Anda di halaman 1dari 12

BUKU

PENGURUSAN DISEDIA&DISUSUNATUR OLEH :


Cikgu Ahmad Nor Khushairi
HAL EHWAL bin Jamali

MURID (GPK HEM SKOS)


MBA0003 – SK OTHAMAN SHAWAL

“Raikan Kepelbagaian”

“Anak Yang Baik Mendengarkan,


Anak Yang Soleh Allah Bersamanya”
0
Page
PENDAHULUAN

Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen


terhadap prestasi kemenjadian murid khususnya dalam pembinaan akhlak dan sahsiah serta
ketrampilan mereka. Atas dasar inilah, matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang
kepada kebajikan, keselamatan dan akhlak serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang baik
serta berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada bangsa, agama dan negara.

Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada cara sekolah


menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid- muridnya.

Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program
yang dianjurkan oleh Unit HEM untuk mempastikan matlamat sekolah tercapai. Kerjasama
yang erat dan padu antara semua guru, warga SKOS, murid dan kumpulan sokongan ibu bapa
mampu merealisasikan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia.

MATLAMAT PROGRAM HEM

Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi
sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran,
berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan
menyuburkan potensi kepimpinan.

OBJEKTIF

Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan HEM

Melaksanakan program/aktiviti Hal Ehwal Murid yang dapat membantu


kecemerlangan di peringkat sekolah secara holistik.

Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan serta sedia
mendepani cabaran semasa.

Moto / Cogan kata : “Raikan Kepelbagaian”


1
Page

Slogan / Tagline :” Anak yang baik mendengar kata, Anak yang soleh Allah bersamanya”
4 ASPEK ASAS/PERTIMBANGAN DALAM PROGRAM/AKTIVITI
HEM DI SEKOLAH.

a) membuat ketetapan (Al-Quran&Hadis, Perlembagaan Persekutuan, Akta Pendidikan


1996 -Akta 550-, Pekeliling Perkhidmatan, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam ,
Surat Pekeliling Ikhtisas , Visi,Misi,Matlamat KPM, Buku Panduan Khas/Am
Pengurusan Unit HEM, Teori Pendidikan Pembelajaran/Psikologi dll, Surat/Memo
JPM,PPD&Sekolah)

b) mendokumenkan ketetapan (Perancangan Tahunan, Kertas Kerja, Takwim, Carta


Organisasi Analisis persekitaran –SWOT-& Perancangan Strategik, Pelan Taktikal dan
Pelan Operasi ,Sistem Online)

c) menyebarluaskan ketetapan (Mesyuarat, taklimat, perhimpunan, media sosial, memo,


surat dll/pelaksanaan program/aktiviti)

d) menyemak semula ketetapan (budaya data,fakta/statistik pemantauan, pelaporan,


analisis & penambahbaikan)

ELEMEN-ELEMEN PENTING DALAM KERJABUAT HEM

Bil. Perkara Catatan


1. Buku Panduan Pengurusan Unit HEM oleh KPM – SPBT, Kantin, Dibaca,difahami,
RMT, PIBK,3K, Asrama dan sebagainya diikuti
2. Sistem Online – APDM, SSDM, Sistem Penarafan Keselamatan Diisi ikut SOP
Sekolah(SPKS), eSarana, Sistem Pelaporan Isu Displin Dan
Pendidikan (e-PIDP). eAsrama harian
3. Borang-borang khas – borang keluar-masuk murid borang maklumat Format KPM
murid, borang bantuan, tuntuan insurans
4. Garis Masa - semakan verifikasi data – APDM, proses pengesahan & Dipatuhi tarikh
penerimaan bantuan, kewangan RMT
5. Pelaporan berkala - Laporan Harian Kendiri Kantin Sekolah, RMT, Diisi, disah,
Laporan Bulanan Kajian Aedes Di Sekolah Program Bebas Denggi dihantar,
Di Sekolah (KD1&KD2), Penarafan Kebersihan Tandas Sekolah difailkan.
6. PPSR Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah - Pentaksiran Difahami, ditadbir
Psikometrik (PPsi). PPsi adalah untuk mengenal pasti kebolehan urus ikut SOP
semulajadi murid, personaliti, bakat dan kecenderungan murid
disamping mengenal tret yang boleh diperkembangkan secara tidak
langsung melalui aktivit pembelajaran di sekolah
Misi Unit HEM

1. Meningkatkan peratus kehadiran murid daripada bawah 90% kepada atas 90% - 95% ke
atas.
2. Mensasarkan 90 % penglibatan/catatan guru terhadap amalan baik murid ke dalam
SSDM.
3. Menubuh dan mengerakkan jentera pasukan pemikir untuk mengatasi isu ketidakhadiran
, ponteng dan keciciran murid.
4. Melaksanakan 5 program atau aktiviti kerjasama dengan komuniti setempat atau agensi
luar.
5. Menyebarluaskan dan melaksanakan Transformasi Asrama Harian (TAH) dan Sistem
Keluarga Asrama (SisKA) dikalangan warga SKOS.

Jawatankuasa Pemikir

1. Guru Besar
2. GPK HEM
3. Guru Bimbingan dan Kauseling
4. Ketua Unit Ponteng dan Keciciran
5. Guru Disiplin
6. Wakil Guru Penyelaras Kelas
7. PIBG / PIBK / Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)

1
Page
Pelan Tindakan Program Khas Ponteng dan Keciciran (PC) 2019

Bil. Perkara Tindakan


Mengumpul dan merekod data ketidakhadiran murid GPK HEM
1
ikut aliran ( menganalisa pola ketidakhadiran pelajar ) GBK / GBS / UNIT PC
Menentukan KPI murid mengikut:-
GPK HEM
i. Ponteng tinggi ( PT )
2 GBK / GBS
ii- Ponteng sederhana ( PS )
UNIT PC
iii- Ponteng rendah ( PR )
Semua program dirancang mengikut kategori ponteng GPK HEM
3
PT, PS atau PR GBK / GBS / UNIT PC GDS
PGB
Menubuhkan jawatan kuasa pemikir sekolah ( Think GPK HEM
4
Tank ) GBK / GBS / UNIT PC GDS
GURU PENYELARAS
5 Menyusun takwim mesyuarat jk pemiklir sekolah GPK HEM
Merancang program pembangunan sahsiah dan salah GPK HEM
6 laku disiplin ( PPSSD ) peringkat sekolah dengan GBK / GBS / UNIT PC GDS
menggunakan pendekatan SWOT GURU PENYELARAS
GPK HEM
GBK / GBS / UNIT PC GDS
7 Semua PPSSD mesti melibatkan PIBG dan agensi luar
GURU PENYELARAS
AGENSI
GPK HEM
Semua PPSSD mesti ada kertas kerja dan dibentangkan
GBK / GBS / UNIT PC GDS
8 di peringkat sekolah untuk penambahan idea dan
GURU PENYELARAS
penambahbaikan daripada j/k
AGENSI
GPK HEM
Kajian impak keberkesanan program mesti
9 GBK / GBS / UNIT PC GDS
dilaksanakan
GURU PENYELARAS
Laporan lengkap program disimpan dan sesalinan ke GPK HEM
10
PPDAG GBK / GBS / UNIT PC

SOP
PENGELUARAN
2
Page

SURAT AMARAN
Audit Bantuan Kerajaan

Bil. Jenis Bantuan & Kadar Bantuan Catatan


1 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM100 pendapatan isi rumah
RM3,000.00 kebawah.
2. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) RM2.50 pendapatan RM580
perkapita RM140
isu perpindahan murid
dalam/luar
http://ubm_rmt.blogspot.my/
3. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin pendapatan RM930
(KWAPM) RM 100 perkapita RM230
semenanjung

Ingatan Mesra

1. Pengisian satu borang untuk pelbagai jenis bantuan. wajib diisi untuk mendapatkan
sebarang bentuk bantuan.
2. Data pendapatan dalam sistem APDM adalah data yang tidak diverifikasi dengan slip gaji
atau borang pengesahan pendapatan. Adalah menjadi kesalahan yang berat sekiranya
pemberian bantuan diberi hanya berdasarkan data pendapatan yang diekstrak dari sistem
APDM sahaja.
3. Data APDM hanya dijadikan asas pemberian borang permohonan bantuan sahaja dan
pengesahan layak menerima bantuan yang disahkan oleh Jawatankuasa Bantuan
Sekolah dan ditandatangani oleh GURU BESAR adalah berdasarkan kepada borang
permohonan bantuan KPM. (ketelitian/keprihatinan)

Pengurusan Insurans

1. Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) , Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM)
2. Tempoh perlindungan berkuatkuasa dari 1 Januari sehingga 31 Disember tahun semasa.
3. Patuhi garisan panduan yang telah ditetapkan.

3
Page
3K

Elemen Asas 3K Fokus


Keselamatan  Fizikal bangunan, perabot dan semua peralatan
 Laluan Utama, laluan pejalan kaki, parking dll
Kesihatan  Hindari kawasan pembiakan nyamuk dan serangga
 Hindari punca-punca berlaku penyakit
Kebersihan  Kawasan Persekitaran / Kelas Kondusif
 Keceriaan
 Penarafan Tandas
 Kantin /RMT

Sekolah Selamat – 5 Aspek Utama

Bil. Aspek Keselamatan


1. PENGURUSAN KESELAMATAN AKTIVITI MURID - dalam elemen ini
berfokus kepada tatacara dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak
sekolah dari aspek perjalanan pergi dan balik dari sekolah, semasa pengajaran &
pembelajaran, aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan, aktiviti lawatan dan
perkhemahan serta di asrama.
2. PENGURUSAN KESELAMATAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH
dalam elemen ini berfokus kepada tatacara dan langkah-langkah yang perlu
diambil oleh pihak sekolah dari aspek PEMANTAUAN dan
PENYELENGGARAAN Fizikal Bangunan Sekolah, Pendawaian dan Peralatan
Elektrik, Retikulasi Air, Paip-Paip Gas, Perparitan dan Sistem Pembetungan,
Lanskap Sekolah, Tandas, Bilik Darjah, Bilik-Bilik Khas, Asrama, Gelanggang
Permainan dan Persekitaran Kawasan Sekolah.
3. PENGURUSAN KESELAMATANMENANGANI GEJALA SOSIAL
dalam elemen ini berfokus kepada tatacara dan langkah-langkah yang perlu
diambil oleh pihak sekolah dalam mendidik tingkahlaku warganya serta menangani
dan mengurangkan kes-kes gejala sosial yang termasuklah Buli, Keharmonian
Kaum, Gangguan Seksual dan Gangguan Emosi.
4. PENGURUSAN KESELAMATAN MENGHADAPI KRISIS DAN BENCANA -
dalam elemen ini berfokus kepada tatacara dan langkah-langkah yang perlu
diambil oleh pihak sekolah dari aspek KESIAPSIAGAAN menghadapi sebarang
risiko bencana termasuklah Banjir, Kebakaran, Perubahan Cuaca Luar Biasa, Kilat
& Ribut Petir, Tanah Runtuh, Gempa Bumi, Jerebu, Tsunami.
5. PENGURUSAN KESELAMATAN DALAM MENGHADAPI RISIKO - dalam
elemen ini berfokus kepada tatacara dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh
pihak sekolah dalam menghadapi situasi yang boleh mendatangkan bahaya,
ancaman, kecederaan dan kehilangan nyawa di luar sekolah. Keadaan/Tempat
4

risiko termasuklah Sungai, Laut, Air Terjun, Longkang Besar, Lombong, Tasik,
Page

Paya, Kolam Kumbahan, Jalan Raya, Jalan Keretapi, Pencawang Elektrik, Tanah
Mendap, Belukar, Titi dan Jambatan, Bangunan Terbiar, Rumah Kosong dan
kawasan dalam Pembinaan.
Pandaun Pengurusan Perhimpuan Rasmi Sekolah Hari Isnin

Garis Masa Pengisian Tindakan Catatan


7.20 pg  persiapan tempat & Guru bertugas,AJK Unit Pelafaz ikrar ,
susunan murid Disiplin&Pengaws, pembaca doa
Pengawas Sekolah ,penaik bendera
siap sedia
7.25 pg  semua guru, AKP dan Guru Bertugas / pengacara Seorang wakil
murid telah siapa sedia majlis (pengawas) AKP untuk setiap
berkumpul minggu & wakil-
 pengumuman ketibaan wakil setiap unit
Tuan Guru Besar dengan AKP pada setiap
diiringi oleh ketua/wakil awal bulan.
pengawas

7.30 pg. -perhimpunan rasmi bermula Guru Bertugas / pengacara Bina ayat
1. Bacaan Surah Al Fatihah majlis (pengawas), barisan mudah,ringkas
2. nyayian 3 buah lagu pentadbir , AJK Hadiah untuk beri
(Negaraku,Lagu Negeri peluang murid
Melaka & Lagu Rasmi mencatat
SKOS) maklumat di
3. Bacaan Lafaz Ikrar dalam Buku
Rukunegara Catatan (Diari Al
4. Bacaan Lafaz Ikrar Falah)
integriti & penjawat
awam (sebulan sekali) Penerima
5. Majlis Ucapan hadiah/sijil
a. Guru bertugas 3m disusun awal,
b. Pentadbir ditempat khas,
c. Perasmi (jika ada) tahu susunan
d. Penyampaian keluar masuk.
Hadiah/Sijil
6. Doa
7. Lafaz ucapan “Terima
Kasih Cikgu”
8.10 pg. Beratur ke kelas & Sesi PdPC Guru Kelas & Pengawas
5
Page
Panduan Pengurusan Perhimpuan Rasmi Sekolah Hari Jumaat

Garis Masa Pengisian Tindakan Catatan


7.20 pg  persiapan tempat & Guru bertugas,AJK Unit Zikir Munajat
susunan murid Disiplin&Pengaws,
Pengawas Sekolah
7.25 pg  semua guru dan murid Guru Bertugas / pengacara Pelafaz ikrar ,
telah siapa sedia majlis (pengawas) pembaca doa
berkumpul ,penaik bendera
 pengumuman ketiban siap sedia
Tuan Guru Besar dengan
diiringi oleh ketua/wakil
pengawas

7.30 pg. -perhimpunan rasmi bermula Guru Bertugas / pengacara Bina ayat
1. Bacaan Surah Al Fatihah majlis (pengawas), barisan mudah,ringkas
2. Bacaan Surah Yassin / pentadbir , AJK Hadiah untuk beri
Khafi peluang murid
3. Majlis Ucapan mencatat
a. Laporan Guru maklumat di
bertugas dalam Buku
b. Pentadbir (jika Catatan (Diari Al
ada) Falah)
c. Perasmi (jika ada)
d. Penyampaian Penerima
Hadiah/Sijil hadiah/sijil
4. Doa disusun awal,
5. Lafazz ucapan “Terima ditempat khas,
Kasih Cikgu” tahu susunan
keluar masuk.
8.10 pg. Beratur ke kelas & Sesi PdPC Guru Kelas & Pengawas

Panduan Pengurusan Perhimpuan Pagi Setiap Hari

Garis Masa Pengisian Tindakan Catatan


7.20 pg  persiapan tempat & Guru bertugas,AJK Unit Zikir Munajat
susunan murid Disiplin&Pengaws,
Pengawas Sekolah
7.30 pg  pengumuman Guru Bertugas / pengacara Baca Buku
 aktiviti mengikut panitia majlis (pengawas) Peraturan Sekolah
6

Ikrar Murid
Page

SKOS setiap hari


Selasa.
Ingatan Mesra

1. Semua guru dan wakil AKP WAJIB berada di Dataran SKOS sepanjang perhimpuan
berlangsung.
2. Tepati dan patuhi panduan pengurusan perhimpunan rasmi/perhimpunan harian
3. Guru bertugas perlu berusaha merangsang,mempelbagaikan aktiviti dan kaedah bagi
menjadikan perhimpunan mingguan sebagai agenda pendidikan yang menarik dalam
tempoh waktu yang telah ditetapkan.
4. Sebarang maklumat atau pengumuman semasa perhimpunan pada hari Isnin/Jumaat perlu
dimaklumkan kepada guru bertugas terlebih awal sebelum perhimpunan
5. Aspek protokol terutama dari segi salutasi hendaklah diberi keutamaan jika ada majlis
khas atau tetamu luar.
6. Jika ada majlis penyampaian hadiah/sijil maka persediaan rapi seperti senarai penerima,
susuan penerima, penyampai hadiah dan sebagainya perlu dilaksanakan.
7. Pengawas bertugas hendak sentiasa dilatih dan mahir dengan bidang tugas mereka seperti
pengacara majlis, pelafaz ikrar, penaik bendera dan pembaca doa.
8. Sekiranya ada perjumpaan / taklimat ringkas selepas perhimpunan maka pengawas &
ketua kelas akan mengawal kelas dibawah seliaan guru bertugas.
9. Input-input penting yang perlu selalu diulang Kewajipan Solat 5 Waktu, Peraturan
Sekolah, Kehadiran & Ponteng, 3K dan penggunaan buku catatan.
10. Pemilihan dan penggunaan bahasa mudah, sopan , kasih sayang dan tegas dijadikan
keutamaan dalam setiap ucapan.
11. Bimbing , bantu dan beri masa untuk murid membuat catatan penting di dalam buku
catatan.
12. Guru Bertugas dengan bantuan para pegawas hendaklah sentiasa membuat pemantauan
terhadap tingkahlaku murid-murid sepanjang perhimpunan berlangsung.

Elakkan !!!

1. Sistem pembesar suara tidak berfungsi dengan sempurna (uji PA Sistem)


2. Kerusi yang disusun tidak dipenuhi dan hadir LEWAT (pengurusan masa/maklum
pentadbir)
3. Hanya seorang guru sahaja terlibat menguruskan perhimpunan (berpasukan)
4. Guru berbual-bual ketika majlis sedang berjalan (teladan murid)
5. Murid-murid tidak memberi tumpuan,tidak teratur dan kurang berdisiplin (tegur)
6. Perkara dan maklumat yang disampaikan berulang-ulang (fokus, senaraikan)
7. Menggunakan masa yang sangat panjang dan tidak terancang (buat garis masa)
8. Pakaian guru tidak mencerminkan imej organisasi (patuhi etika berpakaian)
9. Agenda dan aturcara majlis tidak dipatuhi (perancangan awal)
10. Leka dan fokus dengan telefon pintar. (sabar)
7
Page
Pengurusan Asrama Desa SKOS - Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM

Transformasi Asrama Harian (TAH) 2013-2020

1. Penglibatan secara menyeluruh, aktif dan berkesan kepada semua guru dan WARGA
SKOS.
2. Guru bertugas mingguan secara langsung perlu melakukan pemantauan asrama sekurang-
kurangnya 3 kali seminggu dan perlu bersedia / “on call” sekiranya ada kecemasan
berlaku di asrama.
3. Fokus kepada 4 bidang utama iaitu Pengurusan & Pentadbiran Asrama, Penjanaan
Kejayaan Akademik, Penjanaan Sahsiah & Disiplin Murid dan Penjanaan Kebitaraan
Asrama dalam Kokurikulum dan Sukan.
4. Tema “KEMENJADIAN MURID ASRAMA TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
5. Matlamat untuk menjadikan ASRAMA SEBAGAI KEDIAMAN YANG MENJAMIN
KEJAYAAN MURID.
6. Kejayaan murid yang disasarkan adalah berdasarkan kepada bakat dan potensi murid
serta kebitaraan asrama yang dihuni
7. Beban tugas guru (warden) dapat diagihkan kepada lebih ramai guru dan membolehkan
peranan masing – masing dilaksanakan dengan lebih berkesan.
8. Asrama perlu menunjukkan prestasi lebih baik dan KPI yang telah ditetapkan dapat
dikekalkan atau ditingkatkan.

Sistem Keluarga Asrama (SisKA)

1. SISKA dapat mengubah persepsi terhadap sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah
dan asrama yang terpisah kepada sistem yang lebih bersatu (semua guru terlibat)
2. Berteraskan kepada nilai-nilai kekeluargaan sebagai elemen utama dalam pengurusan dan
kemenjadian murid asrama harian (ada merit dan demerit)
3. Pembimbing SisKA (PS) akan berperanan sebagai Ibu dan bapa dalam semua aspek
kekeluargaan sama seperti anak sendiri.

Peranan Pentadbir, Guru dan Warga SKOS Terhadap Asrama Desa

1. Semua warga SKOS bertanggungjawab membantu melaksanakan dan menjayakanTAH


dan SisKA.
2. Guru bertugas perlu hadir ke asrama sekurang-kurang 3 kali seminggu dan membuat
catatan ringkasan serta bertanggungjawab membantu asrama sekiranya diminta terutama
pada waktu kecemasan pada sepanjang minggu bertugas.
3. Pembimbin Siska (PS) adalah dikalangan AJK Asrama Desa dan guru-guru yang
dipilih/ditentukan oleh pihak pentadbir berdasarkan kriteria tertentu.
8
Page
Fokus Isu-isu HEM Semasa 2019

1. Kehadiran dan ponteng


2. Kantin dan pengurusan waktu rehat.
3. Pemakaian kasut dan stokin
4. Penyelesaian isu beg berat
5. Amalan Guru Penyayang & Jom Ke Sekolah
6. Salam Hormat
7. Buku Teks
8. SSDM
9. APDM
10. Pengurusan agihan bantuan
11. Jadual Kedatangan Murid
12. Murid Bukan Warganegara & murid tanpa dokumen
13. Penghantaran pelaporan – Denggi, Kantin, RMT, Tandas
14. 3K
15. Manual Perhimpuan dan Pengurusan Perhimpunan Rasmi Mingguan

Antara ungkapan menarik dalam perutusan Awal Tahun Sesi Persekolahan YBhg. Datuk
Haji Abu Bakar bin Sahari Pengarah Pendidikan Melaka

“serlahkan nilai santun….., indah….integriti….keberkatan dan keRahmatan Allah , bersama


dalam membina kemenjadian anak didik …bersedia melaksanakan perubahan/transformasi”

Vaughan (1996) pernah mengungkapkan

“Teachers must also have the support of other educators,families and communities to help create
rigorous,relevant and safe learning environments for both students and teachers.A well
supported teacher workhorse of excellence that is also reflective of and responsive to the
diversity of students is imperative”

9
Page

Anda mungkin juga menyukai