Anda di halaman 1dari 6

Maklum balas tambahan

Anda dikehendaki melaksanakan amali maklum balas tambahan iaitu Knowledge of Result
(KR) dan Knowledge of Performance (KP)
Laporan 2

Tujuan
Menjalankan satu amali maklum balas tambahan knowledge of Result (KR) dan knowledge of
performance (KP) mengenai sukan bola keranjang dalam kemahiran menjaring untuk
menunjukkan perbezaan di antara dua maklum balas ini.

Hipotesis
Jika latihan dijalankan bersifat untuk mendapatkan maklum balas tambahan Knowledge of Result
(KR), calon akan tertumpu untuk berjaya melakukan lebih banyak jaringan bola ke dalam gelung
manakala latihan bersifat Knowledge of Performance, calon akan lebih tertumpu untuk melakukan
jaringan dengan teknik yang betul.

Bahan

Gelung Tiang Bola Keranjang Bola Keranjang Wisel


Radas

Jam Randik
Prosedur

Pelan latihan menjaring Sebanyak yang boleh dalam 1 minit


1. 5 orang pemain dipilih untuk menjalani latihan maklum balas tambahan pertama yang
bersifat knowledge of result.
2. Latihan dimulakan dengan bunyi wisel dan pemain perlu memasukan sebanyak jaringan
yang berjaya ke dalam gelung dalam masa 1 minit. (Carolee J Winstein, 2012)
(Christopher M, Janelle, Jingu Kim, & Robert N. Singer, 2014)
3. Latihan dijalankan secara berpasangan, semasa pemain A melakukan jaringan, pemain
B harus memastikan pemain A sentiasa mempunyai bola sepanjang masa untuk
memastikan kesahan keputusan latihan ini.
4. Apabila bunyi wisel dibunyikan selepas 1 minit, pemain diminta berhenti dan bertukar
giliran.
5. Jumlah jaringan yang berjaya akan dicatatkan dalam borang catatan.
6. Seterusnya, latihan maklum balas tambahan kedua yang bersifat knowledge of
performance juga dilaksanakan oleh 5 pemain tadi.
7. Langkah ke 2 hingga langkah ke 4 berulang, tetapi kali ini jaringan berjaya yang
memenuhi teknik yang betul iaitu, kedudukan badan, posisi bola sebelum menjaring dan
semasa menjaring sahaja yang akan diambil kira.
8. Selepas 1 minit, jumlah jaringan yang memenuhi teknik menjaring yang betul akan
dicatatkan dalam borang catatan. (Maxwell Leo Howell, 2015)

Keputusan Ujian
Bilangan Jaringan berjaya Bilangan Jaringan

Bil Pemain dalam 1 minit berjaya


(Knowledge of Result) dalam 1 minit
(Knowledge of
performance)

1 Lim Xin Pei 8 5

2 Lim Jau Pin 6 3

3 Teh Xian Chi 12 9

4 Poh Zhi Xin 14 11

5 Tan Rou Jun 9 6

Perbincangan
1. Saya telah memilih 5 orang pemain yang mempunyai tahap kemahiran yang berbeza-
beza dalam bola keranjang untuk membuat analisis melalui latihan ini.
2. Melalui keputusan yang diperolehi melalui latihan untuk mendapatkan maklum balas
Knowledge of result menunjukkan bahawa pemain berjaya menjaringkan bola ke dalam
gelung dalam bilangan yang agak banyak. (Neha Malhotra, 2019)
3. Namun, melalui pemerhatian saya sepanjang latihan ini dilaksanakan, pemain
menjaringkan bola ke dalam gelung tanpa menggunakan teknik jaringan yang betul.
4. Seterusnya dalam latihan untuk mendapatkan Knowledge of Performance, pemain harus
menggunakan teknik yang betul untuk menjaringkan bola ke dalam gelung kerana hanya
jaringan yang menggunakan teknik yang betul akan diambil kira. (John Spacey, 2017)
5. Melalui keputusan yang diperolehi, bilangan jaringan yang menggunakan teknik yang
betul adalah lebih kurang namun teknik yang digunakan semasa menjaring adalah betul.
6. Selepas menjalankan latihan KR dan KP saya mendapati hasil jaringan KR adalah lebih
banyak berbanding dengan KP. (Craig A. Wrisberg & Richard A. Schmidt, 2012)

Kesimpulan
Kesimpulannya, sekiranya latihan dijalankan untuk mendapatkan maklum balas Knowledge of
Result maka bilangan jaringan berjaya adalah lebih diberi tumpuan manakala sekiranya latihan
dijalankan untuk mendapatkan maklum balas knowledge of Performance maka teknik yang betul
semasa menjaringkan bola adalah lebih diberi tumpuan. (Douglas L.Weeks & Raymond N.
Kordus, 2013)

Refleksi

Inovasi tiang gelung bola keranjang

Dalam latihan yang saya jalankan ini, saya telah mendapati beberapa kekuatan serta
kelemahan dalam pelaksanaan latihan. Kekuatan yang pertama dalam amali saya adalah
penggunaan inovasi menggantung 6 gelung dengan ketinggian separas tiang gelung basketball
biasa di dalam gymnasium telah banyak menjimatkan masa perjalanan latihan. Hal ini kerana 5
pemain dapat menjalankan latihan secara serentak. Selain itu, inovasi ini telah dipasang di dalam
gymnasium telah berjaya menyediakan satu suasana yang lebih kondusif kepada pemain. Hal ini
kerana pemain dapat menjalankan latihan dalam suasana yang lebih kondusif berbanding
dengan menggunakan gelanggang bola keranjang yang tidak ditutup dengan siling di mana ia
akan menyebabkan pemain berada dalam keadaan panas sepanjang latihan berlangsung akibat
berada di bawah pancaran matahari. Di samping itu, dalam gymnasium di mana satu tempat yang
tertutup juga memudahkan pemain mengutip bola keranjang untuk menjalankan latihan KR dan
KP secara berterusan. Namun begitu masih terdapat kelemahan dalam inovasi ini. Inovasi ini
digantung dengan menggunakan tali sahaja menyebabkan gelung ini sentiasa dalam keadaan
yang bergoyang apabila tersentuh bola. Hal ini telah menggangu kesahan keputusan latihan KR
dan KP yang dijalankan. Oleh itu, pada masa kelak saya harus membuat penambahbaikan
terhadap inovasi bbm ini agar gelung tersebut sentiasa statik dan tidak bergerak agar pemain
dapat menjaring bola dengan inovasi serupa gelung tiang bola keranjang yang sebenar.

Selain itu, saya juga mendapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan latihan saya.
Kelemahan semasa latihan adalah dimana pemain mengira jumlah jaringan yang berjaya semasa
latihan KR serta mengira jumlah jaringan berjaya dengan teknik yang betul semasa latihan KP
secara diri sendiri. Hal ini telah menggangu kesahan keputusan kerana pemain boleh menipu
dengan keputusan jaringan yang berjaya. Lebih-lebih lagi semasa latihan untuk mendapat
Knowledge Of Performance saya sepatutnya meminta pemain yang mengutip bola untuk bantu
menilai pencapaian teknik yang betul serta mengira jaringan yang berjaya kerana pemain yang
melakukan jaringan tidak dapat nampak kesilapan sendiri. Oleh itu, untuk latihan seterusnya pada
masa yang akan datang, saya akan meminta pasangan latihan untuk mengira jumlah jaringan
yang berjaya agar keputusan yang diperolehi lebih tepat dan betul.
Rujukan
Carolee J Winstein. (2012). Knowledge of results and motor learning- Implications for physical
therapy. Physical Therapy, 1.
Christopher M, Janelle, Jingu Kim, & Robert N. Singer. (2014). Perceptual and motor skills.
Sage Journals, 5.
Craig A. Wrisberg, & Richard A. Schmidt. (2012). Motor Learning and Performance a situation
based learning approach. Canada: Human Kinetics.
Douglas L.Weeks, & Raymond N. Kordus. (2013). Relative Frequency of knowledge of
Performance and Motor Skill Learning. Shape America Society Of Health And Physical
Educators, 4.
John Spacey. (2017, September 25). 4 Examples of knowledge of performance. Didapatkan
dari Simplicable: https://simplicable.com/new/knowledge-of-performance
Maxwell Leo Howell. (2015). Facilitation of Motor Learning by Knowledge of Performance
Analysis Results Guide. California: University of California.
Neha Malhotra. (2019). Learning Skills Implicitly. New Zealand: AsiaRugby.

Anda mungkin juga menyukai