Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

KEM KECEMERLANGAN SAHSIAH DIRI (Murid Sesi Petang)


SMK BUKIT RAHMAN PUTRA
2014

PENDAHULUAN

Pembinaan sahsiah dan disiplin merupakan elemen terpenting untuk kejayaan setiap
pelajar.Disiplin merupakan jantung serta kunci sesebuah kejayaan bagi pelajar.Pelajar tanpa
mengira warna kulit dan latar belakang keluarga telah dipilih bagi membentuk golongan pelajar
yang bebas masalah disiplin dan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang sama ada
di dalam atau luar sekolah.

Pendedahan kepada pelajar bahawa setiap daripada mereka adalah pemimpin sama
ada memimpin orang lain ataupun memimpin diri sendiri akan diterapkan menerusi aktiviti yang
dijalankan. Nilai-nilai murni ini juga dapat dipupuk bagi meningkatkan kefahaman dan
keperihatinan mereka dlam terhadap tugas yang diamanahkan kepada mereka.

RASIONAL

Pelajar sekolah adalah nadi kehidupan sesebuah Negara. Utuhnya sahsiah pelajar
bermaksud utuhnya Negara. Ini kerana mereka adalah pemimpin pada masa akan
datang.Sehubungan itu,Unit Disiplin dengan Kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling buat
julung-julung kalinya merasakan amat perlu pelajar di SMKBRP diberi pendedahan dan
peluang untuk membina sahsiah diri.

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dari setiap
sudut sama ada dari segi sahsiah, akademik, dan sebagainya, maka Disiplin dengan kerjasama
Unit Unit bimbingan & Kaunseling SMK. Bukit Rahman Putra mengambil inisiatif untuk
mengadakan kursus Kecemerlangan sahsiah diri kepada para pelajar.

Melalui kursus ini pelbagai aktiviti akan dijalankan dan berfokus kepada pembinaan jati
diri yang mantap dalam diri pelajar. Ini kerana, tanpa jati diri yang mantap, para pelajar tidak
mampu menangkis anasir-anasir yang kurang sihat dan sekaligus membantutkan hasrat
kerajaan melahirkan modal insan berkualiti.

Justeru, kami merancang untuk mengadakan kursus ini di sekolah. Kami percaya,
pembinaan modal insan ini akan terus ada kesinambungan dan tidak terhenti di sini sahaja.

MATLAMAT

Melalui kem ini diharap para pelajar SMK Bukit Rahman Putra yang terlibat akan
menunjukkan ciri-ciri positif terhadap pengurangan statistik pelanggaran disiplin sekolah
seterusnya menjadi contoh dan teladan yang baik kepada pelajar-pelajar yang lain.

OBJEKTIF

Mengurangkan kes-kes perlanggaran disiplin sekolah oleh pelajar-pelajar yang berisiko


di samping memberi penekanan kepada aspek pembentukan sahsiah diri dan
sebagainya.Selain itu,kem ini memberi fokus dalam menangani gejala social dan
mengurangkan salah laku disiplin di sekolah.

1
PELAKSANAAN

Tarikh program dan Hari

11 dan 12 November 2014 (Selasa - Rabu)

Tempat

Kem Wirajaya,Hulu Langat, Selangor

Bilangan Peserta

40 orang murid sesi petang.

Bilangan Guru

4 orang guru

KUMPULAN SASARAN

40 orang pelajar yang terdiri daripada para pelajar sesi petang SMK Bukit Rahman Putra 2014

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi :Pn. Norha binti Hamzah (Pengetua)

Naib Pengerusi I :En. Abd Rashid Sarti (PK Hem)

Naib Pengerusi II :Pn. Norizan bt Zainal Abidin (PK Petang)

Penyelaras :En.Zamri Bin Zakaria /Pn. Hamidah binti Mohammad Ali (GBKSM – GC)

Pen. Penyelaras :Pn. Salma Bin Zamzuri/ Pn. Izalwani bt Ismail

Setiausaha :Pn.Rozimah Bt Abu Bakar

Bendahari :Pn. Hamidah bt Mohamamad Ali.

Ahli Jawatankuasa:

1. Pn. Rohayati Muhammad Zin (GBKSM) Dokumentasi


2. Pn. Izalwani binti Ismail (GBKSM) (Guru Pengiring)
3. En. Mohamad Shokri Ghazali (Keselamatan/Guru Pengiring)
4. Cik Suraya Ishak (urusetia)
5. En.Abd Rahman Bin Mamat (Pengangkutan)
6. En Musa bin Salleh (Guru Pengiring)
7. Pn. Rozimah Abu Bakar (Pengurusan Peserta)

2
PENGISIAN PROGRAM

Hari 1 (Selasa)
3.30-4.30 pm Bertolak ke Lokasi
5.00-6.30 Taklimat & Suai Kenal
6.30-9.00 Skil Membina Disiplin Diri
9.00-12.00 Rehat / Solat / Makan
Aktiviti : Program Kenali Diri Anda
Refleksi.
Kembara Malam

Hari 2 (Rabu)
6.30-9.00 am Solat/Senaman/Sarapan
9.00-10.30 Ceramah Jenayah
10.30-12.30 Aktiviti: Survival Diri
12.30-2.00 pm Rehat/Solat Jumaat/Makan Tengahari
2.30-4.00 Majlis Penutup dan penyampaian hadiah
4.30 petang Bertolak balik ke sekolah

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah Jumlah Bil Perkara Jumlah Jumlah (RM)


(Sumber (unit) x (RM) (Perbelanjaan) (unit)
Kewangan) RM x RM
1. Sumbangan RM1000.00 1. Pengangkutan 1 bas x 800.00
UBK RM700
2. Sumbangan 40 orang RM1400.00 2. Bayaran Konsultan
Peserta x RM35 Harga Pakej : 40 orang x 2400.00
3. Sumbangan RM1000.00 Bagi Penginapan, RM60
PIBG Makan
sekolah Minum , Pengendalian
Program
3. Hadiah Pertandingan 4 kumpulan x
RM50 200.00

JUMLAH RM3400.00 JUMLAH RM3400.00

3
PENUTUP

Adalah besar harapan kami agar program yang dirancang ini akan dapat memberi
manfaat kepada semua pelajar yang terlibat dapat meningkatkan sahsiah diri dan berubah
menjadi pelajar yang berdisiplin.

Disediakan oleh, 20 September 2014

……………………………………
(ROZIMAH BT ABU BAKAR )
Guru Disiplin Sesi Petang
SMK Bukit Rahman Putra,
Jln. BRP 7/1, 47000 Sungai Buloh,
Selangor.

Disemak oleh :

(ABD RASHID BIN SARTI)


Penolong Kanan HEM
SMK Bukit Rahman Putra

Disahkan oleh,

……………………………..
(NORHA BT HAMZAH)
Pengetua,
SMK Bukit Rahman Putra

Anda mungkin juga menyukai