Anda di halaman 1dari 20

KAJIAN KES

Meningkatkan  Tahap Pembentukan Huruf  Murid Disgrafia Dalam


Bahasa Malaysia  Dengan Menggunakan Teknik Belajar Melalui
Bermain

ABSTRAK
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca,
menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya
yang sempurna. Manakala, Kanak-kanak disgrafia pula bermakna seorang kanak-kanak
disleksia yang bermasalah dalam menulis. Oleh itu mereka memerlukan bahan bantu
belajar yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran mereka yang tidak sama dengan
bahan yang disediakan untuk kanak-kanak lain. Salah satu daripada masalah kanak-kanak
disgrafia ialah masalah kekemasan tulisan. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan
tahap pembentukan huruf murid disgrafia dalam subjek Bahasa Malaysia. Responden
dalam kajian ini terdiri daripada dua murid dari Pendidikan Khas 2 (Mawar) di Sekolah
Jenis Kebangsaan (Tamil) Melaka Kubu, Melaka. Data dikumpulkan menggunakan
instrumen-instrumen seperti Pemerhatian dan Analisis Dokumen. Tindakan yang
dijalankan dalam kajian ini ialah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Bahasa malaysia bagi memperbaiki pembentukan huruf dan mengenalpasti
perbezaan huruf responden dengan menggunakan Teknik Belajar Melalui Bermain .
Dapatan hasil analisis telah menunjukkan bahawa terdapat penurunan masalah yang nyata
daripada Senarai semak borang pemerhatian menurut Sasson (1993). Ini sekaligus
membuktikan penurunan masalah responden melalui dapatan hasil analisis perbezaan
antara senarai semak sebelum intervensi dan selepas intervensi. Kesimpulannya,
penyelidik mendapati Teknik Belajar Melalui Bermain dapat membantu responden
memperbaiki masalah pembentukan huruf dan perbezaan antara huruf bagi menguasai
Kemahiran Menulis.
Kata Kunci: Disgrafia, Masalah Menulis,Belajar Melalui Bermain

ABSTRACT

Dyslexia is a learning disability that difficulties with literacy , reading, writing, listening
and speaking despite adequate teaching and culture is the perfect opportunity .
Meanwhile , Child disgrafia mean that a dyslexic children having problems in writing .
Therefore they need teaching aids that are appropriate to their learning styles are not the
same as the materials available to other children . One of the problems of children
disgrafia is neat handwriting problems . This study was conducted to enhance the
formation of student character disgrafia in Bahasa Malaysia. Respondents in this study
consists of two students from the Special Education Class in the SJK (T) Melaka Kubu,
Melaka. Data were collected using instruments such as observation and document
analysis . Actions carried out in this study is to implement the teaching and learning of
Malay language to improve letter formation and recognize the different letters
respondents using techniques Learn Through Play . The findings of the analysis has
shown that there is a significant reduction of problem checklist observation form
according to Sasson ( 1993 ) . This goes to prove the decline of respondents problems
through the analysis of the findings is the difference between a check list before the
intervention and after the intervention . In conclusion , the researchers found Technique
to Learn Through Play can help respondents to improve literacy and problem formulation
to capture the difference between the letter writing skills .

Keywords: Dysgraphia, Writing Problem, Learning Through Play

  
BAB 1
1.0              PENDAHULUAN
1.1       Pengenalan
1.1.1       Kemahiran Menulis
            Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam senarai
kemahiran berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu menguasai
kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, dan kemahiran membaca. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan berusaha untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
Dalam perkembangan unsur intelek, ciri kemahiran asas 4M, iaitu membaca, menulis,
mengira dan menaakul amat dititikberatkan (Bahagian Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia 2013-2025).
Secara umumnya, menulis merupakan perlakuan menggunakan pen, pensel atau
sebarang alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahupun pernyataan. Namun
begitu, definisi ini begitu umum dan bersifat mekanikal. Definisi menulis menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat 1729), ialah mencatat kata-kata dengan huruf
dan memakai pena seperti kalam, kapur , pensel dan lain-lain. Di samping itu, menulis
juga bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan catatan yang
memakai huruf, membuat surat atau mengarang.
Masalah murid dalam pembelajaran terutamanya dalam penulisan merupakan satu
isu yang perlu dititikberatkan kerana ianya boleh membantutkan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.  Isu ini merupakan masalah yang umum bagi murid-murid
sekolah. Masalah kemahiran tulisan mekanis merupakan satu daripada ciri-ciri yang
terdapat pada murid yang bermasalah pembelajaran (Abdullah bin Yusof, 2006). Smith
(1998) menjelaskan bahawa ramai murid bermasalah pembelajaran menghadapi masalah
menulis dan kemahiran tulisan mekanis ini memerlukan seseorang menterjemah
pemahaman bahasa ke dalam sistem simbol. Pengamatan terhadap bentuk-bentuk huruf
yang pelbagai dan mengikut kategori huruf besar dan kecil banyak memberi kesan
kepada murid pendidikan khas. Kanak-kanak berkeperluan khas sering terikat dengan
masalah Penguasaan Kemahiran Asas 4m iaitu (membaca, menulis, mengira dan
menaakul).

1.1.2      Disgrafia
Dalam kajian penyelidik,  masalah murid yang dikenalpasti berdasarkan masalah
penulisan tangan terutamanya tulisan tangan yang buruk, tidak konsisten dan seragam,
masalah dalam penggunaan ruang dan jarak, huruf, perkataan atau ayat tertinggal, dan
kesilapan dalam memasukkan huruf-huruf yang sesuai dalam ayat  dikaitkan dengan
disgrafia.
Definisi bagi disgrafia adalah luas dan lazimnya ditakrifkan sebagai masalah
pembelajaran yang sering dikaitkan dengan kesukaran dalam mengeja, tulisan tangan
yang tidak kemas, tidak betul dan sukar dibaca serta bermasalah dalam memindahkan
maklumat pada kertas. Ini adalah kerana menulis memerlukan satu set kemahiran motor
halus dan kemahiran memproses maklumat (Deuel, 1995). Secara amnya, ciri-ciri dalam
disgrafia ini adalah seperti pegangan pensel dan posisi badan yang tidak betul, mudah
penat apabila menulis atau menyalin ayat, pembalikan kedudukan huruf dalam
perkataan  contohnya,  (“Sabtu” kepada “sabut”), ayat yang tidak lengkap, susunan ayat
tidak kemas dan seragam serta menunjukkan ciri-ciri tingkah laku seperti mengelak
apabila diarahkan menulis pada papan putih dan membaca.

1.1.2.1 Klasifikasi Dalam Disgrafia

Klasifikasi disgraphia dibahagi melalui spesifik dan tidak spesifik


(http://www.margaretkay.com/Dysgraphia.htm, December 15 2008) Spesifik disgraphia
menyumbang kepada tidak keupayaan mengeja, koordinasi motor dan ketidakupayaan
dalam pertuturan. Manakala disgraphia yang tidak spesifik adalah seperti kerencatan,
psikososial yang tidak cukup atau kehadiran ke sekolah yang teruk (Kay 2004). Terdapat
tiga klasifikasi dalam kategori disgraphia ini iaitu disleksia disgrafia, motor disgrafia, dan
ruang disgrafia (Deuel 1995).
Kategori yang pertama adalah disleksia disgrafia. Kanak-kanak yang mengalami
kategori ini tidak dapat membaca walaupun teks yang spontan diberikan kepada mereka,
lebih-lebih lagi apabila diberi teks yang lebih kompleks. Mereka juga mengalami masalah
dalam ejaan lisan tetapi melukis dan penyalinan teks bertulis adalah normal. Manakala
kelajuan Finger-tapping iaitu sutu ukuran untuk kelajuan motor juga normal (Deuel
1995).
Klasifikasi kedua pula adalah motor disgrafia. Kanak-kanak yang mengalami
kategori ini pula tidak dapat membaca walaupun secara spontan, kedua-dua teks yang
disalin manakala teks yang ditulis juga tidak dapat dibaca. Namun, ejaan secara lisan
adalah normal. Mereka juga mengalami masalah dalam melukis dan kelajuan Finger-
tapping adalah tidak normal (Deuel 1995).
Akhirnya, Kategori ketiga adalah ruang disgrafia orang yang mempunyai
disgraphia ketegori ini, tidak boleh membaca tulisan yang dipaparkan, sama ada dibaca
dengan spontan atau disalinkan. Ejaan lisan adalah normal. Kelajuan Finger-tapping
adalah normal, tetapi melukis merupakan satu masalah bagi mereka (Deuel 1995)
Secara umumnya, proses dalam pengajaran dan pembelajaran banyak
menumpukan kepada satu kaedah yang sesuai bagi murid pendidikan khas. Proses
mengajar akan lebih mencabar dengan beberapa pengubahsuaian dalam pengajaran dan
pembelajaran. Murid perlu dibimbing dan memerlukan tunjuk ajar yang lebih dan
ini akan dapat membantu murid. Murid pendidikan khas kebanyakannya boleh menulis
tetapi sesetengahnya dalam cara yang tidak betul. Cara memegang alat tulis akan
mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan (Sassoon, 1993). Dalam mengajar celik
huruf, kadang-kadang guru kurang memberi perhatian kepada pengajaran membentuk
huruf mengikut pergerakan yang betul. Sassoon (1993) mendapati guru kurang memberi
penekanan kepada pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis
dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan
menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Pendedahan kepada cara dan teknik
menulis yang betul pada peringkat awal  membantu murid membentuk kemahiran dalam
menulis. Ini termasuklah dalam keseragaman tulisan, tatacara menulis yang betul dan
tumpuan dalam menulis.
            Kanak-kanak disgrafia ini juga perlu dibimbing mengggunakan teknik-teknik
yang sesuai agar masalah menguasai kemahiran asas menulis dapat dikurangkan.
Kekurangan dari segi kemahiran menulis terutamanya tulisan tangan yang buruk boleh
membawa kepada pandangan yang buruk terhadap murid. Rasa rendah diri dan kurang
keyakinan terutamanya apabila menulis di hadapan rakan - rakan lain dan guru boleh
membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran serta kebolehan murid tersebut.
1.1.3      Teknik Belajar Melalui Bermain
Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan
dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan.
Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran
fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendahraan dan peraturan tatabahasa.
Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran,
main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid
melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti
bermain adalah kerja kanak-kanak.
Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui
bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang
kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan
bermakna
Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanak-
kanak ke tahap yang optima. Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan
pengalaman yang penting menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak.
              1.1.3.1  Definisi Main
              Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti
yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan
apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin
akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan
bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan
tertentu. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan
semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap
mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan
tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat
perkembangan kanak-kanak.
Carr, dalam teori nya menyatakan, main adalah penting kepada kanak-kanak
kerana main menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat
masing-masing (Kraus, 1990). Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik,
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai
contoh kanak-kanak yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan
mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan
terhadap adik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan
kecewa tersebut.
Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi
perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan
intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan
ketangkasan seseorang murid. Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal
keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti
sebenar (Kraua, 1990).
Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri
mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas
dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru.
Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh
Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983).
Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan
dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara
permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad
nombor, kad-kad bergambar, catur dan sebagainya. Selain itu bermain adalah satu bentuk
kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk
mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.
1.2  Penyataan Masalah
Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan menulis diperlukan
untuk semua mata pelajaran di sekolah. Guru sangat kenal akan tulisan buruk, dan selalunya marah kerana
terpaksa memeriksa beratus-ratus halaman tulisan dalam setahun yang susah hendak dibaca. Kategori
kanak-kanak bermasalah pembelajaran (KKBP) adalah Sindrom Down, Autisme Ringan, Attention Deficit
Hyperactivity Disorder (ADHD), Terencat Akal Minimum, dan Bermasalah Pembelajaran Spesifik (Portal
Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia 2011). Murid-murid bermasalah pembelajaran ini menghadapi
pelbagai masalah yang berpunca daripada ketidakupayaan pembelajaran telah mempengaruhi pencapaian
mereka dalam bidang akademik secara tidak langsung (Mohd Hanafi, Mohd Mokhtar, Lokman, Md. Amin,
Fauzi, Zawawi & Kamarudin 2010).

Kajian ini bermula apabila penyelidik memulakan latihan mengajar di Kelas


Pendidikan Khas 2 (Mawar). Terdapat dua orang murid dari Kelas Pendidikan Khas 2
(Mawar) yang belajar subjek Bahasa Malaysia. Murid-murid yang mempunyai masalah
kemahiran menulis biasanya mempunyai masalah membaca. Jenis-jenis masalah tulisan
yang dikenalpasti oleh penyelidik ialah mudah penat apabila menulis atau menyalin ayat,
pembalikan kedudukan huruf dalam perkataan, contohnya, (“dan” kepada “ban”) dan
mencampuradukan huruf besar dan huruf kecil.  Oleh kerana itu, penyelidik  bertekad
untuk membantunya memperbaiki tulisannya agar mereka dapat menulisnya dengan
kemas dan betul. Bagi menangani masalah mereka itu, mereka perlu mengenalpasti
perbezaan huruf antara besar dan kecil.
1.3  Tujuan Kajian

            Tujuan kajian ini dijalankan untuk menangani masalah mencampuradukan huruf


besar dan kecil dan memperkenalkan perbezaan bentuk huruf (b dan d, m dan w , p dan
q ) murid-murid yang berkeperluan khas bermasalah pembelajaran dalam Pendidikan
Khas di Malaysia bagi menangani masalah kemahiran asas sebelum membetulkan
kekemasan tulisan. Pada pandangan saya, asas  menulis ialah pembentukan simbol-
simbol tulisan dalam bahasa. Oleh itu kemahiran asas dalam penulisan berkait rapat
dengan kebolehan murid menulis dalam bentuk tulisan yang terang, jelas dan lengkap.
Maka, asas yang kukuh dapat meningkatkan kemahiran menulis yang baik.

1.4  Persoalan Kajian
                                  i.            Bagaimanakah Teknik Belajar Melalui Bermain yang digunakan bagi menangani

masalah mengenalpasti perbezaan huruf  dalam kalangan murid disgrafia?


                                ii.             Bagaimanakah latar belakang murid disgrafia yang mengalami masalah mengenalpasti

perbezaan huruf?
                              iii.            Apakah keperluan Teknik Belajar Melalui Bermain dalam menangani masalah

kekemasan tulisan murid disgrafia?

BAB 2

2.0              KAJIAN LITERATUR

            Kajian ini dijalankan dengan merujuk beberapa kajian dan teori.  Disgrafia


merupakan masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi kemahiran tulisan dan
pengaplikasian kemahiran menulis untuk menjana idea. Banyak kajian berkaitan disgrafia
telah dijalankan. Beberapa kajian berkaitan dengan kemahiran menulis seperti berikut.

                 2.1 Kajian Adi-Japha (2007)


Adi-Japha et al. (2007) telah membuat kajian ke atas kanak-
kanak Attention/Deficit Hiperactivity Disorder (ADHD) mengalami disleksia yang
mempunyai masalah mengeja dan menulis. Kajian ini mendapati kanak-
kanak Attention/Deficit Hiperactivity Disorder (ADHD) disleksia mempunyai masalah
dalam kesalahan ejaan di samping penambahan, penggantian dan pelenyapan perkataan
atau huruf.
2.2   Kajian Auclair, Sieroff dan Kocer (2008)
Di samping itu, kajian oleh Auclair, Sieroff dan Kocer (2008) tentang seorang
kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun menghidapi penyakit Wilson yang
mengalami disgrafia mendapati kanak-kanak tersebut telah mengabaikan ruang semasa
menulis. Manakala kajian oleh Rosebek, McNeil, Teetson, Odell dan Collins (1980) pula
mendapati bahawa kanak-kanak yang mengalami disgrafia menunjukkan beberapa
masalah dalam tulisan iaitu pembalikan huruf, transposisi huruf, masalah menyalin
semula huruf ‘M’, ‘N’, ‘W’ dan ‘U’, penggantian huruf dan pelenyapan huruf.
2.3   Kajian Grave (1983)
Grave (1983) menyatakan bahawa murid sekurang - kurangnya mesti menulis
setiap hari atau minimun empat hari dalam seminggu yang mana pada hari-hari menulis
sekurang-kurangnya 30 minit sesi menulis. Guru perlu menilai prestasi murid dengan apa
yang telah ditulis oleh murid dengan menyuruh mereka membaca apa yang telah ditulis.
Dengan ini murid akan lebih memahami dan menilai apa yang ditulis dan apa yang
difahami. Bagi Graves, disgrafia ini terbahagi kepada dua kategori iaitu visual dan audio.
2.4   Kajian Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti (2010)
Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti (2010) menyatakan bahawa teknik
dalam perubahan tingkah laku dari segi ganjaran dan motivasi serta latihan menyebut dan
menulis memberi kesan yang baik kepada murid dalam menyalin dan membina ayat yang
lengkap dan sempurna. Penggunaan garisan merupakan satu daripada teknik yang
dicadangkan sebagai latihan berterusan kepada murid agar koordinasi tangan dapat
dilakukan iaitu dari segi keseimbangan serta keseragaman penulisan tersebut. Menulis
bukanlah kemahiran yang mudah kepada kanak-kanak. Jika kaedah mengajar yang betul
tidak diamalkan mungkin kanak-kanak akan terus membentuk huruf dengan
menggunakan pergerakan yang salah. Menulis juga akan menjadi aktiviti yang tidak
disukai kerana kanak-kanak tidak dapat mengawal alat tulis dan posisi tangan dan dan
badan tidak selesa kepada kanak-kanak.
2.5   Kajian Lucas (1980)
Kajian lalu mengesahkan terdapat hubungan antara cara menulis dan tulisan yang
dihasilkan. Lucas (1980) mendapati terdapat empat kesilapan ketika memegang alat tulis
iaitu posisi lengan, penggunaan ibu jari dan jari ketika menyokong dan menggerakan alat
tulis. Faktor ini mempengaruhi kualiti menggaris dan membentuk huruf. Dari
pemerhatian, penyelidik mendapati bahawa guru-guru jarang mengajar murid cara untuk
memegang alat tulis. Selain daripada cara memegang alat tulis, posisi lengan juga tidak
pernah diberi perhatian. Kebanyakkan berpendapat bahawa murid belajar sendiri melalui
pengalaman. Kenyataan ini ternyata salah kerana cara memegang alat tulis akan
mempengaruhi tulisan yang dihasilkan . Pembentukan huruf juga memerlukan tunjuk
cara dan panduan.
2.6   Kajian Ziviani (1983)
Terdapat pelbagai cara memegang alat tulis yang dicadangkan dalam buku-buku
dan kajian yang dinyatakan oleh pakar. Salah seorang pakar Kajian iaitu Ziviani (1983)
cara memegang alat tulis yang betul adalah seperti ibu jari dibengkukkan supaya
bahagian atas membentuk sudut tepat dengan bahagian bawah pensel mesti dipegang
secara menegak oleh hujung ibu jari dengan kuku hamper menyentuh pensel dengan
seboleh-bolehnya ibu jari diletakkan bawah pensel. Ziviani (1983) menunjukkan
kepantasan menulis mempunyai kaitan dengan cara memegang pensel.
2.7   Kajian Tseng, Mei Hui & Cermak , Sharon (1991)
Tseng, Mei Hui & Cermak , Sharon (1991) menekankan beberapa faktor yang
menyebabkan tulisan sukar dibaca seperti pembentukan huruf yang tidak betul, saiz huruf
yang tidak konsisten dan ruang antara perkataandan huruf yang tidak konsisten. Menulis
merupakan medium penting bukan sahaja kepada kanak-kanak malah kepada orang
dewasa untuk melahirkan pemikirkan dan kreativiti mereka. Kanak-kanak perlu menulis
ketika merekod, berkomunikasi, menjelaskan fikiran dan ketika mempamerkan kreativiti.
Murid juga terpaksa menulis jawapan ketika menghadapi peperiksaan umum.  Tulisan
yang buruk akan mempengaruhi permeriksa ketika memeriksa skrip jawapan murid.
2.8   Kajian Sasson (1989)
 Sassoon (1989) menegaskan tujuan dan keutamaan mengajar menulis adalah
seperti tulisan mestilah mudah dibaca dengan huruf dibentuk dengan sempurna ligature
diterima dan tulisan seimbang dengan ruang antara perkataan yang sesuai. Keduanya ,
kepantasan menulis mengikut keperluan dan kekemasa dan kecantikan tulisan.
BAB 3

3.0              METODOLOGI  KAJIAN

            Metodologi merupakan aspek penting bagi melakukan penyelidikan kajian. Ia


bertujuan memastikan kaedah pengumpulan data yang digunakan bersesuaian dengan
matlamat dan objektif kajian yang hendak dicapai. Oleh itu, bahagian ini akan
membincangkan dan menjelaskan keadah kajian yang digunakan untuk mendapatkan data
yang dikehendaki bagi menganalisis kajian yang dijalankan.

3.1     Kaedah  Kajian
Jenis kajian kes yang dipilih ialah Kajian Kes Intrinsik. Kajian kes intrinsik ini dijalankan apabila
pengkaji ingin memahami secara mendalam mengenai kes tertentu yang khusus. Tumpuan kajian kes
penyelidik adalah mengatasi masalah pembentukan dan pengenalan huruf –huruf. Selain itu, Kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Ia dipilih berdasarkan kepada keinginan untuk
memahami dengan mendalam Kajian Tseng, Mei Hui & Cermak , Sharon (1991) serta ingin mendapat
gambaran jelas berkaitan kajian Sasson (1989)

3.2     Sampel Kajian
Kajian ini melibatkan dua orang  murid dari Kelas Pendidikan Khas Dua Program
Khas Bermasalah  Pembelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Melaka Kubu.
Responden murid berbangsa india. Responden ialah seorang lelaki dan seorang
perempuan. Kedua-dua responden berumur sembilan tahun. Responden ini merupakan
golongan sederhana yang tinggal di sekitar kawasan Bandaraya Melaka. Prestasi
akademik bagi responden adalah tidak dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik.
Jenis kecacatan yang dialami oleh responden ialah Disleksia. Khususnya responden
mengalami masalah penulisan yang dikenali sebagai Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang
disleksis yang bermasalah dalam penulisan . Disgrafia boleh dikenalpasti melalui gejala-
gejala seperti, tulisan yang sukar dibaca, tulisan yang tidak berkonsisten, tulisan kelama-
lamaan semakin kabur, tulisan kelihatan terbalik seperti dalam cermin, terdapat huruf-
huruf yang dicicirkan secara rawak, dan perkataan mungkin kelihatan terbalik. Melalui
pemerhatian penyelidik yang dibuat, kenalpastian perbezaan  antara huruf juga agak
lemah oleh responden.

3.2.1 Profil Murid Responden A


PROFIL MURID
      RESPONDEN A

NAMA JANARTTHAN A/L SUDAGAR


TARIKH LAHIR 24 JUN 2005
JANTINA LELAKI
TEMPAT LAHIR MELAKA
UMUR 9 TAHUN
SEKOLAH SJK (T) MELAKA KUBU, MELAKA
TARIKH MASUK KE KELAS 1 JANUARI 2012
KHAS
AGAMA HINDU
BANGSA INDIA
NOMBOR OKU LD/07/01/11/000065
JENIS KETIDAKUPAYAAN MASALAH PEMBELAJARAN
(DISLEKSIA)
BILANGAN ADIK-BERADIK 6 ORANG
KEDUDUKAN DALAM ANAK KE - 4
KELUARGA
BAHASA PERTUTURAN DI  BAHASA TAMIL
RUMAH
KENDERAAN KE SEKOLAH MENAIKI BUS
PEKERJAAN AYAH PEMANDU LORI
PEKERJAAN IBU SURI RUMAH

3.2.2 Profil Murid Responden B


PROFIL MURID

RESPONDEN B

NAMA REMISHA JULIAN A/P RAMAMOORTHY


TARIKH LAHIR 31 JANUARI 2005
JANTINA PEREMPUAN
TEMPAT LAHIR MELAKA
UMUR 9 TAHUN
SEKOLAH SJK (T) MELAKA KUBU, MELAKA
TARIKH MASUK KE KELAS 1 JANUARI 2013
KHAS
AGAMA HINDU
BANGSA INDIA
NOMBOR OKU LD/07/01/11/00097
JENIS KETIDAKUPAYAAN MASALAH PEMBELAJARAN
(DISLEKSIA)
BILANGAN ADIK-BERADIK 4 ORANG
KEDUDUKAN DALAM ANAK KE- 3
KELUARGA
BAHASA PERTUTURAN DI BAHASA TAMIL
RUMAH
KENDERAAN KE SEKOLAH DIHANTAR OLEH BAPA
PEKERJAAN AYAH PEMANDU TEKSI
PEKERJAAN IBU PEKERJA KILANG
3.3  Lokasi Kajian
Kajian ini dijalankan di sebuah  Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Melaka Kubu
yang mempunyai Program Khas Bermasalah  Pembelajaran.

3.4  Instrumen Kajian
Data dikumpul dengan menggunakan kaedah iaitu :
1.      Pemerhatian secara non-participant

2.      Analisis Dokumen

Dua teknik pengumpulan data digunakan iaitu pemerhatian secara non-participant dan Analisis


Dokumen. Pemerhatian secara non-participant dijalankan dalam proses P&P supaya mendapat gambaran
yang sebenar berkaitan penggunaan huruf yang betul dalam menulis ayat yang dibaca. Data yang diperoleh
semasa pemerhatian akan diperkukuhkan melalui analisis dokumen sebagai bukti kajian supaya kesahan
dan kebolehpercayaan kajian meningkat.

3.4.1 Pemerhatian secara non-participant

Kaedah yang pertama ialah kaedah pemerhatian secara non participant. Dalam
kaedah ini, proses pemerhatian telah dilakukan ke atas responden. Pemerhatian
merupakan salah satu jenis kaedah senarai semak yang digunakan untuk memungut data
kajian.  Penyelidik akan menggunakan kaedah pemerhatian berdasarkan pandangan
Sassoon (1993) sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
Teknik Belajar Melalui Bermain ini. Tujuan utama kaedah pemerhatian ini dijalankan
adalah untuk melihat dan menilai keberkesanan Teknik Belajar Melalui Bermain ini sama
ada berjaya atau sebaliknya dalam usaha meningkatkan keberkesanan kekemasan tulisan.
Selain itu, kaedah pemerhatian ini dijalankan juga adalah untuk melihat
respon dan tingkah laku responden terhadap Teknik Belajar Melalui
Bermain. Responden  telah diperhatikan bermula dari Permainan Wikki Stix and Tanah
Liat bagi  membentuk huruf dengan betul, menentukan saiz huruf dan perbezaan antara
huruf besar dan kecil. Teknik ini memberi fokus kepada kesilapan yang dilakukan oleh
responden semasa menulis. Penyelidik melakukan pemerhatian ke atas responden secara
individu selama dua minggu.
3.4.2 Analisis Dokumen
Kaedah kedua yang digunakan oleh penyelidik untuk menyokong kaedah kajian
yang disebutkan ialah Analisis Dokumen. Analisis dokumen merupakan cara analisis data
dengan cara mengumpukan data-data yang berhubungan dengan objek yang akan diteliti
dan diuji berdasarkan dokumen. Analisis dokumen juga merupakan salah satu hal yang
dapat membantu dalam perancangan atau pengembangan sistem. Tujuan dari analisis
dokumen adalah untuk mengetahui dokumen apa saja yang terkait dalam sistem serta hal-
hal yang berkaitan dengan dokumen tersebut. Penyelidik memilih analisis terhadap
borang maklumat murid dengan dan juga sampel kerja murid. Lembaran kerja yang
diberikan boleh membantu penyelidik melihat kesalahan-kesalahan perkataan yang
dilakukan oleh responden. Hal ini akan membantu penyelidik dalam analisis hasil kerja
responden

3.5 Rancangan Pendidikan Individu (RPI) (Lampiran 1 )


            Kanak-kanak Khas seharusnya mempunyai program individunya sendiri.Dalam
program tersebut perlu dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak dicapai oleh
kanak-kanak tersebut (Kauffman dan Hallahan, 2005). Oleh itu sejarah dan
perkembangan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bermula di Amerika Syarikat
apabila PL 94-142 digubal menjadi satu akta yang dikuatkuasa dari segi perundangan.
Seterusnya RPI menjadi panduan dibeberapa buah negara termasuk negara kita Malaysia
dalam melaksanakan RPI murid-murid Khas perlu mempunyai sekurang-kurangnya lapan
komponen seperti:
1)                  Tahap pencapaian murid yang terkini.
2)                  Matlamat tahunan atau pencapaian yang diharapkan pada akhir tahun.
3)   Objektif jangka pendek dinyatakan dalam bentuk pembelajaran mengikut langkah-
langkah berurutan hingga membawa kepada penguasaan matlamat tahunan
4)   Jenis pendidikan Khas yang perlu disediakan oleh murid.
5)   Jenis perkhidmatan berkaitan(jika perlu) yang akan disediakan untuk murid.
6)   Jangka masa murid akan terlibat di dalam program aliran biasa.
7)   Ketetapan tarikh memulakan perkhidmatan dan jangka masa perkhidmatan.
            Rancangan Pendidikan Individu bagi responden A dan B boleh dilihat dalam
lampiran subjek komponen Bahasa Malaysia. Satu jangka pendek ditetapkan bagi
responden ini supaya mengatasi masalah pembentukan huruf.  Kesimpulannya,
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah rancangan program penilaian berterusan
untuk seseorang murid dan sebagai teras perancangan pendidikan dalam program
pendidikan khas.

BAB 4
4.0 DAPATAN  KAJIAN
4.1 Analisis Borang Pemerhatian Berdasarkan Sassoon (1993)
Senarai semak Borang Pemerhatian Berdasarkan Sassoon (1993) (Lampiran 2) ini
dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif mudah iaitu dengan mendapatkan bilangan
dan perbezaan masalah responden yang mencatatkan skor melalui item-item yang telah
ditetapkan.
4.1.1        Sebelum Intervensi
( Responden A)
Jadual 4.1.1.1  Borang Pemerhatian Sebelum Intervensi
NO. ITEM YA TIDAK
1 Bahagian 1(Pembentukan huruf)
          Bentuk huruf dan tulisan tidak konsisten /
          Penggunaan huruf besar dan huruf kecil masih /
bercampur
          Perbezaan antara huruf besar dengan huruf kecil /
         Keterbalikan huruf b dan d /
         Keterbalikan huruf m dan w /
         Keterbalikan huruf p dan q /

Rajah 4.1.1.2 : Jadual Pencapaian Murid Melalui Pemerhatian Senarai Semak


Ujian sebelum intervensi
Item Jumlah soalan Ya Tidak
Bahagian 1 6 5 1
Jumalah 6 5 1

( Responden B)
Jadual 4.1.1.3  Borang Pemerhatian Sebelum Intervensi
NO. ITEM YA TIDAK
1 Bahagian 1(Pembentukan huruf)
          Bentuk huruf dan tulisan tidak konsisten /
          Penggunaan huruf besar dan huruf kecil masih /
bercampur
          Perbezaan antara huruf besar dengan huruf kecil /
         Keterbalikan huruf b dan d /
         Keterbalikan huruf m dan w /
         Keterbalikan huruf p dan q /
Rajah 4.1.1.4 : Jadual Pencapaian Murid Melalui Pemerhatian Senarai Semak
Ujian sebelum intervensi
Item Jumlah soalan Ya Tidak
Bahagian 1 6 4 2
Jumalah 6 4 2

4.1.2        Selepas Intervensi
(Responden A)
Jadual 4.1.2.1  Borang Pemerhatian Selepas Intervensi
NO. ITEM YA TIDAK
1 Bahagian 1(Pembentukan huruf)
         Bentuk huruf dan tulisan tidak konsisten /
Penggunaan huruf besar dan huruf kecil masih
         /
bercampur
         Perbezaan antara huruf besar dengan huruf kecil /
         Keterbalikan huruf b dan d /
         Keterbalikan huruf m dan w /
         Keterbalikan huruf p dan q /

Rajah 4.1.2.2 : Jadual Pencapaian Murid Melalui Pemerhatian Senarai Semak


Ujian selepas intervensi
Item Jumlah soalan Ya Tidak
Bahagian 1 6 1 5
Jumalah 6 1 5

 (Responden B)
Jadual 4.1.2.3  Borang Pemerhatian Selepas Intervensi
NO. ITEM YA TIDAK
1 Bahagian 1(Pembentukan huruf)
         Bentuk huruf dan tulisan tidak konsisten /
Penggunaan huruf besar dan huruf kecil masih
         /
bercampur
         Perbezaan antara huruf besar dengan huruf kecil /
         Keterbalikan huruf b dan d /
         Keterbalikan huruf m dan w /
         Keterbalikan huruf p dan q /

Rajah 4.1.2.4 : Jadual Pencapaian Murid Melalui Pemerhatian Senarai Semak


Ujian selepas intervensi
Item Jumlah soalan Ya Tidak
Bahagian 1 6 1 5
Jumalah 6 1 5

Jadual 4.1.2.5 : Perbezaan Masalah Responden Berdasarkan Item Senarai Semak


Responden Item Jumlah Sebelum Selepas Perbezaan
Soalan Tindakan Tindakan
A Ya 6 5 1 4
B Ya 6 4 1 3

Jadual 4.1.2.5 menunjukkan perbezaan antara jumlah masalah responden A dan B


sebelum tindakan dan selepas tindakan. Sebelum tindakan , responden A mempunyai 5
daripada 6 masalah dalam item senarai semak. Manakala selepas tindakan, responden A
mempunyai 1 daripada 6 masalah dalam item senarai semak. . Maka perbezaan antara
masalah yang dikurangkan pada responden ialah sebanyak 4. Sebelum tindakan ,
responden B pula mempunyai 4 daripada 6 masalah dalam item senarai semak. Manakala
selepas tindakan, responden B mempunyai 1 daripada 6 masalah dalam item senarai
semak. Maka perbezaan antara masalah yang dikurangkan pada responden ialah sebanyak
3. Semakin kurang masalah responden , maka semakin tinggi pembentukan huruf  yang
betul oleh responden. Kesemua item dalam borang pemerhatian menunjukkan penurunan
masalah dengan responden memenuhi kesemua item yang telah penyelidik tetapkan iaitu
berkaitan masalah pembentukan huruf yang dihadapi oleh responden A dan B dalam
matapelajaran subjek Bahasa Malaysia.
4.2  Analisis Dokumen
(a) Borang Maklumat Murid
                        Data yang diperoleh daripada borang maklumat murid dianalisis
mengikut  jantina. Analisis ini telah dilakukan kerana maklumat kajian menyatakan
bahawa jantina tidak mempengaruhi masalah yang dialami oleh murid.
Jadual 4.2.1 : Pengelasan murid mengikut jantina.
Jantina Bilangan Peratus
lelaki 1 100%
Perempuan 1 100%

4.3 Perbincangan Dapatan Kajian


4.3.1 Pemerhatian
Hasil pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji mendapati bahawa terdapat
beberapa teknik menulis yang telah ditunjukkan oleh responden A dan B. Cara responden
A dan B memegang pensel didapati adalah normal.
Berikut merupakan masalah tulisan yang dikenal pasti.
1. Pembentukan huruf:
Hanya sesetengah mengikut tatacara urutan pembentukan huruf yang betul, iaitu mula
menulis huruf pada titik permulaan yang tepat dan terus menulis dengan menggunakan
arah pergerakan yang betul.
2.  Saiz huruf:
Saiz huruf tidak konsisten, saiz besar dan kecil bercampur aduk.
3. Teknik penulisan:
Perlu mengikut tata cara yang betul dalam menulis.

4.3.2 Analisis Dokumen


Berdasarkan aktiviti Permainan Wikki Stix dan Tanah Liat yang telah diberikan
kepada Responden A dan B, pengkaji telah mengkategorikan dua aspek utama dalam
melihat dengan lebih dekat masalah disgrafia yang dihadapi oleh responden. Aspek yang
dikategorikan ialah dari segi pembentukan huruf dan pengenalpastian huruf yang
dituturkan. Masalah pembentukan huruf yang ketara ini merangkumi saiz, huruf besar
dan huruf kecil dan pembalikan huruf masalah serta bentuk tulisan yang tidak konsisten.
Dari segi penulisan, beberapa masalah ketara yang dihadapi oleh Responden A dan B
adalah seperti berikut:
1. Pembentukan huruf:
Responden mengalami kekeliruan semasa guru memberitahu huruf yang perlu dibuat
dengan permainan Wikki Stix dan Tanah Liat.
2. Pembalikkan Huruf:
Pembalikan huruf b dan d kerap berlaku apabila kad bacaan ditunjukkan.
3. Pengenalpastian huruf :
Murid mengalami kekeliruan semasa mengenalpasti huruf dalam powerpoint yang
ditunjukkan oleh guru.
5.0 INTERVENSI

Kad huruf atau abjad bagi membina perkataan adalah satu daripada cadangan
kaedah yang digunakan bagi meningkatkan pemahaman huruf dengan lebih baik.
Menurut Graves (1983), murid mungkin mengelak daripada menulis dan kaedah lain
boleh digunakan oleh guru bagi membolehkan murid sama ada membina perkataan atau
ayat. Kad huruf boleh digunakan kerana murid akan dapat fokus lebih kepada huruf yang
diambil dan dibina. Kedua pula, penggunaan tanah liat. Dengan menggunakan kaedah ini,
murid disgrafia lebih fokus dan mengingat cara membuat atau perbezaan sesuatu huruf
itu. Cara yang seterusnya ialah Permainan Wikki Stix. Permainan ini agak menarik minat
murid kerana murid-murid perlu membentuk huruf yang ditunjukkan oleh guru. Wikki
Stix yang berwarna warni telah meningkatkan motivasi dan keyakinan murid.

BAB 5
6.0 CADANGAN PEMULIHAN
Berdasarkan kajian yang dijalankan, beberapa cadangan tindakan pemulihan berikut
boleh dilakukan dalam kalangan murid-murid disgrafia yang menghadapi isu kemahiran
menulis dan penulisan.
1.      Isu Ruang: Menggunakan pensel sebagai alat menjarakkan setiap ayat.
2.      Keseragaman huruf: Menggunakan buku petak atau bergaris.
3.      Pembentukan huruf: Mengikuti kaedah tatacara yang betul dalam menulis (huruf besar
dan kecil).
4.      Teknik pegangan pensel: Memegang pensel mengikut kaedah yang betul dan selesa
bagi murid.
5.      Masalah ejaan: Membaca sambil menulis.
6.      Perkataan tidak lengkap: Konsentrasi, motivasi dan memberi masa yang lebih kepada
murid untuk menulis berbanding dengan murid yang lain.
Kajian kes ini juga telah dijalankan kerana kemahiran menulis didapati kurang
dititikberatkan dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran. Kemahiran tulisan
mekanis tidak diberi penekanan secara formal di sekolah sehingga tulisan yang dihasilkan
oleh kanak-kanak semakin tidak cantik dan sukar dibaca.
Kajian ini juga dapat membantu dalam memahami masalah disgrafia dengan lebih
baik seterusnya dapat membantu dalam merangka kaedah-kaedah tindakan yang praktikal
dan boleh diaplikasi dalam menangani masalah kemahiran tulisan mekanis ini. Walaupun
banyak kajian telah dijalankan tentang murid-murid sekolah, namun kajian yang lebih
meluas perlu dilakukan tentang murid berkeperluan khas seperti kanak-kanak autistik,
hiperaktif, sindrom down, lembam dan sebagainya.
Dengan adanya kajian ini, maka pengkaji berupaya melihat senario sebenar dalam
masalah tulisan mekanis yang pelbagai dan cuba mencari satu kaedah yang sesuai untuk
digunakan oleh murid pendidikan khas agar mereka mendapat satu hasil yang sempurna
dalam kemahiran tulisan mekanis. Penekanan terhadap kaedah pemulihan dan
pengawasan adalah elemen yang penting dalam memulihkan murid daripada masalah
disgrafia ini. Tindakan pada peringkat awal dapat membantu murid terutamanya dalam
teknik latihan menulis. Teknik penulisan yang betul terhadap huruf-huruf, koordinasi
tangan dan mata yang sesuai serta ingatan jangka pendek murid boleh membantu murid
secara tidak langsung.
Menulis juga merupakan medium utama kepada murid pendidikan khas terutamanya
kepada murid yang menghadapi masalah komunikasi lisan. Pengajaran dan pembelajaran
akan lebih mudah dengan keupayaan murid menulis dengan baik bagi menyampaikan
mesej dan pemahaman mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
oleh guru. Maka, Penyelidik akan mengekalkan kaedah ini Teknik Belajar Melalui
Bermain untuk pengajaran saya pada masa hadapan kerana kaedah ini adalah kaedah
paling mudah dan berkesan untuk mengajar kemahiran menulis. Pendedahan awal adalah
perlu supaya mereka tidak menghadapi masalah bila berada di sekolah menengah dalam
pendidikan khas.

7.0 PENUTUP
Terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan yang pengkaji dapati semasa
menjalankan kajian ini. Kelebihan dan kekurangan ini akan membantu pengkaji dari segi
penambahbaikan dan pencarian kaedah yang lebih baik untuk kajian lapangan pada masa
hadapan. Kelebihan daripada kajian ini adalah masalah-masalah yang dihadapi oleh
responden A dan B dapat dilihat dengan lebih jelas dan masalah ini mungkin diabaikan
oleh sesetengah guru. Kajian ini juga dapat membantu responden A dan B menangani
masalah dalam kelas dan membantunya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, latihan serta terapi yang sesuai boleh digunakan apabila masalah telah dikenal
pasti bagi membolehkan pengkaji untuk memerhati dan melihat masalah lain yang
mungkin wujud pada murid - murid yang lain.
Beberapa kelemahan telah dikenal pasti dalam kajian ini. Antaranya ialah
pengujian sebenar perlu dilakukan agar pengkaji dapat mengetahui dengan lebih lanjut
masalah disgrafia responden A dan B. Latihan demi latihan yang berpanjangan perlu
dilakukan bagi membantu responden A dan B dalam menangani masalah yang dihadapi.
Perlaksanaan yang berperingkat dan sistematik perlu dilakukan dalam membantu
responden A dan B. Kaedah pemerhatian saja mungkin tidak cukup dalam melihat
dengan lebih dekat. Maka adalah baik juga kaedah atau ujian-ujian diagnostik dijalankan.
Persoalan mengapa penulisan dan tulisan tangan responden A dan B penting mungkin
sesuai ditujukan kepada siapakah yang membimbingnya. Guru yang prihatin tentang
muridnya pasti akan cuba membantu muridnya agar sentiasa berada di dalam gelung ilmu
yang sebenar. Penulisan dan tulisan tangan responden A dan B merupakan satu daripada
kaedah bagi menunjukkan pemahaman murid. Namun, apa yang lebih penting adalah
ianya termasuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menjadi tanggunjawab
guru untuk membantunya.
8.0 RUJUKAN
Abdullah bin Yusof. (2006). Pengenalan kepada Pendidikan Khas. Open
University       Malaysia: Unitem.
Adi-Japha, E., Landau, Y.E., Frenkle, L., Teicher, M., Gross-Tsur, V., & Shalev, R.S.
(2007). ADHD and dysgraphia: Underlying mechanisms. Cortex, 43, 700-709.
Auclair, L., Sieroff, E., & Kocer, S. (2008). A case of spatial neglect dysgraphia in
Wilson’s disease. Archive of Clinical Neuropsychology, 23, 47-62. 
Deuel, Ruthmary K., (1995). Developmental dysgraphia and motor skills
disorders. Journal of Child Neurology, 10, Supp.1, S6-S8 diperoleh May 26 2012
dari http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1179, 
Graham, S. & Harris, K.R. (l989). Improving learning disabled students’ skills at
composing essays: Self instructional strategy training. Exceptional Children, 56, 201-
214. 
Graves, D. (1983). Writing: Teachers and children at work. New Hampshire:
Heinemann.Jamila K.A Mohamed. 2005. Disgrafia, Pendidikan Khas Untuk Kanak-
kanak Istimewa, p.p 88-89. 
Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajr Hj. Abdul Aziz.,( 1997) Penguasaan kemahiran menulis:
Kumpulan Budiman.
Levine, M. D. (1987). Developmental variation and learning disorders. Cambridge,
Massachusetts: Educators Publishing Service, Inc.
Lucas , F (1980) translated in Osley, Scribes and Sources, Godine, Boston Lamme, L
L., & Farris, P. (1994). Authentic assessment of children’s handwriting, 56.
Mohd Nor Izwan Bin Sulaiman. (2009). Aktiviti pemulihan penulisan. Diperoleh 19 June 2012
dari http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/50-pemulihan-tulisan.html
Norhadi Bin Sarponen. (2009). Kemahiran asas menulis. Diperoleh 20 June 2012
dari http://cikguhaidi.wordpress.com/category/bahan-bantumengajar/ html
Pressey & Pressey. (1926). Analyses of Three Thousand Illegibilities in the Handwriting of
Children and Adults, Educational Research Bulletin, VI
Rosenbek, J., McNeil, M., Teetson. M, Odell, K., & Collins, M. (1980). A syndrome of
neuromotor and speech and dysgraphia? Diperoleh pada 25 April 2008
dari http://aphasiology.pitt.edu/archive/00000661/01/1137.pdf
Sassoon, R. (1993) Handwriting: The way to teach it. Cheltenham: Stanley
Thornes.Sassoon, R (1983). The Practical Guide to Children’s Handwriting, Thames and
Hudson Great Britian. Sassoon, R. (1993). The art and science of handwriting. Diperoleh
20 June 2012 dari http://books.google.com.my/books?id=7CZF2vcg7soC&pg= RA1-
PA132&lpg=RA1-PA132&dq= sassoon+1993&source Schneck, C. M., & Henderson,
A. (1990). Descriptive analysis of the developmental progression of grip position for
pencil and crayon control in nondysfunctional children. The American Journal of
Occupational Therapy.: Official Publication of the American Occupational Therapy
Association, 44 (10): 893-900. Sheila Devaraj & Samsilah Roslan. 2006. Pendekatan
P&P untuk pelajar disleksia, Apa Itu Dyslexia?. p.p 60-93.Smith, B. (1998). What skills
are required for handwriting. Diperoleh pada 18 Ogos 2012
dari http://www.udel.edu/bkirby/asperger/dysgraphiamjkay.html.
Stout, K. L. (1998). How to teach handwriting.  Diperoleh 13 Ogos
2012 http://www.designastudy.com/teaching/tips-1198.html.
Syazalina 83 (2011) Bahan LINUS Literasi Dan Numerasi diperoleh Mac  8, 2012
dari http://syazalina83.blogspot.com/2011/02/bahan-linus-literasi-dan-numerasi.html
Tseng, Mei Hui & Cermak , Sharon (1991). The evaluation of handwriting in children. Sensory
Integration Quarterly, 19(4), 1-6.
Yusop, B. H. M., & Walter Alvin, J. (2010). Disgrafia dan Cara Membantu: Kajian Kes ke atas
Murid Program Integrasi Pendidikan Khas. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL (4):
1-22.
Ziviani, J (1983) Qualitative Change in Dyanamic Tripod Grip Between Seven and
Fourteen Years Old, Develepmental Medicine and Child Neurology, 25, 778 – 782.

Anda mungkin juga menyukai