Anda di halaman 1dari 6

Dalil dan Hukum

Umum sedia maklum bahawa kaedah In Vitro Fertilization (IVF) atau juga dikenali
sebagai kaedah bayi tabung uji atau persenyawaan di luar tabi’i telah mewujudkan
revolusi di dalam dunia perubatan di bidang teknologi Obstetrik dan Ginekologi. Kaedah
ini merupakan perkara yang luar biasa lagi-lagi untuk pasangan-pasangan yang telah
lama mengimpikan cahaya mata di atas sebab faktor kemandulan atau masalah
kesihatan pasangan mereka. Namun, pada mulanya, isu ini menjadi polemik dalam
kalangan umat Islam lebih-lebih lagi isu perdebatan yang melibatkan batas manusia
menukar edaran alam yang telah ditetapkan oleh Allah. Maka, umum mengetahui,
apabila isu ini menjadi satu polemik yang besar, sudah pastinya wujud kemusykilan-
kemusykilan yang timbul di benak fikiran masyarakat madani Islam kita yang bermazhab
sunni. Oleh itu, sudah menjadi tugas umat Islam sebagai khalifah untuk mencari jawapan
bagi setiap persoalan yang melibatkan masyarakat kita dengan menetapkan dalil dan
hukum berlandaskan sumber-sumber perundangan Islam iaitu Al-Quran, As-Sunnah,
Ijma’ dan Qiyas. Menurut buku Isu-Isu Fiqh Perubatan Semasa, dalil dan hukum bagi IVF
boleh dikupas kepada tujuh situasi iaitu:

No. Situasi Hukum Dalil


Sperma suami dan ovum isteri -Merupakan satu
diekstrak dari badan dan maslahah kerana
disenyawakan di luar badan lalu menggalakkan
1. dimasukkan ke dalam rahim isteri. Harus perkembangan ummah.
-Namun hanya diharuskan
jika ada keperluan seperti
masalah kemandulan
Sperma suami diambil dan -Merupakan satu
dimasukkan terus ke dalam rahim maslahah kerana
2. Harus
isteri (Inseminasi Buatan(IUI)). menggalakkan
perkembangan ummah.
Nota: Inseminasi Buatan(IUI) -Namun hanya diharuskan
mempercepatkan proses sperma dan jika ada keperluan seperti
ovum bersenyawa. masalah kemandulan
Sperma suami dan ovum isteri -Dalil aqli dari sepakat
pertama diambil dan ditanam ke dalam ulama.
rahim isteri kedua sebagai ibu -Haram kerana cara ini
tumpang(surrogate mother) untuk juga sama seperti
disenyawakan. perzinaan.
-Prinsip utama syariah
ialah untuk menjaga
3. Haram kehormatan dan
keturunan.
-Maka, dengan cara ini,
pencerobohan keturunan
berlaku kerana anak
tersebut bukan anak
kepada ibu yang
melahirkan.
Sperma dari lelaki dan perempuan -Dalil aqli dari sepakat
yang tidak berkahwin diambil lalu ulama.
ditanam ke dalam rahim perempuan -Haram kerana tiada
tersebut untuk disenyawakan. Kaedah ikatan perkahwinan dan
ini selalunya memerlukan penderma akad nikah.
sperma dari Bank Sperma. -Haram kerana cara ini
4. Haram juga sama seperti
perzinaan.
-Prinsip utama syariah
ialah untuk menjaga
kehormatan dan
keturunan.
Persenyawaan berlaku di antara -Dalil aqli dari sepakat
sperma orang lelaki dengan ovum ulama.
kosong seorang isteri pada lelaki dan -Haram kerana cara ini
ditanam di dalam rahim isteri yang juga sama seperti
ingin mengandung. perzinaan.
-Prinsip utama syariah
ialah untuk menjaga
5. Haram kehormatan dan
keturunan.
-Maka, dengan cara ini,
pencerobohan keturunan
berlaku kerana anak
tersebut bukan anak
kepada suami kepada
isteri yang mengandung.
Persenyawaan berlaku di antara -Dalil aqli dari sepakat
sperma orang lelaki dengan ovum ulama.
seorang perempuan yang tiada ikatan -Haram kerana cara ini
perkahwinan dan disenyawakan di juga sama seperti
dalam rahim isteri yang ingin perzinaan.
mengandungkannya. -Prinsip utama syariah
ialah untuk menjaga
6. Haram kehormatan dan
keturunan.
-Maka, dengan cara ini,
pencerobohan keturunan
berlaku kerana anak
tersebut bukan anak
kepada ibu yang
melahirkan.
Persenyawaan berlaku di antara -Dalil aqli dari sepakat
sperma orang lelaki dengan ovum ulama.
seorang perempuan yang tiada ikatan -Haram kerana cara ini
perkahwinan dan disenyawakan di juga sama seperti
dalam rahim isteri lelaki tersebut. perzinaan.
-Prinsip utama syariah
ialah untuk menjaga
7. Haram kehormatan dan
keturunan.
-Maka, dengan cara ini,
pencerobohan keturunan
berlaku kerana anak
tersebut bukan anak
kepada ibu yang
melahirkan.
Jadual 1: Hukum dan dalil IVF menurut mazhab Islam sunni

Maka, dapat disimpulkan bahawa umat Islam bermazhab hanya mengharuskan IVF jika
gamet yang disenyawakan ialah gamet pasangan suami dan isteri itu sendiri dan juga
isteri tersebut yang melahirkannya. Sesungguhnya Islam tidak menentang pembangunan
Sains dan Teknologi yang mendatangkan maslahah kepada ummah kita kerana kita
mengamalkan pengetahuan ilmu sepadu. Malah, menurut jurnal ‘Making muslim
babies: Ivf and gamete donation in sunni versus shi’a islam’ oleh Marcia C. Inhorn
,umat Islam kita iaitu umat Islam bermazhab sunni juga yang paling awal membenarkan
dan mempraktikkan IVF iaitu di Mesir, Arab Saudi dan Jordan pada pertengahan tahun
1980s dan disusuli dengan Islam Syiah di Iran. Namun, pada tahun 1990-an, sesetengah
umat Islam di tanah Arab dan malah masyarakat Islam di Nusantara masih menganggap
bahawa merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral. Pada abad 21, ummah kita
menjadi lebih peka dengan hukum yang telah ditetapkan oleh para ulama kita.
Manakala, terdapat pula perbezaan pendapat menurut pandangan syiah Islam, Kristian,
Yahudi, Hindu dan Buddha. Tersebut ialah hukum dan pendapat mazhab dan agama lain
mengenai IVF:

Mazhab/Agama Hukum dan Pendapat


1. Syiah -Hukum IVF sama seperti mazhab sunni pada awal tahun
1990-an namun pada akhir tahun 1990-an, ulama syiah Iran,
Ayatollah Khomeini membenarkan IVF melalui ibu tumpang
dan pendermaan gamet.
2. Kristian -Kristian Vatican: Mengharamkan IVF kerana menganggap
zigot sebagai manusia.
-Kristian Ortodoks Timur: Mengharamkan IVF, ibu tumpang
dan pendermaan gamet.
-Kristian Protestan: Membenarkan IVF untuk pasangan suami
isteri yang berkahwin sahaja, manakala pendermaan gamet
dan proses ibu tumpang diharamkan.
-Kristian Anglican: Membenarkan IVF untuk pasangan suami
isteri yang berkahwin sahaja, manakala pendermaan gamet
dan proses ibu tumpang diharamkan.
3. Yahudi -Membenarkan IVF untuk pasangan suami isteri yang
berkahwin sahaja, manakala pendermaan gamet diharamkan.
-Proses ibu tumpang hanya ketika fasa pertama. Jika ibu
tumpang melahirkan anak tersebut, anak tersebut merupakan
anak kepada suami dan ibu tumpang tersebut kerana dia
melahirkan bayi tersebut.
4. Hindu -Membenarkan IVF untuk pasangan suami isteri.
-Manakala, pendermaan sperma hanya dibolehkan daripada
saudara terdekat suami.
-Inseminasi dibenarkan
5. Buddha -Membenarkan IVF namun menganggap bahawa melawan
hukum manusia jika proses IVF gagal kerana membantut
kelahiran manusia. Mereka juga berpendapat bahawa
mendapatkan sperma melalui cara beronani itu suatu dosa.
-Menggalakkan mengambil anak angkat.
Jadual 2: Hukum dan pendapat IVF menurut mazhab dan agama lain

Anda mungkin juga menyukai