Anda di halaman 1dari 5

GMGA 3033 OPERASI DASAR AWAM

Laporan Latihan & Perbincangan Kumpulan dan Pembentangan I

1. PENGENALAN

Pada 17 Februari 2019 yang lalu, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Malaysia telah menyempurnakan pelancaran Dasar Komuniti Negara
bertempat di Padang Awam Taman Puchong Indah, Puchong, Selangor. Dasar
Komuniti Negara ini pada awalnya telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 23
November 2018.

Dasar Komuniti Negara yang diperkenalkan untuk masyarakat bandar adalah


beriringan dengan usaha kerajaan untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara
maju.

Dasar ini dirangka bagi tujuan membangunkan inisiatif komuniti bagi


mewujudkan persekitaran berkualiti, memperkasa aktiviti dalam komuniti.

Dasar Komuniti Negara wujud tepat pada masanya dalam membantu


pendekatan Kerajaan mencorak komuniti bandar di negara ini. Ianya diharapkan akan
membantu penduduk memupuk sikap bertanggungjawab dan prihatin di tempat
tinggal mereka serta dapat menikmati kehidupan yang selesa, selamat dan bersih.

1
GMGA 3033 OPERASI DASAR AWAM

2. OBJEKTIF DASAR

 Mendaya upaya anggota komuniti supaya mempunyai rasa kepunyaan, prihatin


terhadap harta benda, ruang dan fasiliti yang dikongsi bersama serta rasa
tanggungjawab terhadap komuniti dan kawasan tempat tinggal.
 Membentuk komuniti yang peka terhadap isu-isu komuniti, saling menghormati,
menyayangi dan bekerjasama antara jiran tetangga.
 Memupuk kerjasama strategik antara komuniti dengan sektor awam, sektor swasta
dan NGO dalam membangunkan komuniti.
 Melahirkan lebih ramai pemimpin dan sukarelawan dalam kalangan komuniti
perumahan berstrata.

3. MATLAMAT DASAR
 Mendaya upaya komuniti di kawasan perumahan khususnya di kawasan
perumahan berstrata supaya terlibat secara aktif dalam usaha penyenggaraan dan
pengurusan harta awam dan harta bersama.
 Dasar ini juga memberi fokus untuk membangunkan komuniti secara inklusif
demi mencapai kesejahteraan hidup.
 Mewujudkan komuniti dan generasi mampan.

4. ISU DAN CABARAN

Dalam mendepani cabaran globalisasi dan urbanisasi, misi Kementerian


Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah sektor perumahan ialah
menjadi peneraju utama dalam menjayakan program perumahan negara yang
komprehensif dan dinamik untuk kesejahteraan rakyat yang berkekalan.
Selain menyediakan rumah mampu milik untuk golongan yang berkelayakan,
KPKT juga berperanan memastikan pengurusan kediaman berstrata serta

2
GMGA 3033 OPERASI DASAR AWAM

pembangunan komunitinya diurus dengan baik supaya semua ahli komuniti dapat
menikmati kehidupan yang selesa, selamat dan mampan.
Walau bagaimanapun, dalam kalangan komuniti perumahan berstrata kos
rendah dan sederhana umumnya, kerap berlaku pelbagai masalah sosial perumahan
seperti berikut.

i. Kegagalan penghuni menjelaskan bayaran sewa bulanan dan yuran


pengurusan bangunan.
ii. Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri dalam
penggunaan dan penjagaan kemudahan awam dan harta bersama.
iii. Masalah kebersihan, kesihatan dan persekitaran yang kotor serta tidak terurus.
iv. Sistem sokongan dalaman dan luaran komuniti yang rendah.
v. Komuniti tidak bersatu padu dan kurang muafakat.
vi. Kurang prihatin terhadap golongan yang memerlukan bantuan seperti kanak-
kanak, warga emas, orang kurang upaya (OKU), wanita, ibu tunggal dan daif.
vii. Masalah sosial dalam kalangan belia dan penghuni yang tidak
bertanggungjawab.
viii. Vandalisme yang berleluasa sehingga merosakkan harta benda dan merugikan
Kerajaan serta orang awam.

5. PIHAK YANG TERLIBAT DENGAN ISU TERSEBUT

Antara pihak yang terlibat dalam mengendalikan isu atau masalah tersebut ialah:

i. Pihak Infrastruktur dan Penyelenggaraan.


ii. Pihak Kebersihan, Alam Sekitar dan Kesihatan.
iii. Pihak Keselamatan.
iv. Pihak berkaitan Pendidikan dan Kemahiran.
v. Pihak yang bertanggungjawab terhadap Keprihatinan Kanak-Kanak, Warga
Emas, Orang Kurang Upaya (OKU), Wanita, Ibu Tunggal dan Daif.
vi. Pihak Keusahawanan dan Perniagaan Sosial.
vii. Pihak Perkhidmatan Sosial
viii. Pihak Sukan dan Rekreasi

3
GMGA 3033 OPERASI DASAR AWAM

6. TEKNIK PENSTRUKTURAN MASALAH

Teknik yang digunakan dalam penstrukturan masalah bagi dasar ini adalah
Teknik Sinektik kerana di dalam dasar ini lebih melibatkan masalah-masalah awam.
Menurut Gordon, 1961, teknik sinektik merupakan satu cara untuk membantu
mengenal pasti masalah yang mempunyai persamaan. (Sabitha Marican,1997).
Teknik ini digunakan untuk menggalakkan kita menghargai tentang
kepentingan membandingkan masalah-masalah awam yang mempunyai persamaan
antara satu sama lain.
Terdapat tiga bentuk analogi yang boleh digunakan oleh penganalisis dalam
membandingkan masalah awam yang wujud.
Bentuk-bentuk analogi tersebut ialah seperti:
i. Anologi Peribadi
ii. Anologi Langsung
iii. Anologi Fantasi

Teknik yang sesuai digunakan bagi menyelesaikan isu atau masalah yang
wujud dalam Dasar Komuniti Negara ialah Teknik Analogi Peribadi iaitu
penganalisis akan membayangkan bahawa diri mereka sendiri yang menghadapi
masalah tersebut. Antara contoh masalah yang sering dihadapi ialah seperti
vandalisme, masalah kebersihan, komuniti tidak bersatu dan lain-lain masalah awam.

7. KESIMPULAN

Kesimpulannya, dalam keadaan semua pihak mengambil peranan masing-


masing dan melangkah ke hadapan dengan mengambil kira tindak balas berkesan
terhadap cabaran yang dihadapi, negara dijangka boleh merasai impak daripada Dasar
ini dalam tempoh lima ke sepuluh tahun.
Demikian itu, Dasar Komuniti Negara seharusnya mencakupi dan merentasi
semua jenis komuniti bukan sahaja dari aspek lokaliti, tetapi umur, lokasi, etnik,
kepentingan, agama dan kepercayaan serta pekerjaan.

4
GMGA 3033 OPERASI DASAR AWAM

8. RUJUKAN

Alia, D .(9 November 2019). Tiga pegawai KPKT di PPR bantu tingkat kesedaran
kebersihan – Zuraida. Dimuat turun daripada
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-pegawai-kpkt-di-ppr-bantu-
tingkat-kesedaran-kebersihan-zuraida-222208

Jabatan Penerangan Malaysia (1 Januari 2020). Dasar Komuniti Negara. Dimuat


turun daripada
https://www.penerangan.gov.my/japenv2/index.php/2020/01/01/dasar-
komuniti-negara/

Nazri , N. (15 November 2019). KPKT lancar Dasar Komuniti Negara, 20 PPR
dipilih laksana projek rintis Tingkat muafakat selenggara harta awam.
Dimuat turun daripada https://www.wilayahku.com.my/kpkt-lancar-dasar-
komuniti-negara-20-ppr-dipilih-laksana-projek-rintis-tingkat-muafakat-
selenggara-harta-awam/

Rosnon, R. (29 March 2019). Dasar Komuniti Negara Perlu Lebih Inklusif. Dimuat
turun daripada https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/03/546636/dasar-
komuniti-negara-perlu-lebih-inklusif

Sinar Harian (17 Februari 2019). Dasar Komuniti Negara wujudkan masyarakat
berdaya saing. Dimuat turun daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/13384/BERITA/Nasional/Dasar-
Komuniti-Negara-wujudkan-masyarakat-bersaya-saing

Anda mungkin juga menyukai