9 Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad Ke
9 Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad Ke
(PAK-21)
Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) merupakan salah satu elemen yang penting dalam Pelan Pembangunan
Pendidikany Malaysia (PPPM). Ramai guru berasa takut dan keliru dengan PAK-21 kerana kurang memahami
konsepnya . Sebenarnya, PAK-21 menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan berunsur kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT). Berikut ialah 9 contoh aktiviti dalam kelas yang boleh digunakan oleh para guru dalam bilik
darjah abad ke-21.
1. Round Table
• Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik.
• Secara bergilir, murid memberi dan mencatat satu idea dengan menggunakan pen dan kertas yang sama.
• Hasil dapatan dirujuk dan dibentang.
• Sesuai untuk murid tahap dua sekolah rendah dan murid sekolah menengah
2. Think-Pair-Share
• Guru memberikan topik dan murid berfikir sendiri dalam jangkamasa tertentu.
• Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan.
• Murid seterusnya berkongsi idea dengan keseluruhan kelas.
3. Hot Seat
• Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian (secara individu atau kumpulan).
• Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi 'pakar'.
• 'Pakar' tersebut akan menjawab soalan yang dilontarkan oleh murid lain.
6. Role-Play
• Murid diberi peranan dan watak.
• Murid diberi masa untuk membuat persediaan.
• Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan.
7. Gallery Walk
• Aktiviti selepas kajian untuk mempamerkan hasil dapatan.
• Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
• Murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain pada sticker note dan menampalnya di atas hasil
kerja tersebut.
9. Peta i-Think
• Menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea murid.
• Peta i-Think boleh digunakan sebagai alat untuk murid membuat kajian dan dipersembahkan dalam bentuk grafik.