Anda di halaman 1dari 6

5 Alatan Asas Latihan Bola Sepak &

Fungsinya
Admin DuniaSukan18th March 2018
Uncategorised0 Comments 0

Jika anda pernah menonton video pasukan bola sepak sedang menjalani sesi latihan, pastinya
anda akan perasan beberapa alatan digunakan ketika sesi tersebut?

Tetapi, tahukah anda apakah alatan tersebut dan fungsinya? Artikel ini akan bercerita mengenai 5
alatan latihan yang sering dipakai oleh pasukan bola sepak.

Bib bola sepak


Bib bola sepak atau football bib merupakan perkara yang paling ketara kita akan lihat ketika di
padang latihan.

Kegunaan bib ini digunakan adalah untuk membezakan para pemain terutamanya ketika sesi
sparring. Selain itu juga, bib ini digunakan untuk membezakan antara pemain utama dan juga
simpanan.

Disc cone
Jika anda pernah menyertai kelas Pendidikan Jasmani ketika di bangku sekolah, anda pasti kenal
akan kon ini.

Kon ini lazimnya digunakan ketika sesi latihan kelajuan dan ketangkasan (speed & agility
training).

Dengan kon ini, latihan mudah seperti 5-10-5 agility drill boleh dilaksanakan.

Latihan 5-10-5 agility drill ini merupakan latihan yang di mana pemain perlu berlari ulang-alik
dari 3 buah disc cone bermula dari disc cone yang berada di tengah.

Selain latihan 5-10-5 agility drill, latihan seperti X Drill dan juga Slalom Weaver Drill juga
boleh dilakukan menggunakan disc cone.

Micro hurdle
Alatan ini turut berfungsi sebagai alat yang digunakan ketika sesi latihan kelajuan, ketangkasan
dan juga kepantasan (quickness).

Dengan menggunakan micro hurdle ini, jurulatih lazimnya akan mengarahkan pemain untuk
berlari melepasi alatan tersebut. Lazimnya ia akan dilakukan dalam kadar kelajuan yang
sederhana sahaja.

Speed ladder
Speed ladder merupakan satu alatan yang sering digunakan ketika sesi latihan untuk
meningkatkan kelajuan pemain.

Ketika latihan ini, pemain akan berlari pada speed ladder dalam corak latihan yang berintensiti
tinggi.

Latihan paling asas yang menggunakan speed ladder adalah latihan one step yang dimana
pemain akan berlari pada alatan ini dengan kelajuan tinggi.

Selain itu juga, terdapat juga latihan seperti two steps lateral yang memerlukan pemain berlari
secara mengiring dengan pantas.
Slalom pole

Untuk slalom pole pula, alatan ini sering digunakan ketika sesi latihan bercorak ketangkasan.

Lazimnya, latihan yang menggunakan slalom pole ini adalah pemain ditugaskan untuk berlari
melepasi alatan tersebut.

Jika dilihat, ketika pemain melakukan latihan ini ia tak ubah seperti seorang penunggang
motosikal cuba untuk menyelit ketika di atas jalan raya yang penuh sesak.

Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan ketangkasan pemain. Apabila perlawanan sebenar,
hasilnya dapat dilihat apabila pemain dapat melepasi asakan pemain lawan.

Anda mungkin juga menyukai