Anda di halaman 1dari 7

3.

0 INSTRUMEN
PENGUMPULAN DATA

Pemerhatian

Senarai Semak

Temu Bual

Soal Selidik
3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA

3.1 Pemerhatian

Kaedah ini adalah kaedah utama yang telah saya gunakan untuk membuat tugasan
yang telah dinyatakan. Instrumen pemerhatian akan memerlukan kami untuk menilai
sesuatu sudut atau isu yang berkenaan dengan berdasarkan pandangan mata kami
yang kasar sahaja serta tidak memerlukan fikiran yang kritikal dan analitikal untuk
menghubungkaitkan perkara tersebut. Perkara-perkara atau tindakan serta kesan-
kesan yang tertera dan ditunjukkan secara fizikal merupakan antara isu yang akan
kami dapati atau peroleh daripada kaedah pemerhatian. Untuk mencapai
pelaksanaan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, saya telah
mempratikkan penggunaan kaedah pemerhatian ke atas sekolah tersebut dalam
berbagai-bagai aspek dan konteks. Antara pemerhatian dan kajian yang telah saya
lakukan adalah pada aspek-aspek seperti yang berikut:

1. Pengurusan dan organisasi sekolah


 Pelan fizikal sekolah
 Carta organisasi sekolah

2. Prasarana sekolah
a. Kemudahan sekolah
a. Ruang pembelajaran
b. Dewan
c. Kantin
d. Padang
e. Pusat Sumber
f. Makmal Sains
g. Makmal Komputer
h. Bilik Dentist
i. Bilik TMK
j. Prasekolah
k. Bilik PSV
l. Dewan Seberguna
m. Gelangggang Bola Bertutup
b. Mural Sekolah
c. Kata-kata hikmah
d. Nilai-nilai murni
a. Amalan dalam kalangan murid.
e. Rukun negara
f. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
g. Bilik darjah
a. Ruang Pembelajaran
b. Paparan jadual waktu, jadual tugas dan peraturan

3. Kurikulum dan Kokurikulum sekolah


 Sukatan pelajaran
 Buku rekod pelajaran
 Sumber pengajaran dan pembelajaran
3.2 Senarai Semak

Instrumen ini telah dipilih dan digunakan untuk keperluan setiap indvidu dalam
proses pelaksanaan PBS. Kaedah ini dapat memastikan segala maklumat yang
ingin dikaji dan diperoleh dapat dikumpul secara sistematik tanpa berlaku sebarang
keciciran atau kehilangan maklumat.

Dalam melaksanakan tugasan ini, senarai semak berhubung dengan keperluan


tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah telah saya sediakan untuk menjalankan
proses penyemakan ke atas tahap di mana setakat yang telah saya capai dalam
pelaksanaan tugasan saya. Dengan senarai semak yang telah dibuat, tugasan
dapatlah dipermudah dan dilaksanakan dengan lebih pantas dan sistematik. Antara
senarai semak yang telah disediakan adalah:

a) Senarai semak perancangan strategi pelaksanaan tugasan apabila di sekolah


iaitu pernyataan sebelum PBS dalam bentuk carta atau peta minda.
b) Senarai semak untuk pemerhatian yang dilakukan dalam bentuk jadual.
c) Senarai semak tentang soalan-soalan yang akan dikemukakan dalam temu
bual dan kolaborasi.
3.3 Temu Bual

Saya telah mengadakan beberapa sesi temu bual dengan beberapa orang guru
secara perseorangan. Melalui sesi temu bual tersebut, saya telah dapat berbagai-
bagai maklumat semasa menjalankan aktiviti temu bual ini kerana aktiviti ini dapat
dilaksanakan secara bersemuka. Hasil daripada temu bual yang telah diadakan,
pelbagai perkara yang telah dapat saya peroleh mengenai sekolah ini kerana ianya
dapat menambahkan pengalaman dan memberi pendedahan awal kepada saya
pada masa yang akan datang sebagai pelatih dan bakal pendidik. Secara
kesimpulannya, instrumen pengumpulan data melalui sesi temu bual ini dapat
menjawab pelbagai persoalan yang timbul dalam menjalankan aktiviti PBS ini.

Berikut adalah temubual yang telah saya lakukan:

Bil. Soalan temu bual Catatan


1. Individu yang telah ditemu bual untuk peroleh a. Puan Choo Shun
maklumat tentang peranan: Foong (Guru
a. Guru Besar Besar/Pentadbir
b. Guru Penolong Kanan 1 Sekolah)
c. Ketua Panitia b. Puan Wong Choy Har
d. Guru Kelas (Guru Penolong Kanan
Dalam memperkembangkan aspek jasmani, 1)
emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS) c. Puan Cheok Hui Siong
murid-murid serta prasarana dan aktiviti serta (Ketua Panitia PSV)
program sekolah berasaskan Falsafah d. Puan Tan Huay Yen
Pendidikan Kebangsaan. (Guru Kelas 4 Merah )
2. a) Maklumat tentang data murid-murid di sekolah a. Puan Choo Shun Foong
dari segi jumlah, gred sekolah dan kaum. (Guru Besar)
b) Pencapaian kokurikulum murid di sekolah. b. Puan Wong Choy Har
c) Perancangan Kokurikulum dan kurikulum (Guru Penolong Kanan 1)
sekolah. c. Puan Ng Bee Yong
d) Senarai AJK PIBG serta peranan PKHEM. (Guru Penolong Kanan
e) Kelayakan professional guru. Kokurikulum)
3. a) Penggunaan kemudahan ICT di sekolah. Cik Cheok Bee Geok
b) Peraturan-peraturan semasa ke makmal ICT (Guru TMK)
c) Peraturan-peraturan penggunaan ICT dan
semasa memasuki bilik Bestari.
4. a) Pengurusan murid-murid a. Cik Chuan Yap Peng
b) Bahan bantu mengajar (Guru Bahasa Inggeris)
c) Bahan bantu belajar
d) Pelaksanaan kelas dan disiplin kelas

Jadual Soalan

Bil. Soalan Individu yang Nama Catatan


ditemu bual
1. Adakah proses P&P telah Guru Besar Puan Choo
dijalankan dengan lancar Shun Foong
dalam kelas?
2. Bagaimanakah murid dapat Guru Penolong Puan Ng Bee
menunjukkan bahawa Kanan Kokurikulum Yong
mereka telah menghadiri
Kokurikulum?
3. Bagaimanakan pengurusan Guru Kelas 4 Merah Puan Tan
wang dari segi kebajikan Huay Yen
murid?
4. Bagaimanakah tahap disiplin Guru Disiplin Puan Chan
murid-murid di sekolah? Hau Chien
5. Apakah jenis-jenis bahan Guru Bahasa Cik Chuan
bantu alat mengajar dan Inggeris Yap Peng
bahan bantu alat belajar yang
kerap digunakan?
6. Adakah penggunaan ICT
membantu dalam proses
P&P?
7. Adakah prasarana dalam Guru Penolong Puan Ng Bee
kelas mencapai tahap yang Kanan (Kurikulum) Yong
memuaskan?
3.4 Soal Selidik

Dalam menggunakan instrumen ini, saya telah mengadakan sesi soal selidik dengan
seramai 30 orang murid di sekolah tersebut. Melalui sesi soal selidik tersebut, saya
telah dapat berbagai-bagai maklumat semasa menjalankan sesi soal selidik kerana
melaluinya, saya telah dapat memperoleh maklumat yang lebih bersifat analitikal
dan spesifik serta dapat memperoleh statistik untuk menyokong pernyataan saya
dan ianya dapat menambahkan pengalaman dan memberi pendedahan awal
kepada saya pada masa yang akan datang sebagai pelatih dan bakal pendidik.
Secara kesimpulannya, instrumen pengumpulan data melalui sesi soal selidik ini
dapat memberi dan menyediakan pelbagai statistik untuk menyokong atau
memperdebatkan sesuatu soalan atau jawapan yang timbul dalam menjalankan
aktiviti PBS ini.

Anda mungkin juga menyukai