Anda di halaman 1dari 5

MODEL PENGAJARAN CIRO

1.1 PENGENALAN

Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran


ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada
proses mengajar dan belajar yang dijalani oleh guru dan pelajar di dalam bengkel
kejuruteraan aliran vokasional dalam bentuk teori dan amali. Pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan merupakan suatu elemen yang penting untuk menyampai
dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Pengajaran berkesan dilihat sebagai suatu
proses penyampaian maklumat dan memberikan pengalaman yang akan mengubah
tingkah laku seseorang pelajar secara kekal. Perubahan tingkah laku seseorang pelajar
dapat dilihat dari segi kefahaman dan kemahiran yang mereka perolehi semasa sesi
pengajaran berlaku atau pun semasa membuat latihan yang diberikan oleh guru. Selain itu,
pengajaran berkesan juga ditakrifkan sebagai pengajaran yang dapat meningkatkan
pembelajaran dalam diri pelajar (Hunter, 2003). Jika pelajar itu sendiri mempunyai
kesedaran terhadap pengetahuan mereka, sudah tentu objektif pengajaran akan dapat
dicapai dengan jayanya serta memudahkan pengajaran berlaku di dalam kelas atau pun
bengkel.

Berdasarkan Vermeulen dan Crous (2000), beberapa penulis menyatakan


pengajaran dan latihan adalah perkara yang paling penting dalam menentukan kualiti
pengetahuan dan kemahiran seseorang. Birds (1993) pula melihat latihan sebagai asas
untuk memperkembangkan pengetahuan dan seterusnya mempertingkatkan kualiti
seseorang. Pengurusan secara sistematik di dalam kelas atau bengkel amat penting untuk
memperolehi keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berikutan
dengan perkara yang sedemikian, satu perubahan perlu dilakukan bagi memastikan
keperluan negara di masa hadapan dapat dipenuhi dengan sebaiknya.

1.2 MODEL PENGUKURAN LATIHAN


Penilaian adalah merupakan sebahagian daripada latihan. Ia menunjukkan
keberkesanan keseluruhan latihan dalam mencapai objektif (Oakland dan Robin, 1995).
Proses penilaian, mengikut Amstrong (1988), sebagai "sebarang percubaan untuk

2|Page
DBK10702 Pembangunan Kurikulum

mendapatkan maklumat (maklum balas) ke atas kesan program latihan, dan untuk menilai
nilai latihan dalam cahaya maklumat". Terdapat beberapa model untuk mengukur
keberkesanan latihan, salah satu daripadanya ialah model Ciro. Pada tahun 1970, model
Ciro untuk penilaian latihan pengurusan telah dicadangkan oleh Warr, Bird, & Rackham di
mana merangkumi beberapa peringkat dari model Kirkpatrick, khususnya paras 1 dan
boleh dikatakan 4 sekiranya hasil dinyatakan dari segi kesan perniagaan. Model ini hampir
sama dengan model CIPP dalam kebanyakan aspek yang lain tetapi masih mengalami
kekurangan. Model Ciro digunakan secara meluas dalam perniagaan semasa.

Model Ciro adalah berdasarkan penilaian empat aspek latihan iaitu konteks, input,
tindak balas dan hasil. Penilaian konteks memberi tumpuan atas faktor-faktor seperti
mengenal pasti keperluan latihan yang betul dan penetapan objektif berhubung dengan
budaya dan iklim organisasi. Di samping itu, ia sepatutnya mempertimbangkan bagaimana
komponen program ini mencerminkan budaya dan struktur organisasi. Penilaian input pula
berkenaan dengan reka bentuk dan penyampaian aktiviti latihan. Ia cuba untuk mengukur
beberapa input untuk pembinaan sesuatu program dengan tujuan untuk membantu pihak
atasan dalam mengenal pasti individu yang terlibat dengan cara yang paling efektif. Untuk
itu, ia memberi tumpuan kepada sumber-sumber yang diperlukan untuk pelaksanaan
sesuatu program latihan seperti kemudahan, peralatan, bajet, kaedah kandungan dan cara
penyampaian supaya boleh dicapai.

Penilaian tindak balas atau reaksi lebih fokus pada penilaian yang dibuat dengan
cara mengumpul reaksi pelajar terhadap program latihan yang diikuti sama ada semasa
atau selepas latihan. Penilaian hasil pula merupakan penilaian yang dilaksanakan
berdasarkan pencapaian objektif latihan sama ada tercapai atau pun tidak. Ia memberi
tumpuan pada pencapaian yang diperolehi daripada aktiviti dan seterusnya dinilai pada tiga
peringkat utama iaitu serta-merta, pertengahan dan penilaian muktamad. Penilaian serta-
merta mengukur perubahan dalam pengetahuan, kemahiran, dan sikap sebelum pelatih
memasuki alam pekerjaan. Berdasarkan Santos dan Stuart (2003), penilaian pertengahan
merujuk kepada kesan latihan terhadap prestasi kerja dan bagaimana pembelajaran
diaplikasikan di tempat kerja. Penilaian muktamad pula cuba untuk menilai kesan latihan
terhadap prestasi jabatan atau organisasi dari segi keseluruhan keputusan.

|Page
DBK10702 Pembangunan Kurikulum

1.3 PENDEKATAN PENILAIAN CIRO


Menurut Tennant, Boonkrong, dan Roberts (2002), model Ciro memberi tumpuan
terhadap pengukuran latihan yang dijalankan. Kekuatan utama model Ciro adalah lebih
memfokuskan pengukuran sebelum dan selepas latihan, maka bahagian objektif dan input
telah diambil kira serta dipertimbangkan. Selain itu, terdapat langkah-langkah pra-latihan
dan pasca-latihan untuk menentukan sama ada objektif latihan telah dicapai atau
sebaliknya. Walaupun begitu, model Ciro tidak fokus pada pengukuran perubahan tingkah
laku serta memerlukan lebih banyak sumber latihan. Berdasarkan Vermeulun dan Crous
(2000), terdapat empat kriteria dalam memastikan latihan yang dijalankan berjaya iaitu
program latihan mesti dilihat sebagai proses yang berterusan. Selain itu, program latihan
mestilah difokuskan supaya individu tersebut menerima kursus yang sesuai pada tahap
keperluan yang sesuai. Latihan juga perlu dirancang untuk masa hadapan yang meliputi
kualiti kemahiran dan teknik-teknik yang terbaik. Seterusnya, penggunaan bahan-bahan
untuk latihan perlulah bersesuaian dengan bidang kerja organisasi.

1.4 KESIMPULAN
Permasalahan dari segi kualiti kemahiran boleh diselesaikan melalui pembangunan
pengurusan kualiti dalam mencapai kualiti proses dan produk akhir. Untuk membangunkan
pengurusan kualiti, adalah penting untuk mengenal pasti aktiviti tertentu yang boleh
memberi kesan terhadap pengurusan dan sistem. Pendekatan yang boleh digunakan untuk
menyelesaikan kesan terhadap pengurusan adalah melalui latihan dan pembelajaran yang
mana proses ini dijalankan secara berterusan.Pengukuran yang efektif untuk model latihan
amat diperlukan untuk menunjukkan bagaimana model latihan ini digunakan dalam
meningkatkan kemahiran atau kecekapan individu tersebut berdasarkan tiga aspek utama
iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap.

|Page
DBK10702 Pembangunan Kurikulum

RUJUKAN

Pustaka Ansyar, Mohammad. (1989). Dasar-dasar Pengembangan Kurikulum (Edisi


Revisi). http://www.pustaka-Ansyar.com [dicapai pada 13 Mei 2012].

Rahmana, A. (2011). “The Framework of Education and Training for Quality Management in
Small Medium Enterprises”. http://iclll2011.oum.edu.my [dicapai pada 13 Mei 2012].

Azizi Yahaya et. al(2007). “Model Pengajaran”. http://eprints.utm.my/10398/1/ model_


pengajaran.pdf [dicapai pada 13 Mei 2012].

|Page
DBK10702 Pembangunan Kurikulum

LAMPIRAN

|Page

Anda mungkin juga menyukai