Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat; iklan bermaksud pemberitahuan untuk
khalayak (orang ramai) ataupun dengan kata lain segala bentuk pesanan tentang sesuatu
produk yang disampaikan melalui media percetakan mahupun elektronik, dan dibiayai oleh
syarikat-syarikat yang dikenali ramai, serta ditujukan kepada sebahagian atau masyarakat
umum. Manakala menurut modul oleh Hamisah Zaharah 2001 secara umumnya Iklan
merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan barangan, perkhidmatan, peluang
pekerjaan, inspirasi dan maklumat kepada yang ingin disampaikan. Walaupun periklanan
bukan saluran media massa tetapi sejarah dan perkembanganya berkait rapat dengan sejarah
dan perkembangan media massa. Revolusi percetakan dan penciptaan alat cetak oleh
Johannes Gutenberg pada 1440 merupakan peristiwa paling penting dalam permulaan
kegiatan periklanan di dunia.

Pada era globalisasi ini, perkembangan pemasaran produk sekarang telah membawa
pengaruh periklanan dimana ia merupakan strategi yang diterapkan oleh syarikat-syarikat
untuk mempromosikan produk mereka. Pengguna dapat memilih segala produk yang diingini
melalui penerangan produk yang tersedia. Hal ini demikian, setiap syarikat mempunyai
strategi tersendiri bagi menghasilkan cara yang paling tepat dan menarik untuk mengiklankan
produk mereka di pasaran semasa. Seiring dengan perkembangan pesat teknologi aplikasi-
aplikasi media sosial seperti Instagram, facebook dan twitter juga digunakan untuk
mengiklankan produk mereka dimana ia mampu mengurangkan kos periklanan bagi syarikat-
syarikat mahupun individu yang ingin memasarkan produk mereka.

Secara umumnya, dapat dikatakan bahawa untuk meraih keuntungan dalam sesuatu produk
strategi yang baik perlu dilakukan bagi memenangi hati pembeli. Hal ini demikian
menyebabkan seorang pemasar perlu membaca situasi pasaran dengan tepat. Bagi mecapai
suatu sasaran dalam satu usaha pemasaran memerlukan alat bagi menyampaikan maklumat
kepada pengguna, salah satu caranya adalah mengiklankan produk dengan menarik dan
pada akhirnya pengguna akan tertarik untuk menggunakan produk yang telah diiklankan.
Penyampaian iklan akan membantu mengenalkan produk kepada pengguna, iklan
mempunyai peranan yang penting kerana ia dapat memberi kesan kepada pengguna.

Pada zaman dahulu, iklan muncul dalam bentuk poster dan juga pamphlet namun dengan
adanya mesin cetak, iklan telah dimuatkan di halaman-halaman akhbar, majalah mahupun
papan-papan iklan yang biasa dilihat di bandar-bandar. Seterusnya, media penyiaran mula
berkembang maka iklan tekah munculdalam bentuk suara iaitu melalui radio. Televisyen juga
memainkan peranan dalam periklanan dimana pengguna merasakan iklan-iklan yang
dipaparkan di televisyen lebih menarik kerana produk tersebut dipaparkan dengan adanya
efek pencahayaan, suara dan juga gerakan.

Periklanan sudah menjadi sebahagian daripada produk yang tidak dapat dipisahkan dengan
bisnes-bisnes yang berkembang pada saat ini. Namun ada ketikanya, periklanan
menimbulkan pelbagai masalah yang berbeza, terutama dalam konteks sosial. Iklan yang
dipaparkan di media massa kebiasaanya menunjukan unsur-unsur lucah dan juga berlebih-
lebihan dimana ia menyebabkan masyarakat sering terikut-ikut dengan budaya yang tidak
elok yang ditunjukkan di dalam iklan. Sebagai contoh, periklanan yang dilakukan oleh “Kak
KM” yang menjual produk jamu. Iklan yang digunakan oleh dia bagi memasarkan produknya
bersifat lucah dimana iklannnya bukan sahaja ditonton oleh orang dewasa malahan remaja
belasan-belasan tahun juga. Hal ini menyebabkan berlakunya gejala sosial yang tidak diingini
dalam kalangan masyarakat.

FUNGSI UMUM PERIKLANAN

Setiap iklan dihasilkan mempunyai objektfnya tersendiri. Namun begitu terdapat lima fungsi
umum periklanan yang mendasari matlamat sebuah periklanan iaitu fungsi pertama ialah iklan
barangan yang bermatlamat untuk memaklumkan. Iklan digunakan oleh pengeluar atau
syarikat untuk memberi maklumat kepada masyarakat mengenai produk syarikat. Iklan yang
dikeluar oleh pengeluar adalah bertujuan untuk melariskan produknya, Setiap iklan yang
dibina mestilah mempunyai elemen yang menarik yang mana ia mampu menarik minat
pengguna untuk membeli sesuatu produk.

Seterusnya, fungsi kedua ialah memujuk iaitu memujuk masyarakat untuk membeli produk
syarikat. Kadang-kadang pujukan tersebut mengambil bentuk dengan cara mempengaruhi
permintaan primer iaitu mencipta permintaan bagi seluruh kategori produk. Namun iklan yang
sering digunakan ialah iklan yang berbentuk sekunder iaitu permintaan sekunder yang mana
ia merupaka permintaan produk pemasaran yang memujuk pengguna untuk mencuba
sesuatu produk. Mengikut Jeremiah O’Sullivan dalam “The Social and Cultural Effects of
Advertising”, iklan merupakan konsep ideology, mitos, seni, daya tarikan seksual dan juga
agama. Pengiklanan membekalkan imej dan idea ke dalam produk dan perkhidmatan dimana
ia menyelitkan makna produk dan perkhidmatan melalui imej dan juga idea.

Fungsi ketiga ialah mengingatkan. Strategi periklanan yang kebiasaanya mengandungi


objektif di dalam mesej untuk mengingatkan sekumpulan pengguna tentang produk atau
perkhidmatan atau memperkenalkan tema baru bagi produk sebelum ini. Objektif utama ialah
untuk mengingkatkan kembali kepada pengguna tentang jenama atau produk yang
dikeluarkan oleh syarikat. Sebagai contoh, Primer Tissues muncul dengn idea yang kreatif
yang memberi tekanan kepada kelembutan dan ketahanan tisunya walaupun kebanyakan
pengguna telah mengetahui tentang jenma dan kualitinya. Hal ini demikian membantu dalam
mengekalkan jenamanya kepada pengguna.

Selain itu, periklanan juga berfungsi sebagai menambah nilai. Iklan yang berkesan memberi
nilai tambah terhadap sesuatu produk mahupun jenama. Ada tiga cara utama yang dilakukan
oleh sesuatu syarikat bagi menambah nilai produk mereka antaranya melakukan inovasi bagi
meningkatkan kualiti. Seterusnya, iklan yang lebih efektif menjadi jenama mereka dipandang
lebih tinggi oleh pengguna malahan pengguna menganggap produk yang dipasarkan lebih
bergaya dari jenama yang ditawarkan oleh syarikat lain.

Fungsi periklanan terakhir ialah membantu usaha syarikat lain. Komunikasi pemasaran terdiri
daripada pelbagi alat dan pengiklanan merupakan salah satu alat ini namun ia membantu alat-
alat lain menjadi lebih efektif. Cara utama yang dilakukan adalah dengan meningkatkan
mesej-mesej yang ingin disampaikan oleh alat-alat periklanan yang lain. Contohnya,
komunikasi pemasaran bagi pembungkusan sesuatu produk, Sekiranya pengguna
menyaksikan beberapa iklan mengenai kereta Exora sebelum pergi membeli kenderaan maka
pengguna lebih mengenali jenama sesuatu produk itu apabila sampai di tempat jualan
kenderaan,

RUMUSAN

Periklanan telah bermula sejak berabad-abad lamanya iaitu dengan kemunculan mesin cetak
yang pertama dan berkembang dengan penghasilan surat khabar dan kemudiannya
berkembang melalui periklanan di radio dan televisyen. Kualiti periklanan semakin menigkat
dengan teknologi-teknologi baru yang dihasilkan dan menigkatkan keuntungan kepada
banyak pihak. Walaubagaimanapun cara pengiklanan berkembang namun tujuan, matlamat
dan kepentingan periklanan tetap sama dan tidak berubah sejak dari dulu lagi. Periklanan
dianggap sebagai apa juga bentuk pengumumam awam yang berbayar yang bertujuan untuk
membantu jualan barangan atau perkhidmatan secara langsung atau tidak langsung.

Jumlah tayangan iklan-iklan komersial ini semakin meningkat baik di media masa dan juga
media eletronik. Iklan kini telah digunakan sebagai kempen utama dalam memasarkan
sesuatu produk atau perkhidmatan. Syarikat-syarikat yang memasarkan sesuatu produk
mampu mengeluarkan berjuata-juta wang agar produk mereka dapat dikenali oleh pengguna
dan keseluruhan masyarakat. Mereka beranggapan bahawa iklan merupakan alat yang paling
efektif bagi memujuk penguna agar menentu suatu pilihan kepada jenama prosduk tertentu.
Sebagai kesimpulan, iklan memiliki peranan yang sangat penting. Oleh sebab itu, dalam
persaingan bisnes pada masa kini tidak mustahillah paparan iklan disalahgunakan oleh
syarikat-syarikat bagi memasarkan produk mereka. Iklan digunaka dalam menyampaik mesej-
mesej yang salah dan juga menunjukkan unsur-unsur yang tidak sepatutnya. Etika periklanan
harus diterapkan kepada golongan pemasar agar hasil periklanan meraka sesuai dengan nilai
dan norma masyarakat. Sokongan daripada pelbagai pihak amat diperlukan bagi memastikan
iklan yang dipaparkan dapat memberi maklumat yang berguna kepada pengguna disamping
mendidik pengguna.

Pengguna juga pengguna haruslah dapat membezakan antara keperluan dan bukan
keperluan supaya tidak berlebihan dalam berbelanja. Kebanyakan iklan hanya mementingkan
ciri-ciri pujukan dengan menyatakaan kebaikan dan kelebihan produk atau perkhidmatan
tersebut tetapi menyembunyikan keburukan dan kekurangnan. Malah pengguna perlu
menyelidik secara mendalam terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan sebelum membeli
dan menggunakannya serta jangan terlalu percaya kepada apa yang diiklankan sepenuhnya
kerana pasti ada yang tersirat disebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai