Anda di halaman 1dari 4

Bincangkan adat dan kepercayaan yang diamalkan di Thailand dan India

pada abad ke-19.

Pendahuluan (3/2m)
Adat ialah amalan sesuatu masyarakat secara turun temurun dan merupakan suatu peraturan
yang harus dipatuhi. Adat disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Di
Thailand , amalan adat dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Di India amalan adat
dipengaruhi unsur-unsur agama Hindu.

Isi

A Thailand (10m)

􀂾 Perkembangan adat di Asia Tenggara, khususnya di Thailand dapat dibahagi kepada dua
bentuk yang berbeza. Pertama dilihat sebagai adat-adat yang rasmi yang diamalkan oleh
golongan pemerintah , kedua dilihat sebagai adat-adat sosial masyarakat.

􀂾 Masyarakat Thailand percaya unsur ketuhanan yang dimiliki pemerintah membolehkan


pemerintah disanjung dan menganggap bahawa Raja Thailand mempunyai kedudukan yang
paling mulia dan dianggap suci. Semasa pemerintahan Rama III rakyat perlu mengamalkan
amalan menyembah raja secara bersujud sebagai penghormatan. Rakyat merangkak masuk
dan berada dalam keadaan meniarap ketika mengadap raja. F.A Neale telah menggambarkan
adat ini bahawa rombongan mereka telah disuruh masuk ke balai penghadapan, dan
merangkak masuk dengan tubuh mereka sentiasa di atas lantai serta sentiasa meniarap
sepanjang masa semasa menghadap raja.

􀂾 Semasa pemerintahan Maharaja Mongkut, secara perlahan-lahan beberapa adat yang


didapati tidak sesuai dengan cita rasa zaman tersebut telah diubahsuai dan dihapuskan sama
sekali. Sewaktu menaiki tahta Raja Mongkut telah meminta golongan Khunnang memakai
baju sewaktu menghadap raja, sedangkan jika mengikut adat Siam seseorang Khunnang
tidak harus memakai baju.

􀂾 Perubahan ini dilakukan kerana mengikut Mongkut ia menggambarkan kerendahan fikiran


masyarakat Siam. Bagi negara yang bertaraf tinggi rakyatnya memakai baju. Mereka yang
tidak memakai baju hanyalah golongan nomad (tribe).
􀂾 Mongkut juga menghapuskan adat melarang rakyat memandang muka raja semasa
bertemu. Berdasarkan adat ini seseorang yang memandang muka raja akan dijatuhkan
hukuman, iaitu mata akan dibutakan.

􀂾 Selain itu, adat menjual anak dan isteri untuk menjadi hamba juga dihapuskan oleh
Mongkut. Menurut adat yang diamalkan di Siam seseorang bapa mempunyai hak mutlak ke
atas isteri dan anak-anaknya dan dilihat sebagai harta atau milik seseorang lelaki (suami).

􀂾 Masyarakat Thailand juga percaya kepada fahaman animisme. Mereka percaya semangat
yang luar biasa boleh mengawal kehidupan mereka. Di Thailand kuasa semangat ini

dipanggil ‘phi’. Kuasa semangat ini dipercayai berada di setiap tempat dan memerlukan
pemujaan. Semangat ini akan disembah melalui ramalan ahli-ahli nujum, bagi mengelakkan
kejadian buruk yang menimpa masyarakat.

􀂾 Pengaruh agama Buddha berkembang ke Thailand dan meresap ke dalam institusi Sangha
di Thailand. Raja Thai telah memerintah berdasarkan konsep ‘dhammaraja’ dan dipengaruhi
ajaran Buddha. Institusi Sangha telah memainkan peranan penting dalam menjaga
kepentingan, keamanan dan pendidikan kepada masyarakat Thailand.

􀂾 Agama ini terbahagi kepada dua mazhab iaitu, Mazhab Mahayana dan Hinayana.
Pengajaran Buddha merupakan ajaran psikologi dan etika yang berkaitan dengan kehidupan.
Buddha mengajar hukum karma . Setiap perlakuan akan meninggalkan kesan baik atau
buruk. Ajarannya terkandung dalam Empat kebenaran Mulia, iaitu Dukka, Samudaya,
Nirodha dan Marga.

B. India (10m)

􀂾 Masyarakat India Selatan yang majoritinya berbangsa Tamil mengamalkan adat yang
berbeza dengan masyarakat India Utara. Masyarakat Tamil amat mementingkan peraturan
adat dan segala bentuk pantang larang yang diwarisi sejak zaman berzaman.

􀂾 Seseorang ibu yang mengandung misalnya, bukan sahaja terpaksa mematuhi segala
bentuk adat dan menjaga dirinya supaya tidak melanggar segala pantang larang yang
diwarisi sejak zaman berzaman. Dalam tempoh ini segala perbuatan ibu mengandung akan
mempengaruhi anak dalam kandungan. Berdasarkan adat ini, beberapa pantang larang harus
dipatuhi agar ibu dan bayi dalam kandungan tidak didekati oleh roh jahat.
􀂾 Oleh yang demikian ibu yang mengandung dilarang untuk melakukan perbuatan
mengumpat,dengki, bergaduh, dan sebagainya agar anak yang dilahirkan menjadi insan yang
berguna.

􀂾 Dalam adat perkahwinan memilih hari yang baik bagi upacara perkahwinan juga penting.
Perbuatan ini tidak jauh bezanya dengan tilikan nasib oleh masyarakat di Asia Timur,
terutamanya dalam masyarakat China.

􀂾 Masyarat India mementingkan adat Sutee. Adat ini diamalkan apabila seseorang isteri
kematian suami,si isteri dikehendaki merelakan diri mereka dibakar bersama mayat suami
semasa upacara pengebumian. Ia sebagai membuktikan kesetiaan isteri kepada suami. Pada
tahun 1829 amalan ini dihapuskan oleh William Bentinck melalui akta 1829.

􀂾 Pengamalan adat Thugee juga dilakukan oleh golongan Thug di wilayah Timur Laut
India. Amalan ini dilakukan oleh kumpulan-kumpulan agama dengan melakukan rompakan
dan pembunuhan di jalan raya. Mereka menyamar diri dengan mencekik pengembara
sehingga mati atas nama Dewi Kali.Pada tahun 1829, William Bentinck telah berusaha
menghapuskan golongan Thug.

􀂾 Adat pembunuhan bayi perempuan juga dilakukan oleh masyarakat pada masa itu.
Masyarakat India bersifat patrilinial , iaitu mengutamakan anak lelaki berbanding anak
perempuan. Bagi mengatasi masalah ini mereka telah melakukan adat pembunuhan bayi
perempuan. Hal ini dilakukan bertujuan untuk mengelakkan ibu bapa daripada menanggung
penderitaan seperti pemberian dowri apabila anak mereka berkahwin kelak. Adat ini juga
dihapuskan oleh Lord William Bentinck.

􀂾 Selain itu, adat tidak membenarkan perkahwinan semula balu juga menjadi amalan
masyarakat India. Mereka dilarang berkahwin semula apabila mereka kematian suami.
Mereka juga tidak boleh menghias diri dan hanya boleh memakai sari berwarna putih.
Mereka juga tidak boleh menghadiri perayaan keluarga dan tidak dibenarkan pulang ke
rumah keluarga sendiri. Pada tahun 1853, Lord Delhousie telah memperkenalkan Akta
Perkahwinan Semula dan golongan balu dibenarkan berkahwin semula.

􀂾 Dari segi kepercayaan, masyarakat India memuja unsur-unsur alam seperti matahari,
angin, pokok,sungai dan sebagainya. Semua unsur-unsur tersebut dipercayai bernyawa dan
membawa kebaikan dan keburukan kepada manusia. Masyarakat India akan melakukan
upacara pengorbanan dan penyembahan yang diiringi dengan pembacaan dan nyanyian
Mazmur daripada veda.
􀂾 Masyarakat India menganuti kepercayaan Hindu. Mereka percaya kepada tiga dewa utama
yang dikenali sebagai ‘trimurthi’ iaitu Dewa Brahman (Dewa Pencipta), Dewa Vishnu
(Dewa Pelindung) dan Dewa Siva ( Dewa Pemusnah). Agama ini menekankan Hukum
Karma dan kelahiran semula. Mereka berusaha untuk mencapai ‘Nirvana’ atau ‘Moksha’
supaya tidak dilahirkan semula.

Kesimpulan (2/3m)
Kedatangan kuasa-kuasa Barat telah mengubah beberapa amalan adat yang sekian lama
menjadi amalan masyarakat di India dan di Thailand. Namun begitu, tidak sepenuhnya adat
yang diamalkan oleh mereka dihapuskan sama sekali. Terdapat adat yang disesuaikan
dengan unsur-unsur moden yang diperkenalkan oleh Barat khususnya di Thailand semasa
pemerintahan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. Sebaliknya, di India penghapusan
adat yang menjadi amalan masyarakat telah mencetuskan penentangan terhadap Inggeris
yang dikenali sebagai Dahagi India pada tahun 1857.

Anda mungkin juga menyukai