Anda di halaman 1dari 1

MATA PELAJARAN Bahasa Melayu

KELAS Tingkatan 2 Amanah

MASA 11.00 pagi – 12.00 tengahhari

STANDARD KANDUNGAN 1.4 Berbicara tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi formal dan tidak formal.

1.4.1 Berbual dengan menerangkan sesuatu isu yang berkaitan komuniti menggunakan
STANDARD PEMBELAJARAN
sebutan yang betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

TEMA Kebudayaan, kesenian dan estetika

NILAI TERAS Hormat Menghormati

TAJUK Malaysia Unik

OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat;
1. Menjelaskan kepentingan menghormati adat resam dan pantang larang pelbagai
kaum menggunakan sebutan yang betul secara bertatasusila.
2. Menerangkan cara menghormati rakan dan jiran dalam bentuk lakonan secara
bertatasusila.
3. Menjelaskan dalam bentuk pantun (berdasarkan modul) kepentingan
menghormati adat resam pelbagai kaum.

AKTIVITI 1. Sumbang saran tentang gambar yang dipamerkan.


2. Murid menjalankan aktiviti berkumpulan.
Tugasan kumpulan 1, 2, dan 3:
Senaraikan adat resam mengikut kaum.
Tugasan kumpulan 3, 4, dan 5:
Nyatakan dan huraikan kepentingan hak jiran untuk mengamalkan adat resam
dan pantang larang.
3. Tunjukkan dalam bentuk lakonan tanggungjawab anda menghormati rakan/jiran
mengikut situasi.
Tugasan kumpulan 1, 2, dan 3:
Bincangkan peranan anda untuk menunjukkan rasa hormat terhadap
rakan/jiran sekiranya mengunjungi majlis rumah terbuka. Lakonkan situasi
tersebut.
Tugasan kumpulan 3, 4, dan 5:
Bincangkan peranan anda untuk menunjukkan rasa hormat terhadap
rakan/jiran sekiranya mengunjungi majlis rumah terbuka. Lakonkan situasi
tersebut.
4. Murid membina serangkap pantun mengenai amalan dan kepentingan
menghormati kepelbagaian kepercayaan antara kaum. Catatkan pantun
tersebut di atas satu penanda buku yang kreatif dan menarik dan edarkan
kepada jiran (simulasi dalam bilik darjah).

REFLEKSI

Anda mungkin juga menyukai