Anda di halaman 1dari 10

MUSANG KING (D197)

Durian asli Musang King mempunyai isi berwarna kuning keemasan dengan
tekstur yang lembut dan berkrim. Isi durian ini juga lebih tebal, berkilat dan
berbiji kecil berbanding durian lain.
Rasa: Lemak manis, sedikit pahit, buttery, aroma yang kuat
Tips: Mempunyai bentuk lebih bujur seperti bola ragbi, kulit hijau muda, duri
berbentuk seperti piramid kecil, bahagian bawah buah mempunyai corak
garisan seakan-akan bintang yang ketara.
DURIAN BLACK THORN
(D200)

Bergantung kepada usia pokok tersebut, isinya yang lebih bulat berbanding
durian lain juga mempunyai variasi warna berbeza, daripada jingga pastel
seakan-akan merah jambu, hingga jingga terang.
Walaupun isi tidak setebal Musang King, keunikan rasa lemak manis Black
Thorn yang menyelerakan pasti membuat setiap penggemar durian termimpi-
mimpi! Sekarang, harga Black Thorn yang berkualiti bermula sekitar RM60
per kg dan boleh mencecah RM105 per kg.
Rasa: Sangat berkrim, berlemak manis dengan aftertaste pahit, aroma
kurang tajam
Tips: Juga digelar Ochee, Duri Hitam atau Hei Tze, bentuk durian ini berbeza
mengikut musim dan kawasan tanaman. Kebiasaannya, ia berbentuk bulat,
bertapak rata, bertangkai kecil (kira-kira sebesar ibu jari), dan bahagian
bawahnya mempunyai lingkaran hitam dengan titik kecil tanpa duri.
DURIAN IOI (D168)

Klon Durian IOI atau D168 / Hajah Hasmah atau Mas Muar berasal daripada
Muar, Johor dan didaftarkan pada 24 Mei 1989.
Buah durian IOI adalah sederhana besar, bulat dengan warna kulit hijau
perang,
Tangkai pendek dan kecil dengan purata berat buah 1.5 kg.
Kelebihan utama bagi varieti ini adalah ia mudah dibuka untuk dimakan.
Isinya pula adalah berukuran sederhana besar, tekstur yang pejal dan
berwarna kuning oren. Isinya sederhana tebal dengan rasa lemak manis dan
sedikit pahit.
MONTHONG (D159)

Durian Monthong terkenal dengan rasa yang lazat, dan wangiannya yang
harum. Buah durian ini mendapat nama durian raja kerana ukuran buahnya
lebih besar dari jenis durian lain dan dagingnya lebih tebal.
Buah durian unggul ini berasal dari Thailand. Boleh dikatakan agak produktif
dan dapat menyesuaikan diri di berbagai tempat.
Durian Monthong mempunyai kulit tebal yang sukar untuk dibelah.
Isi buah durian Monthong berwarna kuning keemasan dan tebal, sedikit
terasa kering dan kurang berlemak.
Rasa isi buah manis sekali dan bertekstur halus dengan aroma tajam yang
sederhana.
Bentuk biji benih bujur dan berjumlah 5–7 biji dalam setiap buah durian.
Berat durian Monthong boleh mencapai sekitar 3-14 kg.
ASFA 50

Durian baka baru ini diwartakan khas pada 17 Mei 2017 yang lalu oleh
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra
Jamalullail dan Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul
Rashid di Kangar, Perlis bersempena ulang tahun perkahwinan baginda yang
ke-50 serta hari keputeraan baginda yang ke-74.
ASFA50 mempunyai rasa yang cukup lengkap lemak dan manisnya
Baka ASFA50 ini hanya memerlukan masa lebih kurang tiga tahun sahaja
untuk mencapai tahap kematangaan berbanding Musang Kingyang
sekurang-kurangnya memakan masa selama sembilan tahun.
Manakala, kandungan gas dalam buah durian tersebut mengandungi 80%
lebih rendah berbanding durian biasa.
Durian ASFA50 merupakan kacukan Musang King, Udang Merah, Durian
Tembaga dan Black Thorn yang terkenal dengan rasa yang enak sekali.
KELAPA TACUNAN

Tacunan Green Dwarf (TACD)


Kelapa jenis rendah (Dwarf) Berasal dari Filipina. Diperkenalkan tahun 1980.
Ciri-ciri Kelapa Tacunan:
 Pokok yang rendah,
 Saiz buah yang besar,
 Berbuah awal (4-6 tahun)
 Kos pengeluaran yang murah berbanding kelapa kacukan
 Hasil tinggi: 50 – 90 biji/pokok setahun dengan purata hasil sehektar
sebanyak 15,000 biji
 Daun dan buah berwarna hijau.
 Seludang dan ’spikelets'nya pendek dan tebal.
 Setiap jambak bunga mempunyai 30 bunga betina.
 Sabut buah pada hujung buah mempunyai tanda retakan.
 Pelepah pokok adalah besar berbanding kelapa rendah yang lain.
DESKRIPSI TANAMAN PENUAIAN DAN HASIL
Mengeluarkan hasil sehingga 50 ke 90 biji buah pada keadaan tempatan.
Mengandungi asid laurik dan hasil minyak yang tinggi.
Purata sebiji kelapa boleh menghasilkan 53ml VCO (Virgin Coconut Oil).
Buah matang mengandungi 460g isi segar yang boleh menghasilkan 247g
kopra pada 6% kelembapan.
NANGKA MADU

Nangka ini

Nangka ini
KELAPA TACUNAN

Kelapa tacunan merupakan varieti asal yang terkenal di Filipina. Dikenali kerana
pokoknya yang rendah, memudahkan urusan pengusaha untuk mengutip hasil.

Varieti kelapa renek berhasil tinggi amat digalakkan untuk dijadikan pilihan. Bukan
hanya fokus untuk penghasilan kelapa muda sahaja, sebarang produk berasaskan
kelapa adalah amat sesuai menggunakan kelapa jenis ini.

 saiz buah yang besar


 banyak air
 isi tebal
 santan

Ciri-ciri kelapa

 Saiz buah besar dan sedang


 Kelapa berbentuk bulat
 Kelapa berwarna hijau

Ciri-ciri pokok

 Pokok rendah
 Pelepah masih cecah tanah sudah manghasilkan buah
 Tahan tiupan angin kuat dan ribut
 Batang pokok kuat
 Akar dalam
 TACUNAN mampu menghasilkan minimum 93 biji buah/pokok setahun
dengan hasil potensi 204 biji/ pokok setahun.
Encik Nasnan di tapak semaian benih durian Musang
King
10,000 anak benih durian

Anda mungkin juga menyukai