Anda di halaman 1dari 2

Kamu sekeluarga telah berkelah di sebuah pantai bersama-sama.

Tuliskan pengalaman
kamu semasa berkelah di sana.

Rangka karangan:

pendahuluan
• membuat
persiapan untuk
pergi berkelah

Isi 1
Penutup
• mengeluarkan
• berkemas bekalan dari but
sebelum pulang kereta
• gembira Berkelah • membentangkan
tikar
di tepi
• meletakkan barang
pantai

Isi 3
• berehat Isi 2
• menjamu selera • menukar pakaian dan
• mengambil meminta keizinan
gambar sebagai untuk mandi
kenang-kenagan • membina istana pasir
• bermain bola
Contoh karangan: Berkelah di Pantai

Pada hari Ahad yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga berkelah di Port
Dickson. Kami menaiki kereta bapa ke sana. Kami berbual-bual sepanjang perjalanan.

Setibanya di destinasi, bapa mengeluarkan bekalan dari but kereta. Kami


menolong mengangkat barangan lalu meletakkan bekalan kami di bawah sepohon pokok
yang rendang. Cuaca pada hari itu cerah dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kelihatan
banyak pengunjung berada di pantai. Suasana di sana riuh-rendah dan meriah.

Tanpa membuang masa lagi, saya dan adik segera menukar pakaian renang. Kami
membawa pelampung besar yang baru dibeli. Saya dan kakak berenang dengan gembira.
Abang pula belajar menyelam. Bapa membaca surat khabar manakala ibu mendengar
muzik di pantai. Oleh sebab adik tidak pandai berenang, dia melonggok pasir dan
membina istana pasir di pantai.

Setelah penat berenang,kami menjamu selera di pantai.Ibu menyediakan


pelbagai hidangan di atas tikar mengkuang.Kami menikmati mi goreng,sate,kuih-muih,
tembikai dan jus oren.Kami makan dengan gelojohnya kerana terlalu lapar.Tambahan
pula,masakan ibu sungguh enak dan berkhasiat.

Kemudian, kami bermain bola tampar di pantai. Pemandangan di pantai indah nian.
Kami sekeluarga mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Ibu dan bapa juga
bersiar-siar di pantai sambil berbual-bual dengan mesranya.

Kami mengemaskan barangan dan membersihkan tempat perkelahan sebelum


pulang. Kami membuang sampah-sarap ke dalam tong sampah demi menjaga kebersihan
pantai. Selepas itu, kami pulang dengan gembiranya. Berkelah di pantai merupakan
aktiviti yang menyeronokkan.

Kata kerja Kosa kata

Ayat gramatis:

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai