.”

Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun


dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk
mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan
bahasa Melayu.

SEKSYEN E - ESEI BAHASA INGGERIS

Masa : 1 jam
Bilangan Soalan : 3 jawab 1
Panjang Esei : 200 hingga 300 perkataan

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput


pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Electronic
Government in Malaysia.”
Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun
dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk
mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan
bahasa Inggeris.

18
PANDUAN MENJAWAB SOALAN

Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam


Peperiksaan Khas ini.

Soalan Objektif
(Soalan-soalan di dalam Seksyen A, B dan C)

(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki


Peperiksaan Khas ini adalah dari pelbagai bidang akademik.
Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang
akademik. Oleh yang demikian terdapat beberapa soalan yang
berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana
berada di luar bidang pengkhususan. Soalan-soalan tersebut,
walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang
berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat
soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak
membuang masa dan terus menjawab soalan-s o a l a n yang
berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan
tersebut.

(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan di mana 5 opsyen


jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yang
dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat.
Apabila membaca dan mengkaji kelima-lima opsyen yang
dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling
tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan
salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu
dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

19
(c) Untuk merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan
diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon
menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alatulis-alatulis lain digunakan,
jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat
memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh
dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang
dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

Soalan Esei
(Soalan-soalan dalam Seksyen D dan E)

(a) Soalan-soalan esei terdapat di dalam dua seksyen iaitu Seksyen D


(esei Bahasa Melayu) dan Seksyen E (esei Bahasa Inggeris).
Bagi setiap seksyen calon perlu memilih sebuah tajuk dari tiga
yang dikemukakan.

(b) Masa 1 jam bagi menjawab setiap esei adalah panjang kerana
kebiasaannya calon diberi selama 30 atau 45 minit sahaja. Tujuan
calon diberi masa panjang adalah untuk menggalakkan penulisan
esei yang bernas, teratur, teknik persembahan serta s u s u n a n
perkataan yang terbaik. Tulisan perlu kemas dan calon digalakkan
menyusun perenggan menggunakan tajuk-tajuk kecil (jika perlu)
dan mengemukakan hujah-hujah dengan teratur dan mengikut
logik. Oleh yang demikian calon dinasihatkan untuk
menggunakan sekurang-kurangnya 10 minit untuk merancang,
membuat nota, rangka dan sebagainya sebelum esei ditulis.

20
PENUTUP

Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang


terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga.
Ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan PTD adalah
lebih baik.

“Selamat Maju Jaya”

Bahagian Peperiksaan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Malaysia

21

Anda mungkin juga menyukai