Anda di halaman 1dari 2

Amalan Yang Dibawa Selepas Mati

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia
mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan
tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau
anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Pertama "Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:

(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau
mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah,
sekolah dan sebagainya.

(2) Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim,
madrasah, sekolah dan sebagainya.

(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin
yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk
kebajikan umum.

(4) Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang
memerlukannya.

(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan
hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka
pengetahuan yang berguna dan sebagainya.

Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w.(3) dan telah
berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang datang
membentuk "Kementerian Waqaf di negara masing-masing.

Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka
tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut dalam hadith
ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung
dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya
dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.

Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan
dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup
dan sesudah ia mati.

Ketiga: "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya"


Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah
baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.

Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam
hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya
sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik anak-
anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya yang soleh
itu.

Petua Murah Rezeki dan Dijauhi Kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang
wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru,
sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah
lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan
pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya
penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau
tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh
dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka
masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.

Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri.
Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak
pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya
senantiasa mengulum senyum bersahabat.

Rupa mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan
suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW
menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula
seorang suami atau seorang isteri.

Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada
persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang
tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat
diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih
sayang.

Anda mungkin juga menyukai