Anda di halaman 1dari 18

PENDAHULUAN

Jamaluddin al-Afghani, merupakan seorang pejuang Islam yang berjiwa besar, di


setiap negeri Islam yang di singgahinya, beliau menyebarkan fahaman Islam yang
dibawanya, kerana Islam tidak membataskan sempadan dan negeri. Kekentalan semangat
dan kegigihan usahanya ingin melihat negara yang didiami oleh umat Islam bebas dari
cengkaman penjajah dan berhasrat menyatukan mereka di bawah satu naungan iaitu
Islam. Perjuangan demi agama dan anti imperialisme membawa beliau merantau ke
segenap kota di Asia Barat bahkan ke Eropah untuk melihat dan mengalami sendiri nasib
umat Islam yang kian tertindas disebabkan oleh kerakusan penjajahan Inggeris. Negaranegara yang pernah dijejakinya ialah Iran, Afghanistan, India, Turki, Mesir, England,
Perancis dan Rusia. Turki adalah negara terakhir yang menerima kunjungan beliau,
disanalah beliau kembali kehadrat Ilahi. Kunjungannnya ke beberapa buah negara
tidaklah hanya sekali bahkan berulangkali. Kunjungan tersebut bukanlah kerana
kemahuannya tetapi kerana diusir oleh pemerintah yang bimbang terhadap pengaruh islah
yang dibawanya akan membangkitkan penentangan rakyat terhadap pemerintah. Ideal
islahnya digeruni oleh pemerintah yang zalim kerana bimbang mencetuskan revolusi
rakyat, ia sangat tidak disenangi oleh golongan ulama tradisional dan dianggap
bertentangan dengan pegangan tradisi.

RIWAYAT HIDUP

Nama sebenar Sayid Jamaluddin al-Afghani ialah Muhammad Jamaluddin alAfghani al-Husaini. Namun, terdapat sesetengah sumber menyatakan bahawa nama
sebenarnya ialah Muhammad ibn Safdar al-Husain. Dilahirkan pada tahun 1838 Masihi
bersamaan dengan 1254 Hijrah, beliau dibesarkan di tempat lahirnya, iaitu di Asadabad,
iaitu salah satu kawasan di Zon Kunar di Afghanistan. Jamaluddin al-Afghani lahir
sebagai seorang tokoh pemikiran dalam dunia Islam. Datuknya, Sayid Ali pernah tinggal
untuk sementara waktu di Hamedan, Iran dan beliau dikenali sebagai Hamadani.
Manakala ayah Sayid Jamaluddin al-Afghani, Sayid Safdar, menetap di Kabul pada 1844
Masihi bersama keluarganya. Beberapa tahun kemudian, beliau berpindah ke Hamedan,
Iran, disebabkan tekanan politik yang diamanahkan ke atasnya oleh Raja Afghanistan.
Walau bagaimanapun, menurut sumber dari beberapa warganegara Iran, beliau dilahirkan
di Asadabad di Zon Hamedan, Iran.
Sayid Jamaluddin al-Afghani mempunyai pertalian darah dengan seorang
periwayat hadis yang terkenal, Imam at-Tarmizi dan seterusnya kepada Saidina Ali bin
Abi Talib.
Masa remajanya, banyak dihabiskan di Afghansitan. Beliau adalah seorang anak
yang cergas. Sejak umurnya 12 tahun, beliau telah menghafal al-Qur`an, kemudian
apabila usianya menginjak 18 tahun, beliau sudah mendalami pelbagai bidang ilmu
keislaman dan ilmu umum. Al-Afghani dikenali sebagai orang yang banyak
2

menghabiskan hidupnya hanya demi kemajuan Islam. Beliau sanggup berpindah dari
suatu negara ke negara yang lain demi menyebarkan pemikiran-pemikiran revolusinya,
demi mengangkat posisi dan martabat Islam yang jauh ketinggalan dari dunia barat.
Sayid Jamaluddin al-Afghani adalah seorang yang suka mengembara. Beliau telah
mengembara ke beberapa tempat seperti Najaf, India, Makkah, Tehran dan Khurasan.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1897 Masihi bersamaan 1314 Hijrah ketika
berusia 60 tahun dan beliau dikebumikan di Istanbul. Pada tahun 1944, jenazah Sayid
Jamaluddin al-Afghani dibawa ke Afghanistan atas permintaan kerajaan Afghanistan.
Jenazahnya dikebumikan di Kabul di dalam Universiti Kabul. Sebuah mousoleum telah
dirikan untuknya.
Selepas kewafatan beliau, maka bermulalah sejarah kegemilangannya. Apa yang
beliau ramalkan sebahagian besarnya telah menjadi kenyataan. Pemikiran beliau tentang
bahaya dan taktik penjajahan Barat ke atas dunia Islam telah terjadi sebagaimana yang
beliau katakan.
Sepanjang beliau hidup, harapan beliau satu-satunya yang akan dapat menyusun
kembali kekuatan kerajaan turki uthmaniyyah. Pada asalnya Sultan Abdul Hamid yang
berkuasa pada waktu itu hanya menurut nasihatnya, akan tetapi lama kelamaan,
nasihatnya tidak didengari lagi. Bahkan dan tidak dapat bergerak lagi sehingga beliau
menutup mata di negeri tersebut. Sebelas tahun selepas kewafatan beliau, sultan Abdul
Hamid telah jatuh dari singgahsana dan 17 tahun selepas kewafatan beliau juga terjadilah

Perang Dunia Pertama, yang mana Turki telah berpihak kepada Jerman dalam peperangan
sehingga kalah dan menjatuhkan kerajaan Uthmaniyah untuk selama-lamanya.
Bangsa-bangsa penjajah berharap agar dengan jatuhnya Kerajaan Uthmaniyah
maka tamatlah zaman kegemilangan Islam. Tetapi kehendak Tuhan berlaku diluar
kemahuan musuhnya. Kesan dari Perang Dunia Pertama telah menghembuskan semangat
baru dalam dunia Islam lebih hangat daripada yang dahulu. Sehingga setelah terjadi
Perang Dunia Kedua, maka bangkitlah kekuatan dalam dunia Islam yang jauh melebihi
dari kekuatan Kerajaan Uthmaniyah yang telah hilang itu.1

1 http://ms.wikipedia. Org/wiki/Sayid Jamaluddin Asadabadi

PENDIDIKAN

Pada peringkat awal, Sayid Jamaluddin al-Afghani mendapat pendidikan daripada


orang tuanya dalam bidang ilmu agama dan bahasa Arab. Beliau mempelajari asas-asas
bahasa Arab seperti nahu dan sastera ketika itu. Selepas itu, beliau mempelajari ilmu-ilmu
keagamaan seperti ilmu tauhid, fikah, usul fikah, tafsir, hadis dan lain-lain.
Sayid Jamaluddin telah menghafal al-Quran ketika beliau berusia 12 tahun. Beliau
mendalami beberapa bidang ilmu seperti hadis, falsafah, mantik, usuluddin, perubatan,
dan ilmu kalam ketika berada di Najaf. Ketika Sayid Jamaluddin al-Afghani merantau ke
India, beliau telah mempelajari ilmu-ilmu moden seperti sains dan matematik.
Pada ketika itu juga, Sayid Jamaluddin al-Afghani sudah mula menulis karyanya.
Karya Sayid Jamaluddin al-Afghani yang pertama bertajuk Keterangan Lengkap tentang
Sejarah Afghanistan.
Semasa menetap di Mesir, beliau telah bertemu dengan ramai penuntut Universiti
al-Azhar yang datang menimba ilmu dan pengalaman daripadanya, termasuklah Syeikh
Muhammad Abduh. Hasil pertemuan tersebut telah menyemarakkan gerakan pemikiran
Jamaluddin di Mesir. Gerakan ini dikenali sebagai Gerakan Islah.2

2 ibid

KETOKOHAN DAN KEPERIBADIAN

Jamaluddin al-Afghani merupakan seorang pelopor kebangkitan masyarakat Islam


di beberapa tempat seperti di Tehran, Moscow dan lain-lain. Beliau berjaya meniupkan
semangat perjuangan dan menyedarkan masyarakat Islam supaya menentang penjajah
demi kemajuan diri, masyarakat, agama dan negara. Pidatonya yang bernas dan
bersemangat dapat menyuntik semangat umat Islam. Beliau cuba mengembalikan
keyakinan umat Islam di India terhadap kemampuan mereka menentang penjajah. Antara
teks pidato beliau ialah:
Seandainya jumlah kamu yang beratus-ratus juta ini, ditakdirkan menjadi lalat dan
nyamuk sekalipun, nescaya kamu akan dapat memekakkan telinga-telinga orang Inggeris
dengan suara kamu. Seandainya kamu ditakdirkan menjadi labi-labi atau penyu
sekalipun, lalu kamu berenang ke tanah Inggeris, bilangan kamu yang seramai ini akan
dapat mengepung dan menenggelamkan tanah Inggeris. Kamu akan pulang ke India
dalam keadaan selamat.
Sayid Jamaluddin al-Afghani merupakan seorang tokoh ilmuan dan pemikir Islam
yang terkenal pada kurun ke-19 Masihi. Beliau begitu kreatif dalam menghasilkan karyakarya yang bermutu.
Beliau juga adalah seorang ahli politik yang aktif berjuang menentang penjajah.
Antara keperibadian-keperibadian yang beliau miliki ialah:

Mencintai ilmu pengetahuan.

Mempunyai akal fikiran yang cergas, tajam, dan berpandangan jauh.

Memiliki semangat jihad yang tinggi.

Berusaha mencorakkan pemikiran masyarakat Islam kepada kemajuan dan bebas


daripada penjajah.

Mempunyai kewibawaan dan kebolehan sebagai seorang pemimpin.

Petah berpidato dalam meniupkan semangat perjuangan dalam kalangan


masyarakat Islam.

Bergiat dalam arena penulisan dengan menyalurkan idea-idea untuk menyedarkan


rakyat ke arah kemajuan dan pembangunan.

Tidak jemu menjelajah ke merata tempat untuk mencari ilmu pengetahuan di


samping berdakwah untuk membetulkan kefahaman ajaran Islam yang
sebenarnya.3

3 ibid

SUMBANGAN DAN KESAN PENINGGALAN

Pada tahun 1857 Masihi, Sayid Jamaluddin al-Afghani menghabiskan masa


setahun di Delhi. Setelah mengerjakan haji di Makkah, beliau kembali ke Afghanistan
pada tahun 1858 Masihi. Beliau menjadi seorang kaunselor kepada Raja Dost
Mohammad Khan dan Mohammad Azam.
Pada tahun 1962 Masihi, Sayid Jamaluddin al-Afghani telah meniupkan semangat
perjuangan kepada rakyat supaya menentang penjajah Inggeris di Afghanistan. Semangat
perjuangan disebarkan melalui tulisan, syarahan dan perbincangan. Segala hasil
tulisannya yang bernas dan tajam telah membangkitkan semangat masyarakat Islam
untuk menentang penjajah. Pada tahun 1869, takhta di Kabul diisi oleh Sher Ali Khan dan
Sayid Jamaluddin al-Afghani diarah untuk meninggalkan negara tersebut.
Pada tahun 1871, Sayid Jamaluddin al-Afghani berpindah ke Mesir dan mula
menyebarkan ideanya mengenai pembentukan semula bidang politik. Idea-idea beliau
dikategorikan sebagai radikal, dan beliau telah dibuang negeri pada tahun 1879. Semasa
beliau berada di Mesir, beliau telah bekerjasama dengan Syeikh Muhammad Abduh
melalui Gerakan Islah untuk mengubah pemikiran orang-orang Islam ke arah zaman
kemajuan. Selepas Sayid Jamaluddin al-Afghani dibuang negari, beliau merantau ke
beberapa tempat di Eropah dan di luar Eropah seperti Istanbul, London, Paris, Moscow,
St. Petersburg dan Munich.
Negara yang paling memberikan kesan dalam perjuangannya ialah Mesir. Dalam
kunjungannya buat kali kedua ke sana pada tahun 1871, beliau menetap di salah satu
8

Roak al-Azhar dan menyebarkan ilmu di kediamannya sendiri. Di bumi Mesir ini,
walaupun tidak diterima oleh majoriti warga al-Azhar, beliau tetap menyebarkan
pandangan politiknya yang amat mempengaruhi pemikiran para pelajarnya, sehingga
meninggalkan kesan di jiwa salah seorang pelajar yang mana merangkap sahabatnya iaitu
Muhammad Abduh.
Kesan pengaruh politiknya ini mencetuskan kebangkitan kebangsaan dan tuntutan
rakyat Mesir kearah pemerintahan berpelembagaan. Al-Afghani diusir dari Mesir pada
tahun 1879 setelah menetap hampir 8 tahun disana, apabila penjajah Inggeris
menganggap beliau sebagai pengancam keselamatan negara tersebut. Tidak kurang juga
nasib yang dialami oleh Muhammad Abduh yang di singkir dari Kaherah. Al-Afghani
dihantar ke India dan menetap di sana selama tiga tahun. Setelah itu, beliau berpindah
seketika ke London lalu meneruskan pengembaraan ke Paris.
Kota Paris menyaksikan kemuncak sejarah kegemilangan beliau, di sinilah beliau
mengeluarkan majalah Islam pertama yang membuka mata dan minda umat Islam.
Majalah tersebut melukiskan segala tinta Sayyid Jamaluddin dan muridnya Muhammad
Abduh. Majalah ini bertajuk al-Urwah al-Wuthqa, yang mana keluaran sulungnya pada
5 Jamadil Awwal 1301 / 13 Mac 1884. Ia berjaya disebarkan sebanyak lapan belas
keluaran sebelum diberhentikan penerbitannya pada Oktober 1884. Majalah ini menjadi
wadah penyebaran ideologi politik dan Pan-Islamismenya. Menerusi majalah ini, Sayid
Jamaluddin al-Afghani menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran sebenar Islam,
dan bersatu padu. Menurut beliau, hal ini membolehkan komuniti Islam mendapat
kembali kekuatan lama mereka mengatasi kuasa Eropah.

Perjuangannya di Perancis tidak dapat diteruskan, sekatan terhadap pengeluaran


majalah membataskan pergerakannya. Jiwanya masih gagah untuk terus berjuang di
medan yang lain pula, namun pertentangan pendapat dengan muridnya tidak dapat di
elakkan. Mereka mengambil keptusan untuk berjuang dengan cara masing-masing kerana
kecenderungan mereka nyata berbeza, Al-Afghani lebih cenderung kepada politik,
manakala Muhammad Abduh lebih menekankan kepada aspek pendidikan. Mereka
berpisah mencari ruang yang sesuai untuk terus berjuang dengan cara masing-masing.

Beberapa kesan peninggalan Sayid Jamaluddin al-Afghani terhadap masyarakat


Islam ialah:

Menyedarkan umat Islam mengenai kewajipan mereka terhadap agama dan


melaksanakan syariat Allah s.w.t.;

Menaikkan semangat perjuangan revolusi menentang penjajahan yang akhirnya


berkembang ke Sudan, Iran, Turki dan sebagainya;

Membetulkan penyelewengan terhadap al-Quran dan al-Hadis.

Beliau telah menghasilkan beberapa karya untuk bacaan generasi selepasnya, antaranya:

al-A'mal al-Kamilah

ar-Raddu 'ala ad-Dahriyyin

Tutimmah al-Bayaan fi Tarikh Afghan

10

al-Khatirat

at-Tukayyufat 'ala Syarh ad-Dawani lil-Uqatir al-'Adhuidiyah

Beliau juga mengasaskan beberapa akhbar seperti al-'Urwah al-Wuthqa, Misr, at-Tijarah
dan al-Khafiqin.4

4 40 Masalah Agama.K.H.Sirajuddin Abbas,Pustaka Aman Press.SDN.BHD, 1978.

11

PEMIKIRAN POLITIK AL-AFGHANI

Selama di Mesir Jamaluddin al-Afghani mengutarakan beberapa konsep


pembaharuannya, iaitu :
a. Musuh utama umat Islam ialah penjajah (Barat),
b. Umat Islam harus menentang penjajahan bila dan di mana sahaja.
c. Untuk mencapai tujuan itu umat Islam harus bersatu (Pan-Islamisme).

Pan-Islamisme bukan bererti leburnya kerajaan-kerajaan Islam menjadi satu,


tetapi mereka harus mempunyai satu pandangan yang bersatu dan bekerjasama. Persatuan
dan kerjasama merupakan sendi yang amat penting dalam Islam. Persatuan Islam hanya
dapat dicapai apabila berada dalam kesatuan dan kembali kepada ajaran Islam yang
murni iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasul.

Untuk mencapai usaha-usaha pembaharuan tersebut :

a. Rakyat harus dibersihkan dari kepercayaan kepada perkara-perkara yang berunsur


tahyul

b.Umat islam harus yakin bahawa Al-Quran dan As sunnah merupakan pegangan hidup

c.Rukun iman menjadi landasan hidup


12

d. Setiap generasi umat mempunyai keistimewaan untuk memberikan pengajaran dan


pendidikan pada manusia yang bodoh dalam memerangi hawa nafsu jahat.

Dari Mesir, Jamaluddin al-Afghani telah pergi ke Turki dan tokoh-tokoh


terkemuka di sana sangat terpengaruh dengan ajarannya. Pada tahun 1871 beliau kembali
ke negeri Mesir untuk membangkitkan kegemilangan umat Islam dan ajaran-ajarannya.
Beliau juga mengkhidmatkan dirinya dalam kerja-kerja kebajikan dan pendidikan. Beliau
telah mendesak pihak yang berwajib supaya mengiktirafkan bahasa Urdu sebagai bahasa
pengantar dalam pemerintahan, bahkan menjadikannya sebagai bahasa rasmi negara.
Akibat dari keberaniannya itu, beliau telah ditangkap lalu di bawa ke Culcutta. Dari sana
Jamaluddin di bawa ke Inggeris.

Dikota Paris, Jamaluddin telah mengasaskan Badan "Pertubuhan Alurvatul


Vusuka" lalu menerbitkan sebuah akhbar mingguan dalam bahasa Arab yang bertujuan
untuk menyemarakkan gerakan Pan-Islamisme. Fahaman yang hendak dibawa oleh
Jamaluddin al-Afghani ialah untuk membebaskan umat islam dari menjadi mangsa
penjajahan Barat serta menghalang daripada penyebaran idea-idea pihak Barat yang
bersifat jahat untuk menjatuhkan umat islam ke arah kemunduran.

Dari kota Paris Jamaluddin Al Afghani telah pergi ke Moscow dan kemudian ke
bandar St.Petersburg. Dimana beliau telah menetap di sana selama lebih empat tahun. Di
sana beliau berjaya memujuk Maharaja Czar Russia bagi membenarkan rakyatnya yang

13

beragama Islam supaya menerbitkan Kitab Al Qur'an dengan bebas serta buku-buku
agama yang lain. Al Afghani telah menekankan satu hakikat bahawa keteguhan sebuah
negara tidak bergantung kepada tentaranya sahaja bahkan juga semangat juang rakyatnya.

Terdapat dua bentuk dalam pengajaran Jamaluddin Al Afghani. Pertama beliau


menekankan supaya pengajaran agama Islam itu diperbaiki supaya sesuai dan dapat
mengikut tamadun moden dan yang kedua bertujuan untuk membebaskan negara Islam
dari kekuasaan Barat. Beliau berpendapat bahawa umat Islam telah merosot akhlaknya
dan lemah semangat serta dikuasai oleh hawa nafsu jahat. Beliau menaruh keyakinan
penuh bahawa kekuasaan Barat kepada negara Islam adalah amat bahaya dengan keadaan
demikian. Jika umat Islam tidak berubah, mereka pasti akan menerima nasib yang lebih
buruk lagi. Oleh yang demikian umat Islam hendaklah bangkit untuk kembali pada
agama dan diri mereka sebagai umat Islam yang mulia lagi terpuji.5

5 Said Djamaluddin Al-Afghany.Prof Dr Hamka,Butan Bintang,Jakarta.1970.

14

KONSEP NEGARA MENGIKUT AL-AFGHANI

Selain Pan-Islamisme, Al-Afghani juga mengutarakan konsep negara republik


yang demokrasi bagi negara-negara Islam. Al-Afghani banyak mencela sistem
pemerintahan umat Islam yang bercorak autokratik. Menurutnya, ketua negara harus
mengadakan syura dengan pemimpin-pemimpin masyarakat yang memiliki banyak
pengalaman. Pengetahuan manusia secara individu amat terbatas. Islam dalam pandangan
Al-Afghani menghendaki pemerintahan Republik di mana kebebasan mengeluarkan
pendapat dan kewajiban ketua negara untuk tunduk kepada Undang-undang.
Menurut Al-Afghani, Islam menghendaki bentuk republik kerana di dalamnya
terdapat kebebasan berpendapat dan ketua negara harus tunduk kepada Undang-Undang
Dasar. Pendapat ini baru dalam sejarah politik Islam. Sebelumnya umat Islam hanya
mengenali sistem khalifah yang mempunyai kuasa.
Dalam pemerintahan republik, yang berkuasa adalah undang-undang dan hukum,
bukan ketua negara. Ia hanya berkuasa untuk menjalankan undang-undang dan hukum
yang digariskan oleh lembaga untuk memajukan kemaslahatan rakyat.
Pendapat Al-Afghani

tersebut jelas dipengaruhi oleh pemikiran

Barat.

Penafsiran Al-Afghani tersebut lebih maju dari Muhammad Abduh. Islam dalam
pemikiran Abduh tidak menetapkan suatu bentuk pemerintahan, Jika sistem khalifah
masih tetap menjadi pilihan sebagai model pemerintahan, maka bentuk demikian juga
harus mengikut perkembangan masyarakat dalam kehidupan. Kemunculan Al-Afghani
15

disebut sebagai penyebab kepada salah satu sebab kemunduran umat Islam yang bersifat
politik. Abduh, sebagaiman gurunya Al-Alghani berpendapat bahawa Islam mempunyai
unsur dinamis, yang dapat disesuaikan dengan perkembangan zaman, dengan jalan
ijtihad.
Demikian juga para pemegang kekuasaan haruslah orang-orang yang paling taat
terhadap undang-undang. Kekuasaan yang diperolehi bukanlah kerana kehebatan suku
kaum, bangsa, kekuatan material dan kekayaannya. Model inilah yang berlaku di dalam
sistem khalifah, yang mana bagi Al-Afghani tidak sesuai dengan ajaran Islam. Baginya,
kekuasaan itu harus diperolehi melalui pemilihan dan disepakati oleh rakyat. Dengan
demikian orang yang dipilih haruslah mempunyai dasar hukum untuk melaksanakan
kekuasaanya itu.
Meskipun semua idea Al-Afghani bertujuan untuk mempersatukan umat Islam
dalam menghadapi penjajah Barat dan kekuatan Turki Uthmaniyyah yang dipandangnya
menyimpang dari Islam, tapi idea Pan-Islaminya tidak jelas. 6

6 http://muhammadzulifan.multiply.com/journal/item/35

16

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, telah kita ketahui bahawa segala jasa dan sumbangan Jamaludin AlAfghani di dalam dunia islam adalah sangat besar. Karya-karya yang dihasilkan oleh
beliau dalam bidang keagamaan dan keduniaan meninggalkan kesan yang megah, utuh,
abadi sepanjang zaman kepada umat manusia. Jasa-jasa beliau yang masyhur adalah
dalam menegakkan Negara islam daripada dijajah oleh Negara-negara barat, tidak dapat
dilakukan oleh orang lain, malah ianyal kekal dalam lipatan sejarah dan dapat disaksikan
sehingga kini. Pemikiran Afghani, diteruskan dan dikembangkan oleh murid-muridnya
yakni Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha. Selanjutnya, pemikiran Islam modern yang
mereka kembangkan bukan hanya pada tingkat wacana, namun ditransformasikan oleh
pengikut-pengikut selanjutnya menjadi gerakan. Dapat dikatakan bahwa gerakan Islam di
abad kedua puluh banyak terpengaruh olehnya dan menjadikannya sumber inspirasi.
Pengaruh tersebut terlihat dalam tokoh dan gerakan-gerakan Islam modern masa kini
seperti Hasan al-Banna dengan Ikhwanul Muslimin, Abul Ala al-Maududi dengan
Jamaatul Islam dan termasuk Muh Natsir dengan Masyuminya. Wallahualam

17

RUJUKAN

1. 40 Masalah Agama.K.H.Sirajuddin Abbas,Pustaka Aman Press.SDN.BHD, 1978.

2. Said Djamaluddin Al-Afghany.Prof Dr Hamka,Butan Bintang,Jakarta.1970.

3. http://muhammadzulifan.multiply.com/journal/item/35

4. http://ms.wikipedia. Org/wiki/Sayid Jamaluddin Asadabadi

18

Anda mungkin juga menyukai