Anda di halaman 1dari 39

1

1
Teori Dan Model Kreativiti Dan Inovasi Serta
Teknik Memperkasakan Pemikiran Kreatif Dan
Inovatif
Siti Najihah binti Jamal

1.1 PENGENALAN

Pada abad ke-21 ini, pemikiran yang kreatif dan inovatif sangat diperlukan dan memainkan peranan
yang sangat penting dalam kehidupan seharian khususnya dalam bidang keusahawanan, pemasaran,
pendidikan, pembinaan sains, kejuruteraan dan teknologi. Sebenarnya, sebelum zaman kemerdekaan lagi
idea-idea atau pemikiran kreatif dan inovatif ini telah lama wujud tetapi pemikiran seperti itu kian pupus
disebabkan oleh penglibatan generasi kini kurang aktif untuk berfikir secara kreatif dan inovatif.
Generasi kini hanya menggunakan segala teknologi yang ada tetapi tidak pernah untuk berfikir
bagaimana proses pembuatan teknologi tersebut. Malahan, mereka juga tidak mengetahui bahawa
sesuatu produk boleh diubahsuai kepada sesuatu produk yang baru dan lebih baru. Hal ini demikian
kerana mereka kurang memahami istilah kreativiti dan inovatif itu sendiri. Bahkan, generasi kini juga
masih tertanya-tanya dan tidak mengetahui teori dan model-model yang sering digunakan untuk
mencipta sesuatu produk yang baru, kreatif dan berinovasi. Di samping itu, generasi abad ke-21 ini juga
masih tidak mengetahui teknik-teknik yang boleh digunakan untuk memperkasakan pemikiran yang
kreatif dan inovatif ekoran daripada otak mereka tidak cukup untuk berfikir secara kritikal dan kreatif.
Jadi, generasi kini sangat memerlukan beberapa contoh teknik-teknik untuk menjana idea-idea dalam
memperkasakan pemikiran yang kreatif dan inovatif.
2

1.2 Teori Kreativiti dan Inovasi

1.2.1 Teori Robert J. Sternberg

Robert J. Sternberg dan rakannya iaitu Paul Torrance mengatakan bahawa mereka cuba untuk
memahami sifat kreativiti, untuk menilai dan meningkatkan pengajaran melalui ajaran untuk kreativiti
serta mengajar pelajar untuk berfikir kreatif. Antara beberapa teori yang mereka cuba untuk
diketengahkan adalah teori pelaburan terhadap kreativiti dan teori pendorongan sumbangan kreatif. Ia
juga menerangkan pendorongan teori sumbangan kreatif.

Bidang kreativiti yang wujud sehingga pada hari ini adalah sebahagian besar datangnya daripada
usaha perintis J. P. Grillford (1950) dan E. Paul Torrance (1962, 1974). Disebabkan Torrance paling
banyak memberikan sumbangan dalam pemikiran secara kreatif, adalah wajar isu-isu Khas terhadap
Penyelidikan Kreatif Jurnul dilaksanakan. Dalam pada itu, sehingga kini Ujian Pemikiran Kreatif
Torrance (Torrance, 1974) kekal digunakan untuk tujuan penilaian terhadap bakat kreatif.

Gulliford dan Torrance mempunyai banyak persamaan idea daripada perbezaan idea mengenai sifat
kreativiti dan cara untuk mengukurnya. Pada dasarnya, kedua-duanya merupakan seorang ahli
psikometrik dan mereka cuba untuk mengukur kreativiti dari sudut psikometrik. Walaubagaimanapun,
mereka juga adalah seorang pemikir yang hebat dan mempunyai pandangan yang luas berbanding
menjadi seorang ahli psikometrik.

Kedua-duanya tertumpu kepada pemikiran mencapah adalah sebagai asas kepada kreativiti dan
merupakan salah satu alat pengujian di mana menekankan penilaian terhadap pemikiran yang berbeza.
Terdapat beberapa pendekatan yang berbeza di mana sesiapa sahaja boleh menggunakan pendekatan itu
untuk memahami kreativiti. Dalam hal ini, Torrance memilih pendekatan secara psikometrik untuk
memahami kreativiti. Malahan sebaliknya rakan-rakannya seperti (Sternberg, Kaufman, & Pretz, 2002;
Sternberg & Lubart, 1995, 1996) memilih pendekatan secara penemuan sebagai asas untuk bekerja pada
kreativiti.
3

1.2.1.1 Teori Pelaburan Kreativiti

Teori pelaburan kreativiti (Sternberg & Lubart, 1991, 1995) adalah satu teori pertemuan berdasarkan
kepada orang yang kreatif iaitu mereka sanggup dan mampu untuk “membeli dengan harga yang rendah
dan menjual dengan harga yang tinggi” dari konteks pemikiran idea. Menurut Rubenson & Runco
(1992), mereka mengatakan bahawa konsep atau teori itu tercetusnya daripada teori ekonomi. Dalam hal
ini membeli dengan harga rendah bermaksud mengikuti idea-idea yang tidak diketahui atau di luar
permintaan orang ramai tetapi idea ini mempunyai potensi yang tinggi. Pada kebiasaannya, apabila
idea-idea seperti ini dibentangkan atau diutarakan buat pertama kalinya, mereka akan menghadapi
rintangan. Individu yang kreatif akan menghadapi rintangan ini secara berterusan serta tidak berputus
asa dan akhirnya berjaya menjual ideanya dengan harga yang tinggi.

Dalam aspek teori pelaburan, kreativiti memerlukan perkaitan terhadap enam sumber yang berbeza
tetapi sumber tersebut saling berkaitan iaitu kebolehan intelektual, pengetahuan, gaya berfikir,
personaliti, motivasi dan alam sekitar. Menurut Sternberg (1985), terdapat tiga kemahiran intelek yang
sangat penting iaitu;

1) Kemahiran sintetik untuk melihat masalah dalam cara-cara baru dan untuk mengelakkan diri
daripada batas-batas pemikiran konvensional.

2) Kemahiran analisis untuk mengenalpasti yang mana satu idea seseorang individu yang bernilai
ataupun tidak bernilai.

3) Kemahiran praktikal-kontektual untuk mengetahui bagaimana untuk menyakinkan seseorang


individu untuk menjual idea-idea kepunyaan individu lain.

Dalam hal ini, hubungan bagi ketiga-tiga kemahiran itu sangat penting. Sebagai contohnya, kemahiran
analisis digunakan sekiranya ketiadaan kemahiran sintetik dan kemahiran praktikal-kontektual di mana
kemahiran analisis ini dapat memberikan pemikiran yang kritikal tetapi tidak kreatif. Manakala, apabila
ketiadaan kemahiran analisis dan kemahiran praktikal-kontektual, kemahiran sintetik boleh digunakan
untuk menghasilkan idea-idea baru tetapi tidak memberikan fokus kepada penelitian yang diperlukan
bagi memperbaiki idea-idea tersebut. Bahkan, kemahiran praktikal-kontektual ini mampu membawa
kepada penerimaan idea dalam kalangan masyarakat.
4

Dari aspek pengetahuan pula seseorang individu perlu mahir mengenai satu bidang jika ingin
melangkah ke hadapan. Seseorang individu tidak boleh melangkah di luar jangkaan dari bidang yang
individu sendiri tidak mahir. Sebaliknya, pengetahuan adalah tentang satu bidang yang telah lama
diperoleh dan cuba untuk memperkembangkan pengetahuan dalam satu bidang tersebut. Dalam kata erti
yang lain, melalui pengetahuan dapat membantu individu ataupun ia boleh menghalang kreativiti
seseorang individu.

Gaya pemikiran merupakan salah satu cara untuk menggunakan kemahiran seseorang individu.
Pada dasarnya, ia adalah satu keputusan tentang bagaimana untuk menggunakan kemahiran yang ada
kepada seseorang. Berhubung dengan gaya pemikiran, gaya perundangan adalah penting untuk kreativiti
(Sternberg, 1988,1997a), iaitu merupakan pilihan utama untuk pemikiran dan keputusan untuk berfikir
dengan cara yang baru. Keutamaan ini perlu dibezakan daripada keupayaan untuk berfikir secara kreatif:
Seseorang mungkin suka untuk berfikir di sepanjang garis baru, tetapi tidak berfikir baik atau sebaliknya.
Ia juga membantu untuk menjadi seorang ahli pemikir yang kreatif jika seseorang mampu berfikir secara
global serta dalam negara di mana dapat membezakan hutan daripada pokok-pokok dan sekaligus
mengenalpasti soalan-soalan yang penting dan soalan yang tidak penting. Menurut kajian Sternberg dan
Grigorenko (1995), mereka mendapati bahawa majoriti pemikiran yang kreatif datangnya daripada
pelajar perundangan berbanding pelajar yang bukan dari bidang perundangan. Mereka juga mendapati
bahawa pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang kreatif adalah seorang pelajar yang lebih baik
berbanding pelajar yang tiada kemampuan untuk berfikir secara kreatif.

Mengikut teori Sternberg, dari aspek personaliti juga mempengaruhi pemikiran kreatif. Banyak
siasatan penyelidikan telah menyokong kepentingan personaliti tertentu di mana memberikan
sumbangan terhadap pemikiran yang kreatif. Apabila seseorang individu itu kreatif, ia perlu bersedia
menghadapi pelbagai rintangan, mengambil risiko, bersedia bertolak ansur serta mempunyai keyakinan
diri. Secara khususnya, teori “membeli idea dengan harga yang murah dan menjual idea dengan harga
yang mahal” bermaksud seseorang individu itu perlu bangkit dan berusaha untuk memajukan diri
dengan cara berfikir secara kreatif (Sternberg, 2003a; Sternberg & Lubart, 1995). Pada kebiasaannya,
seseorang individu yang kreatif mempunyai pembangkang di mana idea pemikirannya bertentangan
dengan idea pemikiran pembangkang. Jadi, individu tersebut harus mempunyai personaliti yang tabah
dalam menghadapi apa jua cabaran dalam menjana idea-idea yang baru.
5

Dari aspek motivasi adalah penting dalam kreativiti. Penyelidikan Amabile (1983) dan lain-lain
telah menunjukkan kepentingan motivasi untuk kerja-kerja kreatif dan telah mencadangkan bahawa
seseorang individu jarang melakukan bidang kerja yang kreatif melainkan jika seseorang individu itu
berminat dan mempunyai motivasi dengan kerja-kerja kreatif yang dilakukan berbanding meminta
apa-apa ganjaran (Sternberg, 2010). Menurut Sternberg (2010), pemikiran yang kreatif ini boleh datang
sekiranya wujudnya aspek persekitaran. Hal ini demikian kerana sokongan daripada persekitaran
merupakan salah satu penyumbang dalam memberikan idea-idea yang kreatif.

Teori pelaburan mengatakan kreativiti termasuk dalam membuat keputusan. Pandangan pelajar
terhadap kreativiti adalah penyebab utama mereka membuat keputusan untuk menunjukkan bahawa
kretiviti boleh dibangunkan. Hal ini demikian kerana pelajar boleh menjadi lebih kreatif jika mereka
percaya bahawa keputusan untuk menjadi seorang yang kreatif akan dapat memberikan kepuasan dan
ganjaran yang lumayan dan bukannya menganggap sebagai satu hukuman (O’Hara & Sternberg,
2000–2001).

Untuk menjadi kreatif, seseorang individu mesti membuat keputusan terlebih dahulu untuk menjana
idea-idea baru, menganalisis idea-idea dan menjual idea-idea kepada orang lain. Dalam erti kata lain,
seseorang individu perlu mempunyai kemahiran sintetik, kemahiran analisis dan berkemahiran praktikal.
Sebagai contohnya, seseorang individu membuat keputusan untuk mengikut idea orang lain berbanding
menganalisis idea sendiri. Selain itu, seseorang individu membuat keputusan atau penilaian tidak
tertahluk kepada idea orang lain. Bahkan, sesorang individu perlu menunjukkan rasa hormat terhadap
idea orang lain dan membuat keputusan untuk tidak mempengaruhi orang lain supaya mengikut idea kita
(Sternberg, 2010).

Seseorang individu boleh membuat keputusan dengan membina kreativiti sendiri melalui beberapa
cara seperti berikut (Sternberg, 2001): (a) mentakrifkan semula masalah, (b) soalan dan menganalisis
andaian, (c) tidak menganggap bahawa idea-idea kreatif menjual diri mereka sendiri (d) menggalakkan
penjanaan idea-idea, (e) mengenalpasti pengetahuan boleh membantu individu dan menghalang
kreativiti individu, (f) mengenal pasti dan mengatasi halangan-halangan, (G) mengambil risiko yang
waras, (h) bertolak ansur dengan perkara yang tidak pasti, (i) percaya dalam diri sendiri (efikasi kendiri),
(j) mencari apa yang individu suka untuk dilakukan, (k) peranan-model kreativiti, (l) merentas
menyuburkan idea, (m) ganjaran kreativiti, (n) membenarkan kesilapan, (o) menggalakkan kerjasama, (p)
6

melihat perkara-perkara dari pandangan mata orang lain, (q) bertanggungjawab untuk kejayaan dan
kegagalan.

1.2.2 Teori Teresa Amabile

Teresa Amabile (1983) telah menyatakan satu teorinya iaitu teori komponen kreativiti. Teori ini direka
untuk dijadikan kegunaan kepada penyelidikan kreativiti psikologi dan organisasi. Ia menerangkan
proses kreatif dan pelbagai pengaruh kepada proses dan hasil. Terdapat dua andaian penting yang
mendasari teori. Yang pertamanya, tahap kreativiti yang biasa dijumpai di dalam kehidupan seharian
sehingga ke tahap kreativiti yang tertinggi di mana dijumpai di dalam penciptaan, penemuan sainstifik
dan karya-karya seni. Yang keduanya, terdapat tahap kreativiti di dalam kerja-kerja seseorang individu.

Dalam teori komponential, pengaruh ke atas kreativiti terdiri daripada tiga komponen iaitu
kemahiran yang domain, proses kreativiti yang berkaitan dan tugasan motivasi. Walaubagaimanapun,
terdapat satu lagi komponen iaitu alam sekitar terutamanya dari aspek sosial dan alam sekitar. Seseorang
yang mempunyai motivasi instrik yang tinggi di samping disokong oleh aspek alam sekitar dapat
menghasilkan daya pemikiran yang kreatif.

Seseorang individu yang mempunyai kemahiran domain yang tertentu (Creativity-relevant


Processes) terdiri daripada berpengetahuan, kepakaran, kemahiran teknikal, kepintaran dan bakat dalam
domain yang tertentu di mana penyelesaian masalah adalah melalui bekerja seperti mereka cipta reka
bentuk produk dan pakar dalam kejuruteraan elektrik. Selain itu, seseorang individu yang mempunyai
proses kreativiti tertentu terdiri daripada gaya kognitif dan ciri-ciri personaliti yang berdikari, berani
mengambil risiko dan mengambil perspektif baru terhadap masalah yang dihadapi serta gaya kerja yang
berdisiplin dan berkemahiran dalam menjana idea. Proses kognitif adalah keupayaan dalam mensintesis
maklumat dan keluar daripada persepsi diri sendiri.

Tugasan motivasi (Task-motivation) diberikan kepada seseorang individu bertujuan menguji daya
pemikiran kreativiti di mana orang yang paling kreatif apabila meraka berasa bermotivasi melalui sikap
minat, keseronokkan, kepuasan dan cabaran itu sendiri dan bukannya melalui motivasi ekstrinsik.
Manakala dari aspek komponen luar adalah persekitaran kerja atau lebih umumnya, persekitaran sosial.
Ini termasuk semua motivasi ekstrinsik yang telah ditunjukkan untuk melemahkan motivasi intrinsik,
serta beberapa faktor lain dalam persekitaran yang boleh menjadi halangan atau sebagai perangsang
untuk motivasi intrinsik dan kreativiti.
7

Penyelidik organisasi telah mendedahkan beberapa faktor persekitaran yang boleh menghalang
kreativiti seperti mengkritik idea-idea baru, masalah politik dalam organisasi, penekanan kepada status
quo dan tekanan masa yang berlebihan. Faktor-faktor lain yang merangsang kreativiti adalah seperti
sentiasa mengambil sikap positif terhadap setiap cabaran yang dilalui, pasukan kerja yang bekerjasama,
kebebasan dalam menjalankan kerja, penyelia yang menggalakkan perkembangan idea-idea baru, pihak
pengurusan atasan menyokong kreativiti dan inovasi serta aktif berkongsi idea di seluruh organisasi.

Pada tahun 1988, Amabile telah melakukan perkembangan terhadap teorinya untuk merangkumi
kedua-dua kreativiti dan inovasi dalam organisasi. Model asas kreativiti individu di tahap yang sama
tetapi ada berlakunya penambahan andaian iaitu satu set komponen dalam keadaan selari dan
dicadangkan untuk inovasi. Menurut teori yang dikembangkan, inovasi bergantung kepada (a) sumber
dalam domain tugas (sama dengan kemahiran domain yang relevan di peringkat individu); (b)
Kemahiran dalam pengurusan inovasi (mirip kepada proses kreativiti relevan individu); dan (c) motivasi
untuk membuat pembaharuan (seakan motivasi tugas individu). Komponen-komponen ini membentuk
persekitaran kerja yang memberi kesan kepada individu dan pasukan.

1.2.3 Teori Kreativiti Calvin Taylor

Calvin Taylor model pemikiran kreatif menerangkan kawasan bakat sebagai pemikiran produktif,
komunikasi, perancangan, membuat keputusan, dan peramalan. Teori ini dikenali sebagai Talents
Unlimited, program National Diffusion Network dari Jabatan Pendidikan U.S. Teori Taylor
menggabungkan kedua-dua elemen-elemen kritikal dan pemikiran kreatif. Daripada taksonomi, ini
adalah teori kemahiran berfikir yang menerangkan elemen-elemen penting dalam pemikiran, bermula
dengan bakat akademik dan kemudian menggabungkan bidang bakat yang lain, seperti yang diterangkan
dengan lebih terperinci di bawah:

Pemikiran produktiviti menggalakkan pemikiran kreatif dalam model Calvin Taylor. Ia


mencadangkan pemikiran kritis dan kreatif daripada banyak idea, idea-idea yang berbeza-beza, idea-idea
yang luar biasa, dan menambah idea-idea. Dalam teori Taylor telah mengatakan bahawa tidak semua
individu dianugerahkan dengan bakat yang serupa. Hal ini demikian kerana setiap individu mempunyai
bakat yang berbeza. Malahan, ada kemungkinan juga apabila individu tidak memiliki bakat dalam
satu-satu bidang tetapi individu tersebut memiliki bakat yang lain dalam sesuatu bidang tertentu. Dalam
hal ini, Taylor telah mengikuti model intelek daripada struktur Guillford. Antara cadangan Taylor adalah
8

guru-guru harus menilai kepelbagaian bakat yang dimiliki oleh individu sewaktu di dalam bilik darjah.
Hal ini bertujuan supaya pelajar yang berbakat besar dalam sesuatu bidang itu dapat dikenalpasti.

Individu yang kreatif dan berinovasi sebenarnya memiliki sembilan jenis bidang yang dinyatakan
oleh Taylor. Antara sembilan jenis bidang tersebut adalah seperti individu mempunyai kemahiran
meramal serta tahu membuat perancangan, individu memiliki peluang yang menyerlah, individu bijak
membuat keputusan, individu pandai menjaga hubungan sesama manusia, individu tahu melakukan
implementasi, individu berkebolehan dalam komunikasi, individu mempunyai pemikiran yang bernas
dan individu memiliki pencapaian yang cemerlang dalam akademik. Teori Taylor turut memberikan
penjelasan mengenai pengkelasan terhadap kreativiti iaitu punca-punca reaksi, asal-usul interaksi dan
punca-punca transaksi. Punca-punca reaksi ini adalah individu akan dibentuk melalui kuasa-kuasa yang
berada di luar kawalan dan tanggungjawab. Manakala, asal-usul interaksi pula adalah individu yang
dapat mengawal dirinya secara dalaman dan bertanggungjawab terhadap kuasa-kuasa diluar kawalannya.
Seterusnya, punca-punca transaksi adalah melibatkan tingkahlaku terarah di mana organisma
mempunyai kawalan dan tanggungjawab.

Dalam teori Taylor juga ada menyebut mengenai lima jenis kreativiti iaitu bersifat ekpresif, kreatif
melalui proses penghasilan, bersifat inventif, bersifat inovatif dan bersifat imaginatif. Tujuan lima jenis
kreativiti ini adalah untuk melihat sejauh mana tahap perbezaan proses kreativiti di antara individu
dengan individu yang lain. Jenis kreativiti yang pertama ialah individu bersifat ekpresif iaitu dilakukan
secara rawak dan bebas. Sebagai contohnya, lukisan-lukisan yang dilukis oleh kanak-kanak secara
spontan. Pada peringkat ini, lukisan itu dilukis oleh kanak-kanak secara bebas. Hal ini demikian kerana
lukisan itu dihasilkan mengikut usia yang berseuaian, kemampuan dan perkembangan fizikal
kanak-kanak. Malahan, lukisan kanak-kanak itu juga dilukis dalam bentuk contengan dan menggunakan
garisan yang tidak terkawal. Oleh itu, individu yang bersifat ekspresif ini ialah seorang yang mengangap
bahawa kualiti tidak begitu penting sewaktu proses menghasilkan karya, berkemahiran, bersifat bebas
dan mempunyai keaslian yang tersendiri.

Jenis kreativiti yang kedua adalah kreativiti melalui proses penghasilan di mana untuk
menghasilkan karya, keupayaan dan kecekapan individu sangat penting. Pada ketika itu, pendidik harus
membantu individu untuk mempertingkatkan kemahiran yang sedia ada ke arah kemahiran yang lebih
baik dengan menggunakan kaedah yang sistematik, terancang dan sempurna. Bahkan, individu juga
9

memerlukan bimbingan daripada pendidik untuk menghasilkan karya yang terbaik melalui kaedah dan
pendekatan yang sesuai dan sempurna.

Selain itu, jenis kreativiti yang ketiga adalah bersifat inventif. Apabila dikaitkan dengan kreativiti
yang bersifat inventif pasti akan merujuk kepada proses penyiasatan iaitu individu berupaya untuk
mencipta objek atau benda baru terutamanya penekanan terhadap faktor-faktor penemuan. Dalam proses
menjalankan penyiasatan, individu perlu mencuba untuk menghasilkan satu formula, teori dan
kesimpulan. Individu sering diberikan sokongan dan diingatkan oleh pendidik bahawa tidak mudah
untuk berputus asa sekiranya proses penyiasatan itu gagal dihasilkan.

Jenis kreativiti yang keempat pula adalah bersifat inovatif iaitu konsep-konsep asas diubahsuai
kepada idea-idea yang baru. Dalam hal ini, individu sudah mengetahui teknik-teknik dan gaya mereka
yang tersendiri dalam melakukan pembaharuan dan penambahbaikan. Seterusnya, peranan pendidik
adalah menghulurkan bantuan dan memberikan tunjuk ajar kepada individu terhadap kaedah
perlaksanaan yang betul. Di samping itu, individu juga sudah mampu menghasilkan kaedah alternatif
dan bukannya menggunakan kaedah konvensional bagi setiap perancangan yang dibuat oleh individu
tersebut.

Akhir sekali, kreativiti yang paling tinggi kedudukannya adalah individu yang mempunyai kreativiti
bersifat imaginatif. Pada jenis kreativiti ini, kebiasaanya bentuk abstrak akan diterjemahkan dan
dipermudahkan daripada prinsip-prinsip formal seni. Sebagai contohnya, perhatian dan penekanan
terhadap bentuk asas tidak diberikan kepada imej figura manusia. Hal ini demikian kerana bentuk formal
figura tersebut hanya digambarkan sahaja.

1.2.4 Teori Kreativiti Paul Torrance

Paul Torrance dikenali sebagai ‘Bapa Kretiviti’ kerana beliau sangat berdedikasi terhadap kerjanya untuk
meningkatkan pembangunan personaliti kreatif dalam pendidikan. Beliau juga sangat aktif dalam
meneroka pemikiran kreatif. Paul Torrance mengatakan bahawa menjana idea adalah lebih baik dan
cepat daripada idea orang lain di samping merupakan suatu kebijaksanaan yang tidak boleh
digambarkan dan sangat bermakna di dalam dunia ini. Torrance telah mencipta ‘Ujian Torrance untuk
Pemikiran Kreatif’. Ujian ini bertujuan untuk menguji teori Torrance di mana ujian IQ secara
berseorangan ini adalah kunci kepada kebijaksanaan dan kejayaan individu. Ujian ini menyokong
10

konsep Torrance iaitu pemikiran kreatif adalah aspek kejayaan di mana tahap kreatif boleh diukur dan
kemahiran berfikir secara kreatif seharusnya dapat ditingkatkan melalui amalan. Teori ini juga telah
membuktikan bahawa seseorang individu mencapai kejayaan melalui amalan dalam berfikir secara
kreatif pada setiap hari. Hal ini mampu menjadikan individu tersebut seorang ahli usahawan dan berjaya
mencipta seribu jenis produk di dalam pasaran.

Dr. E. Paul Torrance mengenalpasti empat komponen kreativiti iaitu komponen kefasihan,
fleksibiliti, keaslian dan penjelasan. Beliau mendirikan kesemua komponen tersebut sebagai kriteria
yang akan digunakan untuk mengukur pemikiran kreatif dan untuk menilai kualiti hasil kreatif. Guru
boleh menggunakan kriteria ini sebagai panduan untuk menilai pemikiran kreatif dalam kerja-kerja
pelajar. Komponen yang pertama iaitu komponen kefasihan adalah keupayaan individu untuk menjana
kuantiti idea mereka. Dalam komponen kefasihan ini kebiasaanya menggunakan soalan yang terbuka.
Sebagai contohnya, pelajar diminta untuk memperkembangkan bulatan kosong kepada lukisan berlainan
dan memberi tajuk kepadanya.

Manakala, komponen kedua fleksibiliti pula menerangkan keupayaan individu untuk membuat
kategori yang ideanya berbeza dan memahami idea dari sudut pandangan mata yang berbeza. Dalam
kata erti lain, komponen fleksibiliti ini membantu pelajar untuk melihat sesuatu dari pelbagai perspektif.
Sebagai contohnya, bagaimana restoran makanan segera kelihatan pada seorang budak berumur 9 tahun?
Seorang remaja? Seorang pertengahan usia (yang ada banyak duit)? Seorang tua?. Seterusnya,
komponen keaslian adalah komponen kreativiti yang ketiga di mana keupayaan individu untuk menjana
idea-idea baru, yang berbeza, dan unik iaitu individu lain tidak mungkin dapat menjana idea yang sama.

Bagi komponen keaslian ini boleh ditujukan soalan kepada pelajar seperti berasaskan satu lukisan
scenario, pelajar mencatatkan semua soalan yang boleh difikirkan dengan menanyakan soalan ‘apakah
yang akan berlaku sekiranya...’ di samping bertanyakan masalah penambahbaikan produk. Akhir sekali,
komponen kreativiti penjelasan adalah keupayaan individu untuk mengembangkan idea dengan
menunjukkan segala butiran atau keupayaan individu untuk mencipta pelan yang rumit. Sebagai
contohnya, individu memperkembangkan sesuatu mesin fotostat kepada perincian-perincian yang lebih
kompleks dari segi pengukuran, bahan, kos dan lain-lain. Keempat-empat komponen kerja pemikiran
kreatif saling bekerjasama antara satu sama lain secara harmoni dan jarang berlaku sebagai proses
pemikiran yang terpencil. Walaubagaimanapun, mana-mana keempat-empat komponen ini boleh
menguasai pemikiran kreatif.
11

Torrance telah melaksanakan satu kajian di mana dalam kajian ini beliau telah membuat
pengkelasan kategori terhadap cara-cara mengajar kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif. Antara
susunan pengkelasan kategori tersebut adalah seperti berikut:

1) Program latihan yang memberikan penekanan terhadap prosedur menyelesaikan masalah kreativiti
Osborne-Parnes.
2) Pendekatan disiplin seperti latihan semantik dan kajian kreatif.
3) Program Kompleks yang melibatkan pembungkusan bahan seperti Program Kreatif Purdue dan
Program Pemikiran Produktif.
4) Kesenian yang kreatif merupakan cara untuk pengajaran dan amalan dalam pemikiran yang kreatif.
5) Program membaca dan media membantu untuk mengajar dan memberikan bimbingan dalam
memupuk amalan berfikir secara kreatif.
6) Kurikulum dan susunan pentadbiran yang direka untuk mewujudkan keadaan yang baik untuk
belajar dan mengamalkan pemikiran kreatif.
7) Peranan guru di dalam kelas.
8) Motivasi, ganjaran dan pertandingan.
9) Syarat-syarat ujian yang direka untuk memudahkan tahap yang lebih tinggi untuk fungsi kreatif
atau prestasi ujian yang lebih dan sah serta boleh dipercayai.

Di dalam kajian ini Torrance mendapati bahawa peranan guru di dalam kelas, program komplek
iaitu program pemikiran produktif serta program latihan Osborne-Parnes dalam menyelesaikan masalah
secara kreatif merupakan cara-cara mengajar kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif yang paling
kerap digunakan.
12

1.2.5 Teori Kreativiti Fisher

Dalam teori kreativiti Fisher menyatakan bahawa kreativiti Fisher terdiri daripada empat peringkat
perkembangan kreativiti Fisher. Antara peringkat perkembangan kreativiti Fisher adalah peringkat
ransangan, penerokaan, perancangan, aktiviti dan kajian semula.

Dalam peringkat ransangan, pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana
dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal. Pada peringkat
penerokaan pula adalah telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang
dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Manakala bagi peringkat perancangan ialah
menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan
segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui cara iaitu perancangan secara
verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian dan interaksi, perancangan secara visual
dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya. Pada peringkat aktiviti pula adalah
pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan
setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalan
seperti ‘’Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?’’. Akhir sekali, peringkat
kajian semula bermaksud menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses
penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.
13

1.3 Model-model Kreativiti dan Inovasi

1.3.1 Model Kreativiti Wallas

Wallas telah mencipta satu model mengenai proses kreativiti. Di dalam model proses kreativiti ini terdiri
daripada empat peringkat iaitu persediaan (preparation), pengeraman (incubation), illuminasi
(illumination) dan verifikasi (verification).

Pada peringkat persediaan (preparation) bermaksud kita yang menentukan masalah, mencari
keperluan, atau keinginan dan mengumpulkan maklumat bagi jalan penyelesaian ataupun jawapan yang
yang memerlukan penjelasan di samping menubuhkan kriteria untuk mengesahkan penerimaan
penyelesaian. Secara terperinci persediaan ini menerangkan bahawa pemikir perlu mengumpul segala
pengetahuan, bahan, maklumat untuk memahami dan menjelaskan masalah sebenar yang wujud atau
produk yang hendak dihasilkan. Segala maklumat dan sumber relevan diterokai, dipilih dan dinilai untuk
memikirkan kesesuaian penyelesaian. Pemikir menumpu kepada ideanya. Meneroka dan mengenalpasti
implikasi, bahan dan lain-lain(making the strange familiar).

Seterusnya, pada peringkat pengeraman (incubation) pula bermaksud kita mengundur diri daripada
masalah dan membiarkan fikiran kita merenung dan cuba untuk menyelesaikan masalah itu. Seperti
penyediaan, pengeraman boleh bertahan selama minit, minggu, malahan bertahun-tahun. Secara
terperinci pengeraman ini menerangkan bahawa tahap ini berlaku pada tahap aktiviti mental bawah sedar,
tidak sedar dan hampir sedar. Pemikir masih lagi kabur tentang “apa” yang hendak dihasilkan. Pemikir
yang membuat refleksi. Tempoh pengeraman tidak menentu lamanya. Peluang kejayaan kelihatan terhad.
Di peringkat ini terdapat dua perkara yang berlaku pada pemikir. Yang positif ialah pemikir mencari
bahan, mengkaji, menganalisis dan memikirkan masalahnya secara sedar dan secara sukarela semasa
bersenam, menonton televisyen, bermain golf dan lain-lain. Yang negatif mungkin pemikir tidak mahu
memikirkan masalahnya secara sedar.

Selain itu, pada peringkat iluminasi (illumination) bermaksud idea timbul daripada minda untuk
menyediakan asas bagi tindak balas yang kreatif. Idea-idea ini boleh menjadi keseluruhan iaitu melihat
keseluruhan konsep atau entiti semua sekali gus. Berbeza dengan peringkat lain, iluminasi sangat
ringkas yang melibatkan pandangan dalam beberapa minit atau jam. Dalam erti kata lain, iluminasi ini
adalah pengalaman “Aha!” atau “Eureka”. Peringkat iluminasi dianggap sebagai puncak proses kreativiti.
Di peringkat ini, pemikir dapat mengubah persepsinya, mendapat kombinasi idea baru atau satu
14

transformasi di mana penyelesaian atau jawapan dapat dihasilkan dan sangat memuaskan. Iluminasi
datang di luar jangkaan pemikir. Pemikir merasai keseronokan, penuh semangat dan kepuasan kerana
dapat menghasilkan idea atau mencari penyelesaian yang dikehendaki.

Akhir sekali, peringkat verifikasi menerangkan bahawa verifikasi ialah proses menyemak idea atau
jawapan yang dihasilkan. Kemungkinan menghasilkan Eureka yang tidak berguna. Di peringkat ini,
produk yang sudah siap dihasilkan akan disemak dan dinilai oleh pemikir. Penilaian oleh pakar atau
orang berkepentingan juga mungkin dilakukan bagi mengesahkan kesesuaian penyelesaian atau kualiti
produk dan mencadangkan pindaan. Sekiranya idea yang dijanakan tidak boleh diguna atau diterima,
pemikir akan balik ke tahap persediaan dan pengeraman.

Berikut menunjukkan Rajah 1 bagi contoh model proses kreativiti yang melibatkan persediaan
(preparation), pengeraman (incubation), illuminasi (illumination) dan verifikasi (verification):

Rajah 1 model proses kreativiti yang melibatkan persediaan (preparation), pengeraman (incubation),
illuminasi (illumination) dan verifikasi (verification)
15

Peringkat pertama dan terakhir dibiarkan aktiviti otak (Quadrant A dan B), manakala peringkat
kedua dan ketiga milik otak kanan (Quadrant D dan C). Model proses kreatif ini adalah adaptasi
daripada model Empat Quadrant Ned Herrmann terhadap otak manusia.

1.3.2 Model Torrance

Individu cenderung untuk belajar kreativiti melalui meneroka, pertanyaan, manipulasi, penyusunan
barang, pengujian dan pengubahsuaian, mendengar, melihat, merasa dan kemudiannya berfikir tentang
perkara itu (Torrance & Safter, 1990). Torrance telah memperkenalkan model pengeraman (incubation)
dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran dan pembelajaran adalah suatu mekanisma yang penting di mana manusia memperoleh
pengetahuan dan berkongsi pengetahuan itu kepada orang lain. Pengajaran dan pembelajaran kreatif
menunjukkan sejauh mana pengetahuan tertentu dan pemindahan pengetahuan berlaku dalam novel,
komplek dan situasi yang tidak pasti. The Incubation Model of Teaching and Learning merujuk kepada
Torrance Inccubation Model of Teaching and Learning (TIM) iaitu merupakan salah satu model yang
menghubungaitkan dengan reka bentuk dan penghantaran dalam pengajaran dan pembelajaran kreatif.

Dalam hal ini, Torrance telah menggunakan model ini untuk mengajar dan melatih individu untuk
berfikir secara kreatif pada 20 tahun yang lepas. Kini, model ini diperkenalkan semula oleh guru atau
pendidik di sekolah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran secara kreatif. Selain daripada itu, model
ini juga bertujuan untuk membantu ibu bapa dalam membina kreativiti anak-anak. Walaubagaimanapun,
objektif utama menggunakan model TIM ini adalah untuk menyampaikan kedua-dua kandungan atau
topik pengetahuan dan kemahiran serta pengetahuan kreatif. Pelajar perlu fokus pada aktiviti-aktiviti
untuk mengekalkan penglibatan selepas pelajaran formal telah selesai. Secara strukturnya, Torrance
Inccubation Model of Teaching and Learning (TIM) mempunyai tiga peringkat asas iaitu Heighten
Anticipitation, Deepen Expectation dan Extend the Learning.

Teori Torrance berdasarkan kepada tingkah laku kreativiti dan pembelajaran berlaku dekat
kemahiran kreatif individu, motivasi dan keupayaan kreatif (Torrance & Safter, 1999). Rajah 2 berikut
menunjukkan Torrance Inccubation Model of Teaching and Learning (TIM) dan penerangan mengenai
setiap peringkat dalam model tersebut:
16

Rajah 2 Torrance Inccubation Model of Teaching and Learning (TIM)

Pada peringkat yang pertama iaitu Heighten the Anticipation (menjangkakan sesuatu yang tinggi)
menjelaskan enam elemen yang wujud dalam peringkat pertama. Antara enam elemen itu adalah give
purpose and motivation, tickle the imagination, arouse curiosity, get attention, heighten anticipation and
expectation and create desired to know.

Give purpose and motivation iaitu guru perlu memberikan motivasi kepada pelajar untuk
menyelesaikan masalah secara kreatif. Tickle the imagination bermaksud pelajar perlu bermain dengan
imaginasi dalam memikirkan sesuatu topik. Arouse curiosity pula membawa maksud pelajar perlu
membangkitkan perasaan ingin tahu terhadap topik yang difikirkan itu. Apabila pelajar berasa ingin tahu,
pelajar akan mula untuk mendapatkan perhatian (Get attention) terhadap topik itu. Heighten anticipation
and expectation bermaksud pelajar akan mula menjangkakan sesuatu yang tinggi terhadap topik itu.
Akhir sekali create desired to know bermaksud pelajar mesti mewujudkan keinginan yang mereka telah
fikirkan pada topik itu.

Pada peringkat pertama ini dipanggil sebagai ‘warm-up’ atau ‘hook’ di mana guru-guru atau
fasilitator memainkan peranan untuk mendapatkan keseronokkan pelajar dalam pembelajaran. Apabila
pelajar seronok untuk belajar, maka mereka dapat membuat perhubungan kendiri terhadap subjek yang
17

akan diajar oleh guru. Matlamat guru-guru atau fasilitator dalam peringkat ini adalah mewujudkan
perasaan ingin tahu pelajar, memberikan motivasi, membimbing pelajar untuk berimaginasi,
mendapatkan perhatian pelajar dan pelajar perlu sentiasa berfikir di luar jangkaan.

Pada peringkat kedua, penglibatan pelajar dalam kandungan di mana pelajar boleh mencari dan
meneroka sesuatu topik dengan intensif. Apabila pelajar sudah mengetahui satu topik yang diingini,
pelajar akan mengkajinya dan memberi makna kepadanya (Nitkowski, 2004, Standish-Wallace, 2004).
Secara tidak langsung pelajar akan mengenalpasti permasalahan topik dan mengambil tindakan. Pelajar
digalakkan untuk melihat di luar permukaan masalah dan cuba untuk mengali secara mendalam terhadap
permasalahan topik itu yang mungkin akan menjumpai jalan penyelesaian. Dalam peringkat ini Torrance
menggunakan metafora untuk menghuraikan cara pelajar bagi memproses kandungan yang telah
dipelajari. Ada lapan elemen dalam peringkat kedua iaitu:

1) Digging Deeper membawa maksud kesukaran pelajar dalam diagnosis dan mengintegrasi maklumat
yang diketahui ataupun tidak ketahui.

2) Looking Twice membawa maksud penilaian dan penilaian semula maklumat.

3) Listening for Smells membawa maksud pelajar menggunakan kesemua deria.

4) Crossing Out Mistakes/Listening /Talking to a Cat membawa maksud pelajar membuat tekaan dan
memeriksa; membetulkan; mengubahsuai; membuat penyelesaian yang terbaik.

5) Cutting Holes to See Through membawa maksud pelajar membuat kesimpulan; membuang perkara
yang tidak perlu.

6) Cutting Corners membawa maksud pelajar mengelakkan maklumat yang tidak berguna dan
membina pandangan baru.

7) Getting into Deep Water membawa maksud pelajar mempunyai masalah atau topik yang komplek;
mencari untuk soalan yang tidak dijawab.

8) Getting Out of Locked Doors membawa maksud pelajar menyelesaikan masalah yang tidak
diselesaikan dan membuka segala kemungkinan jalan penyelesaian.
18

Pelajar boleh menggunakan satu demi satu atau banyak daripada proses di atas untuk mendedahkan
idea-idea baru dan membuat perhubungan idea serta meneroka peluang-peluang yang tidak dijangka.
Pada peringkat kedua ini, pembelajaran tidak bertujuan untuk memulakan dan maju melalui satu set
objektif ke titik akhir. Tetapi sebaliknya memulakan dan kemudian mengikut pengalaman yang telah
dilalui sebelum ini. Hal ini kerana setiap pelajar mempunyai pembelajaran yang berbeza bergantung
kepada motivasi dan pengalaman peribadi.

Pada peringkat ketiga bertujuan memberi penekanan kepada tradisi strategi kreatif untuk
penglibatan lanjut oleh pelajar. Jadi, penglibatan dan motivasi mereka akan dibawa bersama supaya
menggalakkan mereka untuk sambung belajar. Sekali lagi,Torrance menggunakan metafora untuk
mencirikan cara pelajar dalam memproses maklumat. Antara metafora tersebut adalah:

1) Having a Ball membawa maksud pelajar berasa seronok.

2) Singing in One’s Own Key membawa maksud pelajar membuat perhubungan terhadap maklumat itu
dan menggunakan skema otak untuk mengaitkan dengan kandungan.

3) Building Sandcastles membawa maksud pelajar menggunakan imaginasi dan fantasi dan mencari
penyelesaian masalah yang ideal.

4) Plugging In the Sun membawa maksud pelajar mengenalpasti dan menggunakan kesemua sumber
dan bekerja keras.

5) Shake Hands With Tomorrow membawa maksud pelajar dapat mengaitkan topik itu dengan visi
masa depan (Torrance & Safter, 1990).
19

1.3.2 Model Dunne

Menurut Dunn dan rakan-rakannya (2004) telah membina satu model untuk sistem pengajaran dan
pembelajaran yang efektif berdasarkan bukti empirikal yang terbaik diperolehi daripada kajian semula
yang sistematik dalam maklumat penyelidikan. Kajian semula ini memberikan tumpuan kepada kesan
refleksi dan tindakan perancangan terhadap hasil pembelajaran pelajar terutamanya komponen utama
terhadap pengawalseliaan diri (self-regulation). Model ini memberikan penekanan kepada faktor-faktor
dan interaksi yang mempengaruhi hasil pembelajaran pelajar.

Mereka juga telah membuat andaian bahawa model ini mempunyai ciri-ciri penting bagi
persekitaran pembelajaran semua guru dan kemudiannya ia penting dalam penyelidikan sendiri untuk
pedagogi yang bersesuaian bagi menyokong pembangunan kreativiti pelajar. Kepentingan model ini
adalah model ini berkembang daripada bukti keadaan empirikal terbaik yang mempunyai kesan
berfaedah untuk diukur kepada pembelajaran pelajar. Sebagai contohnya, model ini berkembang
daripada amalan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dalam mencapai hasil pembelajaran.

Model ini mencadangkan bahawa setiap situasi pembelajaran dan pengajaran adalah disokong oleh
syarat-syarat yang berkaitan dengan hubungan di antara pelajar, guru dan latihan. Model ini juga turut
mencadangkan bahawa mana-mana guru boleh mendapatkan kesan yang maximum iaitu mesti sedar
akan hubungan itu dan cara bagaimana mereka untuk mendapatkan peruntukan dan sambutan pelajar.
Hal ini bersesuaian dengan konteks dalam inovasi. Sebagai contohnya, pelajar tidak akan bermotivasi
sekiranya pelajar tidak mencuba sesuatu yang baru, kurang pendedahan terhadap daya pemikiran kreatif,
dan tidak disesuaikan dengan strategi metakognitif. Sebagai kesannya, mereka berasa sangat susah untuk
melakukan lebih-lebih lagi tanpa sokongan daripada guru dan pelajar juga boleh hilang keyakinan diri.
Jadi, motivasi sebenarnya dapat memberikan impak terhadap pembentukkan minat pelajar dalam berfikir
secara kreatif dan inovatif (Dunne et al., 2004).

Interaksi komplek dan kebergantungan di antara guru, pelajar dan latihan ditunjukkan seperti Jadual
1 berikut (Dibina oleh Elisabeth Dunne daripada keputusan semakan terhadap pembuktian empirikal di
mana refleksi digabungkan dengan rakaman dan tindakan perancangan untuk mempertingkatkan
pencapaian pelajar) (Jackson et al., 2004):
20

Ciri-ciri pelajar Aktiviti guru Latihan

Apa-apa pendekatan atau Mana-mana pendekatan, atau Apa-apa pendekatan atau


motivasi terhadap latihan atau motivasi ke arah satu tugas atau motivasi terhadap latihan atau
pembelajaran umum bergantung pembelajaran secara umum pembelajaran umum bergantung
pada guru: adalah bergantung kepada mod pada guru:
guru terhadap pembentangan
 Sikap atau nilai terhadap  Permintaan-Tahap
tugas akademik / proses
pembelajaran umum atau kesukaran
pembelajaran /pendekatan
jenis pengajaran atau
reflektif dan penyatuan melalui:  Kesesuaian yang akan
terhadap latihan yang
dilihat
spesifik.  Penstrukturan yang
bersesuaian dalam  Cara persembahan
 Konsepsi atau kepercayaan
pengetahuan asas,
terhadap apa yang bermakna  Perwakilan dan peluang
bergantung kepada
untuk belajar, untuk menjadi disediakan untuk hasil
pengetahuan yang terperinci
pelajar dalam kontek yang pembelajaran bertujuan
terhadap kandungan
spesifik.
akademik yang perlu  Mod penilaian dan kriteria
 Keletihan. dipelajari. yang dipadan dengan hasil
pembelajaran
 Memiliki kemahiran yang  Menggunakan strategi
sesuai untuk tugasan. pembelajaran yang sesuai
untuk pelajar, bergantung
 Memiliki strategi kognitif
kepada pengetahuan kognitif
yang bersesuaian untuk
dan proses metakognitif dan
melaksanakan latihan.
bagaimana pelajar boleh
 Memiliki strategi digalakkan untuk
metakognitif seperti menggunakan.
pengetahuan dan kesedaran
 Keupayaan untuk
terhadap proses kognitif diri
meramalkan dan berurusan
sendiri.
dengan kebolehan kognitif
21

 Keupayaan untuk aktif dan pelajar, motivasi dan


menguruskan proses lain-lain.
kognitif diri sendiri.
 Keupayaan untuk
 Persepsi keberkesanan diri. demonstrasi dan pendekatan
model untuk mendapatkan
hasil.

 Keupayaan untuk menjana


pemikiran melalui
pertanyaan dan cabaran.

 Perhatian untuk arahan


menulis dan contoh yang
mengukuhkan arahan yang
diucapkan.

 Memberi maklum balas


tepat pada masanya, verbal
dan penulisan atau
perkomputeran.

 Keupayaan untuk
memadankan penilaian
untuk hasil pembelajaran.

Jadual 1 Interaksi komplek dan kebergantungan di antara guru, pelajar dan latihan ditunjukkan seperti
berikut (Dibina oleh Elisabeth Dunne daripada keputusan semakan terhadap pembuktian
empirikal di mana refleksi digabungkan dengan rakaman dan tindakan perancangan untuk
mempertingkatkan pencapaian pelajar) (Jackson et al., 2004).
22

Model pedagogi seperti di atas adalah gambaran ringkas dalam proses komplek, syarat-syarat dan
hubungannya berkaitan pembelajaran persekitaran. Model ini perlu ditukarkan ke sesuatu yang mudah
untuk guru-guru melaksanakan. Rajah 2 menunjukkan model sistem pengajaran dan pembelajaran yang
direka untuk membantu pelajar mengembangkan potensi kreatif mereka. Ia merangkumi set kompleks
hubungan dan saling bergantungan iaitu ada dihuraikan dalam Jadual 1.

Guru menggunakan kreativiti untuk mereka bentuk pembelajaran persekitaran di mana


penglibatan kreativiti pelajar senang berlaku. Hal ini kerana untuk menunjukkan kreativiti
mereka kepada pelajar di samping dijadikan contoh supaya memudahkan pembelajaran
pelajar dan melibatkan pelajar dalam cara yang tidak didaktik dan bukan pertimbangan
sebagai pemudah cara.

Pembelajaran persekitaran (kontek dan latihan) melibatkan pelajar untuk berfikir secara
berbeza, prakikal dan kreatif. Selain itu, untuk melibatkan pelajar kreatif dalam sesuatu
situasi/latihan.

Dirangsang oleh pengajaran yang mudah dan persekitaran pembelajaran yang menarik,
ciri-ciri pelajar yang pelbagai di mana dapat berfikir secara praktikal, analitikal dan
keupayaan kreatif yang pelbagai cara.
23

Kreatif dan tidak kreatif wujud dalam proses guru dan pelajar. Hasil ini tidak dapat
diramalkan terlebih dahulu.

Melalui perbualan, guru dan pelajar bersama-sama untuk mewujudan perfahaman mereka
mengenai apakah maksud kreatif dan apakah hasil kreatif serta melakukan kolaborasi
terhadap penilaian yang dilakukan.

Rajah 3 Model sistem pengajaran dan pembelajaran yang direka untuk membantu pelajar
mengembangkan potensi kreatif mereka.
24

1.4 Teknik-teknik Memperkasakan Pemikiran Kreatif dan Inovatif

1.4.1 Teknik Meniru

Selain mengetahui teori dan model kreativiti dan inovasi, teknik-teknik untuk memperkasakan
pemikiran kreatif dan inovatif juga sangat penting supaya para pemikir dapat menyelesaikan masalah
dengan mudah dan berkesan. Antara teknik-teknik memperkasakan pemikiran kreatif dan inovatif adalah
teknik meniru, daftar pertanyaan, bagaimana kalau, terbalikkan dan terbalikkan, keluarga idea, senarai
semakan, peta minda, bagaimana untuk, kad idea, perah otak, teknik delfi, benchmarking, idea dominan
dan teknik analogi.

Teknik meniru adalah suatu teknik yang mengambil idea-idea orang lain dan dijadikan sebagai idea
kita sendiri. Teknik meniru ini adalah teknik yang bercanggah daripada nilai-nilai murni di mana
idea-idea tersebut tidak tulen dan tidak kreatif. Walaubagaimanapun, dalam kontek ini teknik meniru
yang dicadangkan adalah individu perlu meniru secara kreatif. Teknik meniru secara kreatif bermaksud
individu membuat inovasi dan menghasilkan semula apa yang telah diciptakan oleh orang lain. Sebagai
contoh, seperti yang kita lihat negara Jepun sangat maju disebabkan mereka mempunyai daya pemikiran
yang kreatif. Hal ini demikian kerana mereka akan membuat perubahan terhadap sesuatu produk lama
yang kurang mendapat pasaran dan menjadikan produk lama itu ke suatu produk yang baru dan
mendapat tempat dalam pasaran.

Negara Jepun ini sangat bijak dan kreatif di mana mereka sentiasa memberikan penekanan terhadap
sesuatu produk yang sering mendapat permintaan orang ramai. Mereka tidak berfikir dari sudut
penciptaan sesuatu produk tetapi berfikir dari sudut apa yang dikehendaki oleh pengguna. Strategi yang
digunakan oleh negara Jepun ini boleh dijadikan contoh untuk negara yang hendak membangun dan
dijadikan model kepada pelajar supaya mampu untuk memperkasakan daya pemikiran mereka ke arah
yang lebih kreatif dan inovasi seperti yang terdapat dalam otak pemikiran orang Jepun. Antara teknik
yang digunakan oleh peniru-peniru Jepun adalah seperti mengenalpasti suatu produk yang sedang
membangun di pasaran, mengenalpasti sektor pengguna yang masih tidak berpuas hati dengan ciri-ciri
produk dan akhir sekali memperbaiki reka bentuk produk itu ke suatu produk yang baru yang
mempunyai ciri-ciri produk yang dihendaki oleh pengguna.

Antara kebaikan teknik meniru secara kreatif ini adalah kita dapat menyelesaikan masalah dengan
mudah dan berkesan. Selain itu, teknik ini juga mampu menenangkan fikiran tanpa disedari di samping
25

mengelakkan kita daripada gagal. Bahkan, teknik meniru secara kreatif ini dapat mengasah lagi bakat
semula jadi kita sebagai seorang yang kreatif.

1.4.2 Teknik Daftar Pertanyaan

Teknik daftar pertanyaan ini adalah merupakan suatu teknik yang biasanya digunakan oleh para jurutera.
Para jurutera boleh menggunakan teknik ini untuk mendorong timbulnya idea-idea baru iaitu
memastikan idea-idea itu mempunyai ciri-ciri standard kejuruteraan. Malahan, teknik daftar pertanyaan
ini adalah berdasarkan reka bentuk kejuruteraan.

Antara beberapa contoh daftar pertanyaan adalah seperti berikut: 1) “Adakah reka cipta itu
diperlukan oleh pengguna?” 2) “Dapatkah nilai reka cipta itu menggoda keinginan orang untuk
menggunakannya?” 3) “Dapatkah idea itu menghasilkan sebuah reka cipta yang standard dan berguna?”
4) “Adakah kosnya lebih mahal daripada kegunaannya?” 5) “Dapatkah nilai reka cipta itu dinaikkan?” 6)
“Dapatkah reka cipta itu dibuat supaya lebih menarik?” 7) “Dapatkah reka cipta itu dibuat supaya ia
lebih mudah digunakan?” 8) “Bagaimanakah caranya supaya reka cipta itu dapat dipasarkan?” 9)
“Sudahkah reka cipta itu dibandingkan dengan rekod-rekod di pejabat paten?” 10) “Mengapakah bentuk
reka cipta itu begitu rupanya?Mengapa tidak lain?” 11) “Dapatkah bahagian-bahagian dan fungsinya
digabungkan?” 12) “Jikalau wang yang digunakan itu wang anda, adakah anda sanggup mengeluarkan
wang sebanyak itu?”

Antara kebaikan teknik daftar pertanyaan ini adalah kita dapat menjana idea-idea baru berdasarkan
pertanyaan dan persoalan yang diutarakan seperti di atas. Seterusnya, teknik ini dapat memudahkan para
jurutera untuk berfikir dan menyelesaikan masalah dengan berkesan.

1.4.3 Teknik Bagaimana Kalau

Teknik bagaimana kalau ini sangat berfaedah digunakan dalam memperkasakan pemikiran yang kreatif
di mana teknik ini bersesuaian untuk ahli perniagaan. Hal ini demikian kerana teknik ini membantu
mereka dalam membuat pengurusan strategik dan perancangan kecemasan apabila dalam keadaan
darurat. Antara beberapa contoh persoalan penggunaan teknik bagaimana kalau ini adalah seperti
“Bagaimana kalau produk kita tidak dapat dipasarkan?”, “bagaimana kalau hari hujan?” dan “bagaimana
kalau pengedar tidak membayar hutang mereka?”.
26

Antara kebaikan teknik bagaimana kalau ini adalah dapat melahirkan individu yang mampu berfikir
secara kritikal dan kreatif terhadap perkara yang bakal berlaku ataupun situasi yang mungkin akan
berlaku.

1.4.4. Teknik Senarai Semakan

Selain daripada teknik daftar pertanyaan, para jurutera khususnya boleh menggunakan teknik kreatif lain
iaitu teknik senarai semakan. Teknik senarai semakan ini sangat berguna untuk rujukan atau panduan
untuk para jurutera.

Berikut menunjukkan senarai semakan yang sering dijadikan rujukan oleh para jurutera apabila
berhadapan dengan masalah berkaitan bidang kejuruteraan:

1) Mencari tempat-tempat lain bermaksud untuk mendapatkan sumber ilham. Sebagai contohnya,
arkitek tentera laut Ameria mendapat ilham untuk mengkaji pergerakan badan kapal apabila melihat
pergerakan ikan lumba-lumba.
2) Mencari ilham daripada sejarah silam bermaksud pakaian fesyen yang terdahulu akan diperbaharui
oleh pereka-pereka fesyen moden untuk menjadi satu pakaian fesyen yang baru dan moden.
3) Mencari persamaan dengan alam semula jadi bermaksud fenomena warna cicak kobeng dijadikan
contoh terhadap penyelidikan mencipta atap bumbung yang pelbagai warna untuk menyerap haba.
4) Mencari kegunaan-kegunaan lain menunjukkan contoh apabila menggunakan losen pengerinting
rambut bertujuan membuat lipatan-lipatan tahan lasak pada kain-kain yang diperbuat daripada bulu dan
rambut yang mempunyaii bahan kimia yang sama.
5) Menukar rupa bentuk asal menunjukkan contoh penciptaan rokok yang berukuran king size dan
katil ukurun queen size. Ia digunakan untuk mencipta batu-bata yang sebenarnya adalah jubin bata yang
ditampalkan saja pada dinding.
6) Menukar bentuk bermaksud teknik ini ingin menukarkan dari bentuk tilam yang biasa kepada tilam
yang bergel,berair dan sebagainya.
7) Menukar rupa persembahan bermaksud selalu digunakan untuk membuat buku edisi kulit nipis dan
kulitt tebal.
8) Menukar penampilan bermaksud teknik ini berkesan sekiranya ingin mencipta pelbagai penampilan
telefon pintar, botol-botol air, botol minyak wangi dan sebagainya.
9) Menjadikan ia bergerak sendiri bermaksud mencipta mesin rumput untuk membersihkan kawasan
27

halaman rumah yang ditumbuhi lalang.


10) Menjadikan ia bertambah kuat bermaksud memperkuatkan bangunan-bangunan dengan
menambahkan simen, konkrit, besi dan sebagainya.
11) Menjadikan ia bertambah lama bermaksud penciptaan periuk slow-cooker.
12) Menjadikan ia bertambah pendek bermaksud penciptaan miniskirt.
13) Menjadikan ia boleh patah-patah bermaksud penciptaan payung lipat dan tongkat orang buta.
14) Menjadikan ia lebih kecil bermaksud penciptaan telefon pintar yang kecil, radio yang kecil,
komputer yang kecil dan sebagainya.
15) Membuang bahagian-bahagian yang tidak perlu bermaksud penciptaan kasut tanpa tali, tayar tanpa
tiub, basikal tanpa loceng dan sebagainya.
16) Menukar dengan bahan lain bermaksud polisterin plastik yang diperbuat daripada jagung digantika
dengan polisterik plastik yang diperbuat daripada tebu.
17) Menukar dengan proses lain bermaksud menyemburkan cat terlebih dahulu dan kemudiannya
menyapukan cat.
18) Menukarkan dengan cara lain sama sekali bermaksud menggunakan touch and go dan smart tag
daripada membayar menggunakan wang.
19) Menukar urutan bermaksud proses jual beli terlebih dahulu dan kemudiannya pengubahsuaian
rumah akan dilakukan.
20) Memisahkan bahagian-bahagian bermaksud hanya menjual kerak pisang dan keledek saja daripada
menjual intinya.
21) Mengabungkan dengan benda-benda yang terpisah bermaksud menjual kasut dan beg tangan
sebagai satu set.
22) Menukarkan kegunaannya bermaksud pencitaan kipas kecil untuk kegunaan laptop dan pinggan
mangkuk dijadikan perhiasan.

Antara kebaikan membuat senarai semakan untuk para jurutera ini adalah bertujuan untuk
memudahkan kerja-kerja mereka dan membantu mereka untuk menjana idea-idea yang baru.
28

1.4.5 Teknik Peta Minda

Teknik peta minda ini adalah merupakan suatu teknik yang biasanya digunakan oleh pelajar dan guru.
Sebenarnya teknik ini dipopularkan oleh Tony Buzan dan beliau mengatakan teknik ini sesuai digunakan
secara individu. Teknik peta minda ini sangat bagus digunakan kerana ia membantu individu untuk
mencatatkan segala idea-idea yang terjana di dalam otak pemikiran secara bebas. Dalam hal ini, kita
tidak dibenarkan untuk mengkritik idea-idea kita sendiri sehingga selesainya proses berfikir.

Teknik peta minda ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti bentuk peta bulatan, peta buih,
peta buih berganda, peta pokok, peta dakap, peta alir, peta pelbagai alir dan peta titian. Setiap peta
pemikiran ini mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri di mana individu boleh menggunakan peta
pemikiran yang tertentu apabila ingin mencatatkan idea-idea.

Pada peta bulatan membawa maksud individu boleh menggunakan peta pemikiran ini sekiranya
ingin mendefinisikan seseuatu perkara mengikut konteks. Di bahagian tengah peta bulatan itu perlu
dimasukkan perkara atau topik yang ingin dibincangkan. Antara cadangan penggunaan peta bulatan ini
adalah bertujuan meningkatkan kosa kata, sumbangsaran idea dalam penulisan, menguji pengetahuan
sedia ada murid dan juga menguji pemahaman murid selepas pengajaran dan pembelajaran berlaku. Peta
bulatan boleh digunakan sekiranya wujud perkataan kata kunci seperti jelaskan, sumbangsaran,
kenalpasti, senaraikan, kaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan meneroka maklumat. Berikut Rajah 4
dan Rajah 5 adalah merupakan contoh pembinaan idea pemikiran dalam peta bulatan:

Rajah 4 Peta Bulatan Matematik Pecahan


29

Rajah 5 Peta Bulatan Matematik Teorem Pythagoras

Pada peta buih pula adalah bersesuaian digunakan apabila individu ingin membuat penerangan yang
menggunakan kata atau frasa adjektif. Dalam peta buih ini terdapatnya dua bahagian iaitu bahagian
tengah bulatan dan hujung bulatan. Pada tengah bulatan perlu dimasukkan perkara atau topik manakala
pada bahagian hujung bulatan perlu dimasukkan kata adjektif, fakta atau pendapat. Antara cadangan
penggunaan peta buih ini adalah seperti adjektif, fakta dan pendapat individu. Peta buih ini boleh
digunakan sekiranya wujud kata kunci seperti terangkan, jelaskan, kualiti, sifat, ciri-ciri dan gunakan
lima pancaindera untuk menerangkan sesuatu. Berikut adalah Rajah 6 yang menunjukkan peta buih
dilakukan untuk menjana pemikiran yang kreatif:

Rajah 6 Peta Buih


30

Pada peta buih berganda pula bermaksud individu boleh menggunakannya untuk proses pemikiran
bagi membanding perbezaan. Dalam peta buih berganda ini terdri daripada tiga bahagian iaitu bahagian
perkara atau topik, persamaan dan perbezaan. Antara cadangan penggunaan peta pemikiran ini adalah
individu dapat membezakan ciri-ciri bentuk 2D dan 3D, membandingkan sifat manusia dan
membandingkan dua idea. Peta buih berganda ini mempunyai kata kunci apabila ingin menggunakan
peta tersebut seperti bandingkan, bezakan, persamaan, perbezaan dan bezakan antara apa dengan apa.
Rajah 7 berikut menunjukkan contoh prta buih berganda yang boleh digunakan individu untuk
menhasilkan idea yang lebih kreatif:

Rajah 7 Peta Buih Berganda Teorem Pythagoras

Selain itu, peta pokok juga penting apabila individu ingin membuat pengelasan terhadap sesuatu
topik atau perkara. Sebagai contohnya, individu boleh membuat pengelasan kumpulan haiwan,
mengelaskan jenis alatan muzik, mengelaskan elemen penting cerita dan mengkategorikan kosa kata.
Sekiranya wujud kata kunci seperti kelaskan, asingkan, kategorikan serta kenalpasti antara idea utama
dan penjelasan merupakan ciri-ciri pada peta pokok. Rajah 8 berikut menunjukkan contoh penggunaan
peta pokok:
31

Rajah 8 Peta Pokok Persamaan Garisan Lurus

Seterusnya adalah peta dakap. Peta dakap merupakan satu peta pemikiran kreatif di mana digunakan
individu ingin membuat hubungan seluruh-bahagian. Sebagai contohnya, jika individu mahu memahami
peta dunia, senaraikan semua benua dan kemudiannya negara-negara di setiap benua. Peta dakap ini
mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian objek, bahagian utama dan pecahan. Peta dakap digunakan
untuk menerangkan sesuatu objek wujud dalam satu jalan cerita. Selain itu, peta dakap ini juga dapat
menganalisa keadaan fizikal suatu objek secara teknikal serta menyusun atau menulis manual teknikal.
Rajah 9 berikut menunjukkan contoh peta dakap:

Rajah 9 Peta Dakap Nombor Bulat


32

Di samping itu, peta alir juga sangat penting dalam memperkasakan pemikiran kreatif. Peta alir ini
merupakan proses pemikiran untuk urutan. Sebagai contohnya, jiha individu ingin tahu langkah-langkah
untuk bersiap sedia ke sekolah, tulis langkah-langkah yang perlu diambil dan susun dalam urutan yang
harus diikuti. Pada peta alir terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian proses dan bahagian
penerangan. Peta alir digunakan untuk menyusun jalan cerita mengikut peringkat (plot, proses dan
kronologi) sekaligus dapat menganalisis proses kejadian yang penting. Rajah 10 menunjukkan contoh
peta alir:

Rajah 10 Peta Alir Ukuran Asas

Peta minda yang seterusnya adalah peta pelbagai alir. Peta pelbagai alir bermaksud individu
menggunakan peta ini bertujuan mencatatkan sebab dan kesan terhadap sesuatu perkara. Peta pelbagai
alir terdiri daripada tiga bahagian iaitu kejadian, sebab dan akibat. Kebiasaannya peta alir digunakan
untuk menganalisis punca dan kesan sesuatu kejadian. Bahkan, peta ini juga untuk mengesan akibat dari
kejadian sebelumnya. Sebagai contohnya, jika ingin mengetahui kesan-kesan kerosakan gigi dan sebab
perkara ini berlaku, senaraikan perkara-perkara yang menyebabkan kerosakan gigi di sebelah kiri dan
kesan kerosakan gigi di sebelah kanan. Rajah 11 menunjukkan contoh penggunaan peta pelbagai alir:
33

Rajah 11 Peta Pelbagai Alir Sudut dan Garis

Peta pemikiran yang terakhir adalah peta minda jenis titi. Peta titi ini seseuai digunakan apabila
inginmembuat analogi (hubungan yang sama) atau mencari faktor penghubung. Dalam peta titi ini
ciri-cirinya adalah imbangan titiannya mesti sama. Sebagai contohnya, jika individu ingin mengetahui
hubungan antara haiwan dengan anaknyya, mulakan dengan menamakan sesuatu haiwan dan anaknya,
yang anda tahu, kemudiannya senaraikan pasangan-pasangan yang lain. Rajah 12 menunjukkan contoh
penggunaan peta titi:

Rajah 12 Peta Titi Pembinaan Geometri


34

1.4.6 Teknik Bagaimana Untuk

Teknik “bagaimana untuk” ini sesuai untuk menerbitkan idea-idea bagi menyelesaikan masalah-masalah
separuh kritikal. Teknik ini boleh digunakan sekiranya berhadapan dengan situasi yang tidak betul
berlaku ataupun sudah dikenal pasti tetapi jawapannya masih belum ditemui. Teknik bagaimana untuk
ini dilaksanakn terhadap lima hingga sepuluh orang sahaja. Teknik ini juga memerlukan individu
tersebut untuk berlakon sebagai pelanggan malahan ahli-ahli yang lain menjadi para pemikir kreatif.

Teknik “bagaimana untuk” telah menunjukkan langkah-langkah individu dan para pemikir saling
bekerjasama dalam menyelesaikan masalah seperti langkah berikut:
1) Individu diminta untuk memilih seorang ketua kumpulan.
2) Individu diminta untuk memilih seorang pelanggan iaitu individu yang menghadapi masalah.
3) Ahli-ahli lain adalah sebagai para pemikir. Dalam hal ini, para pemikir perlu menujukan soalan
kepada pengguna yang berbunyi “dalam satu ayat, cuba terangkan kepada kami apa masalah
saudara. Mulakan jawapan dengan perkataan bagaimana untuk...’
4) Para pemikir ini kemudiannya perlu mencatatkan jawapan pengguna di atas papan hitam.
5) Ketua kumpulan akan menyuruh para pemikir untuk mengeluarkan kertas dan menuliskan pendapat
mereka mengenai masalah pengguna tadi. Para pemikir diminta untuk memulakan ayat “bagaimana
untuk”.
6) Pada masa yang sama, ketua kumpulan akan bertanyakan pelbagai soalan kepada pengguna.
7) Ketua kumpulan meminta para pemikir menyalin pendapat-pendapat mereka di atas papan hitam.
8) Ketua kumpulan menyuruh pengguna untuk memilih yang mana satu pendapat yang bersesuian
terhadap permasalahan pengguna tadi.
9) Sesi soal menyoal di antara para pemikir dengan pengguna.
10) Akhirnya, pengguna diminta untuk mengemukakan cadangan masalah dan menyatakan sebab
mengapakah memilih cadangan itu.
35

1.4.7 Teknik Kad Idea

Teknik kad idea ini adalah merupakan suatu teknik yang digunakan secara berkumpulan. Teknik kad
idea ini sangat berguna untuk mengutip banyak idea dalam masa yang singkat. Selain itu, kelebihan
utamanya adalah individu yang pemalu juga dapat mengutarakan idea-ideanya di dalam kad idea tanpa
berasa risau dan takut kerana kad idea ini tidak perlu dituliskan nama. Jadi, individu bebas untuk
menulis apa-apa sahaja yang terlintas di kotak pemikiran mereka. Bahkan, keistimewaan kad idea ini
adalah individu lain tidak akan ada peluang untuk mengutuk atau mengkritik kad idea individu lain
kerana mereka tidak dapat melihat kad idea individu lain.

Antara cara-cara untuk menggunakan teknik kad idea ini adalah seperti berikut:
1) Individu diminta untuk memilih seorang ketua kumpulan.
2) Setiap individu diberikan 10 keping kad idea.
3) Ketua kumpulan akan mengemukakan masalah dengan bertanyakan soalan “bagaimanakah caranya
untuk...’.
4) Ketua kumpulan meminta individu untuk menuliskan idea di atas kad idea selama 5 minit.
Kemudiannya, kad idea itu akan dikutip oleh ketua kumpulan.

1.4.8 Teknik Perah Otak

Selain daripada teknik kad idea, teknik perah otak juga merupakan suatu teknik yang efektif dalam
menjana idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah. Teknik ini diperkenalkan oleh Alex Osborne pada
tahun 1953 dan sangat popular digunakan pada masa kini. Teknik ini lebih dikenali sebagai teknik
‘brainstorming’. Teknik perah otak ini sangat istimewa di mana individu lain tidak dibenarkan untuk
mengulas dan mengkritik idea-idea yang telah dikemukakan. Bahkan, teknik ini juga boleh mencatatkan
segala idea-idea yang lucu, tidak masuk akal dan sebagainya. Teknik ini sebenarnya boleh diaplikasikan
kepada masalah-masalah dalam bidang penciptaan produk, pemasaran, kepimpinan, perancangan,
motivasi, perangai manusia dan sebagainya.

Antara cara-cara penggunaan teknik perah otak ini adalah seperti berikut:
1) Individu diminta untuk menubuhkan 6 hingga 12 orang ahli kumpulan dan perlu adanya seorang
ketua kumpulan dan seorang pencatat.
2) Ketua kumpulan peranannya adalah memberikan masalah kepada ahli-ahli kumpulan.
3) Tugas ahli-ahli kumpulan adalah mengemukakan idea-idea dan pencatat akan mencatat idea-idea
36

tersebut di atas papan putih.


4) Kemudiannya, sesi perbincangan di antara mereka.

1.4.9 Teknik Delfi

Teknik Delfi ini adalah suatu teknik alternatif dalam menyelesaikan masalah. Teknik ini merupakan
teknik untuk meramal masa depan dengan menggunakan pakar ramalan. Teknik ini banyak digunakan
untuk membuat ramalan seperti ramalan trend-trend keperluan tenaga manusia, trend pengurusan,
pelancongan dan sebagainya.

Antara cara-cara penggunaan teknik delfi ini adalah seperti berikut:


1) Satu senarai soalan berkaitan masalah akan disediakan oleh pakar.
2) Senarai soalan masalah itu akan diberikan kepada pakar-pakar lain yang mahir dalam masalah
tersebut dan diminta untuk menjawab masalah itu.
3) Jawapan daripada pakar akan dikutip dan dianalisis.
4) Kemudiannya, jawapan yang telah dianalis akan dihantar semula kepada pakar-pakar itu untuk
menyemak semula jawapan mereka.
5) Seperti biasa jawapan akan dikutip, dianalisis, dihantar dan disemak oleh pakar-pakar.
6) Proses ini berulang sehingga mereka mencapai kesepakatan.
7) Sebaliknya ada pakar yang mempunyai pendapat yang berbeza, pakar itu diminta memberikan
penerangan dan kemudiannya jawapanya itu dikirimkan kepada pakar-pakar lain.
37

5.2 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, teori dan model kreativiti dan inovasi serta teknik-teknik untuk
memperkasakan pemikiran kreatif adalah sangat penting dalam pembangunan pendidikan
terutamanya memberi kesan kepada para pendidik dan generasi akan datang. Hal ini demikian
kerana mereka menjadikan teori, model dan teknik-teknik ini sebagai panduan untuk mendorong
mereka dalam meningkatkan sistem pendidikan Malaysia, memperbaiki bidang pemasaran, bidang
perniagaan, membangunkan pembangunan organisasi dan memperbaiki kurikulum pendidikan
dengan menerapkan elemen-elemen yang kreatif dan inovatif. Oleh itu, teori, model dan
teknik-teknik yang telah dinyatakan seperti di atas memainkan peranan yang sangat penting dalam
dunia pelbagai bidang sekarang.
38

RUJUKAN

Amabile, T. M. (1983). Social psychology of creativity: A componential conceptualization. Journal of


Personality and Social Psychology, 45, 997-1013.
Amabile, T. M. (1983). The social psychology of creativity. New York: Springer.
Guilford, J. P. (1950). Creativity. American Psychologist, 5, 444–454.
Grigorenko, E. L., & Sternberg, R. J. (2001). Analytical, creative, and practical intelligence as predictors
of self-reported adaptive functioning: A case study in Russia. Intelligence, 29, 57–73.
Lubart, T. I. (1994). Creativity. In R. J. Sternberg (Ed.), Thinking and problem solving (pp. 290–332).
San Diego, CA: Academic.
Lubart, T. I., & Sternberg, R. J. (1995). An investment approach to creativity: Theory and data. In S. M.
Smith, T. B.Ward, & R. A. Finke (Eds.), The creative cognition approach (pp. 269–302). Cambridge,
MA: MIT Press.Siti Shamsiah Binti Sani. Exploring Teachers' Approaches to Science Practical
Work in Lower Secondary Schools in Malaysia. Ph.D. Thesis. Victoria University of Wellington;
2014.
O’Hara, L. A., & Sternberg, R. J. (2000–2001). It doesn’t hurt to ask: Effects of instructions to be
creative, practical, or analytical on essay—writing performance and their interaction with
students’ thinking styles. Creativity Research Journal, 13, 197–210.
Rubenson, D. L., & Runco, M. A. (1992). The psychoeconomic approach to creativity. New Ideas in
Psychology, 10, 131–147.
Sternberg, R. J., Kaufman, J. C., & Pretz, J. E. (2002). The creativity conundrum. New York: Psychology
Press.
Sternberg, R. J., & Lubart, T. I. (1991). An investment theory of creativity and its development. Human
Development, 34(1), 1–31.
Sternberg, R. J., & Lubart, T. I. (1995). Defying the crowd. New York: Free Press.
Sternberg, R. J. (1985). Beyond IQ: A triarchic theory of human intelligence. New York: Cambridge
University Press.
Sternberg, R. J. (1988). Mental self-government: A theory of intellectual styles and their development.
Human Development, 31, 197–224.
Sternberg, R. J. (1997a). Successful intelligence. New York: Plume.
Sternberg, R. J. (Ed.). (2003a). Psychologists defying the crowd: Stories of those who battled the
39

establishment and won. Washington, DC: American Psychological Association.


Sternberg, R. J. (2001). Teaching psychology students that creativity is a decision. The General
Psychologist, 36(1), 8–11.
Torrance, E. P. (1962). Guiding creative talent. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Torrance, E. P. (1974). Torrance tests of creative thinking. Lexington, MA: Personnel Press.

Anda mungkin juga menyukai