Anda di halaman 1dari 6

Pedagogi Bahasa Melayu

1.0 Pengenalan
Umumnya tugas sebagai guru bahasa bukanlah satu tugasan yang mudah. Tambahan
pula, tidak semua murid-murid mempunyai kecekapan dari segi pemahaman yang sama
terhadap apa yang cuba disampaikan oleh guru. Perkara seperti murid yang masih tidak
tahu membaca ataupun buta huruf. Ini menyulitkan lagi kaedah pengajaran dan
pembelajaran untuk berjalan secara lancar. Oleh yang demikian, pelbagai usaha yang
dilakukan oleh guru bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
meningkatkan lagi tahap penguasaan murid. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
tiada satu kaedah dan strategi yang khusus serta terbaik boleh diaplikasikan di dalam
kelas yang mempunyai kepelbagaian murid. Ia terpulang kepada daya kreativiti guru dan
kesesuaian kehendak murid untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran pada
ketika itu. Ini kerana tahap penerimaan murid terhadap bahan yang diberikan ada
berbagai-bagai iaitu ada yang cepat, sederhana dan ada yang lambat. Faktor kecerdasan
mempengaruhi daya serap murid terhadap bahan pelajaran yang diberikan oleh guru.
Oleh yang demikian, dalam sesi pembelajaran, guru seharusnya memiliki strategi dan
kaedah yang khusus agar murid dapat belajar secara lebih efektif dan efisien. Justeru itu,
strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas boleh
diklasifikasikan mengikut tumpuan kepada tiga unsur utama iaitu strategi pemusatan guru,
strategi pemusatan murid, dan strategi pemusatan bahan pelajaran.

2.0 Definisi Strategi


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015) strategi membawa makna ilmu tentang
cara-cara merancang dan melaksanakan satu rancangan yang teratur untuk mencapai
matlamat. Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih
pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran
berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Untuk mencapai objektif-objektif
pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan beberapa pendekatan
serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan dan kaedah serta turutan
pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Strategi
pembelajaran mencakupi pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
secara spesifik. Untuk mendapat strategi yang sesuai dan tepat dalam mengendalikan
bilik darjah, guru memerlukan kemahiran untuk merancang dan menguruskan kaedah dan
teknik pengajaran supaya dapat disampaikan kepada murid-murid dengan berkesan.
Selain itu, aspek-aspek yang perlu diambil kira dalam menentukan trategi pengajaran
yang sesuai ialah objektif pengajaran, isi kandungan, persediaan dan kepelbagaian cara
dan kaedah menyampai serta persekitaran sesebuah bilik darjah.

1
Pedagogi Bahasa Melayu
3.0 Jenis Strategi
3.1 Strategi Pemusatan Guru
Strategi ini merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan
dalam bilik darjah. Di bawah strategi pengajaran dan pembelajaran ini, guru memainkan
peranan yang utama. Di dalam kelas, gurulah yang menguasai dan mengawal segala
aktiviti pelajaran iaitu guru banyak memberi penerangan kepada pelajar hanya duduk
mendengar. Brophy (1978), menyatakan bahawa pengajaran pemusatan guru merupakan
pendekatan yang mudah dirancang dan diurus, membekalkan model untuk pemikiran yang
betul dan mengelakkan suasana elitis yang sering dikaitkan dengan kaedah kumpulan.
Kaedah pengajaran secara kelas, demontrasi atau tunjuk cara, bercerita, kaedah
penyoalan dan pengajaran berpasukan adalah kaedah yang menjadi pertimbangan
semasa menggunakan strategi ini. Guru lebih banyak memainkan peranan menyampai
secara satu hala. Pendekatan atau strategi ini amnya dikaitkan dengan pendekatan
tradisonal kepada pembelajaran bahasa. Antara ciri-ciri strategi pemusatan guru ialah
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting sedangkan
murid berperanan sebagai penonton sahaja.

3.2 Strategi Pemusatan Murid


Kurikulum Bersepadu digubal untuk sekolah menengah telah memanfaatkan penglibatan
murid sebagai pemain utama dalam proses penajaran dan pembelajaran. Sesi
pembelajaran yang dilaksanakan perlu dimulakan dengan usaha-usaha untuk
menggalakkan murid supaya terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran,
manakala guru hanya bertindak sebagai fasilitator dalam proses pengajaran. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti
pembelajaran murid. Kaedah kumpulan, lawatan, bermain, simulasi atau main peranan dan
pengajaran individu adalah kaedah yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan
strategi pemusatan murid terutamanya murid di dalam kelas. Strategi pengajaran
berpusatkan murid telah banyak digunakan oleh para guru semasa meyampaikan proses
pengajaran dan pembelajaran bahkan telah menjadi trend utama dalam inovasi kurikulum
seluruh dunia. Noriati (2009) mendefinisikan strategi pengajaran berpusatkan murid
sebagai pengambil alihan tugas atau tanggungjawab daripada guru oleh murid semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran. Strategi ini melibatkan murid secara aktif dalam
sesuatu aktiviti yang dijalankan seperti yang dinyatakan oleh (Orlich et al.,2007) dalam
Noriati (2009). Dalam strategi ini, guru hendaklah memastikan murid-murid belajar sesuatu
dan membina pengetahuan mereka sendiri melalui aktiviti yang dilakukan. Menurut
Amaljaya (2009), aktiviti yang dijalankan mengikut strategi pemusatan murid menjadikan
murid lebih memberi fokus dalam proses pembelajaran.

2
Pedagogi Bahasa Melayu
3.3 Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran

Strategi pemusatan bahan terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan
bahan pembelajaran. Bahan- bahan yang digunakan ialah seperti carta,graf,peta
specimen, model gambar, slaid video, perakam pita dan projektor. Bahan yang lebih
canggih adalah pakej pembelajaran berasaskan komputer, CD-ROOM, komputer
multimedia, cakera padat interaktif, bahan daripada internet, dan pelbagai lagi. Strategi ini
memupuk sifat –sifat sosial yang positif khasnya bila murid dan guru berkongsi sumber dan
bahan. Murid – murid mendapat pengalaman realistik kerana dapat melihat situasi sebenar
atau bahan maujud dan kronkrit. Ini menjadikan proses pengajaran lebih bermakna.
Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah banyak hala iaitu di antara guru dengan bahan,
bahan dengan murid dan guru dengan murid dan bahan. Strategi ini mengutamakan
kecekapan dan kemahiran murid dalam memanipulasikan pelbagai jenis bahan. Strategi
ini lebih sesuai digunakan oleh guru kerana ia menekankan perkembangan jasmani,
kognitif dan rohani murid-murid. Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalam
membantu guru menghadapi murid pelbagai keperluan. Strategi ini menyediakan pelbagai
wahana untuk murid belajar untuk kadar masing-masing pada setiap masan dan di tempat
pilihan mereka.Bahan pelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh
menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, menarik serta berkesan manakala
murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan
aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru.

4.0 Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Berdasarkan Starategi dan Kaedah


Berdasarkan ketiga-tiga strategi pengajaran dan pembelajaran, semuanya saling
berkaitan di antara satu sama lain di samping perlunya kemahiran dan kreativiti seseorang
guru itu untuk memilih, merancang, menyusun dan menguruskan kaedah serta teknik
mengajar dalam objektif pelajaran pada peringkat optimum. Ketiga-tiga strategi yang
dinyatakan sememangnya mempunyai kelebihannya sendiri. Namun begitu, strategi
pemusatan murid adalah yang paling ideal dalam melaksanakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, seiring dengan pembelajaran abad ke-21 untuk melahirkan
kemenjadian murid..
Pelbagai strategi yang digunakan oleh guru terutamanya dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu untuk menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran seperti,
didik hibur, teater, permainan bahasa, bercerita dan sebagainya. Teknik yang
dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat,
kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam
kelas.Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya

3
Pedagogi Bahasa Melayu
pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak
disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang
ingin dipupuk.
Strategi pembelajaran yang dipilih ialah startegi pemusatan murid yang menggunakan
kaedah pembelajaran koperatif. Ciri-ciri utama pembelajaran koperatif ialah sentiasa
dalam pasukan, melibatkan semua ahli kumpulan, sedia berkongsi idea, sentiasa
melakukan tugasan dan perbincangan mesra kumpulan antara empat orang. Pada
permulaan aktiviti guru memainkan peranan untuk menerangkan tentang objektif
pembelajaran dan kriteria kejayaan yang harus dikuasai oleh semua murid selepas
tamatnya sesi pengajaran dam pembelajaran. Seterusnya, guru menerangkan arahan
soalan perbincangan berdasarkan topik PdPc pada hari tersebut, iaitu amalan menabung.

Aktiviti Round Table

Guru memberi arahan kepada murid untuk membentuk enam kumpulan dan menerangkan
aktiviti yang akan dilakukan iaitu Round Table. Sebelum guru melaksanakan aktiviti ini,
guru menerangkan secara terperinci teknik Round Table kepada murid. Secara
berkumpulan, murid mengeluarkan idea berkaitan topik dan arahan yang diberikan guru
tentang faedah-faedah menabung dengan menggunakan teknik tersebut. Masa yang
diperuntukan oleh setiap murid ialah 1 minit dan loceng akan dibunyikan untuk bergerak
ke murid seterusnya. Aktiviti Round Table ini dapat menggalakkan penglibatan semua
murid dan tiada yang terkecuali untuk memberikan idea dalam kumpulan murid tersebut.
Aktiviti ini bersesuaian kerana dapat menggalakkan murid yang pasif dan kurang memberi
tumpuan semasa guru membuat penerangan dihadapan.

Aktiviti Perbincangan Kumpulan

Seterusnya dalam langkah kedua iaitu aktiviti perbincangan kumpulan. Secara


berkumpulan murid berbincang tentang peranan pelbagai pihak memupuk amalan
menabung dan murid dikehendaki duduk dalam kumpulan dan murid dikehendaki mencari
idea masing-masing secara bergilir-gilir menggunakan pen dan kertas yang sama. Setiap
kumpulan akan membincangkan topik yang telah diagihkan oleh guru kepada setiap
kumpulan. Contohnya, setiap ahli mengeluarkan idea isi karangan menggunakan kaedah
IMBaKUP. Kaedah IMBaKUP merupakan singkatan kepada Isi, Mengapa, Bagaimana,
Kesan, Ungkapan dan Penegas dan ini digunakan untuk menghasilkan perenggan isi
secara terancang secara kreatif dan kritis. Setiap kumpulan menampal hasil kerja masing-
masing pada stesen-stesen yang ditentukan. Ketua kumpulan memberi arahan supaya
memberi komen terhadap hasil kerja kumpulan lain menggunakan ‘sticker note’ yang telah
diedarkan. Aktiviti ini dapat melibatkan murid secara aktif untuk mendapatkan maklumat
dan memberikan komen kepada hasil maklumat yang diperolehi daripada kumpulan lain.

4
Pedagogi Bahasa Melayu

Aktiviti Gallery Walk

Strategi pemusatan murid yang digunakan oleh guru dalam aktiviti ini ialah pembentangan
kumpulan dalam kaedah Gallery Walk. Semua ahli kumpulan akan bergerak dari satu
stesen ke stesen yang lain untuk mendapatkan maklumat. Masa yang diperuntukan untuk
setiap kumpulan berada di stesen tertentu ialah selama 3 minit. Bunyi deringan dari loceng
akan berbunyi menandakan berakhirnya 3 minit pada stesen berkenaan. Murid-murid
memulakan pembentangan masing-masing di mana setiap kumpulan dikehendaki
membentangkan hasil kerja selama 3 minit dekat setiap kumpulan. Ketua kumpulan
memberi arahan supaya memberi komen terhadap hasil kerja kumpulan lain
menggunakan ‘sticker note’ yang telah diedarkan. Aktiviti ini memberi keseronokkan
kepada murid kerana dapat bergerak dan mendapatkan maklumat baharu daripada
kumpulan lain. Selain itu, kaedah ini memerlukan murid bergerak secara aktif. Ini juga
dapat melibatkan murid secara keseluruhan dan guru hanya menjadi fasililator.

Kesimpulan

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika guru mengajar murid-murid yang
berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza.
Seorang guru perlu merancang pendekatan dan kaedah yang digunakan untk mengajar
kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, guru perlu merangka strategi yang
berbeza bagi kumpulan murid yang berbeza tahap penerimaan. Setiap bilik darjah juga
mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal,
kemudahan bilik darjah, niali, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu,
seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang
lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusan kaedah-kaedah itu
untuk membentuk strategi pengajaran yang berkesan.

5
Pedagogi Bahasa Melayu

Rujukan

Abd Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu : Prinsip Kaedah dan Teknik. Cheras:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.

Kamarudin Hussin. (1990). Pedagogi 2. Petaling Jaya : Logman Malaysia.

Mook Soon Sang. (2009). Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran. Selangor Darul
Ehsan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Seng. (2008). Murid dan Alam Belajar. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai