Anda di halaman 1dari 7

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1

2.0 KONSEP MENCINTAI RASULULLAH 2-4

2.1 KENALI RASULULLAH 2

2.2 MENGHAYATI SIRAH RASULULLAH 3

2.3 MENGAMALKAN SUNNAH RASULULLAH 4

3.0 KESIMPULAN 5
1.0 PENGENALAN

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-

tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah

dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia

mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali

kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

Mohd Yaakub (2011) menyatakan manisnya iman ialah rasa nikmat ketika

melakukan ketaatan kepada Allah, ketenangan jiwa, kesenangan hati dan

lapangnya dada. Lantaran itu, melalui hadis ini, dijelaskan bahawa terdapat tiga

cara untuk seseorang itu memperoleh kemanisan iman dan salah satunya adalah

mencintai Rasulullah.

Apabila kita meyebut perkataan cinta, apa yang pasti terlintas dalam fikiran

kita adalah cinta anak kepada ibu ayahnya, cinta isteri kepada suaminya serta lain

lain lagi yang lebih cenderung kearah cinta sesama manusia. Namun begitu,

konsep kecintaan sebenar melalui hadis ini adalah mencintai Rasulullah melebihi

kecintaannya kepada sesama manusia mahupun terhadap diri sendiri.

Justeru, penghayatan terhadap konsep mencintai Rasulullah bukan hanya

sekadar melafazkan dengan kata “ya, aku cintakan Rasulullah” ataupun memegang

kain rentang yang tertulis “ I LOVE RASULULLAH”, bahkan ia lebih dari itu, cinta itu

haruslah menyakini melalui hati, merasakan dalam jiwa, dilafazkan dengan kata

dan dipersembahkan dengan cara.

2.0 KONSEP MENCINTAI RASULULLAH

1
2.1 KENALI RASULULLAH

Pepatah ada menyatakan “tak kenal maka tak cinta”. Ungkapan ini

membawa maksud bagaimana kita ingin menzahirkan rasa cinta terhadapnya

jika kita tidak benar-benar mengenali seseorang itu. Begitulah juga dalam

konsep mencintai Rasulullah, kita seharusnya mengambil inisiatif untuk

mengenali Rasulullah S.A.W dari semua aspek termasuklah sosok tubuhnya,

akhlaknya, dan juga peribadinya. Mengenal Rasulullah SAW juga bermaksud

kita tahu apa yang Baginda suka dan apa yang Baginda benci atau apa yang

Baginda suruh dan apa yang Baginda larang. Jika kita enggan membuat

perkara yang Baginda suka atau masih membuat perkara yang Baginda

larang, maka kita masih belum cukup kenal, jauh sekali untuk bercinta

dengan Baginda saw.

Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21:

“Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu

(iaitu) bagi orang yang mengharap dan rahmat Allah dan kedatangan hari

kiamat yang banyak mengingati Allah.”

Melalui firman Allah ini, menegaskan bahawa Rasulullah SAW

sebagai uswatun hassanah iaitu potret teladan yang paling baik untuk kita

contohi dan teladani. Jadi, amatlah rugi bagi kita sekiranya Allah telah

mengutuskan satu rujukan yang paling baik untuk kita kenali dan ikuti, namun

kita sendiri yang tidak mengambil peluang dan memanfaatkannya. Telah kita

2
ketahui, Rasulullah mempunyai karakter dan sifat termulia dalam kalangan

seluruh umat manusia. Ironinya, umat manusia sendiri yang bersikap

menjauhkan diri dari mengenali baginda. Malahan, laungan cintakan

Rasulullah hanya dialunkan sekadar memenuhi upacara perarakan pada

sambutan Maulidur Rasul. Bagaimana kita mengatakan diri kita benar benar

mencintai Rasulullah kalau hanya kita sendiri masih tidak mengenali baginda.

2.2 HAYATI SIRAH RASULULLAH

Jika kita imbas kembali sirah perjuangan Rasulullah dan sahabat

untuk menegakkan syiar islam di muka bumi ini, tidak dapat diragukan lagi

bahawa ia merupakan sejarah paling terulung dalam peradaban manusia.

Baginda berhempas pulas dan bersusah payah, mengharungi pelbagai jenis

herdikan, cacian dan ancaman demi menyebarkan risalah islam kepada

seluruh umatnya. Contohnya, kisah Nabi dilempar batu oleh anak anak Taif

sehingga kasut baginda dipenuhi dengan lumuran darah. Namun begitu,

baginda sedikit pun tidak putus asa malahan mendoakan yang terbaik untuk

seluruh penduduk Taif.

Melalui penghayatan sirah Rasulullah, seseorang individu muslim itu

mampu mengenali keperibadian Rasulullah, seterusnya menjadikan sirah

nabi sebagai inspirasi dalam kehidupan. Dalam setiap sirah nabi yang

mengandungi pelbagai pengajaran dan unsur teladan boleh dijadikan sebagai

satu bentuk cara pentarbiahan yang dibawa oleh Rasulullah. Muhammad

Hafizudidin (2016) menyatakan antara kepentingan sirah kepada kehidupan

manusia dan pembinaan umat ialah kajian sirah dapat melengkapkan

kefahaman tentang akidah kerana beriman kepada nabi menuntut supaya kita

lebih memahami maklumat-maklumat diri Baginda s.a.w. Keduanya adalah

3
menunaikan perintah Allah yang menyuruh supaya umat Islam mengikuti

contoh teladannya.

2.3 MENGAMALKAN SUNNAH RASULULLAH

Mohammad Mufid (2015 menyatakan mengenali Nabi Muhammad

tidak cukup hanya mengetahui dengan akal, tetapi juga harus dengan hati,

lalu mencuba mempraktikkan segala sunnah beliau dalam realiti kehidupan

seharian. Pensyarah Kanan I'jaz al-Quran Universiti Putra Malaysia (UPM),

Dr Mohd Sukki Othman melalui Berita Harian (2016) menyatakan  cara

terbaik untuk merealisasikannya adalah dengan mencontohi Rasulullah SAW

dalam segenap aspek kehidupan kerana sunah Baginda bersifat sejagat serta

sesuai diamalkan oleh umat Islam serta bukan Islam.

Baginda SAW telah meninggalkan legasi cara hidup yang lengkap dari

seluruh aspek kehidupan. Namun realitinya kini, terdapat juga segelintir

muslim hanya islam pada kad pengenalan, lebih malang lagi apabila dia

berasa malu atau tidak pernah langsung mengamalkan sunnah dan gaya

hidup Rasulullah, malahan berasa bangga apabila mempraktikkan budaya

luar yang tidak berlandaskan syariat islam. Justeru, kita haruslah memahami

bahawa sunnah Rasulullah adalah bersifat sejagat. Cara terbaik untuk kita

mengekspresi kan rasa cinta terhadap seseorang sudah tentu adalah dengan

sentiasa rasa ingin mendekatinya dan mengikuti gerak langkahnya. Justeru,

melalui konteks mencintai Rasulullah adalah dengan mengamalkan sunnah

Rasulullah sebagai tunjang kehidupan.

3.0 KESIMPULAN

4
Kesimpulannya, mencintai Rasulullah bukan sekadar cukup dengan lahiriah

semata. Kita seharusnya memahami dan menghayati prinsip perjuangan Rasulullah

SAW selama ini sehingga hari ini kita dengan bangga boleh melaungkan aku islam

tanpa gentar dengan ancaman pedang musuh islam. Bagi umat islam, tiada nikmat

yang paling besar daripada kelahiran seorang utusan Allah yakni Nabi Muhammad

SAW, yang diutuskan sebagai rahmat untuk alam semesta. Moga masih belum

terlewat untuk kita benar benar mencintai dan menghargai rahmat yang dihadiahkan

buat kita. Betapa agungnya cinta baginda terhadap kita, maka atas alasan apakah

untuk kita tidak mengembalikan rasa cinta itu kepada baginda. Mudah-mudahan

dengan kecintaan kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW, kita akan peroleh

syafaat Baginda kelak dan seterusnya menghuni bersama Baginda di Syurga nanti.

RUJUKAN

5
Mohammad Mufid (2015). Agar di Surga Bersama Nabi. Jakarta: PT Gramedia

Mohd Yaakub Mohd Yunus (2011). Manisnya Iman. Selangor: Karya Bestari Sdn.Bhd.

Muhammad Hafizudidin (2016). Kepentingan Mempelajari dan Menghayati Sirah

Perjuangan Rasulullah SAW. Diakses pada September 8, 2019 dari

http://bkpppm.blogspot.com/2016/03/kepentingan-mempelajari-dan-

menghayati.html

Berita Harian (2016). Hidupkan sunnah sebagai tanda cinta. Diakses pada September

8, 2019 dari https://www.bharian.com.my/node/222590

Tafsir Web.diakses pada September 8, 2019 dari https://tafsirweb.com/7633-surat-al-

ahzab-ayat-21.html

Anda mungkin juga menyukai