Anda di halaman 1dari 10

Akademika 88(3), September 2018:55-63

https://doi.org/10.17576/akad-2018-8803-05

Aplikasi Konsep Ta’awun Dalam Praktis Kerja Sosial di Malaysia


(Application On Ta’awun Concept In Social Work Practice In Malaysia)

Nur Saadah Mohamad Aun, Noremy Md Akhir & Nor Ain Suhaida Nofiah

ABSTRAK
Artikel ini adalah mengenai kajian yang telah dijalankan kepada pekerja sosial di Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia. Kajian tersebut bertujuan untuk meneroka pengetahuan pekerja sosial mengenai
konsep ta’awun dalam praktis kerja sosial dan sejauh mana ia diaplikasi di Malaysia. Seramai lapan orang
pekerja sosial telah ditemu bual secara mendalam dengan menggunakan teknik temu bual separa struktur.
Hasil kajian mendapati bahawa majoriti responden tidak mempunyai pengetahuan dalam konsep ta’awun.
Mereka juga tidak didedahkan dengan perkaitan antara konsep ta’awundengan profesion kerja sosial. Bagi
pekerja sosial yang mempunyai latar belakang dari sekolah agama, konsep ta’awun sememangnya telah
mereka fahami kerana mereka telah diterapkan dengan konsep tersebut dari zaman persekolahan. Manakala
bagi pekerja sosial yang tidak mempunyai latar belakang sekolah agama, mereka kurang memahami konsep
ta’awun. Namun demikian, dapatan kajian menunjukkan semua responden sememangnya mengaplikasi
konsep ta’awun dalam profesion mereka. Malahan, kod etika kerja sosial oleh National Association of
Social Workers sangat berkait rapat dengan konsep ta’awun apabila menggalakkan masyarakat untuk
memberi khidmat bantuan melebihi keperluan sendiri dan menjaga hubungan sesama manusia dengan tidak
menindas. Ringkasnya, praktis kerja sosial yang diamalkan di Malaysia adalah seiring dengan kehendak
konsep ta’awun yang disarankan dalam ajaran agama Islam.

Kata kunci: Pengetahuan; praktis; konsep ta’awun; pekerja sosial; Malaysia

ABSTRACT
This article is about a study conducted amongst social workers at the Department of Social Welfare
Malaysia. This study aimed to explore the knowledge of social workers on the concept of ta’awun in the
practice of social work and how this have been applied in Malaysia. A total of eight social workers were
interviewed in depth using a semi-structured interview technique. The results showed that the majority
of respondents had no knowledge in ta’awun concept. They were also not exposed to general knowledge
of the relationship between the profession of social work with Islam. For those who came from religious
school backgrounds, the concept of ta’awun has been understood by them because they have been applied
with that concept from school age. While for those who did not have religious school backgrounds,
they were lack understanding about the concept of ta’awun. Homever, findings also found outthatall
respondents were already applied the concept of ta’awun in their practice. Hence, the code of ethics
of social work by the National Association of Social Workers was closely associated with the concept
ta’awun when encouraging people to give service exceed the needs of its own and the importance of
human relationship with no oppressive. In summary, social work practice applied in Malaysia was in line
with the need of concept of ta’awun which has been imposed in Islamic teaching.

Keywords: Knowledge; practice; concept of ta’awun; social worker; Malaysia

PENDAHULUAN
lagi memberi penekanan terhadap agama sekali gus
Selepas profesion kerja sosial mengalami proses penekanan agama dikatakan sebagai tidak relevan
sekularisasi pada pertengahan abad ke-20, (Hook, Hugen & Aguilar 2001). Profesion kerja
perubahan telah berlaku apabila kerja sosial tidak sosial hanya menjadikan teori-teori barat sebagai
56 Akademika 88(3)

panduan dalam menjalankan praktis. Dengan yang kuat perlu membantu mereka yang lemah dan
menggunakan teori tersebut, pekerja sosial dapat yang kaya pula menampung yang miskin. Itulah
memahami sesebuah kes dengan lebih spesifik yang mendorong mereka kepada saling bersimpati
dan mendalam (Hare 2014). Walhal, elemen dan tolong–menolong serta mengukuhkan lagi
keagamaan mempunyai perkaitan rapat dengan ikatan sesama mereka (El Fadl 2015;Ismail 1988).
kerja sosial seperti yang disebut dalam Al Quran. Kaedah ini jelas tergambar dalam peraturan-
Ini menunjukkan bahawa bidang praktis kerja sosial peraturan seperti pungutan zakat terhadap golongan
adalah satu kewajipan yang dituntut oleh semua yang berkemampuan untuk diberi kepada golongan
agama bagi membantu sesama manusia masyarakat miskin, konsep berdakwah dan sebagainya.
dalam meningkatkan kualiti hidup (Mohd Azmir, Hal ini sekali gus membuktikan bahawa agama
Mohammad Aizuddin & Mashitah 2009). Islam sangat prihatin dengan masalah sosial yang
Asas teori kerja sosial dan praktis juga dialami oleh manusia (Syamsuddin & Azlinda
mempunyai pengaruh dalam aspek agama dan 2002). Muhammad Mutawalli al-Sya‟rawi (1991)
kerohanian (Day 2009). Miley, O’Melia dan di dalam tafsirnya juga menjelaskan bahawa agama
DuBois (2016) menyatakan bahawa pekerja sosial Islam telah menggalakkan umatnya untuk tolong-
bekerja dengan individu yang meliputi aspek menolong dalam melakukan kerja-kerja kebaikan.
mental, emosi, rohani, dan sistem yang memberi Allah s.w.t. memerintahkan setiap manusia untuk
kesan kepada kehidupan individu tersebut. Sebagai saling tolong-menolong di dalam kebajikan dan
satu profesion, kerja sosial juga mempunyai fungsi ketakwaan, dan melarang dari saling mengamalkan
menyelesaikan masalah sosial dan kemanusiaan konsep ta’awun di dalam perbuatan dosa dan
berlandaskan kepada nilai dan prinsip etika dengan permusuhan.
memenuhi kehendak serta aspirasi manusia.
National Association of Social Workers (NASW) Firman Allah s.w.t.:
mengkategorikan nilai dan prinsip etika kerja sosial
ini kepada enam iaitu; a) khidmat, (b) keadilan “Dan tolong-menolonglah kamu dalam
sosial, (c) menjaga maruah klien, (d) pentingnya (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan
hubungan sesama manusia, (e) integriti, dan (f) dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan
kompetensi (NASW 2016). bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya
Allah amat berat siksa-Nya.”
Jika dilihat dari kategori-kategori tersebut,
tidak dapat dinafikan bahawa kerja sosial berkait
(Al-Ma’idah 5 : 2)
rapat dengan agama apabila semua agama dituntut
untuk berbuat kebaikan dan saling membantu
Muhammad Mutawalli al-Sya‟rawi (1991) di
(Sheridan 2016). Saling membantu dalam hal ini
dalam tafsirnya juga menjelaskan bahawa agama
boleh diertikan sebagai memperkasakan individu,
Islam telah menggalakkan umatnya untuk tolong-
keluarga, kumpulan dan komuniti yang menjadi
menolong dalam melakukan kerja-kerja kebaikan.
asas kepada perkhidmatan dalam profesion kerja
Allah s.w.t. memerintahkan setiap manusia untuk
sosial. Pemerkasaan kepada individu, keluarga,
saling tolong-menolong di dalam kebajikan dan
kumpulan dan masyarakat ini meliputi aspek
ketakwaan, dan melarang dari saling mengamalkan
membantu dari segi sokongan sosial dengan
konsep ta’awun di dalam perbuatan dosa dan
mengembalikan kefungsian sosial klien termasuk
permusuhan.
melibatkan intervensi spiritual. Tambah Hare
(2014), nilai agama amat berkait rapat dengan nilai
Firman Allah s.w.t.:
dalam kerja sosial apabila sering dihubungkaitkan
dengan intervensi spiritual terhadap klien seperti
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam
beriman kepada Tuhan.
(mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan
jangan dalam berbuat dosa dan pelanggaran.
Dan bertakwalah kamu kepada Allah,
KONSEP TA’AWUN DALAM ISLAM
sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.”
Dalam Islam, konsep ta’awun dikenali sebagai
( Al-Ma’idah 5 : 2)
tolong-menolong dalam menjalani kehidupan
bermasyarakat (Siti Norlina et. al 2005). Mereka
Aplikasi Konsep Ta’awun Dalam Praktis Kerja Sosial di Malaysia 57

Menurut kajian Ismail (1988), Islam berkriteria (criterion sampling). Individu yang
menjadikan orang yang ada hubungan persaudaraan dipilih sebagai sampel mempunyai ciri-ciri tertentu
dan pertalian kaum kerabat sebagai golongan yang bagi memberikan maklumat yang diperlukan dalam
bersatu padu dan saling memikul tanggungjawab kajian ini (Rozmi 2012).
bersama. Allah s.w.t. berfirman dengan maksudnya: Dalam kajian ini, pengkaji tidak menghadkan
umur atau jantina responden kajian. Kriteria
Dan manusia itu dijadikan bersifat lemah kemasukan menjadi responden kajian ini ialah
individu itu merupakan pekerja sosial yang
( An-Nisa 4:28) beragama Islam dan berpengalaman sekurang-
kurangnya dua tahun dalam bidang kerja sosial
Ayat ini membuktikan bahawa manusia dan terlatih. Kriteria ini penting dalam pemilihan
diciptakan dengan sifat lemah oleh Allah s.w.t. responden kerana dapat menggambarkan
Menurut kajian Siti Norlina et al. (2005), bagaimana pengetahuan pekerja sosial terhadap
kelemahan manusia adalah suatu realiti yang konsep ta’awun dalam amalan praktis kerja sosial
tidak dapat dinafikan. Walaupun seorang individu sekali gus mencungkil kesan konsep tersebut
itu mempunyai banyak kelebihan tetapi sudah dalam diri pekerja sosial setelah berkhidmat
pasti tersembunyi juga kelemahan pada dirinya. selama sekurang-kurangnya dua tahun dalam
Apabila manusia menyedari hakikat kelemahan praktis. Seramai lapan orang pekerja sosial telah
dan kekurangan ini, mereka hendaklah berusaha ditemu bual secara mendalam bagi menjawab
mengatasinya. Golongan lemah memerlukan persoalan. Bilangan lapan orang responden ini
pertolongan daripada yang kuat dan golongan yang ditentukan berdasarkan kriteria yang ditetapkan
kuat mestilah sentiasa bersedia menghulurkan iaitu: beragama Islam dan berpengalaman bekerja
bantuan. Inilah antara matlamat Islam dalam sekurang-kurangnya dua tahun dalam praktis
membentuk masyarakat yang ideal. kerja sosial. Tempoh bekerja minimum dua tahun
Walaupun terdapat perbezaan agama, diambil kerana dilihat boleh menjadi penanda aras
kepercayaan, budaya, warna kulit dan bahasa yang bagi mengukur pengalaman praktis pekerja sosial
digunakan namun tidak menghalang seorang seperti dalam kajian oleh Mohd Iqbal Hakim,
Muslim untuk menunaikan kewajipannya terhadap Nur Saadah dan Aizan Sofia (2017). Bilangan ini
jiran yang bukan seagama (Mashitah, Mohd Azmir juga adalah yang telah dipersetujui oleh agensi
& Mohammad Aizuddin 2009). Ini boleh dilakukan tempat data dikumpul iaitu Jabatan Kebajikan
dengan menghulurkan pertolongan dan saling bantu Masyarakat Malaysia, Putrajaya. Kebenaran
membantu antara satu sama lain, tidak menyakiti, agensi untuk kajian ini dijalankan telah diperoleh
menziarah apabila sakit dan sebagainya. Hak dan terlebih dahulu sebelum pengkaji memulakan
tanggungjawab terhadap jiran bukan seagama pengumpulan data. Persetujuan termaklum dari
perlu dilaksanakan selagi tidak bercanggah dengan setiap responden juga turut diperoleh. Setiap sesi
akidah, syariah dan akhlak Islam. temu bual berlangsung dalam tempoh 45 hingga
60 minit. Traskripsi verbatim dilakukan dalam
tempoh 24 jam selepas sesi temu bual dijalankan.
METODOLOGI Ini bagi mengelak berlakunya sebarang pernyataan
atau pemerhatian yang tertinggal sepanjang sesi
Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih kaedah temu bual dijalankan. Sesi temu bual dengan
kajian kes untuk mengkaji dengan lebih mendalam responden berlangsung sehingga data mencapai
mengenai pengetahuan serta kesan konsep ta’awun tahap tepu. Analisis secara manual digunakan
dalam diri pekerja sosial. Tambahan lagi, proses dalam kajian ini kerana pengkaji mahu memahami
kajian kes ini mencakupi aspek pengamatan, secara mendalam dan menghadami kajian kes yang
langkah atau perancangan yang ingin diambil, dilakukan (Nur Saadah & Rusyda Helma 2016).
melakukan pelaksanaan, mengumpulkan data Analisis dibuat secara analisis kandungan (content
dalam bentuk pemerhatian, temu bual dan analisis analysis) dengan menjadikan perkataan dan frasa
dokumen, seterusnya membuat menilai pelaksanaan (words and phrases) sebagai analisis unit. Dalam
(Kamarul 2012). kajian ini, perkataan dan/atau frasa yang digunakan
Pemilihan responden dibuat secara adalah dikenal pasti berdasarkan Kod Etika oleh
pensampelan bertujuan (purposive sampling) NASW dan prinsip Islam yang telah dikaji oleh El
dengan menggunakan teknik pensampelan Fadl (2015) dan Lammens (2013).
58 Akademika 88(3)

JADUAL 1. Profil Responden


Responden Jantina Umur Status Perkahwinan Tahap Pendidikan Pengalaman sebagai
(tahun) pekerja sosial
1 Lelaki 46 Berkahwin STPM 24 tahun
2 Lelaki 50 Berkahwin Diploma 24 tahun
3 Lelaki 46 Berkahwin Sarjana 24 tahun
4 Lelaki 49 Berkahwin Ijazah Sarjana Muda 6 tahun
5 Lelaki 33 Belum berkahwin Ijazah Sarjana Muda 10 tahun
6 Perempuan 33 Berkahwin Ijazah Sarjana Muda 5 tahun
7 Lelaki 33 Berkahwin Ijazah Sarjana Muda 8 tahun
8 Lelaki 48 Berkahwin Ijazah Sarjana Muda 5 tahun

PERBINCANGAN HASIL KAJIAN tanggungjawab yang diamanahkan kepada manusia


terutamanya kaum Muslim. Menurut kajiannya
Data profil responden ini diperoleh berdasarkan lagi, semua agama menggalakkan penganutnya
temu bual yang telah dijalankan. Bagi menghormati untuk berbakti dan membuat kebajikan untuk
dan menjaga maklumat yang diperoleh dari kemaslahatan semua. Chaney dan Church (2017)
responden, nama sebenar tidak digunakan (Jadual dan El Fadl (2015) menambah bahawa Islam
1.1). menggalakkan masyarakat untuk membantu orang
lain lebih daripada keperluan diri sendiri. Ini sejajar
dengan Kod Etika dalam NASW iaitu memberi
PENGETAHUAN PEKERJA SOSIAL khidmat kepada mereka yang memerlukan dan
MENGENAI KONSEP TA’AWUN yang mempunyai masalah. Responden 3 turut
menyatakan konsep tolong menolong ini meliputi
Melalui temu bual yang telah dilakukan terhadap golongan kuat membantu golongan lemah,
lapan responden, pengkaji mendapati kesemua golongan kaya membantu golongan miskin. Selari
responden mempunyai pengetahuan dalam konsep dengan kajian Ismail (1988) yang menyatakan
ta’awun. Walau bagaimanapun, rata-rata mereka apabila golongan yang kuat membantu yang lemah
mengenali konsep ta’awun sebagai tolong- dan yang kaya pula menampung yang miskin. Itulah
menolong yang telah diperingatkan oleh Allah yang mendorong mereka kepada saling bersimpati
dalam Al-Quran. dan tolong–menolong serta mengukuhkan ikatan
antara mereka. Kaedah ini jelas tergambar dalam
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam peraturan-peraturan seperti pungutan zakat
(mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan terhadap golongan yang berkemampuan untuk
dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan diberi kepada golongan miskin, konsep berdakwah
bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya dan sebagainya.
Allah amat berat siksa-Nya.”
“..konsep ta’awun ni konsep tolong-menolong
( Al-Ma’idah 5 : 2) la. Kalau dalam Islam pun kita diminta untuk
membantu. Yang kuat akan membantu golongan
Responden 3 menyatakan bahawa tolong- yang lemah.. golongan kaya akan bantu golongan
menolong merupakan suatu bentuk kewajipan miskin, maksud dia, tolong menolong tu dia
dan tanggungjawab bagi seorang Muslim. Beliau menjadi satu kewajipan pada kita la.. dia menjadi
juga menambah bahawa sifat-tolong menolong satu keperluan. Kalau dalam keadaan yang orang
ini sememangnya sudah wujud secara fitrahnya kata apa.. yang neutral sekali pun.. tidak ada
dalam diri setiap manusia baik yang beragama orang yang tak tolong orang. Kecuali hati dia
dah mati la. Tapi dalam keadaan fitrah tu konsep
Islam atau bukan Islam. Data ini selari dengan
tolong menolong tu ada bagi semua agama la..
kajian yang dilakukan oleh Mashitah, Mohd Azmir ha, bukan dalam Islam je. Kalau dalam bukan
dan Mohammad Aizuddin (2009), kerja sosial Islam pun, konsep tolong menolong ta’awun
bukanlah profesion semata-mata, tetapi merupakan ni memang diamalkan, Cumanya dari segi
Aplikasi Konsep Ta’awun Dalam Praktis Kerja Sosial di Malaysia 59

perlaksanaan itu.. Kalau Islam dia ada kewajipan Responden 2 dan Responden 5 pula
sebagai.. apa nama kepada saudara seagama.. menyatakan bahawa konsep ta’awun mempunyai
itu adalah kewajipan bagi dia kalau membantu maksud yang hampir sama dengan kerja sosial.
seseorang. Tapi kalau dalam agama lain, tolong Menurut NASW (2016), pekerja sosial harus
menolong dalam.. dalam kepercayaan agama dia
membantu mereka yang memerlukan dengan
la..”
berpandukan nilai, pengetahuan serta kemahiran
(Responden 3) yang ada. Responden 2 turut menambah di
mana konsep ta’awun mempunyai nilai, etika,
Manakala Responden 4 menyatakan bahawa penerimaan, menjaga rahsia dan tidak menghukum
konsep tolong menolong yang disebut sebagai seperti apa yang dianjurkan oleh agama Islam.
ta’awun ini merupakan tanggungjawab beliau Islam sangat menekankan agar penganutnya
sebagai seorang muslim dengan muslim lain. menjaga rahsia dan tidak membuka aib mana-mana
Beliau turut menekankan bahawa konsep ta’awun individu kerana ia mampu menjatuhkan maruah
mempunyai persamaan dengan konsep kejiranan sekali gus memburukkan imej seseorang.
di mana setiap 40 buah rumah yang ada di setiap
sisi rumah seorang muslim itu adalah wajib “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah
baginya untuk menghulurkan bantuan yang kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu
diperlukan. Perkara ini seiring dengan Teori tidak menyangka sangkaan yang dilarang)
Ekologi oleh Bronfenbrenner pada tahun 1979. kerana sesungguhnya sebahagian dari
Beliau menjelaskan bahawa struktur mikrosistem sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah
yang meliputi hubungan di antara individu kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan
dengan keluarga, jiran dan rakan-rakan sangat dan keaiban orang; dan janganlah setengah
memberi pengaruh yang besar kepada seseorang kamu mengumpat setengahnya yang lain.
individu kerana melibatkan tingkah laku individu Adakah seseorang dari kamu suka memakan
tersebut dan persekitaran terdekat. Manakala daging saudaranya yang telah mati? (Jika
Responden 6 pula menyatakan bahawa konsep demikian keadaan mengumpat) maka sudah
ta’awun sememangnya telah wujud sejak dahulu tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu,
lagi. Beliau turut menyatakan bahawa konsep patuhilah larangan-larangan yang tersebut)
ini sememangnya wujud di semua tempat dalam dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
membantu meringankan beban individu yang sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi
memerlukan. Maha mengasihani.”
(Al Hujarat 49; 12)
“..kalau dari segi konsep ta’awun itu maksud
dia tolong menolongkan.. biasanya kalau orang
“..Er, ikhlas saya cakap.. ni mungkin ta’awun ni
kampung.. saya pun asalnya orang kampung.
dalam bahasa Arab la kan? Mungkin salah satu
Orang kata konsep tolong menolong tu macam
yang hampir sama atau sama dengan prinsip kerja
konsep jiran tu.. memang dah jadi kewajipan
sosial tetapi mungkin dari segi ta’awun ni dari
kita kalau konsep jiran tu.. 40 jiran.. 40 kiri,
segi perkataan atau konsep atau pandangan..”
40 kanan, 40 depan.. atas.. kalau ada bawah,
bawah la kan.. Haa, jadi kewajipan itu la dari
segi tolong menolong tu kan. Tetapi yang tu (Responden 5)
tolong menolong dari segi jiran.. Tapi kewajipan
kita sebagai apa.. orang kata tolong menolong “..Tolong menolong dalam Islam...macam mana
sesama Islam, sesama apa.. sesama manusia ni.. nak jawab eh.. hahaha..susah nak jawab.. Okay..
ada jugak la kewajipan kita..” praktis kerja sosial kita ada etika kerja sosial
contoh dia penerimaan, kerahsiaan, empat, tidak
(Responden 4) menghukum.. jadi semua tu sama je la dengan
ta’awun ni.
“..Em.. ta’awun ini yang dimaklumkan (Responden 2)
adalah konsep tolong-menolong jadi pada saya
tolong menolong ni memang kat mana-mana Selanjutnya, Responden 8 pula mengatakan
pun ada.. kita kat tempat kerja ke.. di rumah ke bahawa konsep kerja sosial atau kerja-kerja
di sekolah ke.. di mana-mana saja la konsep ni kebajikan ini sememangnya telah wujud pada
memang kena ada..” zaman Nabi Muhammad. Hal ini terbukti dengan
(Responden 6) kajian yang dilakukan oleh Mashitah, Mohd
60 Akademika 88(3)

Azmir dan Mohammad Aizuddin (2009) mengenai mengambil berat terhadap apa yang berlaku pada
perbandingan antara empat asas kerja sosial yang ahli dalam komuniti, bantuan yang ingin atau perlu
berpaksikan nilai-nilai Islam iaitu matlamat, fokus, disalurkan tidak akan terjadi. Ini menunjukkan
skop dan kekangan mendapati bahawa asas kerja bahawa komuniti dan individu berkait rapat dalam
sosial tersebut sebenarnya telah terkandung di dalam mewujudkan kesejahteraan hidup. Selanjutnya,
Islam semenjak 1400 dahulu sebelum kedatangan melalui data profil responden yang telah dikutip,
ilmu praktis kerja sosial yang diperkenalkan oleh pengkaji mendapati Responden 1 mempunyai latar
Barat. Responden 8 turut menambah, dalam agama belakang pendidikan agama. Jadi, tidak hairanlah
Islam terdapat sempadan yang perlu dipatuhi bagi sekiranya Responden 1 mengatakan bahawa beliau
setiap perbuatan yang dilakukan sebagai seorang mampu memahami sekali gus memupuk konsep
Muslim. ta’awun dalam diri beliau.

“.. ta’awun tu zaman nabi pun dah ada dah, “..konsep ta’awun memang saya tahu iaitu
dah berlaku dah,, kita tengok sejarah-sejarah konsep tolong menolong haa.. antara satu sama
nabi.. kerja-kerja kebajikan ni dah wujud cuma lain. Jadi kebetulan benda ni dah memang
mungkin peredaran masa peredaran zaman tu saya pun dah tahu konsep dia yang sebenar
dah lain. Kalau kita tengok orang Yahudi, dia jadi tidaklah menjadi satu halangan kepada
pun memang ada juga.. nila-nilai dia ada. Kita saya.. erm.. dalam perkhidmatan JKM ni. JKM
ada batas-batas kita, kesempadanan kita tu ada. JKM.. konsep dia asalnya adalah membantu
Mereka tak ada.. Mereka semua boleh buat, orang-orang yang memerlukan. Jadi saya tahu
Sama la. Cuma kesempadanan dia dari segi etika sepenuhnya apa fungsi-fungsi berkenaan..”
dia.. itu sahaja yang membataskan kita. Tapi
rasanya bukan la menjadi salah satu penyebab (Responden 1)
kita tak membantu orang. Sebab kita punya
agama Islam dah tetapkan macam tu.. kita kena “..saya ada dua tiga kali dah dengar pasal ni.
ikut..” Cuma apa yang saya faham benda ini bukan atas
(Responden 8) individu.. tetapi atas semangat komuniti. Iaitu
semangat semua la. Makna kata, konsep ta’awun
Bagi responden 1 dan 7, konsep ta’awun ini tu dengan praktis kerja sosial itu dia mesti diplan,
sendiri sememangnya sudah lama diterapkan dalam bukan ta’awun sahaja.. pekerja sosial sahaja tak..
hati dan jiwa mereka. Responden 1 mengatakan tidak akan jadi. Jadi kalau pada saya benda ni
bahawa konsep ta’awun ini merupakan konsep er.. orang kata apa.. bukan sahaja pengetahuan
saja tu untuk dalam praktis kerja sosial je tetapi
tolong-menolong antara sesama manusia sesuai
pengetahuan tu untuk praktis dalam kerja sosial
dengan kajian yang dilakukan oleh Siti Norlina dan dalam komuniti. Ha.. bukan individu.. ha..”
rakan-rakan (2005) yang mana mengatakan konsep
ta’awun membawa maksud sebagai satu konsep (Responden 7)
tolong-menolong dalam menjalani kehidupan
bermasyarakat. Chaney dan Church (2017) Secara keseluruhan daripada hasil data yang
menambah bahawa Islam melarang umatnya telah dikutip oleh pengkaji, rata-rata responden
menindas satu sama lain. Ini selari dengan Kod memahami konsep ta’awun sebagai tolong-
Etika NASW yang menekankan betapa pentingnya menolong atau konsep kejiranan yang menjadi
hubungan sesama manusia. Manakala Responden kewajipan seorang Muslim dalam memikul
7 pula mengatakan bahawa konsep ta’awun ini tugas tersebut. Selain itu, pengkaji mendapati
terletak pada tangan semua pihak terutama pada pemahaman responden dalam konsep ta’awun
komuniti setempat. Mengikut Model Ekologi juga meliputi semangat dalam komuniti yang perlu
yang di asaskan oleh Bronfenbrenner (1981), dipupuk terhadap setiap ahli komuniti. Konsep
komuniti merupakan lapisan ke empat dalam ta’awun juga difahamkan sememangnya ada
Teori Ekologi yakni makrosistem. Makrosistem di mana-mana sahaja tidak kira di rumah mahu
merujuk kepada sesebuah komuniti yang sangat pun di tempat kerja. Ia tidak terlalu fokus pada
mempengaruhi individu dalam melakukan profesion kerja sosial yang dijalankan oleh pekerja
perubahan hidup. Menurut Santrock (2008), sosial tetapi ia meliputi semua lapisan masyarakat.
makrosistem berkait rapat dengan perkembangan Pengkaji juga merumuskan bahawa hasil kajian
individu yang dipengaruhi oleh norma-norma, nilai ini bertepatan dengan konsep kerjasama yang
dan amalan masyarakat. Sekiranya komuniti tidak diamalkan oleh masyarakat setempat seperti
Aplikasi Konsep Ta’awun Dalam Praktis Kerja Sosial di Malaysia 61

gotong-royong dan sifat kejiranan yang telah semangat komuniti. Semangat komuniti yang
dinyatakan oleh responden. Dapatan kajian ini dimaksudkan oleh pekerja sosial adalah semangat
juga bertepatan dengan kajian yang dilakukan oleh membantu yang perlu dipupuk dalam diri setiap
Nurazmallail, Ahmad Kilani dan Normala (2004) anggota masyarakat. Perkara ini perlu dipupuk
yang mana menyatakan bahawa kerjasama yang dalam melahirkan kesedaran tentang kepentingan
baik antara manusia mampu memupuk sikap saling semangat komuniti untuk membentuk dan
bekerjasama dan penyayang. Menurut kajiannya membangunkan sebuah masyarakat yang saling
lagi, sifat tolong menolong dan bekerjasama juga membantu antara satu sama lain. Akhir sekali,
merupakan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji yang konsep ta’awun ini sememangnya wujud di mana-
perlu ditanam bagi setiap orang yang bergelar mana tempat tidak kira sama ada dalam profesion
muslim dan mengaku beriman kepada Allah S.W.T. kerja sosial atau di luar profesion kerja sosial.
Sebagai seorang Muslim, tolong menolong ini Tanpa sedar, konsep ta’awun sememangnya telah
sememangnya perlu ada dalam hati setiap manusia. diamalkan pekerja-pekerja sosial dalam praktis
Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan kerja mereka.
bahawa rata-rata responden turut mempunyai
pengetahuan yang sama di mana konsep ta’awun
dan kerja sosial memberi maksud yang sama RUMUSAN DAN CADANGAN
dengan kerja sosial iaitu memberi pertolongan
kepada orang yang memerlukan. Sejajar dengan Dalam mencungkil pengetahuan pekerja sosial
kajian yang dilakukan oleh Midgley (1995) dan terhadap konsep ta’awun atau disebut sebagai
Miley, O’Melia dan DuBois (2016), mereka tolong-menolong, dapatan kajian menunjukkan
menyatakan bahawa kerja sosial sebagai aktiviti bahawa terdapat tiga tempat memperoleh
pertolongan profesional berkait rapat dengan pendidikan agama yang dipelajari oleh setiap
perkembangan pemberian bantuan dan intervensi pekerja sosial. Tempat-tempat tersebut adalah
dalam bidang yang sangat luas iaitu kesejahteraan sekolah, surau dan rumah. Rata-rata pekerja sosial
sosial. Pemberian bantuan dilihat sangat sinonim mempelajari asas pendidikan agama adalah di
dengan Rukun Islam ketiga iaitu menunaikan sekolah yang meliputi fardu ain serta fardu kifayah
zakat. Crabtree, Husain dan Spalek (2017) secara amnya. Di sekolah, mereka dilengkapi
menerangkan bahawa kaedah memberi bantuan dengan ilmu-ilmu asas yang wajib diketahui oleh
dan tolong-menolong bagi kesejahteraan manusia setiap individu yang beragama Islam. Namun ada
ini jelas tergambar dalam peraturan-peraturan juga segelintir pekerja sosial yang sememangnya
seperti pungutan zakat terhadap golongan yang mempunyai latar belakang pendidikan agama
berkemampuan untuk diberi kepada golongan pada tahap yang lebih tinggi. Pemahaman yang
miskin. Pengkaji juga dapat merumuskan bahawa diperoleh pekerja sosial yang mempunyai latar
terdapat empat pemahaman yang dimiliki oleh belakang pendidikan agama adalah lebih mendalam
responden secara keseluruhannya. Ia meliputi berbanding pekerja sosial yang mendapat
konsep tolong-menolong atau bantu-membantu pendidikan agama di sekolah biasa. Tempat yang
pada insan yang memerlukan, semangat kejiranan kedua adalah di surau. Majoriti responden yang
atau gotong-royong, semangat komuniti dan akhir ditemu bual adalah lelaki, maka dapatan kajian
sekali konsep ta’awun ada di semua tempat. menunjukkan kebanyakan daripada mereka juga
Bantu-membantu yang dimaksudkan adalah turut mendapatkan pendidikan agama di surau-
membantu manusia yang memerlukan atau yang surau berdekatan dengan rumah. Hal ini secara
berada dalam kesusahan sama seperti matlamat langsung mampu meningkatkan lagi pengetahuan
utama bidang kerja sosial iaitu mengembalikan serta pemahaman mereka dalam mempelajari ilmu
kefungsian sosial individu, keluarga, kumpulan dan keagamaan. Selain itu, rumah juga merupakan
masyarakat. Manakala gotong-royong pula lebih salah satu tempat pengajian agama yang diperoleh
dikenali sebagai konsep kejiranan yang menjadi pekerja sosial. Rumah yang dimaksudkan adalah
tanggungjawab setiap ahli dalam masyarakat pembelajaran terus daripada ibu bapa atau ahli
terhadap jiran sekeliling dalam menjaga kebajikan keluarga lain. Hal ini kerana, pembelajaran agama
sesama mereka. Konsep gotong-royong ini sering sememangnya bermula daripada rumah iaitu
diamalkan dalam masyarakat Malaysia kerana secara terus dari ibu bapa kepada anak-anak selain
mereka mempunyai semangat kejiranan yang daripada sekolah mahupun surau.
sangat tinggi. Seterusnya, istilah ketiga adalah
62 Akademika 88(3)

Secara umumnya, ketiga-tiga tempat Hasil kajian ini juga boleh dijadikan rujukan
pembelajaran pendidikan agama di atas memberi umum dalam kajian bidang kerja sosial terutamanya
impak yang besar kepada pengetahuan pekerja tentang perkaitan bidang kerja sosial dengan
sosial dalam konsep ta’awun. Bagi mereka yang agama pada masa akan datang. Hasil kajian ini juga
mempunyai latar belakang agama, konsep ta’awun diharapkan dapat menggalakkan pekerja sosial
sememangnya telah mereka fahami. Hal ini kerana, agar mahu meneroka dan menerapkan nilai-nilai
pekerja sosial yang datang dari latar belakang Islam yang sesuai dalam profesion yang diceburi
pendidikan agama mempunyai pengetahuan yang selain dapat memberi pendedahan kepada pekerja
lebih luas tentang maksud sesebuah perkataan sosial dan juga masyarakat tentang kepentingan
atau konsep yang diperkenalkan oleh Al-quran konsep ta’awun dalam kerja sosial. Di samping
kerana mereka telah diterapkan dengan konsep itu, hasil kajian ini juga boleh menjadi pencetus
tersebut ke dalam diri mereka. Manakala bagi kepada ahli akademik untuk mengkaji secara lebih
mereka yang tidak mempunyai latar belakang mendalam tentang perkaitan atau kesan penerapan
pendidikan agama, mereka kurang memahami nilai-nilai Islam dalam profesion kerja sosial.
jika konsep ta’awun yang disebut dalam Al-quran Akhir sekali, semoga kajian ini mampu memberi
tidak diberikan penjelasan secara umum. Namun, manfaat kepada semua pihak terhadap perkaitan
melalui temu bual yang dilakukan terdapat juga agama Islam dengan amalan praktis kerja sosial
dua orang daripada responden yang ditemu bual terutamanya konsep ta’awun.
mengemukakan bahawa mereka mengetahui
makna ta’awun itu sendiri melalui pembacaan. RUJUKAN
Kajian ini mendapati bahawa majoriti
responden tidak mempunyai pengetahuan dalam Al-Quran.
istilah ta’awun seperti apa yang telah diterapkan Creswell, J. W. 2008. Educational Research
dalam agama Islam. Mereka memahami konsep ini Planning, Conducting and Evaluating
sebagai tolong menolong yang sememangnya telah Quantitative and Qualitative
dianjurkan dalam budaya masyarakat setempat. Research. 3rd edition. New: Pearson Education
Mereka juga tidak didedahkan dengan pengetahuan International.
umum tentang perkaitan antara profesion kerja sosial Chaney, C. & Church, W. T. 2017. Islam in the 21st
dengan agama Islam. Pengetahuan yang mereka century: Can the Islamic belief system and the
punya hanya setakat yang mereka tahu atau belajar ethics of social work be reconciled? Journal of
tanpa memahaminya secara menyeluruh. Namun, Religion & Spirituality in Social Work: Social
dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti Thought 36(1-2): 25-47.
pekerja sosial mempunyai kepercayaan yang kuat Crabtree, S. A., Husain, F. & Spalek, B. 2017.
dalam konsep ta’awun ini ketika menjalankan Islam and Social Work: Culturally Sensitive
praktis. Sekali gus ia memberi impak positif dalam Practice in a Diverse World. 2nd edition. Bristol:
kehidupan mereka untuk terus membantu individu Policy Press.
yang memerlukan dengan mengikut garis panduan Day, P. J. 2009. A New History of Social Welfare.
yang telah ditetapkan dalam kerja sosial mahupun Boston, MA: Pearson Education Inc.
dalam agama Islam. El Fadl, K. A. 2015. Islam and the Challenge
Di samping itu, dokumentasi kajian ini of Democracy: A “Boston Review” Book.
diharap dapat dijadikan rujukan untuk pekerja Princeton: Princeton University Press.
sosial, kaunselor mahupun pegawai JKM dalam Hare, J. 2014. Spirituality and social work.
meningkatkan lagi pengetahuan pekerja sosial Australian Social Work 67(4): 604-605.
mengenai perkaitan antara Islam dan kerja sosial. Hook, M. V., Hugen, B. & Aguilar, M. 2001.
Melalui kajian ini juga, pengkaji berharap dapat Spirituality within Religious Traditions in
dijadikan pencetus kepada pihak tertentu dalam Social Work Practice. USA: Brook/Cole
mencari jalan yang terbaik untuk meningkatkan Cengage Learning.
kefahaman mereka. Kajian ini juga diharap mampu Ismail bin Mohd Hassan. 1988. Wabak Kemiskinan
meningkatkan pengetahuan pekerja sosial yang dan Cara-Cara Islam Merawatinya.
beragama Islam mengenai perkaitan rapat antara Terengganu: Yayasan Islam Terengganu.
konsep ta’awun dan amalan dalam praktis kerja Kamarul. 2012. Penyelidikan Kualitatif Dalam
sosial. Lantas menunjukkan bahawa ajaran Islam Sains Sosial. Skudai: Penerbit Universiti
dan ilmu dari barat boleh disatukan (Chaney & Teknologi Malaysia.
Church 2017).
Aplikasi Konsep Ta’awun Dalam Praktis Kerja Sosial di Malaysia 63

Lammens, H. 2013. Islam: Beliefs and Institutions. Rozmi Ismail. 2012. Metodologi Penyelidikan;
New York: Routledge. Teori dan Praktis. Bangi: Penerbit
Mashitah Sulaiman, Mohd Azmir & Mohammad Universiti Kebangsaan Malaysia.
Aizuddin. 2009. Memupuk Kesedaran Santrock, J.W. 2008. Adolescence. Edisi ke-12.
Tanggungjawab Sosial Melalui McGraw-Hill Higher Education.
Penglibatan Dalam Aktiviti Kejiranan Dari Sheridan, M. 2011. Spirituality and social work.
Kaca Mata Islam. Kertas Kerja Seminar Journal of Church and State 53(2): 317-319.
Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Siti Norlina et al. 2005. Budaya Penyayang
Kerja Sosial, Melaka 2009. Anjuran Universiti Dalam Kehidupan Masyarakat Islam: Teori
Sains Islam Malaysia. dan Praktis. Skudai: Penerbit Universiti
Midgley, J. .1995. Social Development: Teknologi Malaysia.
The Development Perspective in Social Syamsuddin & Azlinda Azman. 2012.
Welfare. Penerbit Sage Publication. Understanding the dimension of spirituality in
Miley, K. K., O’Meila, M.W. & DuBois, B. social work practice. Informasi 17 (2): 20-30.
L. 2016. Generalist Social Work Practice.
Boston MA: Pearson Education.
Mohd Azmir, Mohammad Aizuddin dan Mashitah Nur Saadah Mohamad Aun (corresponding author)
Sulaiman. 2009. Asas Kerja Sosial : Pusat Penyelidikan Psikologi dan Kesejahteraan
Analisa Kritikal Perspektif Islam. Kertas Manusia
Kerja Seminar Kebangsaan Kemahiran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Insaniah dan Kerja Sosial, Melaka Universiti Kebangsaan Malaysia
2009. Anjuran Universiti Sains Islam 43600 UKM Bangi
Malaysia. Selangor
Mohd Ismail. 1999. Pembentukan Nilai Malaysia
dan Kecemerlangan Bagai Melahirkan E-mail: n_saadah@ukm.edu.my
Generasi Muda yang Mapan dalam
Menghadapi Era Pasca Modenisme. Skudai Noremy Md Akhir
:UTM. Pusat Penyelidikan Psikologi dan Kesejahteraan
Mohd Iqbal Haqim Mohd Nor, Nur Saadah Manusia
Mohamad Aun & Aizan Sofia Amin. 2017. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Challenges in case management of persons Universiti Kebangsaan Malaysia
with mental disabilities in Malaysia. 43600 UKM Bangi
Journal of Social Sciences and Humanities Selangor
Special Issue (3): 13-24. Malaysia
Muhammad Mutawalli al-Sya‟rawi. E-mail:
1991.Tafsir Al-Sya’rawi. Penyusun:
Muhammad Al-Sinrawi dan Abdul Nor Ain Suhaida Nofiah
Warits. 18 jilid. Mesir. Penerbit Akhbar al Pusat Penyelidikan Psikologi dan Kesejahteraan
Yawm. Manusia
National Association of Social Workers. 2016. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Code of ethics of the National Association of Universiti Kebangsaan Malaysia
Social Workers. https://www.socialworkers. 43600 UKM Bangi
org/pubs/code/code.asp. Diakses pada: 1 Jun Selangor
2017. Malaysia
Nur Saadah Mohamad Aun & Rusyda Helma Mohd. Email:
2016. Informal caregiving: empowering social
support programs by employers. Akademika 86 Received: 5 Jun 2017
(1): 3-9. Accepted: 20 September 2018
Reinard, J. 2001. Introduction to Communication
Research. New York: McGraw Hill.

Anda mungkin juga menyukai