Anda di halaman 1dari 2

Sistem Jenayah

Pada sudut Bahasa, jenayah bererti dosa atau maksiat. Pada istilah pula terbahagi
kepada dua iaitu :

a) Makna Khas: Larangan syarak yang ditetapkan oleh Allah dengan pembalasan had atau
takzir sama ada melakukan perkara tegahan atau meninggalkan perkara yang disuruh.

b) Makna Am: Satu pencerobohan yang ditujukan terhadap nyawa, pancaindera atau
anggota manusia seperti pembunuhan, kelukaan, pukulan dan lain-lain.

Pembahagian Kesalahan Jenayah Dalam Islam :

a) Hukum Qisas
b) Hukum Hudud
c) Hukum Takzir

Qisas

Pada segi Bahasa, qisas bererti perturutan kesan atau bersamaan. Manakala dari segi
istilah pula qisas bererti mengenakan hukuman yang sama dengan jenayah yang dilakukan
terhadap org lain yang melibatkan fizikal sama ada perbuatan membunuh atau lain-lain yang
mencederakan jasmani.

Jenis-jenis Kesalahan Qisas

- Membunuh dengan sengaja


- Mencederakan,melukakan atau memotong anggota badan dengan sengaja

Hudud

Pada sudut bahsa, hudud bererti haling dan dari sudut istilah pula hudud adalah
hukuman yang ditentukan kadarnya oleh syarak sama ada menjadi hak Allah atau hak
manusia. Berikut merupakan jenayah-jenayah dalam kategori hudud :

- Berzina
- Qazaf
- Minum Arak
- Hirobah
- Mencuri
- Memberontak
- Murtad
Takzir

Dari segi Bahasa, takzir merupakan halangan, pencegahan atau pertolongan. Dari
segi istilah pula, takzir merupakan hukuman terhadap perbuatan maksiat atau jenayah yang
tidak ditentukan kadarnya oleh syarak sama ada ia merupakan hak Allah atau hak manusia.
Hukumannya pula mengikut budi bicara pemerintah sama ada dalam bentuk sebatan, penjara
dan lain-lain.

Kesimpulannya, terdapat berbagai hikmah hukuman dalam Islam. Antaranya, dengan


pencegahan, amaran keras dengan janji azab telah dinyatakan syariah agar manusia tidak
melakukan jenayah tersebut. Dengan pembalasan pula, ia akan memberi balasan kepada
penjenayah tersebut disamping memberi pembelaan kepada si mangsa. Seterusnya, dengan
pemulihan pula, ia mampu memberi kesedaran kepada orang yang melakukan jenayah.

Anda mungkin juga menyukai