Anda di halaman 1dari 4

ETIKA PENTADBIRAN AWAM GMGA 2033

MASALAH ETIKA DI KALANGAN PEJAWAT AWAM

1.1 PENGENALAN

Istilah etika berasal dari perkataan Greek 'ethos' yang bermaksud khusus kepada
'character' ataupun perwatakan dan keperibadian. Manakala Shea (1988:17) mendefinisikan
etika sebagai prinsip-prinsip bertingkah laku yang mengawal individu atau profesyen dan
sebagai satu standard tingkah laku. Manakala istilah etika dalam kalangan teknokrat atau
pakar merujuk kepada isu-isu 'standard moral' yang melibatkan para teknokrat atau pemimpin
yang boleh membantu meningkatkan integriti profesyen kakitangan organisasi. Etika kerja
dapat disimpulkan sebagai panduan tingkah laku yang diikuti oleh manusia yang mempunyai
kaitan rapat dengan kehidupan khususnya bagi mereka yang meminggirkan agama dalam
kehidupan. Demikian itu, dalam negara bangsa dan agama telah menekankan norma moral
yang berlandaskan ketinggian akhlak (Rosazman, 2014).

Pemahaman maksud etika adalah salah satu istilah yang dikaitkan dengan sejarah
manusia, watak dan akhlak manusia. Ia membincangkan tentang baik atau buruk, betul atau
salah tingkah laku, menilai kelakuan terhadap beberapa kriteria mutlak dan meletakkan
negatif atau nilai-nilai positif di atasnya (Hanekom 1984). Jika semua orang melaksanakan
kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat
bertamadun, nescaya sebuah masyarakat atau negara itu akan maju dan bertamadun
berlandaskan moral yang baik.

Melunsuri masyarakat moden masa kini, norma keagamaan semakin ditinggalkan dan
masyarakat lebih menuju kearah kemajuan material dan nilai duit untuk mencapai
kesenangan hidup. Sumber-sumber moral kini datangnya daripada suatu set etika yang
dihasilkan oleh ketentuan akal manusia dan pengkajian terhadap kehidupan manusia.
Hubungan etika kerja profesional dengan kehidupan manusia digunakan untuk mengawal
tingkah laku ahli professional dalam bentuk menyuruh melakukan dan meninggalkan perkara
yang mendatangkan kesalahan sama ada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya
sebagai professional. Oleh itu, etika kerja professional merupakan satu landasan kepada
masyarakat yang membolehkan teknokrat mengawal tingkah lakunya sendiri serta
membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari
semasa ke semasa. Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian dan
dalam apa jua tingkah laku. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri,

243481 Page 1
ETIKA PENTADBIRAN AWAM GMGA 2033
tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat mencapai tahap
etika yang dikehendaki.

Rasuah merupakan suatu konsep yang kompleks. Secara umumnya, belum ada
suatu definisi seragam yang diterima secara universal tentang konsep rasuah setakat ini
(Kronqvist, Runesson, & Sörgård, 1997). Black’s Law Dictionary (Garner, 2012)
mentakrifkan terma rasuah sebagai “perbuatan melakukan sesuatu dengan niat untuk
memberi beberapa kelebihan yang bertentangan dengan kewajipan rasmi dan hak-hak orang
lain; penggunaan fidusiari atau penggunaan rasmi sesuatu stesyen atau pejabat untuk
mendapatkan beberapa keuntungan sama ada secara peribadi atau untuk orang lain, yang
melanggar hak orang lain”. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) mendefinisikan rasuah
sebagai pemberian untuk menumbuk rusuk iaitu menyogok, menyuap. Perkataan rasuah juga
tidak ditakrifkan secara khusus dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) 2009. Hanya perkataan suapan yang ditakrifkan dalam akta ini yang merangkumi
beberapa jenis perbuatan yang dinyatakan dalam seksyen 3 perenggan (a) hingga (g) yang
termasuk sebagai wang, derma, jawatan, kebesaran, bayaran, balasan berharga, perkhidmatan
atau pertolongan serta apa-apa tawaran, aku janji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak
bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian akta tersebut.

Malaysia kini berdepan dengan krisis integriti yang berpunca daripada amalan rasuah
yang berleluasa. Amalan rasuah bukan hanya terbatas kepada penjawat awam, tetapi turut
menular di kalangan orang awam dan sektor swasta. Kesan dari penularan amalan rasuah
kepada sesebuah negara adalah merugikan, dimana ia boleh mencemarkan imej kerajaan dan
negara di mata masyarakat dunia, mengurangkan pendapatan negara akibat dari ketirisan dan
pengelakan cukai, mengurangkan kemasukan pelabur asing yang tidak yakin dengan
kestabilan ekonomi negara, serta merencatkan pertumbuhan ekonomi negara yang akhirnya
menyumbang kepada kenaikan inflasi (al-Qudsy et al 2009; al-Marhubi, 2000; Rock and
Bonnett, 2004).

Amalan rasuah melibatkan penjawat awam, khususnya dikalangan agensi


penguatkuasa kerajaan, sering mendapat liputan meluas laporan berita tempatan kerana
urusan mereka melibatkan kepentingan awam secara keseluruhan. Agensi penguatkuasa
kerajaan yang sering terpalit dengan gejala rasuah ialah Polis Di Raja Malaysia (PDRM),
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

243481 Page 2
ETIKA PENTADBIRAN AWAM GMGA 2033
Tafsiran kepada ‘agensi penguatkuasaan’ boleh dilihat di dalam Akta Perlindungan
Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711). Seksyen 2, manafsirkan ‘agensi penguatkuasaan’
sebagai:

(a) mana-mana kementerian, jabatan, agensi atau badan lain yang dibentuk oleh
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan termasuk suatu unit,
seksyen, bahagian, jabatan atau agensi kementerian, jabatan, agensi atau badan itu,
yang diberi fungsi penyiasatan dan penguatkuasaan oleh mana-mana undang-undang
bertulis atau yang mempunyai kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan;

(b) suatu badan yang ditubuhkan oleh undang-undang Persekutuan atau undang-
undang Negeri yang diberi fungsi penyiasatan dan penguatkuasaan oleh undang-
undang Persekutuan atau undang-undang Negeri itu atau mana-mana undang-undang
bertulis yang lain; atau

(c) suatu unit, seksyen, bahagian, jabatan atau agensi sesuatu badan yang ditubuhkan
oleh undang-undang Persekutuan atau undang-undang Negeri yang mempunyai fungsi
penyiasatan dan penguatkuasaan.

Antara agensi penguatkuasaan utama di Malaysia ialah Polis Di Raja Malaysia


(PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) (Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana
Menteri; Mariah Ahmad, 2015). Secara ringkasnya, PDRM dan JIM merupakan agensi
penguatkuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri, JKDM adalah agensi penguatkuasa di
bawah Kementerian Kewangan, JPJ adalah agensi penguatkuasa di bawah Kementerian
Pengangkutan, SPRM adalah agensi penguatkuasa di bawah Jabatan Perdana Menteri,
manakala PBT yang berjumlah 149 PBT keseluruhannya adalah terletak di bawah bidang
kuasa Kerajaan Negeri masing-masing dan turut diselaraskan oleh Jabatan Kerajaan
Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

243481 Page 3
ETIKA PENTADBIRAN AWAM GMGA 2033
2.1 PENYATAAN MASALAH

243481 Page 4

Anda mungkin juga menyukai