Anda di halaman 1dari 3

Kertas konsep.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kertas konsep?

Kertas konsep merupakan makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai

sesuatu persoalan dan cadangan-cadangan tertentu. Kertas konsep ditulis atau dikemukakan

untuk pertimbangan, mendapatkan keputusan lanjut dan memerlukan kelulusan pihak

tertentu. Kertas konsep sama seperti kertas cadangan yang lainnya iaitu kertas konsep perlu

dibentangkan untuk perbahasan.

Penulisan kertas konsep biasanya mempunyai format atau gaya penulisan tersendiri. Kertas

konsep mestilah bersifat formal dan mempunyai objektif yang jelas. Kertas konsep ditulis

perlu berlandaskan atau berdasarkan sesuatu kajian dan pemerhatian. Penulisan kertas konsep

tersebut perlu disokong oleh fakta, perangkaan, grafik, dan lain-lain mengikut keperluan tajuk

kertas konsep. Seperti penulisan artikel, kertas konsep juga memerlukan penulis memberikan

maklumat, hujah, gambaran jawapan, dapatan kajian, implikasi, cadangan dan perakuan.

Kertas konsep mungkin pendek atau mungkin juga panjang bergantung kepada tujuan kertas

konsep tersebut ditulis. Biasanya, kertas konsep yang pendek adalah antara 6 muka surat

(halaman) yang merangkumi atau mengandungi halaman judul atau tajuk, pengenalan, badan

(fakta, huraian, sokongan, dapatan dan lain-lain berkaitan tajuk), dan akhir sekali

mengandungi rumusan yang merangkumi kesimpulan terhadap dapatan, implikasi, cadangan

dan perakuan penulis.

Manakala, kertas konsep yang panjang adalah melebihi 6 muka surat (halaman) yang

terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya: bahagian awal mengandungi halaman judul,

halaman kandungan dan halaman ringkasan eksekutif atau sinopsis yang dipanggil abstrak.

Seterusnya diikuti oleh bahagian pengenalan, badan (fakta, huraian, sokongan, dapatan dan
lain-lain berkaitan tajuk), rumusan (kesimpulan, implikasi, cadangan dan perakuan) dan

diikuti oleh lampiran (mengikut keperluan).

2. Kriteria kertas konsep.

Penulis yang ingin menghasilkan kertas konsep yang baik perlu mengenal pasti tujuan kertas

konsep tersebut dibuat. Perkara yang menjadi fokus kepada penulisan kertas konsep perlu

jelas. Mengapa kertas tersebut diperlukan? ‘Mengapa’ menentukan bentuk kertas iaitu dapat

mengemukakan maklumat kepada pembaca sama ada pembaca boleh mengambil keputusan

atau tindakan tertentu. Seterusnya, ia dapat mengkaji sesuatu keadaan dan membuat

cadangan, maka pembaca dapat menimbang cadangan tersebut.

Seterusnya penulis mengumpul maklumat. Kertas konsep yang baik mempunyai

perbincangan dan percambahan fikiran melalui maklumat-maklumat yang dikumpul oleh

penulis dan kemudiannya penulis mengolah maklumat yang dikumpulkan mengikut konteks

tujuannya kertas konsepnya dibuat menggunakan teknik panduan umum dan sarana

(proposal). Sumber maklumat tersebut mungkin melalui pemerhatian, artikel, jurnal, fail,

buku, dokumen digital, kajian, atau daripada perbincangan dan temu bual dengan pihak

tertentu. Maklumat-maklumat yang dimuatkan dalam kertas konsep tersebut perlu disusun

mengikut urutan kepentingannya.

Reka bentuk, struktur dan susun atur perkara yang terkandung dalam kertas konsep bermula

dengan halaman judul. Judul tersebut mestilah menarik, mengandungi judul lengkap, nama

pihak yang memohon kertas (jika berkenaan), nama penulis dan organisasi serta tarikh kertas

konsep dikemukakan. Halaman kandungan pula mengandungi setiap tajuk, subtajuk, muka

surat dan senarai grafik/rajah (mengikut keperluan), pada halaman berlainan. Abstrak
mestilah ringkas dan mengandungi inti pati pengenalan, badan dan kesimpulan, cadangan dan

perakuan.

Halaman pengenalan pula menjelaskan tentang topiknya, mengapa dibincangkan, sumber

maklumat, tajuk lazim, tujuan kertas dan latar belakang/objektif/dasar. Halaman badan adalah

untuk menjelaskan fakta iaitu yang menjurus kepada kesimpulan atau cadangan. Bahagian ini

merupakan ahagian paling panjang, boleh dibahagikan mengikut beberapa cara. Tajuk lazim

berdasarkan urutan dan tajuk tersebut ikut keperluan kertas/kesesuaian yang merangkumi

asas-asas pertimbangan, masalah, implikasi, kelebihan, kelemahan/ kekurangan dan

maklumat lain. Manakala halaman penutup pula merangkumi rumusan/Kesimpulan yang

diselitkan cadangan dan dimasukkan perakuan. Lampiran pula diasingkan dalam badan kertas

konsep kerana lampiran tidak sesuai diletakkan dalam badan kertas konsep tersebut. Halaman

lampiran mengandungi bibliografi, senarai/ glosari istilah/ ungkapan khusus, laporan lain,

peta, instrumen ukur, borang kaji selidik dan indeks (jika perlu).

Pilihan kata dalam kertas konsep mestilah pendek dan mudah. Jargon/ istilah ada tempatnya.

Setiap kata harus ada tujuannya. Kata hubung/ rangkai kata hubung boleh digunakan untuk

melancarkan pembacaan. Elakkan penggunakan frasa tanpa subjek kerana frasa tanpa subjek

menggambarkan ciri tentatif. Penggunaan ayat dalam kertas konsep juga perlulah perkataan

pertama dan terakhir menonjol. Ayat yang digunakan juga tidak terlalu panjang dan elakkan

ayat dengan 4 tanda baca sukar dibaca.

3. Contoh kertas konsep yang dirujuk.

Kertas Konsep Faktor-Faktor Graduan Berkerjaya Memilih Kursus Perguruan Lepas Ijazah–

Pengkhususan Sekolah Rendah oleh Salehudin Hj. Sabar dan Mahadi Hj. Khalid.

Anda mungkin juga menyukai