Anda di halaman 1dari 5

Isi Kandungan

1.0 PENGENALAN 1

2.0 KONSEP MENCINTAI RASULULLAH SAW DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN 1

3.0 FADHILAT MENCINTAI RASULULLAH 3

4.0 KESIMPULAN 3

RUJUKAN 4
1.0 PENGENALAN

Cinta itu fitrah bagi setiap manusia di muka bumi ini, tapi pada siapa kita perlu
memberikan cinta itu? Sebagai manusia yang taat, kita mestilah mengutamakan cinta kita
kepada Allah dan seterusnya Rasulullah ‫ﷺ‬. Allah SWT berfirman dalam Surah
al-Ahzab, ayat 6 yang bermaksud: “Nabi itu hendaklah lebih utama bagi orang beriman
melebihi diri mereka sendiri.”Sebaliknya, jika meletakkan diri, keluarga atau harta kekayaan
lebih dicintai berbanding kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya mereka akan
mendapat kemurkaan Allah. Seseorang manusia yang semakin mentaati dan mengikuti
petunjuk Rasulullah akan mendapat banyak fadhilat, antaranya baginda akan
menganugerahkan kepadanya kemanisan iman. Jadi, kita haruslah meletakkan cinta kepada
Allah dan Rasulullah di tempat yang pertama, barulah cinta kepada manusia.

2.0 KONSEP MENCINTAI RASULULLAH SAW DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Terdapat pelbagai cara untuk membuktikan tanda kecintaan seseorang hamba


kepada Rasul-Nya. Mencintai Rasulullah adalah wajib dan termasuk dalam sebahagian
daripada iman. Sabda Rasulullah, “Tidak beriman salah seorang diantara kamu, sehingga
aku lebih dicintai olehnya daripada dirinya sendiri, orang tuanya, anaknya dan manusia
semuanya”. (HR. Bukhari Muslim). Banyak contoh dan tauladan yang boleh di aplikasikan
dalam kehidupan seharian kita. Pada masa kini, jika bertanyakan kepada anak-anak muda
tentang siapakah idola mereka? Rata-rata akan mengatakan penyanyi, pelakon adalah idola
mereka, tidak salah untuk menjadikan insan-insan tersebut idola, tetapi perlulah mempunyai
had. Oleh itu, disini ibubapa memainkan peranan yang sangat penting, mereka ini perlu
didedahkan tentang kehebatan Rasulullah ‫ ﷺ‬agar tersemat perasaan cinta di
dalam hati dan sanubari mereka.

Pertama sekali, "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang
baik bagi orang yang menghendaki Allah dan Hari akhir. " (Al-Ahzab: 21). Daripada
potongan surah ini dapat kita ketahui setiap tingkah laku baginda boleh dijadikan suri
tauladan kepada umat manusia kerana Rasulullah SAW mempunyai akhlak-akhlak yang
patut kita contohi dan diaplikasikan di dalam kehidupan seharian kita.

Antara akhlak yang boleh kita ikuti dari segi adab baginda adalah bila baginda
memakan makanan yang kurang enak, beliau sama sekali tidak pernah untuk mencela
makanan yang dihidangkan kepadanya. Kalau beliau menyukainya, maka akan beliau

1
makan. Dan jika tidak menyukainya, beliau meninggalkannya. [HR al-Bukhâri dan Muslim].
Sebagai muslim yang patuh dan taat, mereka perlu mensyukuri dengan segala nikmat yang
diberikan oleh Sang Pencipta. Manusia ini adakalanya lupa untuk mensyukuri nikmat yang
telah diberikan kepadanya. Apatah lagi jika mendapat nikmat yang lebih besar, jadi perlulah
bersederhana dalam setiap perkara dan mensyukuri nikmat, mahupun kecil atau pun besar.
Yang paling penting kita perlulah terima seadanya dan jangan sesekali merungut.

Selain itu, sunnah Rasulullah yang boleh kita terapkan dalam kehidupan seharian kita
seperti jika berbicara, beliau selalu berbicara dengan jelas, singkat dan padat, tidak lebih
dan tidak kurang, malah hanya berbicara perkara yang penting sahaja, tidak ada tokok dan
tambah. Pepatah arab ada menyatakan “ Lidah manusia itu lebih tajam daripada sebilah
pedang ” iaitu kerana bermulanya daripada lidah, manusia mudah untuk menyakiti hati dan
perasaan orang lain. Oleh yang demikian, kita seharusnya berdiam diri dari berbicara
perkara yang akan menyakitkan hati orang lain. Manakala bila kita menerima sesuatu berita
dan ingin menyampaikan berita tersebut kepada orang lain, kita bukan sahaja perlu
menyampaikan dengan jelas malah mestilah benar agar tidak timbul salah faham antara
satu dengan yang lain. Kadang-kadang ada segelintir umat manusia yang suka tokok
tambah agar perkara yang disampaikan itu menarik. Tetapi tindakan tersebut tidak disukai
oleh Allah SWT dan Rasulullah ‫ﷺ‬.

Akhir sekali, untuk menjentik anak-anak muda mengenal dan mencintai Rasulullah,
ibubapa itu sendiri perlu mencintai Rasulullah terlebih dahulu. Ini kerana setiap kelakuan
yang ditunjukkan oleh ibubapa akan ditiru semula oleh anak-anak, jadi jika ibubapa telah
benar-benar mencintai Rasulullah, maka tanpa perlu penegasan, mereka dengan secara
tidak langsung akan turut mencintai Rasulullah ‫ﷺ‬. Contoh yang lain pula di petik
dari kisah kawan terdekat, si A dan si B adalah kawan baik. Si A seorang yang rajin
membaca buku, manakala si B seorang yang tidak suka membaca buku. Lama-kelamaan
apabila melihat si A banyak membaca buku dan menunjukkan akhlak yang baik, maka si B
pun mula terikut untuk membaca buku juga. Apa yang dapat disimpulkan disini adalah
memberikan contoh tauladan yang baik adalah praktikal dan mudah untuk mempengaruhi
seseorang, tetapi jangan sesekali kita berfikir bahawa dia akan ikut seperti kita, biarlah
mereka dengan hati yang terbuka untuk mengikutinya atau dengan kata lain melakukan
sesuatu tanpa paksaan.

2
3.0 FADHILAT MENCINTAI RASULULLAH

Apabila seseorang umat islam itu benar-benar mencintai Allah SWT dan Rasulullah
SAW maka dia telah mencapai kesempurnaan iman. Malah mereka ini juga akan
memperoleh kemanisan iman seperti yang tertulis didalam Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan
Muslim, yang mana “tiga perkara yang barangsiapa terdapat padanya nescaya dia
memperoleh kemanisan iman. Selain itu, dengan mengikuti sunnah Rasulullah
‫ ﷺ‬dapat menyematkan dalam diri seorang muslim akhlak dan perilaku yang
terpuji. Seterusnya, kesan akhlak yang mulia dalam diri seseorang juga boleh mendorong
dirinya melakukan kebaikan terhadap orang lain. Justeru, Rasulullah SAW juga akan
menunggu dan menjemput umatnya di syurga. Selagi umatnya belum berkumpul, Baginda
tidak akan melangkah kakinya ke syurga.

4.0 KESIMPULAN

Konsep mencintai Rasulullah SAW merupakan suri teladan dalam kehidupan seharian
kita, jadi kita sebagai umat islam yang patuh dan taat pada perintahNya mestilah
mengaplikasikan tingkah laku Rasulullah dalam kehidupan seharian kita seperti adab (etika)
baginda, akhlak baginda dan lain-lain, jelaslah bahawa Rasulullah SAW banyak
meninggalkan suri teladan yang baik untuk umatnya. Allah SWT berfirman dalam al-Quran
yang bermaksud: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, iaitu
bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berzikir kepada Allah.” (Surah
al-Ahzab, ayat 21).

3
RUJUKAN

Ike Stia Rahayu (2017), Konsep Cinta Kepada Rasulullah SAW Sebagai Suri Teladan
Terhadap Pembentukan Kepribadian Anak Dalam Perspektif Islam

Akilah Mahmud (2017), Akhlak Terhadap Allah dan Rasulullah

Hilmi Isa. Jumaat, 12 Oktober 2018. Rasulullah teladan baik umat Islam. MyMetro diakses
pada 7 Sept 2019 dari https://www.hmetro.com.my/addin/2018/10/385681/rasulullah-
teladan-terbaik-umat-islam

Datuk Dr Zahazan Mohamed. Jumaat, 30 November 2018. Cinta Kepada Rasulullah.


MyMetro diakses pada 7 Sept 2019 dari
https://www.hmetro.com.my/addin/2018/11/399412/cinta-kepada-rasulullah

Anda mungkin juga menyukai