Anda di halaman 1dari 4

SOALAN-SOALAN TEMUDUGA PERKAHWINAN

1. Mengucap dua kalimah Syahadah berserta maksud.


2. Istighfar.
3. Selawat.
4. Senaraikan Rukun Islam
 Mengucap dua kalimah Syahada
 Menunaikan solat lima waktu sehari semalam
 Berpuasa di bulan Ramadhan
 Mengerjakan haji bagi yang mampu
 Mengeluarkan zakat

5. Senaraikan Rukun Iman


 Percaya kepada Allah S.W.T.
 Percaya kepada para Malaikat
 Percaya kepada Kitab-kitab
 Percaya kepada Rasul
 Percaya kepada Hari Akhirat
 Percaya kepada Qada' dan Qadar

6. Membaca Al-Fatihah

7. Sebab-sebab berhadas besar (yg ni sebut ringkas2 je)


 Haid
 Nifas
 Wiladah
 Keluar air Mani
 Berjimak
 Mati

* 7 benda kat atas ni penting sebab selalu sangat di tanya, yg bawah2 ni ikut suka hati ustaz tu nak
tanya yang mana.. *

8. Larangan ketika berhadas besar


 Tak boleh solat, puasa dan haji
 Tak boleh masuk ke dalam masjid
 Tak boleh melakukan hubungan kelamin
 Membaca Al-Quran

9. Lafaz niat dan cara mandi hadas


Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
1. Niat.
2. Menghilangkan najis pada badan.
3. Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku
mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.Niat itu didalam hati dan ia hendaklah
disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
10. Jenis dan bahagian air
 Air Mutlak
 Air Mustakmal
 Air Musyammas
 Air Mutanajjis

11. Rukun wudhuk dan perkara membatalkan wudhuk


RUKUN WUDHUK
 Niat
 Membasuh muka
 Membasuh kedua belah tangan
 Menyapu/mengusap sebahagian kepala
 Membasuh kedua belah kaki
 Tertib

PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHUK

 Telah keluar sesuatu dari dubur dan kubul walaupun angin.


 Tertidur kecuali jika tidur itu duduk dengan tetap (tidak beralih pungung)
 Jika telah hilang ingatan disebabkan mabuk,gila,pengsan dan sebagainya.
 Jika telah bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan yang sudah cukup umur dan
yang halal nikah
 Jika bersentuh tapak tangan atau jari dengan kemaluan atau dubur.

12. Solat dan rukun


SYARAT-SYARAT SAH SOLAT
 Beragama Islam
 Baligh
 Suci dari hadas
 Suci seluruh anggota badan, pakaian dan tempat.
 Menutup aurat. Aurat bagi wanita,seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak
tangannya.
 Sedangkan aurat bagi laki-laki ialah antara pusat dan lutut.
 Telah masuk waktu solat yang telah ditentukan.
 Menghadap kearah kiblat
 Mengetahui mana yang termasuk rukun dan mana yang sunat.

RUKUN-RUKUN SOLAT
1-Niat
2- Takbiratul Ihram
3-Berdiri tegak
4-Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
5-Rukuk
6-I`tidal
7-Sujud
8-Duduk antara dua sujud
9-Duduk tasyahud akhir
10-Membaca tasyahud akhir
11-Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
12-Membaca salam yang pertama
13-Tertib mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.

13. Bahagian-bahagian najis


 Najis Mukhaffafah/ringan
 Najis Mutawassitah/sederhana
 Najis Mughallazah/berat

14. Cara-cara bersuci


 Istinjak
 Wudhuk
 Mandi
 Tayammum
 Samak

15. Rukun Nikah


 Suami
 Isteri
 Saksi
 Wali
 Akad

16. Tanggungjawab suami, isteri dan tanggungjawab bersama


SUAMI
 menyediakan mahar untuk isteri
 menyediakan tempat tinggal
 memberi nafkah, makan dan minum, pakaian
 memberi nafkah batin
 adil kepada isteri-isteri jika berpoligami
 memberi didikan agama
ISTERI
 mentaati suami dalam semua perkara selagi tidak mendatangi kemungkaran
 memelihara kehormatan diri dan maruah suami
 memelihara harta suami, menguruskan rumahtangga
 tidak keluar rumah tanpa izin suami
 menghias diri untuk suami
 melayan suami dengan baik

BERSAMA

 Pergaulan yang baik


 Amanah
 Saling kasih mengasihi
 Percaya
 Tolong menolong
 Memenuhi keperluan seksual

17. Tanggungjawab terhadap anak-anak


 mendidik anak-anak terhadap akhlak yang baik
 melayan anak-anak dengan kasih sayang
 memberi nafkah makan dan minum, pakaian serta tempat tinggal
 berlaku adil kepada setiap anak-anak. Keadilan hendaklah diratakan kepada anak-
anak.Sifat adil itu sangat hampir dengan takwa.

18. Waktu-waktu haram bersetubuh


 Siang hari di bulan Ramadhan
 Isteri sedang haid
 Dalam ihram
 Ketika beriktikaf dalam masjid

19. Talaq
Pengertian Talaq
 dari segi bahasa : melepaskan ikatan
 dari segi istilah : melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talaq dan
seumpamanya oleh suami kepada isteri.
Contoh lafaz talak:
 Talak sarih
 Talak kinayah

Jenis talak boleh rujuk: Talak raj’i

Jenis talak tidak boleh rujuk: Talak bain

20. Hak-hak selepas penceraian


 nafkah hanya diberi kepada isteri yang dicerai dengan talak raj'i
 isteri yang mengandung wajib mendapat nafkah sekalipun diceraikan dengan talak
ba'i

Anda mungkin juga menyukai