Anda di halaman 1dari 2

Berikan pandangan anda di dalam forum tentang relevan kasta di atas dengan masyarakat

kini. Sokong pandangan anda berserta contoh yang bernas.

Dahulu masyarat india menggunakan sistem kasta dibawah ini.

Brahmin
Melaksanakan upacara pengorbanan dan keagamaan. Terdiri daripada para pemimpin, ketua
masyarakat, tokoh politik, raja,sultan dan peniaga.

Ksatriya
Berperang dan menjaga keamanan. Mereka terdiri daripada tentera.

Vaisya
Terlibat dengan beberapa pekerjaan yang menguntungkan. Mereka terdiri daripada para pekerja,
petani dan tuan tanah.

Sudra
Melaksanakan tugas yang paling hina. Mereka terdiri daripada kalangan buruh dan kuli.

Dalam masyarat india sekarang sistem kasta masih wujud. Agama Hindu boleh dikatakan
menjadi anutan kebanyakkan masyarakat atasan seperti golongan istana kerana ianya amat sesuai
untuk menjaga kepentingan sosial dan politik mereka sendiri. Rakyat biasa atau bawahan
selalunya menganut dan memegang kepada kepercayaan animisme. Hal ini demikian kerana
pada asalnya agama Hindu dianggap sebuah agama suci yang hanya layak dianuti oleh golongan
atasan seperti golongan raja dan golongan Brahmin seperti yang dapat di lihat dalam stratifikasi
sosial masyarakat India. Tamadun India banyak mempengaruhi adat dan budaya masyarakat
melayu di Malaysia.

Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu yang diperolehi melalui kitab-kitab
lama seperti Rayamana dan Mahabrata. Kitab tersebut merupakkan karya agung yang menjadi
asas rujukan dalam agama Hindu. Ia juga berfungsi sebagai tunjang kepada pengurusan hidup
sebelum kedatangan pengaruh Islam ke Asia tenggara khususnya di Malaysia. Ketika adat ini
diamalkan,Islam masih belum sampai ke Nusantara. Ada di antara adat-adat dalam tamadun
India ini masih diamalkan sehingga ke hari ini. Pastinya kita pernah melihat upacara
perkahwinan dan persandingan di dalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Ini
merupakan salah satu contoh adat Hindu yang masih di amalkan di Malaysia. Sebagai
contohnya, dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin dikatakan raja sehari dan
diadakan upacara bersanding sebagai kemuncak bagi upacara tersebut. Pasangan ini akan
diletakkan di atas pelamin tanpa bergerak-gerak. Upacara persandingan seolah-olah menjadi satu
kewajipan sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa
Rama dan Dewi Sita dengan sebab inilah pengantin baru di gelar sebagai Raja Sehari. Selain itu,
penggunaan sirih pinang dan beras kunyit merupakan pengaruh Hindu dan penggunaan beras
kunyit ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat
padi. Hal ini telah menyebabkan pengaruh tamadun India dari segi perkahwinan dan
persandingan ini wajib di ikuti oleh masyarakat Melayu di Malaysia hingga sekarang.

Rujukan

December 18, 2014 Mariah

https://maruwiahacis.wordpress.com/2014/12/18/kesan-dan-pengaruh-tamadun-india-di-
malaysia/

Anda mungkin juga menyukai