Soalan Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun
Soalan Hbef1503 Masyarakat Dan Tamadun
(a) Budaya.
Budaya itu suatu cara hidup yg dikongsi bersama yg merangkumi nilai2, kepercayaan dan
pantang larang yg diperturunkan dalam sesebuah masyarakat drpd satu generasi ke
generasi melalui proses pembudayaan.
(b) Tamadun
sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan
seperti sains dan teknologi, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain yang tinggi, baik, halus
dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti,
tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara
bangsa.
(c ) Kepelbagaian budaya
Kepelbagaian budaya ialah keadaan yang majmuk di mana semua rakyat hidup dalam
keadaan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan,
agama dan sebagainya.
Ketidakpastian dan kekaburan yg dialami seseorang apabila dia cuba bertindak dlm suatu
budaya yg asing.
a) Budaya dikongsi
Budaya adalah sesuatu fenomena sosial yg dikongsi oleh sekumpulan ahli masyarakat. Ahli2
masyarakt yg berkongsi sesuatu budaya masing2 maklum ttg maksud sesuatu objek, idea atau
kelakuan dlm konteks budaya tersebut.
b) Budaya dipelajari
BUdaya tidak diwarisi secara genetik. Budaya dipelejari melaui interaksi sosial antara ahli2
masyarakat.
4. Ada pendapat mengatakan budaya itu integrative. Jelaskan dgn mmberi contoh yg releven.
Budaya merangkumi pelbagai aspek yg saling berkait rapat antara satu sama lain spt
ekonomi, pendidikan, keluarga, agama, kerajaan,kepimpinan, teknologi, dn sebagainya.
Aspek2 ini saling mempengaruhi antara satu sma lain. Sekiranya terdapat perubahan
mana2 aspek budaya, akan mencetuskan perubahan pada aspek2 yg lain.
Contoh : kemelesetan ekonomi akan menjejaskan budaya2 yg lain spt keluarga,
pendidikan dn teknologi.
5. Pendapat ahli social antropologi mengatakan manusia adalah insane social. Huraikan
penyataan tersebut.
Manusia sbg insan social tidak mampu hidup bersendirian dn perlu bekerjasama dgn
manusia2 lain utk mncapai matlamatnya.
1.Terangkan maksud :
(a) Perkahwinan
(c ) Sistem patrilineal
Dalam sistem ini, seseorang individu itu mempunyai susur galur kekerabatan melalui
bapanya, datuk sebelah bapa, dan seterusnya melalui lelaki sahaja.
Dalam sistem keturunan matrilineal, seseorang itu tergolong di dalam kerabat ibunya.
Sistem ini terdiri daripada :
(a) Seorang wanita
(b) Adik-beradiknya
(c) Anak-anaknya
(d) Anak-anak saudara perempuannya
(e) Anak-anak kepada anak-anak perempuannya
(a ) Mas kahwin
Mas kahwin ialah bayaran yang diberikan oleh keluarga suami kepada keluarga isteri.
Lazimnya, mas kahwin dibayar dalam bentuk wang tetapi budaya-budaya lain turut
membayar mas kahwin dengan memberikan binatang peliharaan (biri-biri, kuda, lembu)
dan barangan (tikar, selimut, lembing dan barangan berharga dan berstatus).
.
(b) Bride service
masyarakat berskala kecil yang tidak mengumpul wang dan barangan, bride service
diamalkan di mana pihak lelaki menawarkan perkhidmatannya kepada keluarga
perempuan.
Bride service biasanya diamalkan oleh masyarakat nomad yang mencari makanan dengan
berburu.
(c ) Dowry
dowry merupakan perpindahan barangan atau duit daripada keluarga isteri kepada pihak
keluarga suami. Dowry sentiasa dibekalkan oleh pihak isteri, tetapi penerima dowry
berbeza daripada budaya ke budaya. Dowry sering dikaitkan dengan masyarakat India
pada persepsi umum
4. Bincangkan 3 kepentingan system kekerabatan dlm membantu manusia menyesuaikan diri
terhadap persekitaran sosialnya.
(a) Ia membataskan aktiviti seksual dan menentukan siapa boleh mengahwini siapa,
mengikut prinsip sumbang mahram atau incest taboo.SEMA
K(b) Ia menentukan bagaimana lelaki dan wanita seharusnya bekerjasama dan
membahagikan tugas.
(a ) Ekologi
(b) Teknologi
(c ) Hortikultur
(d) Pastoralisme
a)Pengkhususan Jantina
Dalam antropologi, terdapat perbezaan yang nyata di antara tugas-tugas yang dilakukan oleh
lelaki dan wanita. Lazimnya, lelaki membuat kerja-kerja di luar rumah manakala wanita
membuat kerja-kerja di dalam rumah
b)Pengkhususan Umur
c) Pengkhususan Peranan
Kemajuan teknologi membolehkan ramai orang memainkan peranan yang lebih khusus dalam
.masyarakat. masyarakat primitif mengamalkan kesepaduan mekanikal di mana ahli-ahli
masyarakat memainkan peranan yang sama, merasakan diri mereka setara dari segi sosial, dan
mengamalkan nilai-nilai tradisi dan kekeluargaan. Kemunculan masyarakat moden menyaksikan
perubahan daripada kesepaduan mekanikal kepada kesepaduan organik yang lebih berasaskan
pengkhususan peranan dan saling kebergantungan
Agrikultur berbeza dengan hortikultur kerana ia amat bergantung kepada tenaga haiwan dan
teknologi. Tidak seperti hortikultur, agrikultur banyak menggunakan teknologi seperti bajak
yang ditarik oleh haiwan, baja,sistem pengairan dan jentera moden. Teknologi canggih di sini
memastikan
bahawa pengusaha agrikultur mendapat hasil yang berlipat kali ganda berbanding dengan
petani yang terlibat dengan hortikultur.
Agama melibatkan kepercayaan kepada makhluk ghaib (tuhan, roh, semangat, dewa, jin,
makhluk halus). Semua ini tergabung di bawah konsep kuasa supernatural, yang boleh
menimbulkan perasaan-perasaan seperti misteri, gerun, takut dan hormat, serta dipercayai
boleh membantu manusia dalam kesusahan dan dalam keadaan yang tidak menentu.
(a ) Kudus dn duniawi
Kudus menggambarkan sesuatu yang luar biasa dan mempunyai kuasa supernatural yang
boleh menimbulkan rasa takut dan gerun. Duniawi mewakili perkara-perkara yang biasa
dan sekular. Pembezaan di antara yang kudus dan yang duniawi berlaku secara simbolik. Ini
adalah kerana perlakuan agama banyak bergantung kepada perlambangan atau
simbolisme untuk mewakili suatu kewujudan yang ghaib dan mistik.
Doktrin merujuk kepada ajaran, falsafah dan ideologi sesuatu agama. Doktrin banyak
bersumberkan kitab-kitab suci seperti al-Quran, kitab Injil, kitab Taurat, Bhagavad Gita dan
sebagainya.
Ritus pula menggariskan tatacara bagaimana agama itu diberikan wadahnya dalam bentuk
yang telah ditentukan. Ritus merupakan ekspresi luaran yang menzahirkan ajaran agama
melalui perbuatan yang simbolik.
Jika doktrin adalah sesuatu yang kita tidak nampak, tetapi ritus dapat disaksikan dengan mata
kasar.
(c ) Pengantara dn pengikut
Perantara merupakan golongan agamawan yang menduduki hirarki yang tinggi dan
istimewa dalam upacara keagamaan. Mereka ini merupakan p pakar ritus yang sentiasa
dirujuk oleh para pengikut kerana mereka dianggap mempunyai ilmu agama dan
seterusnya layak mengetuai upacara keagamaan.
Pengikut pula merupakan orang kebanyakan yang menurut ajaran atau doktrin yang
dibawa oleh seseorang perantara.
Magis boleh didefinisikan sebagai usaha yang dilakukan bagi menggunakan kuasa
supernatural atau semangat untuk mencapai sesuatu matlamat melalui perlakuan yang
telah ditetapkan. Magis memerlukan campurtangan “bantuan luar” untuk mencapai hasrat
yang diminta. Ini akan mengurangkan rasa gelisah dan rasa tidak yakin sewaktu melakukan
sesuatu tindakan.
Ajaran sesat merujuk kepada mana-mana kumpulan agama yang tidak diiktiraf oleh
masyarakat. Ini kerana kumpulan-kumpulan ini dianggap membawa ajaran yang telah
terpesong daripada akidah arus perdana. Biasanya kumpulan-kumpulan ini akan
mempermudahkan atau menolak terus amalanamalan agama arus perdana.
Agama membangkitkan semangat komuniti dalam diri sebagai ummah kepada satu
kumpulan sosial yang mempunyai kepentingan bersama. Dalam ertikata lain, agama
berperanan mengeratkan kesepaduan sosial di antara ahli-ahli masyarakat.
Agama juga memainkan peranan sebagai alat untuk pendidikan. Agama menyediakan
individu untuk melalui perubahan-perubahan dalam kehidupannya melalui ritus peralihan.
Ritus peralihan dilakukan untuk memberikan pengiktirafan kepada tahap peralihan dalam
hidup manusia. Pada masa yang sama, ritus ini turut menurunkan ilmu yang diperlukan
untuk memastikan kelangsungan sesuatu kumpulan.
Kosmologi ialah model semesta yang menjelaskan kejadian manusia dan alam. Kosmologi
menjelaskan siapakah penghuni alamini dan menghuraikan bagaimana alam ini dicipta dan
diatur.
Alam ini penuh dengan perkara-perkara yang tidak pasti dan di luar kawalan kita. Keadaan
yang tak diduga menimbulkan masalah pemikiran dan mengganggu ketenteraman jiwa
kita. Agama menyediakan jawapan kepada permasalahan kehidupan kita melalui ajaran-
ajarannya yang terkandung dalam kitab-kitab suci.
Masyarakat suku (tribe) terdiri daripada pengeluar makanan (secara hortikultur atau
pastoral). Masyarakat suku agak sama dengan masyarakat kumpulan dalam pelbagai
aspek. Keduaduanya bersifat sama rata, dan mempunyai ketua tempatan tanpa
kepimpinan berpusat.
Kerajaaan (chiefdom) dikepalai oleh seorang ketua atau chief yang kadangkala dibantu
oleh badan penasihat. Apabila masyarakat kian berkembang, terdapat keperluan untuk
struktur politik yang lebih formal dan berkekalan. Tidak seperti masyarakat suku dan
masyarakat kumpulan, ketidaksamaan sosial wujud di dalam kerajaan dari segi pangkat
dan status.
Sistem negara adalah yang paling formal dan kompleks. Tidak seperti masyarakat
kumpulan dan masyarakat suku yang berteraskan hubungan persaudaraan, negara lebih
bersifat impersonal. Negara menawarkan perkhidmatannya kepada warga-warganya yang
menetap di bawah lingkungan
geografinya. Di antara fungsi-fungsi negara termasuklah mengumpul cukai, merekrut
askar untuk bala tentera, mentadbir organisasi-organisasi birokrasi, menggunakan
kekerasan untuk meleraikan konflik, dan sebagainya.
Hanya negara sahaja yang memegang hak untuk menggunakan keganasan. Sesiapa sahaja
yang bersalah menggunakan keganasan secara haram akan dihukum oleh negara.
Mekanisme seperti anggota polis dan angkatan tentera disediakan untuk memastikan
keselamatan negara daripada ancaman luaran atau dalaman.
(b) Ideologi
Kuasa tidak mencukupi untuk mengekalkan autoriti negara. Ideologi juga diperlukan untuk
meyakini rakyat bahawa pihak berkuasa berhak untuk mentadbir. Ini selalunya dicapai
melalui institusi-institusi seperti agama dan media massa.
a ) Mut (Moot)
Mut (moot) merupakan cara meleraikan konflik dalam kebanyakan masyarakat di Afrika.
Mut merupakan pengemukaan kes secara tidak formal yang melibatkan litigan serta rakan-
rakannya atau saudara maranya. Secara amnya, mut cuba menyelesaikan permasalahan
domestik seperti penderaan isteri, salah faham akibat pembahagian harta pusaka, ataupun
hutang yang tidak dibayar. Mut sebenarnya bertujuan untuk mengintegrasikan pihak yang
bersalah kembali ke dalam komuniti dan memperbaiki hubungan di antara pihak-pihak yang
bertelagah. Hukuman biasanya tidaklah serius dan tidaklah begitu berat sehingga
memalukan pihak yang kalah.
Angkat sumpah merupakan pengisytiharan formal kepada kuasa ghaib yang segala yang
diucapkan ialah benar atau pihak yang mengangkat sumpah tidak bersalah. Angkat sumpah
biasanya diiringi dengan ritus seperti menghisap paip
perdamaian), bersumpah di atas kitab suci, dan sebagainya .
Ujian merupakan cara menentukan kebersalahan dengan menyuruh pihak yang tertuduh
untuk melalui ujian yang berbahaya. Jika orang tersebut melepasi ujian itu dengan jayanya,
ia dipercayai bahawa kuasa ghaib telah menentukan bahawa dia tidak bersalah; jika dia
gagal, tuhan-tuhan telah menunjukkan kebersalahan pihak yang tertuduh.
c) Undang-undang
d) Peperangan
Salah satu mekanisme kawalan sosial luar kumpulan atau masyarakat sendiri ialah
peperangan yang boleh didefinisikan sebagai pertempuran yang sistematik, teratur, dan
berinstitusi antara kumpulan-kumpulan yang berbeza. Manusia mungkin enggan untuk
bersikap anti-sosial atau agresif jika kelakuan sebegitu boleh mengundang serangan
daripada kuasa-kuasa luar.
1 . Jelaskan maksud :
( a ) Ras
Istilah ras merujuk kepada ciri-ciri fizikal dan biologi yang dimiliki oleh sesuatu kumpulan
manusia.
Kelompok etnik merujuk kepada satu kelompok manusia yang mempunyai tradisi budaya
yang sama dan satu perasaan identiti yang sepunya. Kelompok ini mungkin merupakan
kelompok kecil yang wujud dalam sesebuah negara yang mempunyai kelompok-kelompok
etnik yang lain.
(c) Akulturasi
Hubungan ras dan etnik yang dicirikan oleh asimilasi budaya, di mana kelompok-kelompok
ras dan etnik yang berlainan itu saling meminjam unsur-unsur budaya sesama mereka.
(d) Akomodasi
Hubungan ras dan etnik dicirikan oleh hidup bersama namun mereka masih tetap hidup
berasingan. Mereka hidup secara harmoni dengan setiap kelompok diwakili di peringkat
pusat, di mana mereka bertolak ansur antara satu dengan lain. Hubungan ini biasanya
terdapat dalam masyarakat majmuk.
(e) Amalgamasi
Hubungan ras dan etnik yang dicirikan dengan perkahwinan campur rentas sempadan ras
dan. Akibatnya terbentuk ras yang baru.
2. Bincangkan bagaimana hubungan etnik dpt membantu menjalinkan interaksi social manusia
dlm masyarakat majmuk.
3. Terdapat satu kelompok manusia yg mempunyai ciri2 warisan biologi dn fizikal yg berbeza
dgn kelompok lain. Bincangkan kategori manusia berikut :
Mereka yang berkulit putih, berambut perang, berbadan tinggi. Kumpulan ini ramai terdapat
di negara-negara Eropah dan Amerika dan dikatakn berasal dari kawasan Caucasus di timur
Eropah
(b) Negroid (Negroid)
Mereka terdiri daripada kebanyakan penduduk benua Afrika yang berambut ikal, berkulit
hitam dan berhidung kemek .Istilah asal daripada perkataan Negro.
Mereka kebanyakannya menduduki kawasan Asia Timur dan dikatakan berasal dari benua
Asia tengah. Istilah ini adalah sempena dengan nama Mongolia, salah satu negara di Asia
tengah.
ras merujuk kepada ciri-ciri fizikal dan biologi yang dimiliki oleh sesuatu kumpulan manusia,
sementara etnik merujuk kepada ciri-ciri budaya yang dimiliki oleh sesuatu kumpulan atau
masyarakat. Ras adalah sesuatu yang telah ditentukan oleh faktor keturunan dan biologi,
sementara etnik adalah satu bentuk persepsi, sama ada oleh diri sendiri atau oleh orang lain
terhadap kita.
Strata atas
Biasanya dikategorikan sebagai kelompok dominan, superordinat, superior atau majoriti.
Strata bawah
Dikategorikan sebagai kelompok subordinat, inferior atau minoriti. Biasanya kelompok ras
dan etnik di strata bawah ini ditindas, dinafikan beberapa hak asasi serta didiskriminasikan
oleh kelompok yang menduduki strata atas.
(c) Rasisme dan etnosentrisme
Rasisme merujuk kepada anggapan sesorang bahawa ras sendiri adalah lebih baik, iaitu lebih
superior, daripada ras orang lain.
Sementara etnosentrisme pula merupakan kepercayaan bahawa unsur-unsur yang terdapat
pada budaya sendiri seperti agama, nilai, sikap dan amalan
budaya adalah lebih baik daripada yang dimiliki oleh kelompok-kelompok etnik lain.
(a) Asimilasi
Dalam kebanyakan kes, kelompok etnik atau ras yang minoriti diasimilasikan ke dalam
kelompok etnik atau ras yang lebih besar. Asimilasi biasanya melibatkan asimilasi budaya di
mana kelompok minoriti menerima sebahagian besar daripada budaya kelompok majoriti.
(b) Pluralisme
Sesetengah golongan minoriti enggan menghilangkan identiti etnik atau rasnya kerana mereka
mempunyai kesedaran yang tinggi dan berbangga dengan warisan budaya ibunda mereka. Di
samping itu juga, kelompok dominan sanggup membenarkan malahan menggalakkan
kewujudan pelbagai budaya dalam masyarakat.
6. Bincangkan 3 keadaan yg perlu utk menggunakan teori konflik dlm menganalisis sebab2
terjadi rasisme dn etnosentrisme.
(a) Mestilah terdapat dua atau lebih kelompok sosial yang dapat dikenal pasti melalui
perbezaan ciri-ciri fizikal dan budaya.
(c) Mestilah wujud kuasa yang tidak seimbang di antara kelompok-kelompok, dalam erti kata
terdapat satu kelompok yang dominan yang mempunyai kuasa yang lebih kuat untuk
menafikan kelompok-kelompok lain hak ke atas sumber-sumber yang bernilai itu.
TOPIK 7 : TAMADUN PURBA
1 . Jelaskan maksud :
Zaman prasejarah adalah satu zaman silam manusia sebelum wujudnya bukti-bukti
bertulis.
Zaman prasejarah akhir dikenali sebagai Zaman Batu Baru atau Zaman Neolitik. Bermula
sekitar tahun 7000 SM. Pada zaman inilah manusia mula menjalankan kegiatan pertanian
sebagai sumber utama makanan mereka selain daripada menternak haiwan. Bermulanya
kegiatan bercucuk tanam diiringi dengan pembinaan tempat tinggal yang lebih kekal dalam
bentuk perkampungan yang dibina berdekatan dengan punca air. Zaman ini dikenali
sebagai Zaman Evolusi Pertanian kerana bertukarnya corak hidup mereka daripada
memburu dan berpindah-randah kepada pertanian dan penempatan tetap.
2. Bincangkan 4 perbezaan antara manusia zaman prasejarah awal dgn zaman prasejarah akhir.
Sumber bahan Hasil buruan dan hutan Hasil tanaman, ternakan dan
mentah perdagangan
Sumber Buruan, tangkapan ikan dan Pertanian dan penternakan;
makanan hasil makanan dimasak
hutan; dimakan mentah
Peralatan Rekaan kasar berasaskan batu; Rekaan berasaskan batu yang
satu alat pelbagai guna lebih halus; tercipta alat untuk
kegunaan khusus
Pemerintahan Tiada sistem pemerintahan Corak pemerintahan yang teratur
yang
jelas
1 . Apakah yg anda faham ttg zaman Kebangkitan (Renaissance) dan bagaimana zaman ini
membawa pembangunan pesat diseluruh Eropah ?
Nilai-nilai asas tamadun barat adalah individualism, kegembiraan, hak (terutamanya hak
asasi ), kapitalisme, sains dan teknologi.