Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN PROGRAM MINGGU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

1. PENGENALAN

Minggu Panitia Pendidikan Islam SK Jalan Muara Tuang yang akan diadakan adalah
merupakan suatu usaha untuk menggilap bakat dan potensi murid-murid dalam aspek
tilawah al-Quran, hafazan, dan bercerita. Program ini akan menjadi asas melahirkan
juara di peringkat sekolah dan pencarian wakil sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.
Dalam masa yang sama program ini juga dapat mengenal pasti tahap kemahiran murid
dalam mengusai pelajaran jawi di peringkat sekolah rendah.

2. MATLAMAT

Melahirkan insan yang berani, bersikap terbuka dan berdaya saing. Serta mendidik

generasi yang mencintai dan menjiwai tulisan jawi agar jawi terus dimartabatkan.

3. OBJEKTIF

3.1. Memberi peluang kepada murid untuk memperkembangkan bakat melalui acara
yang diadakan.

3.2. Melahirkan murid yang mempunyai jati diri dan mempunyai keberanian yang
tinggi.

3.3. Melatih murid-murid yang cemerlang mendalami pengetahuan dalam bidang


yang tertentu sebagai persediaan untuk menjadi wakil sekolah.

3.5 Menanam sikap cintakan tulisan jawi ke dalam jiwa murid-murid bermula dari
sekolah rendah.
3.6 Mewujudkan semangat persaingan yang sihat di kalangan murid.
3.7 Melahirkan murid yang berpotensi dalam bidang yang diketengahkan.
3.8 Melahirkan minat di kalangan murid untuk menjiwai pelajaran jawi di sekolah
serta sayangkan jawi.

4. TEMPOH PELAKSANAAN

1
Aktiviti Minggu Panitia ini akan dilaksanakan selama dua minggu.

i) Minggu pertama pertandingan tilawah ,hafazan dan bercerita


ii) Minggu kedua aktiviti memperkasakan jawi

5. KUMPULAN SASARAN

i) Aktiviti pertandingan tilawah,hafazan dan bercerita adalah ditumpukan kepada murid-

murid Tahap II. Penyertaan adalah terbuka kepada murid-murid yang berminat.

ii) Aktiviti pertandingan jawi adalah disasarkan kepada semua murid dari Tahun 1 hingga

Tahun 6

6. CADANGAN AKTIVITI

Pertandingan tilawah Al-Quran Kategori lelaki dan Perempuan )

Pertandingan hafazan ayat lazim (Kategori lelaki dan perempuan) )

Pertandingan bercerita kisah Al-Quran (Kategori lelaki dan perempuan)


Pertandingan mewarna – Tahun 1
Pertandingan Celik

ANGGARAN KOS/PERUNTUKAN

Anggaran kos untuk pembelian hadiah berdasrkan kategori yang dipertandingkan adalah
seperti berikut :-

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1
Pertandingan tilawah Al-Quran Pertama – 2 X 6.00 RM 12.00
(Kategori lelaki dan Perempuan ) Kedua – 2 X 4.50 RM 9.00
Ketiga – 2 X 3.00 RM 6.00

2
Pertandingan hafazan ayat lazim Pertama – 2 X 6.00 RM 12.00
(Kategori lelaki dan perempuan) ) Kedua – 2 X 4.50 RM 9.00
Ketiga – 2 X 3.00 RM 6.00

2
Pertandingan bercerita kisah Al- Pertama – 2 X 6.00 RM 12.00
Quran (Kategori lelaki dan Kedua – 2 X 4.50 RM 9.00
perempuan) ) Ketiga – 2 X 3.00 RM 6.00

4
Aktiviti Perkasa Jawi tahun 1-6 Pertama – 11 X 5.00 RM 55.00
Kedua – 11 X 4.00 RM 44.00
Ketiga – 11 X 3.00 RM 33.00

5
Aktiviti Bahasa Arab Pertama – 6 X 5.00 RM 30.00
Kedua – 6 X 4.00 RM 24.00
Ketiga – 6 X 3.00 RM 18.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 285.00

Anda mungkin juga menyukai