Anda di halaman 1dari 28

Takkan Melavu Hilang di dunia...

WARKAH
MELAYU
Disediakan oleh:
Muhammad Faiz Bin Na`aman
Nik Abdul Muhaimin Bin Nik Ramli
Kelab UMNO Padang
1
PRAKATA
Bismillah Hirrahmanirrahim
,, - -, ,, ,, - -, ,, ,, - -, ,, ,, - -, ,,
Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T., maka dengan kehendakNya jua
usaha kami untuk menerbitkan satu risalah yang berkaitan dengan bangsa Melayu
telah tercapai.
Warkah Melayu ini adalah suatu risalah yang dihasilkan dengan inisiatiI
untuk memberi kesedaran kepada bangsa Melayu secara amnya, dan mempunyai
objektiI spesiIik untuk memupuk penghayatan generasi muda kita terhadap sejarah
serta isu-isu semasa yang berkaitan dengan bangsa Melayu di negara kita. Risalah ini
telah disunting seringkas mungkin tanpa meminggirkan Iakta-Iakta penting yang perlu
diketahui oleh mereka yang bergelar Melayu-Islam. Ia bukan sekadar bertujuan untuk
dijadikan rujukan langsung terhadap permasalahan orang Melayu malah ia merupakan
satu medium yang dapat membawa generasi muda kita ke arah memahami asas
perjuangan sebenar bangsa kita yang masih belum selesai ini. Risalah ini adalah
kompilasi artikel-artikel dari pelbagai sumber dan media yang boleh didapati secara
umum. Ia sesekali tidak bertujuan untuk mencetuskan sebarang provokasi dengan
mana-mana pihak yang berkaitan.
Di sini ingin saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
saudara Iqbal AzIar Bin Ibrahim selaku Pengerusi Kelab UMNO Padang sesi
2007/2009 kerana telah memberi peluang kepada saya dan sahabat saya untuk
menerbitkan Warkah Melayu ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada sahabat
saya, Ketua Penerangan Kelab UMNO Padang sesi 2007/2009, saudara Nik Abdul
Muhaimin Bin Nik Ramli yang telah membantu melengkapkan lagi risalah Warkah
Melayu ini. Usaha penerbitan risalah ini tidak mungkin berjaya tanpa Iakta-Iakta yang
telah disumbangkan oleh beliau.
Diharap risalah ini dapat menjadi pemangkin kepada kebangkitan kembali
zaman kegemilangan bangsa Melayu yang bertunjangkan ilmu dan Islam, insyaallah.
(MUHAMMAD FAIZ BIN NA`AMAN)
Editor Warkah Melayu
2
Kandungan
Prakata m/s 1
DeIinisi Bangsa Melayu m/s 2
Asal Usul Bangsa Melayu m/s 6
Asal Usul Bahasa Melayu
Dua Dilema Jati Diri Bangsa Melayu Kini
m/s 9
m/s 11
Cabaran Melayu Sebelum Merdeka
Cabaran Melayu Setelah Merdeka
m/s 14
m/s 15
Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1970-1990 m/s 16
Isu Mempertahankan Hak dan Agenda Melayu m/s 17
Realiti Kita m/s 19
Mengimbau Kembali Kegemilangan Silam m/s 24
Rujukan m/s 27
3
MENYELAMI
SIAPA ITU
MELAYU
4
Definisi Bangsa Melayu
Melayu merujuk kepada mereka yang
bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan
adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu
mungkin berasal daripada nama sebuah anak
sungai yang bernama Sungai Melayu di
hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana
letaknya Kerajaan Melayu pada zaman
1500 tahun dahulu sebelum atau semasa
adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu,
dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu
dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit"
ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan
"Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.
Etimologi
Istilah "Melayu" ditakriIkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa
Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.
Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk
kepada manusia yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan
kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang
Melayu adalah orang Melayu. Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama bangsa
atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah
adanya Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-
17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara
meluas. Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu
dari Sumatera sahaja.
Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi
dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah "maleu-
kolon". G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu
malavakom atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di
Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk
kepada Tanjung Penyabung. Istilah Malava dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah
kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500
Masihi. Dvipa bermaksud "tanah yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-
maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malava dvipa
ialah Pulau Sumatera. Istilah "Mo-lo-vu" juga dicatat dalam buku catatan perjalanan
pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang.
Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu
ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang
terletak di daerah Palembang.
5
Masalah dalam penakrifan orang Melayu
PenakriIan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut
penakriIan orang Melayu sebagai orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu,
penakriIan ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan sebahagian
daripada negeri Thai dan Filipina. Tetapi, apa yang menjadi masalahnya, di Indonesia
orang Melayu hanya merupakan salah satu daripada beratus-ratus kaum-suku di
negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia lebih suka mengenali diri mereka
sebagai orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia.
Walaupun demikian, secara amnya terdapat dua jenis penakriIan untuk menentukan
sama ada seseorang itu orang Melayu. Iaitu:
PenakriIan Undang-Undang
PenakriIan Antropologi
Penakrifan undang-undang
Di negara Malaysia, orang Melayu dideIinisikan menurut Perlembagaan Persekutuan
dalam pekara 160(2).Menurut perkara ini, orang Melayu ditakriIkan sebagai:
1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur bahasa Melayu
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau
pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
DeIinisi undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara
Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya
terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia.
Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam
Bahasa Melayu (digelar Bahasa Yawi/Jawi) dan mengamalkan budaya orang Melayu.
Penakrifan antropologi
Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang
Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana
besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Dari segi etnologi,
Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan
dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid.
6
Asal Usul Bangsa Melayu
Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun
terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat
antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul
bangsa Melayu iaitu:
Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan (Teori Yunnan)
Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara (Teori Nusantara)
Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu
berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai
Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih
belum mendapat bukti yang kukuh.
Teori Yunnan
Penduduk-penduduk awal
Yunnan dapat dijejaki dalam
sejarah sejak 170 juta tahun
dahulu dari sebuah Iosil homo
erectus, Manusia
Yuanmou`,yang dijumpai pada
tahun 60-an. Pada tahun 221
SM, Qin Shihuang berjaya
menakluk Yunnan dan
menyatukan China dan sejak itu
mula menjadi sebuah wilayah
dalam China. Mereka ini
terkenal dengan teknik menanam
tanaman padi untuk dibuat nasi.
Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster,
J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya,
alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di
Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk
daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam
(Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih
lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan
dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan
bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunnan.
Menurut sejarah Khmer, tamadun terawal ialah tamadun Khmer Funan di Delta
Mekong. Empayar Khmer Angkor ialah yang terakhir sebelum mereka mencari
perlindungan di pelbagai tempat. Palembang dan Melaka adalah antara tempat
7
berkenaan. Bukti-bukti arkeologi mendapati penduduk awal Kemboja adalah
penduduk dari budaya zaman Neolitik. Mereka mahir dalam kemahiran teknikal
sementara kumpulan yang lebih maju yang tinggal di pesisir pantai dan lembah Delta
Mekong menanam padi.
Wanita Yunnan hari ini juga memakai kain batik dan sarong. Fenomena ini adalah satu
persamaan dengan para wanita Melayu.
Teori Yunnan merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya,
dalam buku Teks Pengajian Malaysia, adapun menyatakan "nenek moyang" orang
Melayu itu berasal daripada Yunnan. Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu
datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama,
yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu
Deutro. Berikut adalah huraiannya.
Orang Negrito
Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan
Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 10000 SM
berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan.
Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang
mempunyai ciri-ciri Iizikal berkulit gelap, berambut kerinting,
bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz
badan yang pendek.
Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu
diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai
peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai
dengan kemahiran bercucuk tanam.Terdapat satu lagi persamaan
antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu
Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang
dikenali sebagai pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam
bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.
8
Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu
kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang
hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.
Teori Nusantara
Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.CrawIurd, K.Himly, Sutan Takdir
Alisjahbana dan juga Gorys KeraI. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan
seperti di bawah:
1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad
kesembilan belas. TaraI ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya
yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-
mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa
Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan
yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu Ienomena "ambilan"
3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau
Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya
kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut
yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara
dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia.
Melayu kacukan
Oleh kerana Nusantara Melayu adalah tempat perdagangan dan pernah dijajah oleh
kuasa Eropah, banyak orang Melayu berkahwin campur dengan bangsa asing dan
anak mereka dikenali sebagai Melayu Kacukan. Sesetengah mereka ada mempunyai
kemiripan orang Melayu dan yang lain tidak ternyata dan susah hendak dikatakan. Di
antara masyarakat Melayu Kacukan yang terkenal adalah Melayu Eropah, Melayu
Turki dan Melayu Arab.
9
Asal Usul Bahasa Melayu
Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam Iilum bahasa Austris bersama-
sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).
Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama
dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.
Perkembangan Bahasa Melayu
Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama
iaitu:
Bahasa Melayu Kuno (zaman Empayar Srivijaya)
Bahasa Melayu Klasik (zaman Kesultanan Melayu Melaka)
Bahasa Melayu Moden. (abad 19- sekarang)
Bahasa Melayu Moden
Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai
permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu
mencapai kedudukan yang tinggi, berIungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran,
kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia
10
Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam
sistem pendidikan.
Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan
1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak
1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan
negara.
Teks Melayu Tertua
Teks silam Melayu yang dijumpai di
Kedukan Bukit, Palembang tahun D
mempunyai persamaan dengan muka
pintu Yunnan 2006. Inskripsi Batu
Bersurat Kedukan Bukit tahun 682 yang
dijumpai di Palembang dan tulisan
tradisional masyarakat minoriti Dai
adalah berasal bahasa-bahasa Pallava.
Etnik Dai Yunnan adalah salah satu
penduduk asal wilayah Yunnan, China.
Hubungan Bahasa Melayu dan Bahasa Cham
Persamaan Bahasa Cham dan Bahasa Melayu dapat ditemui pada nama tempat-tempat
seperti Kampong Cham, Kambujadesa, Kampong Chhnang dan sebagainya. Sejarah
Melayu dengan jelas menyebut terdapatnya komuniti Cham di Melaka sekitar tahun
1400. Pada pertengahan tahun 1400 apabila Cham tewas kepada orang-orang Vietnam
(Annam), lebih kurang 120,000 orang terbunuh dan pada sekitar tahun 1600 Raja
Champa memeluk Islam. Pada sekitar tahun 1700 raja Muslim terakhir Champa, P
Chien mengumpulkan orang-orangnya dan berhijrah ke selatan Kemboja sementara
mereka yang tinggal sepanjang pesisir pantai berhijrah ke Terengganu dan ada yang
ke Kelantan.
11
Dua Dilema 1ati Diri Bangsa Melayu Kini
1) Bangsa Melayu Telah Hilang Identitinya Sendiri
Soalan siapakah aku sebagai seorang Melayu? Sudah menjadi soalan rumit
yang boleh membuat ramai di antara kita tergamam dan tidak mampu
menjawab. Sekiranya akta tidak menyebut bahawa seorang Melayu itu adalah
seorang yang beragama Islam dan mengamalkan adat budaya Melayu,
pastinya kita masih lagi mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan
siapakah aku sebagai seorang Melayu?
Melayu hari ini tidak mempunyai Kod Bangsa sendiri. Adalah lebih mudah
sekiranya kita hidup di Zaman Kesultanan Melayu Melaka kerana Adat
Temenggong dijadikan sebagai Kod Melayu harian yang digunakan dalam
pelbagai senario kehidupan sebagai seorang Melayu. Kod sesuatu bangsa
adalah dasar penting sebagai pemacu kebangkitan bangsa tersebut. Seperti
kebangkitan bangsa-bangsa lain di dunia, doktrin Nazi merupakan pemacu
kebangkitan Bangsa Jerman di zaman Hitler, Bangsa Jepun pula sehingga hari
ini masih berpegangkan kepada Konsep Bushido, Bangsa China dengan
IalsaIah ConIucsius dan Bangsa Yahudi dengan Doktrin Zionis.
Tanpa mengenal diri sendiri, bangsa Melayu akan menjadi di antara bangsa di
dunia yang mudah dipengaruhi dan lemah. Terimalah hakikat bahawa Bangsa
Melayu pada hari ini adalah seumpama orang buta yang teraba-raba untuk
mencari jalan pulang ke rumah.
2) Bangsa Melayu Akan Terus Sesat Kerana Hidup Dalam Keadaan Penuh
Curiga
Daripada masalah sumbang mahram, penagihan dadah, masalah GRO dan
seribu satu lagi isu generik yang membelenggu Bangsa Melayu itu sendiri,
Bangsa Melayu hanya dapat bergantung kepada pemimpin-pemimpin yang
dipilih untuk menyelesaikan masalah-masalah ini. Malangnya, harapkan
pagar, pagar makan padi. Kebergantungan Bangsa Melayu kepada pemimpin-
pemimpin politik yang terus mengamalkan budaya rasuah dan politik wang
akhirnya menjadikan Bangsa Melayu terus lemah.
Budaya rasuah dan politik wanglah yang membuatkan Bangsa Melayu
sentiasa hidup dalam keadaan yang penuh curiga. Bukan saja kerana ketidak-
percayaan kepada barisan kepimpinan tetapi ia merumitkan lagi urusan
perniagaan dan ekonomi di kalangan ahli perniagaan bangsa Melayu itu
sendiri. Ini akhirnya membuat Bangsa Melayu mengalih kepercayaan kepada
bangsa lain dan mengakibatkan ekonomi Bangsa Melayu semakin mengecil.
12
Solusinya?
IslamAdalah Pemacu Kebangkitan Empayar Melaka dan Merupakan Identiti
Bangsa Melayu sebenar!
Kajian membuktikan bahawa di zaman kegemilangan Melayu Melaka, kehebatan
saudagar dari Timur Tengah memang terserlah. Mereka bukan hanya pedagang-
pedagang yang pintar dan bijaksana malahan mempunyai budi pekerti yang mulia dan
sentiasa berdisiplin dalam mentadbir-urus perdagangan mereka. Inilah sahsiah yang
disanjung tinggi terbentuk daripada siIat kesyumulan agama Islam itu sendiri.
Maka dengan keunikan ini juga, ramai di antara anak-anak dara Bangsa Melayu pada
ketika itu berkahwin dengan saudagar-saudagar Arab sehingga ia menjadi titik
permulaan tersebarnya agama Islam serantau. Apabila generasi Melayu-Islam lahir
daripada perkahwinan ini, budaya dan kepintaran untuk mentadbir-urus perdagangan
terus diwarisi sehinggalah terbentuknya empayar Melayu Melaka dan Empayar
Melayu Johor-Riau yang wujud lebih daripada 500 tahun lamanya.
Kita perlu menerima hakikat bahawa agama Islamlah merupakan tunggak kehebatan
empayar Melaka sebenar. Kesatuan negara-negara di bawah taklukan jajahan Bangsa
Melayu pada ketika itu daripada masyarakat Melayu Champa di Indochina
sehinggalah Matarram di Pulau Jawa, Melayu- Islam pada ketika itu gagah gemilang.
Sekiranya kekuatan Bangsa Melayu dilihat daripada sudut tanpa sempadan, kesatuan
Melayu boleh diwujudkan di kalangan Bangsa Melayu di Indonesia, Brunei,
Singapura, Selatan Thailand, Indochina, Pulau Seychelles dan AIrika Selatan. Begitu
juga kekuatan Islam sekiranya dilihat daripada sudut tanpa sempadan, ummat Islam
sudah pun menakluki satu pertiga dunia.
Tetapi ummat Islam pada hari ini mengamalkan agama melalui 1000 deIinisi yang
bercanggah dan sentiasa mempunyai perasaan curiga di kalangan sesama sendiri. Ini
merupakan punca mengapa ummat Islam sentiasa hidup bersendirian tanpa kesatuan
dan terpaksa bertindak secara ekstrim terhadap propoganda barat. Adalah lebih mudah
untuk mematahkan propoganda barat sekiranya ummat Islam mempunyai sikap
kebolehpercayaan yang tinggi sesama sendiri dan bergerak di dalam suatu kumpulan
yang eIektiI. Untuk menuju ke arah ini, Islam yang kita amalkan perlu diterjemahkan
di bawah satu deIinisi yang hakiki.
Terserah kepada Bangsa Melayu yang memimpin dan dipimpin. Sekiranya kita gagal
mengiktiraI Islam sebagai identiti Bangsa Melayu sebenar, Bangsa Melayu akan terus
gagal sehinggalah mereka dapat mengenal diri mereka sendiri.
Ya Allah, Semoga Melayu-Islam terus Gagah Gemilang!
13
MENYOROTI
CABARAN-
CABARAN
TERDAHULU
14
Cabaran Melayu Sebelum Merdeka
Peristiwa yang pertama ialah
apabila Tentera Malavan Peoples
Anti Japanese Armv (MPAJA),
satu pertubuhan Parti Komunis
Malaya (PKM) atau juga
dipanggil Bintang Tiga yang
memerintah Tanah Melayu selama
empat belas hari pada tahun 1945
iaitu jangkamasa dari Tentera
Jepun mengaku kalah kepada
Tentera Bersekutu pada 16hb Ogos 1945 sehinggalah Tentera British sampai kembali
ke Tanah Melayu menubuhkan Kerajaan Tentera British empat belas hari
kemudiannya. Dalam masa empat belas hari tersebut banyak orang Melayu yang
dibunuh oleh Tentera MPA1A atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat
dengan Tentera 1epun. Kebanyakan mereka adalah bekas ahli pasukan polis yang
ditubuhkan oleh Jepun untuk menjaga keamanan di Bandar-bandar. Tentera Jepun
memang anti kaum Cina .
Ini adalah lanjutan dari penaklukan negara China oleh Jepun dimana ramai orang Cina
yang telah dibunuh terutamanya di Nanjing dalam apa yang panggil Massacre of
Nanfing. Tentunya mereka tidak mempercayai orang Cina dan begitu juga orang Cina
amat memusuhi Tentera Jepun. Oleh itu, orang Melayulah yang majoritinya
menganggotai Pasukan Polis Jepun di Tanah Melayu. Jadi, bila Tentera Jepun
mengaku kalah, maka berkeliaranlah anggota Bintang Tiga ke kampung-kampung
mencari bekas polis tersebut yang kebanyakannya orang Melayu.
Mereka akan dibawa ketepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian
mereka akan dihentam dengan belakang cangkul dan ditanam kedalam lubang
yang sudah siap digali. Mungkin ditanam hidup-hidup. Sampai sanak saudara
tidak tahu dimana mereka ditanam. Boleh dikatakan perkara ini berleluasa di
Selangor dan di negeri-negeri lain seluruh Tanah Melayu. Kita tidak tahu berapa
banyak yang terbunuh dan cara-cara mereka dibunuh. Oleh kerana yang membunuh
ialah anggota Bintang Tiga yang kebanyakannya orang Cina dan mangsa
mereka pula kebanyakannya orang Melayu, peristiwa tersebut telah bertukar
menjadi pergaduhan antara kaum. Ramai orang Melayu yang bertindak balas
terutamanya di Batu Pahat, Johor dan Sungei Manik, Teluk Intan, Perak.
Selepas peristiwa tersebut kemarahan orang Melayu kepada kaum pendatang mulai
mendalam dan menebal. Mulai timbul semangat nasionalisme di kalangan orang
Melayu. Bila kemudiannya pihak British cuba memperkenalkan konsep Malayan
Union yang menghapuskan sistem Raja-raja Melayu, penghapusan hak istimewa
orang Melayu, dan pemberian kerakyatan dan hak samarata kepada semua
kaum, ianya telah mendapat tentangan yang hebat dari semua lapisan orang Melayu.
Mereka telah berarak dan menunjuk perasaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung
Baru, Kuala Lumpur. Lalu akibatnya, lahirlah UMNO, parti yang menjadi tunjang
Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini
15
Cabaran Melayu Setelah Merdeka
Peristiwa 13hb Mei 1969 pula adalah
akibat dari perayaan dan sambutan
kemenangan yang mengila dan
berlebihan yang dilakukan oleh
penyokong parti-parti pembangkang
(Cina), apabila mereka menang banyak
kerusi dalam dalam Pilihanraya Umum
1969, terutama di Selangor di mana
Perikatan dan pembangkang menang
sama banyak kerusi di Dewan Undangan
Negeri. Penyokong-penyokong parti
pembangkang seperti Gerakan, DAP, dan
Socialists Front telah berkeliaran di
Kuala Lumpur dengan lori, kereta dan
motosikal sambil berteriak dan
menjerit-jerit ~Melayu bodoh!,
~Melayu balik kampung!, ~Melayu
sudah hilang kuasa!, dan sebagainya.
Mungkin dalam penyokong-penyokong pembangkang itu ada anasir subversiI dan
kongsi gelap yang cuba memprovokasi orang Melayu supaya negara kucar-kacir.
Tindakan provokatiI pembangkang itu tidak di biarkan begitu
saja oleh orang Melayu di Kuala Lumpur di kawasan seperti
Kampung Baru, Kampung Keramat, Gombak dan Ampang.
Maka, berlakulah tindak balas dan akhirnya menumpahkan
darah dikalangan mereka yang tidak berdosa. Contohnya,
orang yang membeli belah dan mereka yang menonton
wayang di pawagam-pawagam di sekitar Chow Kit. Kedua-
dua peristiwa tersebut banyak mempengaruhi politik dan
ekonomi orang Melayu. Peristiwa berdarah semasa Tanah
Melayu diperintah selama empat belas hari oleh Bintang Tiga
banyak membawa kesedaran kepada orang Melayu. Ini
kemudian menggembelingkan orang Melayu untuk bersatu
menentang Malavan Union. British yang cuba menghakiskan
keistimewaan pribumi kepunyaan mereka. Dan ia membawa kepada kelahiran UMNO
itu sendiri. Sementara Peristiwa 13 Mei 1969 pula menyedarkan orang Melayu
mengenai ketinggalan bangsa mereka dalam bidang ekonomi yang tidak
diperjuangkan dengan lebih tegas sebelum itu. Lalu lahirlah Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang digubal semasa pemerintahan Perdana Menteri Tun Abdul Razak.
Kemudiannya timbul konsep penubuhan Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian
Bumiputra atau 'Bumiputra Commercial and Industial Communitv (BCIC). Dengan
DEB banyaklah anak-anak Melayu yang di hantar keluar negeri melanjutkan
pelajaran mereka dalam berbagai lapangan professional untuk membanyakkan
Orang Melayu dalam berbagai bidang proIessional seperti peguam, doktor, arkitek
dan sebagainya. Kakitangan kerajaan lebih banyak terdiri dari orang Melayu. Sebelum
itu kakitangan kerajaan banyak terdiri dari kaum lain. Pokoknya kedua-dua peristiwa
tersebut banyak meninggalkan kesan kepada orang Melayu dan ini haruslah disedari
oleh generasi muda Melayu sebagai pertunjuk kepada mereka dalam meneruskan
perjuangan bangsa.
16
Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1970-1990
Dasar pemerintahan Inggeris yang mengamalkan kaedah 'divide and rule atau pecah
dan perintah telah menimbulkan implikasi yang buruk terhadap perpaduan masyarakat
Malaysia. Pengelasan kaum mengikut jenis pekerjaan dan sistem pelajaran yang
berbeza telah mengurangkan tahap interaksi penduduk Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai rumpun etnik yang berbeza. Tindakan penjajah yang mengasingkan kaum
mengikut bidang ekonomi dan persekitaran tempat tinggal, misalnya orang Melayu
kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar dan bekerja sebagai petani dan
nelayan, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta
bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah manakala orang India
kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, telah
menimbulkan kecurigaan antara satu dengan lain.
1ika tidak berlaku kekacauan berdarah 13 Mei 1969, hubungan antara etnik di
negara ini bukan sahaja setiap masa berada seperti telur di hujung tanduk,
keadaan politik dan ekonomi juga berada dalam keadaan yang sentiasa terdedah
ancaman dalaman dan luaran. Lalu, Iormula perpaduan menjadi asas kepada status-
quo seperti yang dialami sekarang. Ekoran peristiwa 13 Mei juga berlaku satu
revolusi ekonomi Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak bernama Dasar Ekonomi
Baru (DEB) untuk membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula masyarakat
bagi mengimbangi kedudukan ekonomi antara kaum.
Dasar Ekonomi Baru ialah satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan
dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua yang bertujuan untuk
membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Matlamat
utamanya ialah perpaduan negara. Menyedari hakikat bahawa matlamat untuk
mewujudkan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang bersatu padu hanya boleh
dicapai sekiranya penduduknya menikmati pengagihan ekonomi yang seimbang, DEB
telah dirancang dengan mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah
kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain. Di samping itu, DEB yang digubal juga
mengambil kira keadaan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum. Wujudnya
kemiskinan dengan sendirinya telah menimbulkan ketegangan antara golongan yang
berharta dan yang tidak berharta. Sewaktu tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969,
masalah kemiskinan di Malaysia sebenarnya bukan merupakan masalah orang Melayu
sahaja tetapi juga masalah kaum-kaum yang lain. Apa yang memburukkan lagi
keadaan ialah orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding
kaum-kaum yang lain. Walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang
baik, tetapi yang jelas ialah orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu
bersaing dengan kaum-kaum lain. DEB dirancang sebagai satu program jangka
panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun
1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan
menerusi strategi serampang dua mata:-
pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;
penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut Iungsi-Iungsi ekonomi.
17
Secara keseluruhanya DEB telah berjaya membawa perubahan dalam tempoh 20
tahun pelaksanaannya, khususnya dalam mencapai matlamat membasmi kemiskinan.
Namun begitu, usaha untuk menyusun semula guna tenaga perlu diperhebatkan lagi
kerana matlamat yang ditetapkan tidak tercapai sepenuhnya. Bagi memastikan
matlamat ini tercapai, kerajaan telah membentuk Dasar Pembangunan Nasional yang
merupakan kesinambungan pelaksanaan DEB.
Isu Mempertahankan Hak dan Agenda Melayu
Atas nama globalisasi dan juga cita-cita untuk menjadi sebuah negara maju, maka
banyak hak dan agenda Melayu dalam aspek sosio, ekonomi dan politik tergendala
kerana keghairahan ini. Apabila menyebutkan agenda Melayu, terdapat beberapa
peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menunjangi
agenda tersebut. Unsur-unsur tesebut adalah sistem beraja, Bahasa Melayu, agama
Islam dan kedudukan istimewa Melayu. Isu ini akan muncul apabila haknya
dipersoalkan oleh kaum yang lain. Dalam ertikata yang lain, hak Melayu ini cuma
menjadi benteng sebelum terhakis dengan lebih lanjut. Ia lebih bersiIat deIensiI
daripada oIensiI. Perkara yang paling ditakuti untuk dikemukakan, takut-takut akan
menyinggung perasaan kaum yang lain. Ada juga yang merasakan bahawa Hak
istimewa Melayu janggal untuk diperjuangkan dalam orang memperkatakan tentang
hak demokrasi, globalisasi dan sebagainya. Malah sudah ramai yang merasakan
bahawa wujudnya hak istimewa Melayu adalah setting daripada sebelum
kemerdekaan. Kontrak sosial yang timbul sebelum merdeka bagaikan tidak boleh di
gunapakai sekarang ini. Dikalangan generasi muda Melayu/Islam sekarang ini,
mereka lebih bersikap apologetic dan defensive dalam mempertahankan haknya.
Apabila timbul beberapa gagasan yang mengatakan bahawa dasar-dasar dan agenda
Melayu terutamanya dalam Dasar Ekonomi Baru telah mendiskriminasikan kaum-
kaum lain, maka kelompok muda yang hilang hujah akan mengiyakan saja pandangan
ini. Sikap sebegini timbul kerana kegagalan mereka untuk memahami beberapa
peruntukan yang terdapat di dalam perlembagaan dan juga fenomena buta sejarah
yang timbul daripada sistem pendidikan yang tidak menekankan kepada aspek-
aspek persejarahan. Apa yang perlu dilakukan adalah memberikan pendedahan
perlembagaan kepada seluruh lapisan masyarakat terutamanya generasi muda supaya
mereka mempunyai pengetahuan dan maklumat lengkap tentang haknya sepertimana
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perlaksanaan dasar tentang hak Melayu dan perlaksanaan DEB dalam tahun 1970an
sudah tentu membawa perasaan tidak senang kepada bukan Melayu. Kekuatan yang
bakal dimiliki oleh orang Melayu dari aspek sosio-ekonomi sudah tentu menjejaskan
satu-satunya kekuatan yang dimiliki mereka. Kerana itu mereka mengambil
pendekatan social closure dimana peluang sosial dan ekonomi yang dinikmati mereka
ditutup kepada kelompok lain. Ia tidak berlaku dalam bentuk undang-undang, tetapi
berlaku dalam bentuk kumpulan. Antara langkah yang dilakukan ialah selI declared
economic salvation dan juga digerakkan oleh pertubuhan-pertubuhan cauvinis seperti
clan associations, trade guilds, dewan-dewan perniagaan, pertubuhan alumni dan
pertubuhan agama. Kelahiran IPTS swasta juga telah menjadi medan untuk
menyemarakkan lagi sistem pendidikan kaum-kaum tertentu di Malaysia ini. Suasana
ini sudah tentu menambahkan jurang dan akhirnya menimbulkan perasaan tidak puas
hati dikalangan orang Melayu yang merasakan diri mereka sentiasa tertinggal.
18
PER1UANGAN
KITA MASIH
BELUM
SELESAI...
19
Isu Dadah..
Mengikut statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), bagi tempoh
Januari dan Febuari 2005, jumlah penagih dadah yang ditangkap di Malaysia
ialah 4,050 orang. Ini bermakna, purata 68 penagih telah dapat dikesan setiap
hari. Daripada jumlah itu, 1,909 adalah penagih baru mengikut maklumat
daripada NADI (Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan). Ini bermakna 32
penagih baru dikesan setiap hari. Angka ini amat membimbangkan kita. Tahun
2006 , sebanyak 300,000 penagih dadah di Malaysia 70 peratus anak Melayu.
Pecahan mengikut proIil bangsa;
a. 1,122 ----- (64,4 ) ------- Melayu;
b. 179 --------(12.2 ) ------- Cina;
c. 132 --------(8.4 ) --------- India;
d. 357 --------(11.4 ) ------- pribumi Sabah;
e. 15 ----------(0.5 ) -------- pribumi Sarawak;
I. 103 ---------(3 ) ---------- lain-lain; dan
g. 1 ------------(0.02 ) ----- warga asing.
Mengikut jantina pula: 97.8 adalah penagih lelaki dan hanya 2.2 sahaja
adalah penagih perempuan.
Diskriminasi
KUALA LUMPUR 23 Ogos ,Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) hari ini mendedahkan ramai proIesional
Melayu mengadu kepada pertubuhan itu mereka sering menjadi mangsa diskriminasi dalam sektor swasta.
Menganggur..
Kuala Lumpur , 21 Julai (bernama) Ketua Puteri Umno mendesak kerajaan memberi lebih banyak tempat kepada
pelajar melayu mengikuti skim latihan graduan (SLG) memandangkan kadar pengangguran yang tinggi
dikalangan kaum terbabit. Beliau berkata 89.3 atau 32,669 graduan menganggur terdiri dari graduan melayu
dan 7 daripada10 graduan yang menganggur membabitkan wanita
Kuala Lumpur, 4 Julai (Bernama)
Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) Datuk Dr Hj Mohd Jamil Mukmin kesal
ramai golongan muda Melayu tercicir daripada masyarakat dan arus pembangunan. "Produk yang kita hasilkan
daripada pusat pengajian tinggi sekarang ini tidak berkualiti dan tidak dapat memenuhi semangat kemerdekaan.
Kita ada 100,000 siswazah yang menganggur, ada ijazah tetapi bekerja di kilang atau di kompleks membeli belah.
20
Azlina 1ailani Lina 1oy ??
1. Selepas berkahwin dengan seorang Kristian,
beliau memohon untuk pendaItaran
perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di
dalam Kad Pengenalan masih tertulis
beragama Islam walaupun beliau berjaya
menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada
Lina Joy.
2. Berusaha untuk menghilangkan perkataan
agama Islam tersebut dengan permohonan
kepada Jabatan PendaItaran Negara (JPN)
pada tahun 2000.
3. Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN
disebabkan tidak ada kebenaran dari
Mahkamah Syariah yang membenarkan
memperakui beliau keluar Islam.
4. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-
undang Islam yang tidak membenarkan
(MENGHARAMKAN) seseorang Muslim
keluar dari Islam (Murtad), dan Sifil Tukar
Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki
oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.
5. Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi
tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan
pada 19-Septemebr-2005, dan keduanya
mengiktiraI bahawa kes adalah dalam kuasa
Mahkamah Syariah untuk membenarkan
beliau keluar dari Islam dan membolehkan
dibuang perkataan Islam di dalam Kad
Pengenalan.
Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela,
Dato` Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis
Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes
dibawa kepada Mahkamah Persekutuan.
6. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1
non-Muslim ~ Ketua Hakim Tun Fairuz,
Dato` Alauddin, & Dato` Richard) pada
dasarnya berpendirian yang sama menyokong
tindakan Mahkamah Rayuan, HINGGALAH
Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam
Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain,
yang hanya menjadi barisan peguam
pemerhati beserta banyak lagi NGO yang
menyokong Lina Joy meminta untuk memberi
hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh
mahkamah yang terlibat.
7. Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang
mana tidak pernah dalam sejarah perundangan
negara peguam pemerhati dibenarkan
berhujah di dalam Mahkamah.
8. Hujah yang dibawa oleh barisan peguam
pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut
melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak &
kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah
bahawa Lina 1oy adalah berhak untuk
mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh
perlembagaan sebagai hak individu seperti yang
terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan
Persekutuan.
Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-
Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-
Faith Council (IFC) adalah untuk mendeIinisikan
perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam
Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per
sey, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.
Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia
penghujahan yang sebegitu berani & bersikap kurang
ajar yang dilakukan untuk menghuraikan deIinisi
tersebut bagi menguraikan ikatan Islam mengikut
keIahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan
menafikan hak Islam sebagai agama untuk
mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan &
syariat Islam seperti yang terkandung dalam
undang-undang Islam.
Mereka Yang Menyokong Lina 1oy
Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar
wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi
pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka
dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy,
antaranya;
Malaysian Bar Council
All Women`s Action Society (AWAM)
Sisters in Islam (SIS)
Catholic Lawyers Society
InterIaith Spiritual Fellowship
Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
Malaysian Consultative Council oI Buddhism,
Christianity, Hinduism and Sikhism
(MCCBCHS)
National Human Rights Society (HAKAM)
Pure LiIe Society
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Vivekananda Youth Movement, Seremban
Women`s Aid Organization (WAO)
Women`s Development Collective (WDC)
21
IMPLIKASI KES LINA 1OY??
1. Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila
masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada
bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat
dengan agama Islam seperti yang telah diga:etkan dalam
perlembagaan.
2. Apabila deIinisi "person" dideIinisikan sebagai hak individu,
maka agama Islam boleh ditaIsirkan mengikut keIahaman
individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh
mengongkongnya;
Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa.
Islam boleh diamalkan mengikut keIahaman sendiri
sepenuhnya.
Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil
tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak
relevent.
a. Sebagai contoh, solat boleh dilakukan mengikut sedap
hati mengikut rakaat solat yang diIahami sendiri, puasa
dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat
deklarasi 'bukan Islam pada bulan itu tanpa boleh
diambil tindakan.
b. Semua badan-badan Islam tidak relevant lagi dalam
perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara
individu diperjuangkan.
Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai
benteng & simbol agama.
Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan
terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan Iahaman
mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang
memaksa anak mereka mengamalkan Islam.
Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan
tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta
Solat, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat
seseorang Muslim di dalam perlembagaan.
Isu Tuntutan SUQIU
Suqiu adalah singkatan nama bagi
Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya
Persatuan-Persatuan Cina Malaysia.
Rayuan pilihanraya tersebut telah
dikemukakan secara rasminya pada 16
Ogos 1999 sebelum pilihanraya umum
ke sepuluh, 29 November 1999.
Terdapat 17 perkara Rayuan yang
dikemukakan oleh Suqiu. Rayuan
tersebut telah dianjurkan pada asalnya
oleh 11 pertubuhan nasional Cina di
Malaysia.
Suqiu telah membuat 83 tuntutan
di bawah 17 tajuk. Walaupun ada
beberapa yang boleh diberi
pertimbangan tetapi umumnya
tuntutan Suqiu ialah supaya orang
Cina mendapat semua yang mereka
anggap sebagai hak mereka. Inilah
maksud dan hasil daripada
memansuhkan perbezaan antara
bumiputera dengan bukan bumiputera.
Jika semua 83 tuntutan Suqiu diterima
maka bukan sahaja kita perlu
membelakangkan sosial kontrak, asas
negara yang terdiri dari kaum Melayu,
Cina dan India tetapi Perlembagaan
Malaysia juga akan diketepikan. Saya
yakin jika ini dibuat negara kita tidak
lagi akan aman dan tidak mungkin
maju.
Ajaran Sesat!!..
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia telah terdapat 55
jenis aliran sesat yang telah diwartakan di Malaysia, Diantaranya adalah
- Al- Arqam
- Ajaran Ayah Pin
- Golongan Anti-Hadith
Antara bentuk kesesatan ( cth ; ajaran ayah pin)
- Percaya kepada Allah ialah dengan kita kenal atau melihat dia.
- Beriman kepada Rasul ialah dengan cara berjumpa dengan
Rasul-Rasul.
- Kitab al-Quran adalah cantuman daripada empat kitab.
- Malaikat dijadikan daripada Nur Muhammad dan malaikat
seperti manusia.
22
Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak
menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan
banyak kes murtad terjadi atas alasan bercinta, ikut boyfriend.
Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh.
Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan sistem perundangan dan
kehakiman kita sendiri.
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari
setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian
Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan
sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia
sedang dimurtadkan dirumah.
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang
didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam
keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke
sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas
dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia
hendak,dan layak melanjutkan ke peringkat
Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia
dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam.
Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun
imam Haji Tahir. Dia juga haIal surah Yasin.
Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa
yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua
dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah
pun dia haIal .
Masuk UITM dia terlibat dalam gerakan Islam.
Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu
kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi
keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti
biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-
bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di
lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu
juga keterampilannya. Tiap-tiap hari teleIon
bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu.
Hari terakhir dia teleIon 19 Nov 1997,
"Assalamualaikum
ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak
bagitahu, Intan dah kristian."
Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran
macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol
anak Melayu yang telah dididik dengan begitu
rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh
buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV
menangis, keluar radio menangis, pergi Iorum
menangis apa yang dia boleh buat? Semua
dokumen mahkamahakan jadi bahan arkib
termasuk permohonan kaIir laknatullah itu minta
Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan .
Perhimpunan Hindraf 2007 telah diadakan
secara haram di Kuala Lumpur, pada pagi Ahad,
25 November 2007. Perhimpunan dianjurkan oleh
pertubuhan NGO, HindraI iaitu Gerakan Tindakan
Hak Asasi Hindu. HindraI dikatakan disertai 30
pertubuhan NGO Hindu di Malaysia.
Lokasi utama penunjuk perasaan ialah di kuil
Hindu di Batu Caves, kira-kira 5 km dari Kuala
Lumpur. Bilangan mereka mencecah 1000 orang
dan memaksa polis dikerah ke sana untuk
mengawal keadaan. Pada malam itu, ada di antara
mereka melontar batu dan batu-bata ke arah polis
dan polis peronda. Pintu pagar kuil Batu Caves
telah ditutup tetapi penunjuk perasaan yang lari
dari ditangkap polis telah memecah masuk pintu
pagar utama kuil itu jam 2 pagi. Mereka berada di
sana kerana ada perayaan menyalakan lilin.
Jawatankuasa kuil Batu Caves cuba menggesa
mereka bersurai tetapi mereka masuk beramai-
ramai. Setelah memasuki kuil, polis telah diserang
dengan batu. Oleh itu polis terpaksa melepaskan
pancutan air dan gas pemedih mata di dalam dan
luar. Polis mengesahkan sebuah bas dibakar di
Batu Caves oleh penunjuk perasaan yang
bertindak balas terhadap polis. Tujuh buah
kenderaan polis turut dirosakkan kerana
terkena balingan batu. Mereka turut
membaling molotov cocktail ke arah kenderaan
polis. Sub Inspektor Chew Choon Peng menerima
11 jahitan setelah terkena batu yang dibaling oleh
penunjuk perasaan. Lans Koperal Razali Redzuan
pula menerima beberapa jahitan di muka.
Pemimpin Hindraf menggunakan sentimen
agama dan perkauman iaitu menegaskan kaum
India dan agama Hindu tertindas . Sebaliknya
orang Melayu yang berugama Islam dan parti
UMNO yang bertanggungjawab di atas nasib
mereka. Pendapat mereka disebarkan melalui
majlis Iorum, pengedaran buku dan risalah dalam
bahasa Tamil, penggunaan laman web dan SMS
bagi mendapatkan sokongan moral dan material
daripada kaum India. Mereka turut menjadi dalang
menentang pihak berkuasa tempatan yang hendak
merobohkan kuil Hindu yang dibina secara haram.
Malah akan menggunakan gangster bagi
menghalang perobohan kuil pada masa depan.
23
MENGIMBAU
KEMBALI
KEGEMILANGAN
SILAM
24
Empayar-Empayar Rumpun Melayu di Nusantara
Kerajaan Langkasuka adalah antara kerajaan
Melayu yang tertua di Semenanjung Malaysia,
wujud dari abad ke-2 hingga abad ke-14. Pusat
pemerintahannya terletak di Patani. Setelah
menaiki takhta pada tahun 1335, Raja Bharubhasa
telah menyatukan wilayah asal Kerajaan
Langkasuka dengan Kerajaan Champa (Vietnam)
dan Samudera-Pasai (Aceh) untuk membentuk
koalisi sementara bernama Empayar Chermin.
Pusat empayar ini telah dipindahkan ke sebuah
tempat yang digelar 'Jeddah dan dipercayai terletak di Bukit Panau, Kelantan.
Empayar Srivijaya merupakan empayar maritim
yang terawal di Nusantara dengan pusatnya yang
terakhir di Palembang, Sumatera Selatan. Ia wujud
antara abad ke-3 hingga abad ke-14. Dinasti
Sailendra telah membina candi Borobudur di
Yogyakarta dalam abad ke-9. Kebudayaan Melayu
disebarkan oleh Srivijaya hingga ke bahagian barat
Indonesia, Semenanjung Malaysia, Selatan
Thailand, dan sebahagian kepulauan Filipina.
Empayar ini akhirnya merosot dan beransur-ansur
lenyap apabila pada tahun 1017, 1025, dan 1068,
Srivijaya telah diserang oleh tentera Raja Rajendra Chola dari Selatan India.
Empayar Majapahit terbit dari kerajaan
Jawa yang teragung, diasaskan oleh Raden
Wijaya pada 1293 dan berpusat di sekitar
timur Pulau Jawa. Terkenal dengan armada
maritimnya yang besar, Majapahit telah
berjaya menangkis serangan Siam
Ayudthaya ke atas Nusantara ini melalui
bantuan Empayar Chermin yang bersekutu
dengan Majapahit sekitar 1357. Majapahit
juga berjaya menghalau kemaraan bangsa Mongol di rantau ini dalam abad ke-13.
Majapahit mencapai zaman kegemilangannya dibawah Raja Hayam Wuruk (1350-
1389) dan Mahapatih Gadjah Mada (13131364). Empayar ini lenyap sekitar 1500.
Didirikan oleh Parameswara pada 1402,
Kesultanan Melayu Melaka tersohor sebagai
empayar Nusantara yang mempunyai perlabuhan
entrepot untuk perdagangan antarabangsa. Bahasa
Melayu ketika itu telah berkembang menjadi
`lingua Iranca` di rantau ini. Dibawah pimpinan
Bendahara Tun Perak, Melaka berjaya menyekat
pencerobohan Siam. Melaka juga menjadi pusat
penyebaran agama Islam yang terpenting di Asia
Tenggara ketika itu. Melaka akhirnya jatuh ke tangan armada laut Portugis pada 1511.
25
Contoh Pencapaian Teknologi Tamadun Melayu
Senibina bangunan Melayu di zaman silam
adalah unik kerana selain mempunyai ukiran-
ukiran seni, ia juga langsung tidak menggunakan
paku dalam pembinaannya. Atapnya yang besar
juga menyediakan ruangan ventilasi yang baik
untuk didiami di kawasan beriklim tropika.
Contoh senibina bangunan Melayu yang terkenal
adalah Istana Sultan Mansur Shah yang pernah
dibina ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Meriam gergasi Seri Patani merupakan
antara 3 laras meriam gergasi yang digunakan
oleh Persekutuan Patani Besar selain Mahalela
dan Seri Negara sebagai benteng pertahanan
untuk menyekat kemaraan penjajah Siam
Ayudthaya ke atas Tanah Melayu. Ia adalah
simbol teknologi persenjataan Melayu yang
termoden pada abad ke-17 dan dibina ketika
pemerintahan Ratu Biru (1616-1624) di Patani.
Kapal layar tradisional etnik Bugis iaitu Phinisi
merupakan contoh teknologi pelayaran
Nusantara yang terhebat di zaman silam
sehingga mereka dapat berlayar jauh keluar dari
Sulawesi Selatan menuju AIrika Selatan,
Madagaskar, Australia dan Thailand bermula
dari tahun 1670. Phinisi juga dipercayai adalah
antara kapal layar tradisional rumpun Melayu
yang terbesar serta terlasak di rantau ini dan ia
masih dibina hingga kini.
Sistem matawang Melayu zaman silam dimajukan lagi dengan
penggunaan Pohon Pitis dan Syiling Emas Kijang oleh Kerajaan
Kelantan-Patani seawal tahun 1400 hingga 1909. Pohon Pitis telah
diabadikan sebagai lambang Bank Simpanan Nasional (BSN),
manakala Syiling Emas Kijang pula dijadikan logo Bank Negara oleh
kerajaan Malaysia pada hari ini.
Perisai tubuh etnik Bugis ini
melambangkan ketelitian rekaan
kelengkapan pertahanan purba rumpun Melayu.
Sungguhpun diperbuat daripada gangsa, namun ia
tetap ringan dan Ileksibel bagi pergerakan tubuh
ketika pertempuran zaman pra-senjata api.
26
Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.
Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.
Dari masa hingga masa,
Petualang menghancurkan bangsa,
Alatkan agama demi peribadi,
Pupus kita di bumi Ilahi.
Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.
Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.
Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
1anganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara.
27
Rujukan
Harun Aminurrrashid, 1966. Kafian Sefarah Perkembangan Bahasa Melavu,
Singapura: Pustaka Melayu, m.s. 4-5
Nik SaIiah Karim dan Wan Malini Ahmad. Bahasa Melavu STPM (2006),
edisi pertama, m.s. 3-5. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Madiana & Hasnah, 2000. Pengafian Malavsia,Shah Alam: Penerbitan Fajar
Bakti, m.s. 140 dan 150
Ismail Hamid, 1988, Masvarakat dan Budava Melavu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, m.s. 4
Ensiklopedia Sefarah dan Kebudavaan Melavu, 1988, Jld 3 (M-Q), Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 1504
Laman web Portal Pendidikan Utusan Malaysia
Laman web Migrasi Manusia Dari Sungai Mekong Ke Dunia Melavu oleh
Farul Azri
Artikel Bangsa Melavu Akan Terus Gagal Sehinggalah Mereka Dapat
Mengenal Diri Mereka Sendiri oleh Feriz Omar
Laman web blog 13 Mei. Dari Kacamata Melavu
Artikel Agenda Melavu. Isu & Cabaran oleh ProI. Madya Shaharuddin
Badaruddin, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti
Teknologi Mara Cawangan Sarawak.
LotIi Ismail 1980. Sefarah Malavsia 14001963. Utusan Publications &
Distributors
Negara Kita. Sefarah, Pentadbiran dan Dasar-Dasar Pembangunan 1982.
INTAN.
Asnarulhadi Abu Samah dan Jayum A. Jawan 1997. Kenegaraan Malavsia.
Universiti Putra Malaysia.
Malavsia Kita. Panduan dan Rufukan Untuk Peperiksaan Am Kerafaan 1991.
International Law Book Services.

Anda mungkin juga menyukai