Anda di halaman 1dari 5

1) KESETIAAN DAN KEPERCAYAAN

Ahmad dan Hani sudah berkahwin selama 2 tahun. Dalam tempoh 2 tahun itu Hani
sikapnya yang terlampau cemburu sehingga menyebabkan dirinya tiada kepercayaan kepada
Ahmad. Ahmad pula merupakan seorang suami yang terlalu sibuk dengan kerja hingga hampir
setiap malam Ahmad pulang lewat kerumah dan menimbulkan syak wasangka dalam diri Hani.
Setiap kali Ahmad pulang berkerja pada lewat malam Hani akan menuduh Ahmad keluar
bersama perempuan lain dan itu telah membuat Ahmad tidak tahan dengan perangai Hani.
2) Campur Tangan Keluarga

Ali dan Salma sudah berkahwin selama 5 tahun dan mereka dikurniakan 2 orang cahaya
mata. Tetapi mereka tinggal bersama ibu Ahmad kerana ibu Ahmad tinggal berseorangan di
kampung. Sepanjang perkahwinan mereka. Ibu Ahmad tidak pernah sehaluan dengan Salma
kerana Salma bukanlah menantu pilihannya. Setiap apa yang Salma lakukan di rumah, dia tidak
pernah dapat menerimanya dengan baik. Sebaliknya ada sahaja perkara yang dia tidak berpuas
hati terhadap Salma. Salma pula seringkali mengajak Ahmad berpindah dari rumah itu, tetapi
Ahmad berkeras ingin tinggal bersama ibunya dengan alasan untuk menjaga ibunya.
3) Ekonomi

Sejak berkahwin Amir tidak berkerja dan hanya bergantung sepenuhnya terhadap isterinya.
Dia hanya makan, dan tidur sahaja di rumah. Lain pula isterinya seorang yang kuat bekerja
demi menampung kehidupan mereka suami isteri. Sebelum ini, Amir pernah keluar bekerja
tetapi hanya bertahan selama seminngu. Haliza tidak dapat bertahan lagi dengan perangai Amir
yang bergantung harap kepadanya.
4) Kahwin Tanpa Rasa Cinta

Sara dan Farhan telah berumah tangga selama 2 tahun. Tetapi perkahwinan yang dibina
bukanlah berlandaskan rasa cinta sebaliknya memenuhi permintaan keluarga masing-masing.
Dalam tempoh 2 tahun itu mereka tidak pernah mencuba menimbulkan rasa kasih sayang
antara mereka kerana mereka sudah mempunyai pilihan hati masing- masing tapi tidak
disetujui keluarga.
5) Keturunan

Laila dan Azman sudah berkahwin hampir 10 tahun dan mereka tidak dikurniakan zuriat.
Azman sangat kecewa kerana dia merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Ibu bapa Azman
selalu bertanyakan soal anak. Ibu Azman, Puan Rafidah telah mencari seoarang calon isteri
yang kedua untuk memberikan Azman zuriat. Tetapi Laila tidak setuju dengan ibu Azman
kerana tidak suka dimadukan. Laila meminta untuk diceraikan sekiranya Azman ingin
berkahwin lain.

Anda mungkin juga menyukai