Anda di halaman 1dari 5

Pindaan Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian)

1976 (Akta164) (Pindaan 2017) dan Implikasinya Terhadap Bidang Kuasa


Mahkamah Syariah

Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif
International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia

Pendahuluan
Rang undang-undang bagi pindaan Akta Memperbaharui (Perkahwinan & Perceraian)
1976 (Pindaan 2017) atau dikenali sebagai Akta 164 merupakan pendekatan yang telah
diambil oleh kerajaan dalam menangani isu penukaran agama kepada Islam oleh salah
seorang pasangan yang berkahwin mengikut undang-undang sivil.

Pada 21 November 2016, Rang undang-undang bagi Akta 164 (Pindaan 2016) telah
dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri
Azalina Othman Said, sebagai bacaan pertama dan bacaan buat kali kedua pada
persidangan Dewan Rakyat berikutnya pada bulan April 2017. Namun begitu, akibat
timbulnya banyak polemik berkaitan dengan pindaan ini, bacaan kali kedua Rang
undang-undang tersebut ditangguh sekali lagi pada 6 April 2017. Perkara ini
diserahkan kepada Peguam Negara untuk membuat penelitian semula termasuk
mendapat maklumbalas dari ahli-ahli politik, badan bukan kerajaan, dan pakar-pakar
agama.
Pindaan 2016 turut memuatkan pada klausa 7 sebuah seksyen baru iaitu seksyen
88A mengenai status kepada anak yang salah seorang ibu bapanya memeluk Islam.
Sub seksyen ini menyatakan bahawa anak tersebut hendaklah kekal dengan
agama asal sebelum penukaran agama berlaku melainkan kedua-dua ibu bapa
bersetuju dengan penukaran agama anak tersebut serta dengan persetujuannya jika
dia sudah berumur 18 tahun. Cadangan memasukkan seksyen baru ini mendapat
bantahan dari mufti, ulama, pertubuhan bukan kerajaan Islam (NGI) dan pihak
pembangkang terutamanya dari PAS. Ini kerana, cadangan baru ini bercanggah
dengan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini seperti dalam kes Subashini
1
a/p Rajasingam lwn Saravana a/l Thangotoray yang mentakrifkan perkataan ‘parent’
dalam Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan cukup memadai dengan salah
seorang iaitu ibu atau bapa/penjaga.
Akibatnya, pada 7 Ogos 2017 kerajaan menarik balik Rang Undang-undang Akta164
(Pindaan 2016) dan mencadangkan Rang Undang-undang Akta 164 (Pindaan 2017)
2
bagi bacaan kedua dan ketiga dengan mengeluarkan seksyen 88A.

1[2008] 2 MLJ 147.


2 Terdapat perbahasan hangat di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengenai penarikan balik
seksyen 88A. Lihat Hansard Parlimen, http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-09082017.pdf
9 Ogos 2017; http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DN-21082017.pdf 21 ogos 2017.

1
Dalam mencadangkan pindaan Akta164 (Pindaan 2017) bacaan kedua pada 9 Ogos
3
2017 yang lalu, YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said menerangkan kepada ahli-ahli
Dewan Rakyat bahawa pindaan ini perlu berdasarkan tiga prinsip utama seperti mana
yang dinukilkan oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri semasa
merasmikan sambutan Hari Wanita Kebangsaan pada 25 Ogos 2016.

Pertama: sebarang isu berbangkit dari perceraian yang perkahwinannya didaftarkan


di bawah Akta 164 hendaklah diselesaikan di Mahkamah Sivil terlebih dahulu dan
tuntutan hak jagaan anak dapat terpelihara dan terjamin.
Kedua: dapat menyelesaikan isu perkahwinan mengikut Akta 164 dengan memberi
peluang kepada kedua-dua pihak untuk meyelesaikan perkahwinan mereka di
Mahkamah Sivil.
Ketiga: pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah
serta pertindihan peruntukan undang-undang yang sedia ada dapat diselesaikan.
Rang undang-undang Akta 164 ini telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 9 Ogos
4 5
2017 dan Dewan Negara pada 21 Ogos 2017 .
Secara umumnya, Rang undang-undang ini mencadangkan bahawa hak untuk
memfailkan petisyen perceraian haruslah diberikan kepada pasangan yang telah
menukar agama di bawah sub seksyen 51(1) Akta 164. Ini kerana sebelum ini, hak
untuk berbuat demikian seperti yang diperuntukkan di bawah Akta 164 ini hanya
diberikan kepada pasangan yang kekal dalam agama asal. Oleh itu, isu timbul apabila
pasangan yang kekal pada agama asalnya tidak membuat sebarang petisyen ke
Mahkamah Sivil, maka perkahwinan mereka dianggap masih sah di bawah Akta 164.

Apabila perkahwinan mereka masih dikira sah, maka menjadi suatu kesulitan bagi
pasangan yang menukar agama untuk menuntut haknya seperti nafkah, hak
penjagaan anak dan hak pembahagian aset bersama.
Kesulitan juga bakal timbul apabila kedua-dua pasangan membuat permohonan
kepada dua mahkamah yang berbeza iaitu Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah
bahkan apabila kedua-dua mahkamah mengeluarkan arahan yang berbeza.
Mahkamah Syariah juga tidak dapat mengeluarkan arahan untuk membatalkan
perkahwinan sivil di bawah Akta 164 kerana kuasa untuk melakukan sedemikian
hanyalah terletak pada Mahkamah Sivil.

3 Rujuk Hansard Parlimen, http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-09082017.pdf, 9 Ogos


2017.
4 Rujuk Hansard Parlimen, http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-09082017.pdf, 9 Ogos
2017.
5 Rujuk Hansard Parlimen, http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DN-21082017.pdf, 21 ogos
2017.

2
Pindaan Akta 164 (2017)
Secara umumnya terdapat 6 seksyen dalam Akta 164 yang dipinda pada sidang
Dewan Rakyat pada 9 Ogos 2017 dan Dewan Negara pada 21 Ogos 2017.
Pertama: Seksyen 3(3) yang memberi bidang kuasa eksklusif kepada
Mahkamah Sivil mengenai pembubaran perkahwinan dan semua perkara yang
berbangkit daripadanya apabila salah seorang itu memeluk agama Islam.
Kedua: Seksyen 12(1) yang memberikan hak yang setara di antara ibu dan ayah
berkenaan dengan perkahwinan anak di bawah umur 21 tahun.
Ketiga: Seksyen 51(1) yang memberikan hak, locus standi dan kuasa tindakan
kepada pihak yang memeluk Islam untuk memfailkan petisyen pembubaran
perkahwinan terhadap pasangannya yang bukan Islam di Mahkamah Sivil.
Keempat: Seksyen 51A yang memasukkan peruntukan baru bahawa sekiranya
pihak memeluk agama Islam meninggal dunia sebelum sempat perkahwinan sivilnya
dibubarkan, maka pembahagian harta pusakanya adalah tertakluk kepada
pembahagian oleh Mahkamah Sivil kepada pihak-pihak yang berkepentingan.
Kelima: Seksyen 76 berkenaan dengan pembahagian aset yang diperolehi semasa
perkahwinan selepas daripada pembubaran perkahwinan diputuskan oleh
Mahkamah Sivil.
Keenam: Seksyen 95 yang meningkatkan tempoh kebertanggung jawaban seorang
ibu atau bapa terhadap anaknya dari umur 18 tahun kepada sehingga anak itu tamat
pengajian tinggi.
Dari enam cadangan di atas, terdapat dua seksyen yang dipertikaikan oleh
6 7 8
sekumpulan NGI , PPMM dan PAS :
Pertama: Seksyen 3(3) dipinda bagi memberikan bidangkuasa eksklusif kepada
Mahkamah Sivil berkenaan dengan pembubaran perkahwinan dan semua perkara
yang berbangkit daripadanya, jika salah seorang daripada pasangan memeluk
agama Islam.
Pertikaian ini adalah kerana peruntukan dalam seksyen 3(3) Akta 164 (Pindaan 2017)
yang memberikan bidang kuasa ‘eksklusif’ kepada Mahkamah Sivil seolah-olah
menafikan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Tetapi kalau diperhalusi, perkahwinan asal
adalah didaftarkan di bawah undang-undang Sivil (Akta 164). Justeru, platform yang
betul dalam mengendalikan kes ini walaupun salah seorang dari pasangan tersebut
memeluk agama Islam ialah di Mahkamah Sivil. Perkara yang berbangkit dari
pembubaran perkahwinan ini juga seharusnya diselesaikan di Mahkamah Sivil. Kalau
hanya membenarkan pembubaran perkahwinan mengikut seksyen 51 dibuat di
Mahkamah Sivil tetapi bidang kuasa dalam hal-hal lain yang berkaitan dengan

6https://www.menara.my/pindaan-akta-164-menghakis-hak-umat-islam-ummah/
7 Zainul Rijal, RUU 164: Ini kebimbangan Persatuan Peguam Muslim,
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/2501-ruu-164-ini-kebimbangan-persatuan-
peguam-muslim, 16 Ogos 2017.
8http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/2549-kenapa-pas-tolak-pindaan-akta-164

3
pembubaran tersebut diserahkan kepada Mahkamah Syariah tidak akan
9
menyelesaikan pertindihan bidang kuasa antara dua mahkamah.
Kedua: Seksyen 51(A) yang memasukkan peruntukan baru bagi seseorang muallaf.
Sekiranya ia meninggal dunia sebelum sempat membubarkan perkahwinan sivilnya,
maka pembahagian harta pusaka muallaf tersebut adalah tertakluk kepada
pembahagian oleh Mahkamah Sivil kepada pihak-pihak yang berkaitan.
Begitu juga dengan persoalan bahawa pembahagian harta pusaka pihak yang
memeluk agama Islam diserahkan kepada Mahkamah Sivil dan bukannya di
Mahkamah Syariah. Perlu difahami, harta yang diperolehi dalam kes pemelukan
Islam oleh salah satu pihak ini berpunca dari semasa perkahwinan mereka dalam
undang-undang Sivil. Dengan menyerahkan bidang kuasa tersebut kepada
Mahkamah Syariah akan menafikan langsung hak pewarisan pusaka oleh pihak
yang tidak memeluk agama Islam. Ini menggambarkan ketidak adilan berlaku ke
atas pihak yang tidak memeluk Islam kerana tidak berhak mendapat sebarang harta
pusaka dari pihak muallaf yang berkahwin di bawah Akta 164.
Perkahwinan Sivil: Pemelukan Agama Islam dan Pembubaran Perkahwinan
Pemelukan agama Islam oleh salah satu pihak yang berkahwin di bawah Akta
Pembaharuan (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) dan kemudiannya
berkait dengan penukaran agama kanak-kanak serta perebutan hak penjagaan
kanak-kanak berikutan pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan
Mahkamah Syariah serta peruntukan yang tidak jelas dalam isu ini telah
menimbulkan polemik yang tidak berkesudahan. Keputusan terbaru dalam kes
10
Mohamad Ridhuan Abdullan lwn Indira Gandhi (2015) di mana Mahkamah
Persekutuan memutuskan bahawa keputusan oleh Mahkamah Syariah Ipoh
terhadap hak penjagaan kanak-kanak mengikut bapa yang beragama Islam dan
pengesahan agama Islam terhadap kanak-kanak tersebut sekali lagi mencetuskan
perbahasan yang tidak berkesudahan justeru kerana kedua-dua Mahkamah Sivil
dan Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa masing-masing.
Penukaran agama terutama kepada agama Islam merupakan isu yang sangat
sensitif kerana ia melibatkan dua penganut agama yang berlainan. Ahmad Ibrahim
adalah orang pertama menulis mengenai keperluan meminda seksyen 51 Akta 164
bagi memberi keadilan kepada pihak yang memeluk agama Islam untuk memfailkan
11
petisyen perceraian di Mahkamah Syariah.

9 Dato’ Asyraf Wajdi Dusuki, 10 Perkara perlu difahami berkenaan pindaan Akta 164,
http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/10-perkara-perlu-difahami-berkenaan-pindaan-akta-
164-1.718851, 15 Ogos 2017; Azalina Othman, Lulus Akta 164:Pindaan tidak nafi hak di mahkamah,
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/lulus-akta-164-pindaan-tidak-nafi-hak-di-mahkamah-
1.716405, 10 Ogos, 2017.
10 Civil Appeal No. A - 02 – 1826 – 08/2013.
11 Ahmad Ibrahim, “Effect of Conversion on Marriage – Section 51 of the Law Reform (Marriage
and
Divorce) Act, 1976”, The Administration of Islamic Law in Malaysia, IKIM, 2000, hh. 215-216; Ahmad
Ibrahim, The Need To Amend Section 51, Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976, [1990] MLJ
hh. lviii–lix.

4
Ini kerana sehingga sekarang, selagi pihak yang bukan Islam tidak memfailkan
petisyen perceraian di bawah Akta 164, selagi itulah perkahwinan mereka
tergantung. Akta 164 memperuntukkan pemelukan Islam sebagai sebab untuk
pembubaran perkahwinan. Seksyen 51 Akta 164 memperuntukkan:
“Apabila salah seorang kepada perkahwinan itu memeluk agama Islam, pihak
yang satu lagi yang tidak memeluk agama Islam boleh memohon petisyen
perceraian.
Dengan syarat bahawa tiada petisyen boleh dibuat di bawah Seksyen ini
sebelum tempoh tiga bulan tamat dari tarikh pemelukan tersebut”.
Mahkamah Syariah hanya dapat memisahkan mereka tanpa boleh mengeluarkan
sijil perceraian bagi perkahwinan tersebut. Menurut seksyen 46(1) Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 (EUKIS 2003) dan enakmen di
negeri lain memperuntukkan:
“Pemelukan Islam oleh salah seorang pasangan bukan Islam, secara
tersendirinya, tidak menyebabkan perkahiwnan itu terbubar kecuali ia
disahkan oleh Mahkamah Sivil”.
Peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai kuasa
dalam membuat pengesahan perceraian ke atas sesuatu pasangan yang memeluk
Islam. Masalah yang timbul dalam kes yang melibatkan pemelukan oleh salah satu
pihak yang perkahwinannya didaftarkan di bawah Akta 164 ialah pengesahan
perceraian oleh Mahkamah Syariah tidak diiktiraf oleh Mahkamah Sivil dan ini tidak
mempunyai apa-apa kesan terhadap perkahwinan tersebut memandangkan bahawa
pihak yang satu lagi bukan beragama Islam. Perkahwinan pasangan ini dianggap
sebagai “limping marriage” (tergantung antara dua bidang kuasa).
Beberapa kes penting yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sivil mengenai
perkahwinan dan perceraian oleh salah satu pihak yang memeluk agama Islam yang
mana pada asal perkahwinannya itu didaftarkan di bawah undang-undang Sivil
menimbulkan banyak masalah.
12
Dalam kes Eeswari Visuvalingam lwn Kerajaan Malaysia, perayu telah berkahwin
dalam bulan November 1950 mengikut kepercayaan agama Hindu. Perkahwinan
tersebut telah didaftarkan di bawah undang-undang Sivil pada 15 November 1950.
Pada 16 Jun 1978 suami perayu telah memeluk agama Islam. Suami perayu adalah
pesara kerajaan. Malangnya, suami perayu meninggal dunia pada 7 January 1985.
Perayu mendakwa bahawa beliau berhak ke atas pencen suaminya mengikut
seksyen 15 Akta Pencen 1980. Jabatan Pencen menolak permohonan perayu untuk
mendapatkan pencen derivatif kerana berlainan agama. Perayu membawa kes ini ke
Mahkamah Tinggi dan keputusannya ialah sama dengan Jabatan Pencen. Perayu
membawa kes ini ke Mahkamah Agung. Mahkamah Agung memutuskan bahawa

12
[1990] 1 MLJ 86.
5

Anda mungkin juga menyukai