Anda di halaman 1dari 14

MVP ENGINEERING SDN BND MVP-QP-EP

REV. 00
PELAN KECEMASAN

KANDUNGAN
Muka surat

Pengenalan 1

Tujuan 2

Skop 2

Carta Organisasi 3

Jenis Kemalangan 4

Kejadian / Insiden Sinaran Semasa Kendalian (bahan radioaktif) 4


i) Sebelum kendalian 4
ii) Semasa kendalian 5
a: Tindakan P (RI) 5
b: Tindakan PPS (RI) / PY (RI) 5
iii) Selepas kendalian 6

Kejadian / Insiden Sinaran Semasa Kendalian (radas penyinaran) 7


i) Semasa kendalian 7
ii) Selepas kendalian 7

Kemalangan Yang Melibatkan Radioaktif (pengangkutan) 8


i) Selepas kendalian 8

Kehilangan Atau Kecurian Peralatan Sinaran 9

Kebakaran, Banjir dan Bencana Alam 10


i) Semasa kendalian 10
ii) Selepas kendalian 10

Dedahan Terancang 11
i) Semasa kendalian 11
ii) Selepas kendalian 11

Rujukan 12
MVP ENGINEERING SDN BND MVP-QP-EP
REV. 00
PELAN KECEMASAN

Pelan Kecemasan Radioaktif MVP Engineering Sdn.Bhd

Pengenalan

Dokumen ini bertujuan untuk pelan kecemasan radioaktif syarikat MVP Engineering

Sdn. Bhd bagi pengunaan bahan radioaktif berdasarkan panduan Agensi Tenaga

Atom Antarabangsa (IAEA) untuk kegunaan pemegang lesen di bawah Akta Perlesenan

Tenaga Atom 1984 (AKTA 304)

Justeru itu, pihak pengurusan MVP Engineering Sdn. Bhd telah menyediakan satu

pelan kecemasan yang akan diguna pakai sekiranya berlaku kemalangan atau situasi

diluar jangkaan.

Page 1 of 12
MVP ENGINEERING SDN BND MVP-QP-EP
REV. 00
PELAN KECEMASAN
1. Tujuan

1.1 Untuk menerangkan tanggungjawab dan tindakan yang perlu diambil semasa

situasi kecemasan atau situasi di luar jangkaan berlaku di kawasan kerja.

1.2 Bagi memastikan keadaan yang selamat bagi semua pekerja ketika kecemasan

atau keadaan di luar jangkaan berlaku.

2. Skop

2.1 Prosedur ini diterima pakai kepada semua situasi kecemasan atau keadaan di luar

jangkaan yang berlaku di semua tapak kerja yang melibatkan MVP Engineering

Sdn. Bhd.

Page 2 of 12
MVP ENGINEERING SDN BND MVP-QP-EP
REV. 00
PELAN KECEMASAN
3.0 Carta Organisasi

OBTL
MOHD ZAKUAN MD NOR

PPS
SUHAIDI MOHD AMIN
PY

P (RI) P (RI) P (RI)

PL (RI) PL (RI) PL (RI)

Page 3 of 12
MVP ENGINEERING SDN BND MVP-QP-EP
REV. 00
PELAN KECEMASAN
4. Jenis-jenis kemalangan

Kejadian / Insiden sinaran semasa dalam kendalian (peralatan sinaran


4.1)
yang
mengandungi bahan radioaktif).

4.2) Kejadian / Insiden sinaran semasa dalam kendalian (radas penyinaran).

4.3) Kemalangan yang melibatkan bahan radioaktif (pengangkutan).

4.4) Kehilangan atau kecurian peralatan sinaran.

4.5) Kebakaran, banjir dan bencana alam lain.

5 Kejadian / Insiden sinaran semasa dalam kendalian (peralatan sinaran yang


mengandungi bahan radioaktif).

5.1) Sebelum kendalian

a) Perkakas yang akan digunakan:

i) Meter tinjau (Survey Meter)

ii) Penyepit (Long Tong)

iii) Kepingan plumbum (Lead Shot)

iv) Papan tanda amaran "bahaya inaran"(Radiation sign board)

v) Lampu amaran (Warning light)

vi) Bekas plumbum (Lead pot)

vii) Pemotong kebel (Cutter)

viii) wisel

ix) Tali sawar

x) Peralatan lain yang sesuai

Page 4 of 12
MVP ENGINEERING SDN BND MVP-QP-EP
REV. 00
PELAN KECEMASAN
5.2) Semasa kendalian

a) TindakanP (RI)

i) Meter tinjau akan digunakan untuk mengukur paras sinaran disekeliling kawasan
dan buatkan persempadanan yang baru. Pastikan paras sinsran di luar sempadan
kurang daripada 0.5 µSv/j (0.05 mRem/j).

ii) Letakkan papan tanda amaran sinaran di sekitar kawasan sempadan. Arahkan PP
(RI) untuk mengawasi di sekeliling kawasan sempadan supaya tiada seorang pun
memasuki kawasan terkawal.

iii) Dapatkan bantuan PPS atau PY.

iv) Laporkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk sesuatu kawasan tentang
kejadian ini dan langkah-langkah yang telah / akan diambil untuk mengawal
keadaan.

v) Jika bahan radioaktif terkeluar daripada 'projektor', cuba masukkan ke dalamnya


semula atau bekas plumbum (lead pot) dengan menggunakan penyepit (long tong)
Jangan sekali-kali menggunakan tangan. Langkah keselamatan tertentu perlulah
diambil sebelum kerja ini dijalankan. PPS (RI) hendaklah menjaga masa dan
gunakan pembesar suara atau wisel bila masa yang dibenarkan tamat.

b) Tindakan PPS (RI) / PY (RI)

i) Setibanya di lokasi, tindakan PPS (RI) / PY (RI) bergantung kepada sama ada bahan
radioaktif sudah dimasukkan ataupun tidak kedalam 'projektor' / bekas plumbum.

ii) Sekiranya bahan radioaktif sudah dimasukan kedalam 'projektor' / bekas plumbum:-
- Gunakan meter tentukur untuk mengukur paras sinaran di sekeliling 'projektor' /
bekas plumbum dengan teliti.
- Dapatkan laporan mengenai kejadian tersebut daripada P(RI) yang terlibat.
- Rehatkan pekerja-pekerja yang terlibat daripada kerja-kerja radiografi sehingga
laporan dos yang mereka terima diketahui.
- Analisa peralatan pengawasan personel pekerja yang terlibat untuk mengetahui
kadar dos yang telah diterima.
Periksa peralatan sinaran untuk memastikan tiada kerosakan berlaku.

iii) - Sekiranya bahan radioaktif belum dimasukan kedalam projektor / bekas plumbum:
- Periksa sempadan dan tanda amaran, gunakan meter tentukur untuk mengukur
paras sinaran di sekeliling kawasan dan buatkan sempadan baru jika perlu.

Page 5 of 12
MVP ENGINEERING SDN BND MVP-QP-EP
REV. 00
PELAN KECEMASAN
Pastikan paras sinaran di luar sempadan kurang 0.5 µSv/j (0.05 mRem/j) dan
tiada siapa dibenarkan masuk ke dalam kawasan terkawal.
- Cuba masukan punca radioaktif kedalam projektor dan sekiranya tidak berjaya
masukan ke dalam bekas plumbum.
- Dapatkan laporan mengenai kejadian tersebut daripada P(RI) yang terlibat.
- Rehatkan pekerja-pekerja yang terlibat daripada kerja-kerja radiografi sehingga
laporan dos yang mereka terima diketahui.
- Periksa peralatan sinaran untuk memastikan tiada kerosakan berlaku.

5.3) Selepas kendalian

a) Pekerja yang terlibat diarahkan membuat pemeriksaan perubatan.

b) Lencana filem akan dihantar ke Agensi Nuklear Malaysia (ANM) untuk di analisa.
Oberasi kromosom akan di lakukan pada dos 100 mSv/tahun.

c) Siasatan akan dijalankan oleh OBTL / PPS bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

d) PPS (RI) akan membuat laporan kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA)
dalam tempoh 24 jam.

e) Laporan bertulis akan dikemukakan kepada LPTA dalam masa 30 hari. Maklumat
yang dikemukakan adalah :
i) Butir-butir pemegang lessen, masa, tarikh dan tempat kejadian.
ii) Bagaimana kejadian itu berlaku.
iii) Jenis, kuantiti, keaktifan serta bentuk kimia dan fizikal bahan yang terlibat.
iv) Keputusan penilaian dos individu yang terlibat dan keterangan mengenai bagaimana
dedahan diterima.
v) Tindakan yang telah dan akan diambi untuk mengatasi bahaya yang mungkin timbul daripada
kejadian tersebut
vi) Prosedur atau langkah-langkah pencegahan yang diambil untuk mengelakan atau
mencegah kejadian tersebut daripada berulang.
vii) Analisis aberasi kromosom akan dilakukan pada dos 100 mSv/tahun.
viii) Maklumat lain yang difikirkan perlu.

Page 6 of 12
MVP ENGINEERING SDN BND MVP-QP-EP
REV. 00
PELAN KECEMASAN
6. Kejadian / Insiden sinaran semasa dalam kendalian (radas penyinaran)

6.1) Semasa kendalian


a) Tindakan P (RI)
i) Tutup suis radas penyinaran dengan serta merta.
ii) Arahkan sesiapa yang terkena sinaran supaya berada di tempat kejadian. iii)
Laporkan kejadian kepada PPS(RI) dan PY(RI)

b) Tindakan PPS (RI) / PY (RI)


i) Dapatkan laporan mengenai kejadian tersebut daripada P (RI) yang terlibat.
ii) Rehatkan pekerja-pekerja yang terlibat daripada kerja-kerja radiografi sehingga
laporan dos yang mereka terima diketahui.
iii) Periksa peralatan sinaran untuk memastikan tiada kerosakan berlaku.

6.2) Selepas kendalian

a) Pekerja yang terlibat diarahkan membuat pemeriksaan perubatan.

b) Lencana filem akan dihantar ke Agensi Nuklear Malaysia (ANM) untuk di analisa.
Oberasi kromosom akan di lakukan pada dos 100 mSv/tahun.

c) Siasatan akan dijalankan oleh OBTL / PPS bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

d) PPS (RI) akan membuat laporan kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA)
dalam tempoh 24 jam.

e) Laporan bertulis akan dikemukakan kepada LPTA dalam masa 30 hari. Maklumat yang
dikemukakan adalah :
i) Butir-butir pemegang lesen, masa, tarikh dan tempat kejadian.
ii) Bagaimana kejadian itu berlaku.
iii) Jenis, kuantiti, keaktifan serta bentuk kimia dan fizikal bahan yang terlibat.

Page 7 of 12
MVP ENGINEERING SDN BND MVP-QP-EP
REV. 00
PELAN KECEMASAN
iv) Keputusan penilaian dos individu yang terlibat dan keterangan mengenai
bgaimana dedahan di terima.
v) Tindakan yang telah dan akan diambil untuk mengatasi bahaya yang mungkin
timbul dari kejadian tersebut.
vi) Prosedur atau langkah-langkah pencegahan yang diambil untuk mengelakan atau
mencegah kejadian tersebut daripada berulang.
vii) Analisis aberasi kromosom akan dilakukan pada dos 100 mSv/tahun. viii)
Maklumat lain yang difikirkan perlu.

7. Kemalangan yang melibatkan bahan radioaktif (pengangkutan).

7.1) Selepas kendalian

a) Gunakan meter tinjau untuk mengukur paras sinaran di sekitar projektor bagi
memastikan sama ada bahan radioaktif masih berada di dalam projektor atau pun tidak.

b) Sekiranya bahan radioaktif masih lagi berada didalam projektor, beritahu kepada semua
kakitangan yang terlibat bahawa keadaan adalah selamat dan terkawal.

c) Sekiranya bahan radioaktif terkeluar dari projektor, langkah-langkah berikut hendaklah


diambil:
i) Minta kakitangan yang terlibat berada jauh daripada kawasan kemalangan.
ii) Ukur paras sinaran disekeliling kawasan dengan menggunakan meter tinjau dan
buatkan sempadan untuk menentukan kawasan terkawal dan kawasan seliaan.
iii) PPS akan menentukan sama ada berupaya menyelamatkan punca radioaktif yang
terkeluar atau dapatkan bantuan LPTA.

d) Laporkan kepada pihak berikut:


i) Polis
ii) Bomba
iii) OBTL, PPS (RI) atau PY (RI)
iv) LPTA

e) Siasatan akan dijalankan oleh OBTL / PPS bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

f) PPS (RI) akan membuat laporan kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA)
dalam tempoh 24 jam.

g) Laporan bertulis akan dikemukakan kepada LPTA dalam masa 30 hari. Maklumat yang
dikemukakan adalah :
i) Butir-butir pemegang lesen, masa, tarikh dan tempat kejadian.
ii) Bagaimana kejadian itu berlaku.
iii) Jenis, kuantiti, keaktifan serta bentuk kimia dan fizikal bahan yang terlibat.

Page 8 of 12
MVP ENGINEERING SDN BND MVP-QP-EP
REV. 00
PELAN KECEMASAN
iv) Keputusan penilaian dos individu yang terlibat dan keterangan mengenai
bagaimana dedahan di terima.
v) Prosedur atau langkah-langkah pencegahan yang diambil untuk mengelakan atau
mencegah kejadian tersebut daripada berulang.
vi) Maklumat lain yang difikirkan perlu.

8. Kehilangan atau kecurian peralatan sinaran.

8.1) Mencari dengan secepat mungkin dengan menggunakan apa-apa jua alat pengesan yang
sesuai seperti alat pengawasan paras luar, bleeper.

8.2) Laporkan kepada pihak berikut:

a) Polis

b) OBTL, PPS (RI) atau PY (RI)

c) LPTA

8.3) Penyiasatan akan dilakukan oleh pemegang lesen bagaimana kejadian ini boleh berlaku.

8.4) PPS (RI) akan membuat laporan kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA)
dalam tempoh 24 jam.

8.5) Laporan bertulis akan dikemukakan kepada LPTA dalam masa 30 hari. Maklumat yang
dikemukakan adalah :

i) Butir-butir pemegang lesen, masa, tarikh dan tempat kejadian.


ii) Bagaimana kejadian itu berlaku.
iii)Jenis, kuantiti, keaktifan serta bentuk kimia dan fizikal bahan yang terlibat.
iv) Keputusan penilaian dos individu yang terlibat dan keterangan mengenai
bagaimana dedahan di terima.
v) Prosedur atau langkah-langkah pencegahan yang diambil untuk mengelakan atau
mencegah kejadian tersebut daripada berulang.
vi) Maklumat lain yang difikirkan perlu.

Page 9 of 12
MVP ENGINEERING SDN BND MVP-QP-EP
REV. 00
PELAN KECEMASAN

9. Kebakaran, banjir dan bencana alam lain.

9.1) Semasa kendalian

a) Hubungi pihak berikut:


i) Pasukan penyelamat syarikat (rescue team), pasukan perubatan atau polis.
ii) Pengawal keselamatan kawasan.
iii) OBTL, PPS (RI) atau PY (RI)
iv) LPTA dalam tempoh 24 jam

b) Peralatan sinaran diubah lokasi dari kawasan kebakaran / banjir sekiranya boleh.

c) P (RI) atau PP (RI) hendaklah berada ditempat kejadian untuk mengawasi keadaan supaya
tiada orang awam menghampiri / masuk kawasan itu.

d) Jika peralatan sinaran terbakar / terlibat dengan banjir, PPS (RI) akan memastikan tidak
ada berlaku pencemaran. Jika ada, PPS (RI) akan merancang dengan teliti bagaimana
hendak melakukan kerja-kerja nyahcemar.

9.2) Selepas kendalian

a) Laporan bertulis akan dikemukakan kepada LPTA dalam masa 30 hari. Maklumat yang
dikemukakan adalah :

i) Butir-butir pemegang lesen, masa, tarikh dan tempat kejadian.


ii) Bagaimana kejadian itu berlaku.
iii)Jenis, kuantiti, keaktifan serta bentuk kimia dan fizikal bahan yang terlibat.
iv) Keputusan penilaian dos individu yang terlibat dan keterangan mengenai
bagaimana dedahan di terima.
v) Prosedur atau langkah-langkah pencegahan yang diambil untuk mengelakan atau
mencegah kejadian tersebut daripada berulang.
vi) Maklumat lain yang difikirkan perlu.

Page 10 of 12
MVP ENGINEERING SDN BND MVP-QP-EP
REV. 00
PELAN KECEMASAN

10. Dedahan Khas Terancang

10.1) Sebelum kendalian,

i) Dapatkan kebenaran LPTA terlebih dahulu.

10.2) Semasa kendalian

i) Akan ditentukan oleh LPTA

10.3) Selepas kendalian

i) Akan ditentukan oleh LPTA

Page 11 of 12
MVP ENGINEERING SDN BND MVP-QP-EP
REV. 00
PELAN KECEMASAN

Rujukan

1. Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Ata 304)

2. Peraturan Perlindungan Sinaran (Perlesenan)

3. Peraturan Perlindungan Sinaran (Pengangkutan)

4. Peraturan Perlesenan Tenaga Atom ( Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas 2010)

5. Kod Amali Perlindungan Sinaran Radiografi Industri (LEM/TEK/33)

6. Notis Pemberitahuan AELB

7. Program Perlindungan Sinaran Syarikat.

Page 12 of 12

Anda mungkin juga menyukai