Anda di halaman 1dari 10

MAKALAH BIOGRAFI JAMALUDDIN AL-AFGHANI

Makalah Biografi Jamaluddin Al-Afghani

BAB I
PENDAHULUAN

Jamaluddin al-Afghani, merupakan seorang pejuang Islam yang berjiwa besar, di setiap negeri
Islam yang di singgahinya, beliau menyebarkan fahaman Islam yang dibawanya, kerana Islam
tidak membataskan sempadan dan negeri. Kekentalan semangat dan kegigihan usahanya ingin
melihat negara yang didiami oleh umat Islam bebas dari cengkaman penjajah dan berhasrat
menyatukan mereka di bawah satu naungan iaitu Islam. Perjuangan demi agama dan anti
imperialisme membawa beliau merantau ke segenap kota di Asia Barat bahkan ke Eropah untuk
melihat dan mengalami sendiri nasib umat Islam yang kian tertindas disebabkan oleh kerakusan
penjajahan Inggeris.

Negara-negara yang pernah dijejakinya ialah Iran, Afghanistan, India, Turki, Mesir, England,
Perancis dan Rusia. Turki adalah negara terakhir yang menerima kunjungan beliau, disanalah
beliau kembali kehadrat Ilahi. Kunjungannnya ke beberapa buah negara tidaklah hanya sekali
bahkan berulangkali. Kunjungan tersebut bukanlah kerana kemahuannya tetapi kerana diusir oleh
pemerintah yang bimbang terhadap pengaruh islah yang dibawanya akan membangkitkan
penentangan rakyat terhadap pemerintah. Ideal islahnya digeruni oleh pemerintah yang zalim
kerana bimbang mencetuskan revolusi rakyat, ia sangat tidak disenangi oleh golongan ulama
tradisional dan dianggap bertentangan dengan pegangan tradisi.

BAB II
PEMBAHASAN
A. RIWAYAT HIDUP
Nama lengkap Sayid Jamaluddin al-Afghani ialah Muhammad Jamaluddin
al-Afghani al-Husaini. Namun, terdapat sesetengah sumber menyatakan bahawa nama
sebenarnya ialah Muhammad ibn Safdar al-Husain. Dilahirkan pada tahun 1838 Masihi
bersamaan dengan 1254 Hijrah, beliau dibesarkan di tempat lahirnya, iaitu di Asadabad, iaitu salah
satu kawasan di Zon Kunar di Afghanistan. Jamaluddin al-Afghani lahir sebagai seorang tokoh
pemikiran dalam dunia Islam. Datuknya, Sayid Ali pernah tinggal untuk sementara waktu di
Hamedan, Iran dan beliau dikenali sebagai Hamadani.

Manakala ayah Sayid Jamaluddin al-Afghani, Sayid Safdar, menetap di Kabul pada 1844 Masihi
bersama keluarganya. Beberapa tahun kemudian, beliau berpindah ke Hamedan, Iran,
disebabkan tekanan politik yang diamanahkan ke atasnya oleh Raja Afghanistan. Walau
bagaimanapun, menurut sumber dari beberapa warganegara Iran, beliau dilahirkan di As’adabad
di Zon Hamedan, Iran.

Sayid Jamaluddin al-Afghani mempunyai pertalian darah dengan seorang periwayat hadis yang
terkenal, Imam at-Tarmizi dan seterusnya kepada Saidina Ali bin Abi Talib.

Masa remajanya, banyak dihabiskan di Afghansitan. Beliau adalah seorang anak yang cergas.
Sejak umurnya 12 tahun, beliau telah menghafal al-Qur`an, kemudian apabila usianya menginjak
18 tahun, beliau sudah mendalami pelbagai bidang ilmu keislaman dan ilmu umum. Al-Afghani
dikenali sebagai orang yang banyak menghabiskan hidupnya hanya demi kemajuan Islam. Beliau
sanggup berpindah dari suatu negara ke negara yang lain demi menyebarkan pemikiran-pemikiran
revolusinya, demi mengangkat posisi dan martabat Islam yang jauh ketinggalan dari dunia barat.

Sayid Jamaluddin al-Afghani adalah seorang yang suka mengembara. Beliau telah mengembara
ke beberapa tempat seperti Najaf, India, Makkah, Tehran dan Khurasan.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1897 Masihi bersamaan 1314 Hijrah ketika berusia 60 tahun
dan beliau dikebumikan di Istanbul. Pada tahun 1944, jenazah Sayid Jamaluddin al-Afghani
dibawa ke Afghanistan atas permintaan kerajaan Afghanistan. Jenazahnya dikebumikan di Kabul
di dalam Universiti Kabul. Sebuah mousoleum telah dirikan untuknya.

Selepas kewafatan beliau, maka bermulalah sejarah kegemilangannya. Apa yang beliau ramalkan
sebahagian besarnya telah menjadi kenyataan. Pemikiran beliau tentang bahaya dan taktik
penjajahan Barat ke atas dunia Islam telah terjadi sebagaimana yang beliau katakan.

Sepanjang beliau hidup, harapan beliau satu-satunya yang akan dapat menyusun kembali
kekuatan kerajaan turki uthmaniyyah. Pada asalnya Sultan Abdul Hamid yang berkuasa pada
waktu itu hanya menurut nasihatnya, akan tetapi lama kelamaan, nasihatnya tidak didengari lagi.
Bahkan dan tidak dapat bergerak lagi sehingga beliau menutup mata di negeri tersebut. Sebelas
tahun selepas kewafatan beliau, sultan Abdul Hamid telah jatuh dari singgahsana dan 17 tahun
selepas kewafatan beliau juga terjadilah Perang Dunia Pertama, yang mana Turki telah berpihak
kepada Jerman dalam peperangan sehingga kalah dan menjatuhkan kerajaan Uthmaniyah untuk
selama-lamanya.

Bangsa-bangsa penjajah berharap agar dengan jatuhnya Kerajaan Uthmaniyah maka tamatlah
zaman kegemilangan Islam. Tetapi kehendak Tuhan berlaku diluar kemahuan musuhnya. Kesan
dari Perang Dunia Pertama telah menghembuskan semangat baru dalam dunia Islam lebih hangat
daripada yang dahulu. Sehingga setelah terjadi Perang Dunia Kedua, maka bangkitlah kekuatan
dalam dunia Islam yang jauh melebihi dari kekuatan Kerajaan Uthmaniyah yang telah hilang itu.[1]

B. PENDIDIKAN

Pada peringkat awal, Sayid Jamaluddin al-Afghani mendapat pendidikan daripada orang tuanya
dalam bidang ilmu agama dan bahasa Arab. Beliau mempelajari asas-asas bahasa Arab seperti
nahu dan sastera ketika itu. Selepas itu, beliau mempelajari ilmu-ilmu keagamaan seperti ilmu
tauhid, fikah, usul fikah, tafsir, hadis dan lain-lain.

Sayid Jamaluddin telah menghafal al-Quran ketika beliau berusia 12 tahun. Beliau mendalami
beberapa bidang ilmu seperti hadis, falsafah, mantik, usuluddin, perubatan, dan ilmu kalam ketika
berada di Najaf. Ketika Sayid Jamaluddin al-Afghani merantau ke India, beliau telah mempelajari
ilmu-ilmu moden seperti sains dan matematik.
Pada ketika itu juga, Sayid Jamaluddin al-Afghani sudah mula menulis karyanya. Karya Sayid
Jamaluddin al-Afghani yang pertama bertajuk Keterangan Lengkap tentang Sejarah Afghanistan.

Semasa menetap di Mesir, beliau telah bertemu dengan ramai penuntut Universiti al-Azhar yang
datang menimba ilmu dan pengalaman daripadanya, termasuklah Syeikh Muhammad Abduh.
Hasil pertemuan tersebut telah menyemarakkan gerakan pemikiran Jamaluddin di Mesir. Gerakan
ini dikenali sebagai Gerakan Islah.[2]

C. KETOKOHAN DAN KEPERIBADIAN

Jamaluddin al-Afghani merupakan seorang pelopor kebangkitan masyarakat Islam di beberapa


tempat seperti di Tehran, Moscow dan lain-lain. Beliau berjaya meniupkan semangat perjuangan
dan menyedarkan masyarakat Islam supaya menentang penjajah demi kemajuan diri, masyarakat,
agama dan negara. Pidatonya yang bernas dan bersemangat dapat menyuntik semangat umat
Islam. Beliau cuba mengembalikan keyakinan umat Islam di India terhadap kemampuan mereka
menentang penjajah. Antara teks pidato beliau ialah:

Seandainya jumlah kamu yang beratus-ratus juta ini, ditakdirkan menjadi lalat dan nyamuk
sekalipun, nescaya kamu akan dapat memekakkan telinga-telinga orang Inggeris dengan suara
kamu. Seandainya kamu ditakdirkan menjadi labi-labi atau penyu sekalipun, lalu kamu berenang
ke tanah Inggeris, bilangan kamu yang seramai ini akan dapat mengepung dan menenggelamkan
tanah Inggeris. Kamu akan pulang ke India dalam keadaan selamat.

Sayid Jamaluddin al-Afghani merupakan seorang tokoh ilmuan dan pemikir Islam yang terkenal
pada kurun ke-19 Masihi. Beliau begitu kreatif dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu.

Beliau juga adalah seorang ahli politik yang aktif berjuang menentang penjajah. Antara
keperibadian-keperibadian yang beliau miliki ialah:

 Mencintai ilmu pengetahuan.


 Mempunyai akal fikiran yang cergas, tajam, dan berpandangan jauh.
 Memiliki semangat jihad yang tinggi.
 Berusaha mencorakkan pemikiran masyarakat Islam kepada kemajuan dan bebas
daripada penjajah.
 Mempunyai kewibawaan dan kebolehan sebagai seorang pemimpin.
 Petah berpidato dalam meniupkan semangat perjuangan dalam kalangan masyarakat
Islam.
 Bergiat dalam arena penulisan dengan menyalurkan idea-idea untuk menyedarkan rakyat
ke arah kemajuan dan pembangunan.
 Tidak jemu menjelajah ke merata tempat untuk mencari ilmu pengetahuan di samping
berdakwah untuk membetulkan kefahaman ajaran Islam yang sebenarnya.[3]

D. SUMBANGAN DAN KESAN PENINGGALAN

Pada tahun 1857 Masihi, Sayid Jamaluddin al-Afghani menghabiskan masa setahun di Delhi.
Setelah mengerjakan haji di Makkah, beliau kembali ke Afghanistan pada tahun 1858 Masihi.
Beliau menjadi seorang kaunselor kepada Raja Dost Mohammad Khan dan Mohammad Azam.

Pada tahun 1962 Masihi, Sayid Jamaluddin al-Afghani telah meniupkan semangat perjuangan
kepada rakyat supaya menentang penjajah Inggeris di Afghanistan. Semangat perjuangan
disebarkan melalui tulisan, syarahan dan perbincangan. Segala hasil tulisannya yang bernas dan
tajam telah membangkitkan semangat masyarakat Islam untuk menentang penjajah. Pada tahun
1869, takhta di Kabul diisi oleh Sher Ali Khan dan Sayid Jamaluddin al-Afghani diarah untuk
meninggalkan negara tersebut.

Pada tahun 1871, Sayid Jamaluddin al-Afghani berpindah ke Mesir dan mula menyebarkan
ideanya mengenai pembentukan semula bidang politik. Idea-idea beliau dikategorikan sebagai
radikal, dan beliau telah dibuang negeri pada tahun 1879. Semasa beliau berada di Mesir, beliau
telah bekerjasama dengan Syeikh Muhammad Abduh melalui Gerakan Islah untuk mengubah
pemikiran orang-orang Islam ke arah zaman kemajuan. Selepas Sayid Jamaluddin al-Afghani
dibuang negari, beliau merantau ke beberapa tempat di Eropah dan di luar Eropah seperti Istanbul,
London, Paris, Moscow, St. Petersburg dan Munich.

Negara yang paling memberikan kesan dalam perjuangannya ialah Mesir. Dalam kunjungannya
buat kali kedua ke sana pada tahun 1871, beliau menetap di salah satu Roak al-Azhar dan
menyebarkan ilmu di kediamannya sendiri. Di bumi Mesir ini, walaupun tidak diterima oleh majoriti
warga al-Azhar, beliau tetap menyebarkan pandangan politiknya yang amat mempengaruhi
pemikiran para pelajarnya, sehingga meninggalkan kesan di jiwa salah seorang pelajar yang mana
merangkap sahabatnya iaitu Muhammad Abduh.
Kesan pengaruh politiknya ini mencetuskan kebangkitan kebangsaan dan tuntutan rakyat Mesir
kearah pemerintahan berpelembagaan. Al-Afghani diusir dari Mesir pada tahun 1879 setelah
menetap hampir 8 tahun disana, apabila penjajah Inggeris menganggap beliau sebagai
pengancam keselamatan negara tersebut. Tidak kurang juga nasib yang dialami oleh Muhammad
Abduh yang di singkir dari Kaherah. Al-Afghani dihantar ke India dan menetap di sana selama tiga
tahun. Setelah itu, beliau berpindah seketika ke London lalu meneruskan pengembaraan ke Paris.

Kota Paris menyaksikan kemuncak sejarah kegemilangan beliau, di sinilah beliau mengeluarkan
majalah Islam pertama yang membuka mata dan minda umat Islam. Majalah tersebut melukiskan
segala tinta Sayyid Jamaluddin dan muridnya Muhammad Abduh. Majalah ini bertajuk ‘al-‘Urwah
al-Wuthqa’, yang mana keluaran sulungnya pada 5 Jamadil Awwal 1301 / 13 Mac 1884. Ia berjaya
disebarkan sebanyak lapan belas keluaran sebelum diberhentikan penerbitannya pada Oktober
1884. Majalah ini menjadi wadah penyebaran ideologi politik dan Pan-Islamismenya. Menerusi
majalah ini, Sayid Jamaluddin al-Afghani menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran
sebenar Islam, dan bersatu padu. Menurut beliau, hal ini membolehkan komuniti Islam mendapat
kembali kekuatan lama mereka mengatasi kuasa Eropah.

Perjuangannya di Perancis tidak dapat diteruskan, sekatan terhadap pengeluaran majalah


membataskan pergerakannya. Jiwanya masih gagah untuk terus berjuang di medan yang lain
pula, namun pertentangan pendapat dengan muridnya tidak dapat di elakkan. Mereka mengambil
keptusan untuk berjuang dengan cara masing-masing kerana kecenderungan mereka nyata
berbeza, Al-Afghani lebih cenderung kepada politik, manakala Muhammad ‘Abduh lebih
menekankan kepada aspek pendidikan. Mereka berpisah mencari ruang yang sesuai untuk terus
berjuang dengan cara masing-masing.

Beberapa kesan peninggalan Sayid Jamaluddin al-Afghani terhadap masyarakat Islam ialah:

 Menyedarkan umat Islam mengenai kewajipan mereka terhadap agama dan


melaksanakan syariat Allah s.w.t.
 Menaikkan semangat perjuangan revolusi menentang penjajahan yang akhirnya
berkembang ke Sudan, Iran, Turki dan sebagainya;
 Membetulkan penyelewengan terhadap al-Quran dan al-Hadis.

Beliau telah menghasilkan beberapa karya untuk bacaan generasi selepasnya, antaranya:

 al-A'mal al-Kamilah
 ar-Raddu 'ala ad-Dahriyyin
 Tutimmah al-Bayaan fi Tarikh Afghan
 al-Khatirat
 at-Tukayyufat 'ala Syarh ad-Dawani lil-Uqatir al-'Adhuidiyah

Beliau juga mengasaskan beberapa akhbar seperti al-'Urwah al-Wuthqa, Misr, at-Tijarah dan al-
Khafiqin.[4]

E. PEMIKIRAN POLITIK AL-AFGHANI

Selama di Mesir Jamaluddin al-Afghani mengutarakan beberapa konsep pembaharuannya, yaitu


:

a. Musuh utama umat Islam ialah penjajah (Barat),


b. Umat Islam harus menentang penjajahan bila dan di mana sahaja.
c. Untuk mencapai tujuan itu umat Islam harus bersatu (Pan-Islamisme).

Pan-Islamisme bukan bererti leburnya kerajaan-kerajaan Islam menjadi satu, tetapi mereka harus
mempunyai satu pandangan yang bersatu dan bekerjasama. Persatuan dan kerjasama
merupakan sendi yang amat penting dalam Islam. Persatuan Islam hanya dapat dicapai apabila
berada dalam kesatuan dan kembali kepada ajaran Islam yang murni iaitu Al-Qur’an dan Sunnah
Rasul.

Untuk mencapai usaha-usaha pembaharuan tersebut :

a. Rakyat harus dibersihkan dari kepercayaan kepada perkara-perkara yang berunsur tahyul
b.Umat islam harus yakin bahawa Al-Quran dan As sunnah merupakan pegangan hidup
c.Rukun iman menjadi landasan hidup
d. Setiap generasi umat mempunyai keistimewaan untuk memberikan pengajaran dan pendidikan
pada manusia yang bodoh dalam memerangi hawa nafsu jahat.

Dari Mesir, Jamaluddin al-Afghani telah pergi ke Turki dan tokoh-tokoh terkemuka di sana sangat
terpengaruh dengan ajarannya. Pada tahun 1871 beliau kembali ke negeri Mesir untuk
membangkitkan kegemilangan umat Islam dan ajaran-ajarannya. Beliau juga mengkhidmatkan
dirinya dalam kerja-kerja kebajikan dan pendidikan. Beliau telah mendesak pihak yang berwajib
supaya mengiktirafkan bahasa Urdu sebagai bahasa pengantar dalam pemerintahan, bahkan
menjadikannya sebagai bahasa rasmi negara. Akibat dari keberaniannya itu, beliau telah
ditangkap lalu di bawa ke Culcutta. Dari sana Jamaluddin di bawa ke Inggeris.

Dikota Paris, Jamaluddin telah mengasaskan Badan "Pertubuhan Alurvatul Vusuka" lalu
menerbitkan sebuah akhbar mingguan dalam bahasa Arab yang bertujuan untuk menyemarakkan
gerakan Pan-Islamisme. Fahaman yang hendak dibawa oleh Jamaluddin al-Afghani ialah untuk
membebaskan umat islam dari menjadi mangsa penjajahan Barat serta menghalang daripada
penyebaran idea-idea pihak Barat yang bersifat jahat untuk menjatuhkan umat islam ke arah
kemunduran.

Dari kota Paris Jamaluddin Al Afghani telah pergi ke Moscow dan kemudian ke bandar
St.Petersburg. Dimana beliau telah menetap di sana selama lebih empat tahun. Di sana beliau
berjaya memujuk Maharaja Czar Russia bagi membenarkan rakyatnya yang beragama Islam
supaya menerbitkan Kitab Al Qur'an dengan bebas serta buku-buku agama yang lain. Al Afghani
telah menekankan satu hakikat bahawa keteguhan sebuah negara tidak bergantung kepada
tentaranya sahaja bahkan juga semangat juang rakyatnya.

Terdapat dua bentuk dalam pengajaran Jamaluddin Al Afghani. Pertama beliau menekankan
supaya pengajaran agama Islam itu diperbaiki supaya sesuai dan dapat mengikut tamadun moden
dan yang kedua bertujuan untuk membebaskan negara Islam dari kekuasaan Barat. Beliau
berpendapat bahawa umat Islam telah merosot akhlaknya dan lemah semangat serta dikuasai
oleh hawa nafsu jahat. Beliau menaruh keyakinan penuh bahawa kekuasaan Barat kepada negara
Islam adalah amat bahaya dengan keadaan demikian. Jika umat Islam tidak berubah, mereka
pasti akan menerima nasib yang lebih buruk lagi. Oleh yang demikian umat Islam hendaklah
bangkit untuk kembali pada agama dan diri mereka sebagai umat Islam yang mulia lagi terpuji.[5]

F. KONSEP NEGARA MENGIKUT AL-AFGHANI

Selain Pan-Islamisme, Al-Afghani juga mengutarakan konsep negara republik yang demokrasi
bagi negara-negara Islam. Al-Afghani banyak mencela sistem pemerintahan umat Islam yang
bercorak autokratik. Menurutnya, ketua negara harus mengadakan syura dengan pemimpin-
pemimpin masyarakat yang memiliki banyak pengalaman. Pengetahuan manusia secara individu
amat terbatas. Islam dalam pandangan Al-Afghani menghendaki pemerintahan Republik di mana
kebebasan mengeluarkan pendapat dan kewajiban ketua negara untuk tunduk kepada Undang-
undang.

Menurut Al-Afghani, Islam menghendaki bentuk republik kerana di dalamnya terdapat kebebasan
berpendapat dan ketua negara harus tunduk kepada Undang-Undang Dasar. Pendapat ini baru
dalam sejarah politik Islam. Sebelumnya umat Islam hanya mengenali sistem khalifah yang
mempunyai kuasa.

Dalam pemerintahan republik, yang berkuasa adalah undang-undang dan hukum, bukan ketua
negara. Ia hanya berkuasa untuk menjalankan undang-undang dan hukum yang digariskan oleh
lembaga untuk memajukan kemaslahatan rakyat.

Pendapat Al-Afghani tersebut jelas dipengaruhi oleh pemikiran Barat. Penafsiran Al-Afghani
tersebut lebih maju dari Muhammad Abduh. Islam dalam pemikiran Abduh tidak menetapkan suatu
bentuk pemerintahan, Jika sistem khalifah masih tetap menjadi pilihan sebagai model
pemerintahan, maka bentuk demikian juga harus mengikut perkembangan masyarakat dalam
kehidupan. Kemunculan Al-Afghani disebut sebagai penyebab kepada salah satu sebab
kemunduran umat Islam yang bersifat politik. Abduh, sebagaiman gurunya Al-Alghani berpendapat
bahawa Islam mempunyai unsur dinamis, yang dapat disesuaikan dengan perkembangan zaman,
dengan jalan ijtihad.

Demikian juga para pemegang kekuasaan haruslah orang-orang yang paling taat terhadap
undang-undang. Kekuasaan yang diperolehi bukanlah kerana kehebatan suku kaum, bangsa,
kekuatan material dan kekayaannya. Model inilah yang berlaku di dalam sistem khalifah, yang
mana bagi Al-Afghani tidak sesuai dengan ajaran Islam. Baginya, kekuasaan itu harus diperolehi
melalui pemilihan dan disepakati oleh rakyat. Dengan demikian orang yang dipilih haruslah
mempunyai dasar hukum untuk melaksanakan kekuasaanya itu.

Meskipun semua idea Al-Afghani bertujuan untuk mempersatukan umat Islam dalam menghadapi
penjajah Barat dan kekuatan Turki Uthmaniyyah yang dipandangnya menyimpang dari Islam, tapi
idea Pan-Islaminya tidak jelas. [6]
BAB III
KESIMPULAN

Secara ringkasnya, telah kita ketahui bahawa segala jasa dan sumbangan Jamaludin Al-Afghani
di dalam dunia islam adalah sangat besar. Karya-karya yang dihasilkan oleh beliau dalam bidang
keagamaan dan keduniaan meninggalkan kesan yang megah, utuh, abadi sepanjang zaman
kepada umat manusia. Jasa-jasa beliau yang masyhur adalah dalam menegakkan Negara islam
daripada dijajah oleh Negara-negara barat, tidak dapat dilakukan oleh orang lain, malah ianyal
kekal dalam lipatan sejarah dan dapat disaksikan sehingga kini. Pemikiran Afghani, diteruskan
dan dikembangkan oleh murid-muridnya yakni Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha. Selanjutnya,
pemikiran Islam modern yang mereka kembangkan bukan hanya pada tingkat wacana, namun
ditransformasikan oleh pengikut-pengikut selanjutnya menjadi gerakan. Dapat dikatakan bahwa
gerakan Islam di abad kedua puluh banyak terpengaruh olehnya dan menjadikannya sumber
inspirasi. Pengaruh tersebut terlihat dalam tokoh dan gerakan-gerakan Islam modern masa kini
seperti Hasan al-Banna dengan Ikhwanul Muslimin, Abul A’la al-Maududi dengan Jama’atul Islam
dan termasuk Muh Natsir dengan Masyuminya. Wallahu’alam

DAFTAR PUSTAKA

 40 Masalah Agama.K.H.Sirajuddin Abbas,Pustaka Aman Press.SDN.BHD, 1978


 Said Djamaluddin Al-Afghany.Prof Dr Hamka,Butan Bintang,Jakarta.1970.
 http://muhammadzulifan.multiply.com/journal/item/35
 http://ms.wikipedia. Org/wiki/Sayid Jamaluddin Asadabadi

____________
[1] http://ms.wikipedia. Org/wiki/Sayid Jamaluddin Asadabadi
[2] ibid
[3] ibid
[4] 40 Masalah Agama.K.H.Sirajuddin Abbas,Pustaka Aman Press.SDN.BHD, 1978.
[5] Said Djamaluddin Al-Afghany.Prof Dr Hamka,Butan Bintang,Jakarta.1970.
[6] http://muhammadzulifan.multiply.com/journal/item/35

Anda mungkin juga menyukai