Anda di halaman 1dari 2

Sekolah Menengah Kuen Cheng

Ujian Kecil II RBT: Semester 2: 2017

Nama: ____________________________ ( ) Kelas: ___________________________

Bulatkan jawapan yang betul tentang peranan lakaran untuk soalan 1 sehingga 4 (4 markah).

1. “Digunakan untuk menambah beberapa pilihan rekaan untuk rim dan lampu hadapan untuk lakaran
sebuah kereta”

a) Asas komposisi untuk ilustrasi


b) Mempercepat pembangunan konsep
c) Medium komunikasi pelanggan
d) Eksplorasi visual

2. “Kaedah ini menjimatkan masa kerana pereka hanya perlu menghasilkan lakaran sesuatu konsep di atas
kertas”

a) Asas komposisi untuk ilustrasi


b) Mempercepat pembangunan konsep
c) Medium komunikasi pelanggan
d) Eksplorasi visual

3. “Kaedah yang cepat dan pantas untuk menunjukkan kedudukan lampu sisi dan lampu belakang kereta
dalam ilustrasi awal sebuah kereta”

a) Asas komposisi untuk ilustrasi


b) Mempercepat pembangunan konsep
c) Medium komunikasi pelanggan
d) Eksplorasi visual

4. “Memudahkan pereka untuk berbincang dengan Encik Lee yang meminta sebuah rekaan beg sekolah”

a) Asas komposisi untuk ilustrasi


b) Mempercepat pembangunan konsep
c) Medium komunikasi pelanggan
d) Eksplorasi visual

5. Tandakan (/) bagi yang betul dan (x) bagi yang salah bagi perkara asas dalam membuat lakaran? (3m)

Menggunakan teknik lakaran bebas


Satu lukisan draf..
Menggunakan pen atau pensil mekanikal.
Tidak menggunakan alat bantuan melukis
6. Tandakan (/) bagi yang betul bagi lakaran oblik (3m)

Bersudut 45°.
Lakaran berbentuk 3D.
Titik lenyap bergantung kepada kedudukan mata.
Terdapat jenis kavalier dan cabinet.

7. Tandakan (/) bagi yang betul bagi lakaran isometrik (2m)

Bersudut 30° bagi setiap satu paksi.


Menunjukkan tiga bahagian pandangan.
Menunjukkan keseluruhan sesuatu pandangan objek.

8. Tandakan (/) bagi yang betul bagi lakaran perspektif (2m)

Lazim digunakan untuk lakaran objek yang besar atau panjang.


Boleh mempunyai empat titik lenyap.
Sudut bergantung kepada kedudukan mata.

9. Isikan tempat kosong dengan jenis lakaran yang berkaitan. (6 markah)

Situasi Jenis Lakaran


1 Yun Lin memerlukan lakaran yang terperinci untuk produk kasutnya
termasuklah panjang tali, jenis kulit dan bentuk tapak kasut.

2 Benedict ingin membuat lakaran untuk sebuah patung teddy bear. Dia
perlu menunjukkan proses lakaran awal sehingga akhir untuk produknya
itu.

3 Miss Bong perlu berjumpa dengan pelanggannya yang meminta sebuah


lakaran untuk beg tangan wanita sejak minggu lepas.

4 Alicia sering membawa buku lakarannya ke mana-mana dan membuat


lakaran ringkas untuk apa-apa idea yang difikirkannya.

5 Jian Wei bekerja di sebuah syarikat rekaan kereta. Jian Wei tidak mahu
menggunakan kertas untuk lakaran keretanya.

6 Tien Ning diarahkan membuat beberapa rekaan untuk kerusi pejabat


untuk dibuat perbandingan.

Soalan disediakan oleh: Cikgu Fouad

Anda mungkin juga menyukai