Anda di halaman 1dari 3

Hai, assalamualaikum, salam sejahtera dan salam mesra.

nama saya nur amirah dan


mesra dan manis dipanggil raa atau mira sahaja ya.okey adik-adik sihat semua ? Dah
makan ?sebelum tu adik-adik semua excited tak ni? Okey kalau semua dah excited kakak
pun excited sangat nk cerita dan bagi penerangan berkaitan gambar yang adik-adik
tengok kat hadapan ini !! Kakak orang kedah so mungkin kakak akan tercakap loqat
kedah sikit tapi takpa nanti kakak akan translet balik apa yang kakak tersilap cakap tu
dan adk-adik juga boleh belajar cakap bahasa kedah.
Okey sapa kat sini tahu gambar di hadapan ni di mana terletaknya..nama apa tempat
ni?kalau betul kakak bagi hadiah! (kalau lepa boleh jawab bagi hadiah) yeyyyy tepuk
tangan kt dia sbb boleh jawab dengan betul / (kalau lepa tk boleh jawab tlg
jawabkan)..okey gambar di hadapan yang adik-adik tengok ni adalah di negeri perlis
indera kayangan..nama tempat ni pulak ialah kuala perlis.
Pernah pergi kuala perlis tak semua?okey ada yang tak pernah pergi kan takpa-takpa
sebentar lagi kakak akan ceritakan apa yang menarik sangat di kuala perlis ni dan
mungkinla cerita akak akan membuatkan adik-adik teringin sangat nk pergi huhuhuhu.kita
tangok dekat gambar ni pun rasanya adik-adik semua boleh kot bayangkan macam mana
suasana tempat tu kan..ada banyak boat nelayan dekat situ..keadaan tenang nampak
best kan !!
Okey meh sini kakak nak habaq sikit apa yang best dekat kuala perlis ni..habaq tu
bagaitau okey adik-adik..kakak cerita apa yang adik-adik lihat dalam gambar dulu
okey..first sekali kita tengok boat kan..boat tu merupakan boat para nelayan dekat kuala
perlis tu tau..kehidupan penduduk di situ boleh dikatakan 80% bekerja sebagai seorang
nelayan.kerana apa? Okey yang kedua kita nampak air kan..sebab penduduk yang
tinggal di kawasan ini adalah berekatan dengan perairan sebab itulah ramai di antara
mereka yang bekerja sebagai seorang nelayan.bukan besa-besa tau nelayan dekaat sini
kebanyakkannya semua sudah mempuanyai boat-boat yang besar.
Kita kembali pada kuala perlis kita tadi ya.selain daripada boat dan air yang kita lihat
benda apa lagi yang kita nampak dalam gambar ni? Pelantar biru tu kan..okey benda
yang kita nampak macam pondok itu adalah sebuah pelantar..pelantar ini digunakan oleh
penduduk kampung untuk duduk berehat dan mengambil angin. Kebanyakkan penduduk
yang duduk di situ termasuk remaja dan orang tua-tua.. Pelantar ini juga sering menjadi
tumpuan rehat penduduk pada waktu petang untuk bersembang dan melepak.
okey apa lagi yang kita nampak?(jambatan)..okey jambatan yang panjang di belakang
itu adalah jambatan syed putra.atau jataban titi tinggi.apabila kita melalui jambatan
tersebut kita akan dapat melihat pemandangan seluruh kuala perlis..kalau nak lagi cantik
lalu time matahari nak terbenam fuhhh memang cantikkk.
Yang seterusnya.kita dapat lihat rumah-rumah kampung yang dibangunkan di atas
air.rumah ini kebanyakkan kepunyaan penduduk kg di sini yang bekerja sebagai
nelayan..yang tidak keberja sebagai nelayan pun juga ada menetap di sini.tetapi tempat
ini lebih dikenali sebagai kampung nelayan.walaupun ada beberapa nama lain yang elah
diberikan.majoriti yang menetap disini adalah para nelayan ya.nak tahu tak
kenapa?kerana untuk memudahkan kerja mereka yang mahu pergi ke laut.tambahan
pula tiang rumah mereka itu dijadikan tempat untuk meletakkan boat mereka.caranya
ialah mereka akan mengikat boat mereka di tiang-tiang rumah mereka.supaya boat
mereka tidak hanyut ke tempat lain.
Penduduk di sini juga merupakan pengeluar ikan masin dan belacan untuk penduduk
sekitar kuala perlis dan daerah lain yang berdekatan dengannya.ikan masin dan belacan
yang dibuat oleh mereka ialah homemade okey..so kiranya benda original la.memang
famous dan sedap..
Okey dah habis cerita apa yang ada dalam gambar slaid yang ditunjukkan.kakak akan
cerita pula makanan apa yang terkenal dekat kuala perlis ni.kira kalau orng datang ke
sini makanan tu wajib orang akan cari..yang pertama ialah laksa kuala perlis.nyumm
cakap tentang laksa ni laksa di sini lain tau selain namanya laksa kuala perlis,nama lain
dia juga adalah laksa belut..pelik kan dengar tpi inilah pelik tapi benar.kuahnya yang
dimasak bersama isi belut yang telah mejadikan namanya laksa belut..sedap tau..nanti
kita ke sana kita try..okey dah tempat tu dikenali sebagai tempat utama nelayan ofcozla
kita akan terfikir tentang makanan laut bukan?ha dekat situ pun ada pelbagai jenis
makanan laut yang ditawarkan untuk pengunjung yang datang tau.nk buat masak apa
request ja semua mereka boleh buatkan.kira dunia seafood juga la kt situ..okey 1 lagi
menu yang kakak nak sebut ni mesti semua orang tahu.iaitu lockchin !!.sangat famous
ya makanan ni sekarang kerana dah merata tempat jual..tetapi tak boleh lawan la
lockchin di kuala perlis ni.apa yang lainnya lockchin kuala perlis ni adalah pada
kuahnya..banyak dah tempat kakak makan lockchin tapi tidak dapat tandingin kesedapan
kuah lockchin di kuala perlis tau.(cerita tntang kuah)..semua makanan yang kakak
ceritakan tadi boleh didapati di sekitar kuala perlis..makan pula sambil menikmati
pemandangan matahari terbenam kan layan ooo..hahahhaha..tapi kalau adik-adik nak
lagi feel la kan makan tu adik-adik boleh cuba makan di atas air.hebat bukan kuala perlis
ni .bukan sahaja makan di darat di atas air pun ada tau..iaitu di restorant “hi-
tean”.pengurus restorang seorang cina mualaf.tukang masaknya seorang muslim ya.so
jangan risau halal serta merta okey.untuk ke restorant tersebut adik-adik akan berjalan di
atas jambatan yang diperbuat daripada kayu.adik-adik akan berjalan sehingga ke tengah
laut untuk sampai ke restoran tersebut.tak jauh mana pun dekat je.
Sebut tentang makanan tadi lapar kan..hahahaha takpa sebentar lagi kita pergi makan
ya semua.1 lagi tarikan yang ada di kuala perlis ni nak tahu tak apa? Ha iaitu kuala perlis
juga terkenal dengan kerjasama penduduk di situ untuk mengadakan aktiviti sihat..di
kuala perlis kira terkenalla dengan pesta air .antara aktiviti yang mereka anjurkan ialah
lumba perahu..ianya diakan pada setiap tahun.setiap kg di kuala perlis akan mewakili
permainan ini.(ceritakan sedikit).yang kedua ialah pertandingan mencandat
sotong.setiap tahun juga diadakan tetapi ketika musim tertentu ja tau.kerana bukan setiap
bulan,sotong-sotong tu akan muncul berhijrah di kawasan laut kuala perlis ini.dan banyak
lagi aktiviti yang mereka anjurkan.
Oeky rasanya itu yang terakhir untuk kakak sampaikan kepada adik-adik.best tak dengar
kakak cerita tadi?alhamdulilah…okey nanti adik-adik ajak pengsyarah adik-adik untuk ke
kuala perlis tau.tambahan pula kalau adik-adik ke sana wajib tau beli lockchin dan rasa
sendiri kesedapan kuah dia dan jangan lupa ikan masin dan belacan yang original untuk
mak adik-adik..hehehhe..okey bila kita tengok dalam pemandangan ni nampak tenang ja
kan. So kalau kita ke sana tak kira la adik-adik ke orang luar ka tolong jangan cemarkan
tempat ini dengan sampah sarap tau..tak kirala 1 plastik coklat sekalipun dia tetap
sampah okey.sebaiknya kita berusaha lagi untuk menjaga tempat ini dan tempat lain
untuk mengekalkan ekosistem yang sempurna.
Itu sahaja daripada kakak.kakak mohon maaf ya andai cara percakapan sedikit terkasar
atau mengguris perasaaan sesiapa di sini.yang baik semua datang dari allah yang buruk
dari diri kakak sndiri.kakak harap adik-adik enjoy dengan apa yang kakak sampaikan
tadi.semoga dapat memberi manfaat kepada adik-adik okey..sekian terima kasih
(senyum)..

Anda mungkin juga menyukai