Anda di halaman 1dari 3

TAJUK BUKU : PENGURUSAN KONTRAK ( ARAHAN PERUBAHAN KERJA, BAYARAN

INTERIM DAN AKAUN AKHIR)

BAHAGIAN : ARAHAN PERUBAHAN KERJA

PENULIS : SYED ABDUL HARIS SYED MUSTAPA

Peruntukan arahan perubahan kerja yang diwujudkan di dalam borang kontrak


adalah bagi memudahkan pihak klien membuat perubahan bagi tujuan kesesuaian dan
fungsi projek. Selain itu, peruntukan ini juga memboleh kontraktor membuat tuntutan
diatas kerja tambahan yang dilaksanakan. Semua arahan perubahan kerja perlu
mengikut prosedur dan garis paduan yang telah ditetapkan agar ia tidak mendatangkan
masalah dan menggangu kelancaran projek.

Menurut fasal 24 (2) Borang Kontrak JKR 203A dan fasal 11 Borang Kontrak PAM
1998, definisi perubahan membawa empat makna. Pertama, pengubahsuaian kepada
rekabentuk, kualiti kerja seperti yang ditunjukkan di dalam Lukisan Kontrak, Senarai
Bahan atau Spesifikasi. Kedua adalah penambahan, pengurangan atau penggantian
apa-apa kerja yang telah dinyatakan dalam kontrak. Ketiga adalah perubahan ke atas
sebarang jenis atau piawaian bahan atau barang yang hendak digunakan di dalam kerja
tersebut dan keempat adalah pengalihan dari tapak bina sebarang kerja, bahan atau
barang-barang yang dilaksanakan atau dibawa oleh kontraktor bagi maksud kerja itu
selain dari kerja, bahan atau barang-barang yang tidak mematuhi kontrak.

Hak mengeluarkan arahan perubahan kerja lazimnya diberikan kepada pegawai


penguasa, arkitek atau Jurutera yang akan dinyatakan dalam kontrak sebagai wakil klien
dalam mengeluarkan arahan perubahan kerja. Pihak kontraktor perlu memastikan arahan
yang diterima adalah di dalam skop kontrak dan tidak melebihi had yang dibenarkan
supaya dapat menghindari masalah tuntutan bayaran terhadap arahan perubahan kerja
tersebut. Selain itu, pihak kontraktor juga perlu memastikan arahan perubahan kerja
adalah secara bertulis seperti yang ditetapkan di dalam kebanyakan kontrak. Arahan
secara bertulis adalah penting untuk memudahkan pihak kontraktor membuat tuntutan
bayaran. Sekiranya pihak kontraktor ingin membuat tuntutan terhadap arahan perubahan
kerja tidak bertulis, pihaknya perlu memastikan permohonan arahan perubahan kerja
telah dipohon terhadap wakil klien akan tetapi wakil klien enggan mengeluarkan arahan
tersebut dalam tempoh tersebut dengan asas bahawa kerja yang diarahkan adalah
melibatkan kerja perubahan atau melibatkan masuk campur penimbangtara.
Di dalam kontrak JKR 203A, pegawai penguasa adalah orang yang diberi kuasa
untuk mengeluarkan arahan perubahan kerja dan kuasa tersebut adalah terhad kepada
had kewangan yang dibenarkan. Sekiranya melebihi had kewangan yang dibenarkan,
pegawai penguasa tersebut perlu meminta kebenaran daripada pihak klien secara
bertulis. Walaubagaimanapun, nilai perubahan kerja tersebut tidak akan menjejaskan
kontrak antara klien dan juga kontraktor. Selain itu, pihak klien juga tidak akan
menanggung nilai perubahan kerja tersebut sekiranya perubahan kerja yang
dilaksanakan adalah disebabkan kesilapan pihak kontraktor. Oleh yang demikian,
perubahan kerja yang diarahkan kepada pihak kontraktor tidak akan mengubah
tanggungjawab kontraktor seperti yang telah ditetapkan di dalam kontrak.

Terdapat beberapa jenis perubahan kerja yang berlaku di dalam kontrak


konvensional atau mahupun kontrak reka dan bina dimana jenis perubahan kerja yang
digariskan di dalam kontrak membawa definisi perubahan kerja. Walaubagaimanapun,
terdapat tambahan di dalam kontrak reka dan bina di mana jenis perubahan adalah
penambahan, pengubahsuaian atau pengurangan sebarang tanggungjawab atas
halangan yang dikenakan oleh wakil klien dalam dokumen kontrak seperti laluan keluar
masuk kerja, penggunaan tapak, had ruang untuk bekerja, had masa bekerja dan
perlaksanaan dan penyiapan kerja. Oleh itu, sebarang perubahan bergantung pada
keadaan, kehendak dan juga peruntukan yang ditetapkan dalam kontrak pembinaan dan
perlu dipatuhi oleh pihak kontraktor bagi mengelakkan sebarang pertikaian.

Secara lazimnya, sebab-sebab perubahan kerja adalah disebabkan oleh


maklumat rekabentuk tidak lengkap, kehendak dan keperluan klien sentiasa berubah,
halangan dalam kaedah pembinaan, perubahan dari aspek peraturan dan perundangan,
kekeliruan dalam memahami kontrak dan spesifikasi, keaadan tapak berubah atau tidak
diketahui, kelewatan menerima bekalan bahan dan peralatan atau kesilapan di dalam
kontrak. Oleh itu, sebab-sebab tersebut memberi kesan ke atas kos, tempoh masa
projek, rekabentuk pembinaan dan juga pengurusan kontrak. Sekiranya kesan ke atas
kos berlaku, ia melibatkan kos bertambah atau kos berkurangan kepada harga kontrak
yang dinilai berdasarkan harga yang dipersetujui antara pihak kontraktor dan pihak klien,
pengukuran dan penilaian oleh Jurukur Bahan atau melalui kadar harga bekerja. Selain
itu, perubahan kerja ini juga dapat memberi kesan kepada tempoh masa projek dimana
pegawai peguasa lewat untuk mengeluarkan arahan perubahan kerja yang akan
mengganggu kepada kelewatan untuk menyiapkan projek pada waktu yang ditetapkan
oleh pihak kontraktor. Oleh yang demikian, arahan perubahan kerja harus dikawal dan
dipantau dengan sebaiknya agar ia tidak disalah gunakan oleh klien dan kontraktor untuk
kepentingan dan keuntungan masing-masing. Arahan perubahan kerja yang wujud juga
sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap perlaksanaan projek.

SITI FATIMAH BINTI LOKMAN


2015/PVQS04666

Anda mungkin juga menyukai