Anda di halaman 1dari 3

Salam sejahtera pembaca.

Setelah sekian lama tidak bersua melalui alam maya, hari


ini kita bertemu kembali. Saya akan membawa anda untuk membincangkan satu topik
yang cukup menarik dan mencabar pada hari ini kerana bakal mengundang persepsi
dan persoalan masyarakat. Dalam Perlembagaan Malaysia termaktub bahawa agama
rasmi melayu adalah agama islam namun adakah semua orang melayu itu beragama
islam? Persoalannya disini adakah Melayu itu Islam? Melayu bukan Islam?
Bersama-sama kita bincangkan perkara ini kerana saya sendiri kurang ilmu berkaitan
hal ini.

Kata nama Melayu sudah berkurun lamanya digunakan sama ada sebagai rujukan
kepada tempat, kerajaan, kelompok manusia atau bangsa. Ia sudah diketahui sejak
abad kedua iaitu apabila Ptolemy (90-168 CE) ahli geografi Mesir mencatatnya
sebagai "Maleu-Kolon" (“Melayu barat”, dalam bahasa Jawa). Kira-kira dua abad
kemudian nama “Melayu” tercatat pula dalam kitab Hindu Vayu Purana yang
dikarang sekitar 350 CE. Kitab berbahasa Sanskrit itu dalam bab 48 mencatatnya
sebagai "Malayadvipa" dengan maksud pulau bergunung, lagi sekali merujuk kepada
semenanjung tersebut. Nama Melayu benar-benar melonjak tinggi dengan kekuasaan
dan kemakmuran Kesultanan Melaka yang berpusat di Semenanjung pada abad ke15.
Walaupun kerajaan itu tidak dinamakan Melayu, tetapi Melaka menjadi ukuran atau
tanda aras untuk segala-galanya yang berkaitan dengan Melayu, terutamanya tentang
identiti atau pengenalan diri berasaskan bahasa Melayu, adat budaya Melayu, dan
agama Islam. Hal ini terpancar dengan jelas di dalam kisah-kisah yang ditampilkan
dalam dua buah karya agung Melayu, iaitu Hikayat Hang Tuah dan Sulalat al-Salatin.
Dalam Hikayat Hang Tuah, MSY Page 4 umpamanya, orang Melayu Melaka
dianggap Melayu sebenar (bukan kacukan) dan bahasa mereka dianggap bahasa
Melayu.

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu menganut fahaman animisme.


Keadaan ini berubah selepas kedatangan islam yang membawa konsep tauhid yang
menafikan kewujudan banyak tuhan. Perkataan Islam berasal dari perkataan Arab
yang bererti menyerah, mematuhi dan menerima ikatan (Burhanuddin Hj. Abd. Latiff,
1988:12). Ianya berasal daripada kata dasar aslama yang membawa erti penyerahan
penuh kepada pencipta. Islam bukan sahaja merupakan satu cara hidup, malahan
merupakan satu-satunya cara hidup yang paling benar, sikap tingkah laku yang lurus,
tepat dan suatu ideologi penghidupan yang mencakupi keseluruhan hidup manusia.

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula


p a d a a b a d k e - 7 m a s i h i . Pandangan ini berdasarkan kemungkinan
agama Islam disebarkan oleh para pedagangdan pendakwah dari Asia Barat ke
Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan
kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat
Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah
tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa
Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat
Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau
menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan
penduduk tempatan oleh pedagang Arab di Nusantara.

Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan


Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibn Battutah,
pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa
dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345
hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk
Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi,negeri-negeri lain
di sekelilingnya masih belum memeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16
Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan
Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak
berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat
sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan
Melayu (Ruslan Zainuddin, 2004: 91).

Negara malaysia sememangnya sebuah negara yang terdiri daripada 3 kaum


utama iaitu Melayu, Cina, dan India dan dibanjiri dengan keunikan bangsa pelbagai
etnik. Setiap pecahan etnik tersebut mempunyai pegangan agama yang tersendiri.
Adakah bangsa etnik lain bukan Melayu? Sekiranya semua orang Melayu adalah
islam mengapa ada pernyataan tentang kebebasan beragama? Hal ini cukup jelas
bahawa Melayu itu bukan islam kerana ‘Melayu’ merujuk kepada tempat, kerajaan,
kelompok manusia dan bangsa dan juga ianya sudah wujud sebelum kedatangan islam
Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa Melayu BUKAN Islam yang mana masyarakat
yang berbangsa lain juga merupakan orang melayu namun bukan beragama islam
kerana Islam merupakan agama yang boleh dimiliki oleh semua orang.

Anda mungkin juga menyukai